Wednesday 6 November 2013

Tanda-Tanda Kematian...^^..

Tanda-Tanda Kematian...^^..

###(Sekadar Satu Pengetahuan Umum, Cuma Penafsiran)###

1@ Tanda 100 Hari Sebelum Mati
- Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh orang-orang yang dikehendakiNya. Walau bagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar
atau tidak. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar dimana
seluruh tubuh akan merasai getaran seakan-akan menggigil (seperti
daging lembu yang baru disembelih yang kelihatan bergerak-gerak).
Bagi mereka yang sedar atau terdetik dihati mereka bahawa kemungkinan
inilah tanda kematian maka getaran itu secara tiba-tiba akan berhenti
atau hilang. Sebenarnya inilah peluang terbaik untuk kita
memanfaatkan masa yang ada dengan amalan sebagai bekal sesudah mati.

2@ Tanda 40 Hari Sebelum Mati
- Tanda ini lazimnya berlaku selepas Asar, dimana bahagian pusat
seseorang itu terasa berdenyut-denyut. Pada waktu ini helaian daun
yang tertulis nama orang berkenaan akan gugur dari pokok yang
terletak diatas arasy Allah Taala. Maka Malaikat Maut akan mengambil
daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas individu terbabit
antaranya ialah ia akan mula mengikutnya sepanjang masa. Terjadi
juga dimana Malaikat ini akan memperlihatkan wajahnya sambil lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang ternampak akan menjadi bingung
seketika.

3@ Tanda 7 Hari Sebelum Mati
- Tanda ini akan diberikan kepada mereka diuji dengan musibah
kesakitan iaitu orang yang ditimpa sakit yang tidak berselera untuk
makan tiba-tiba menjadi berselera untuk makan.

4@ Tanda 3 Hari Sebelum Mati
- Pada ketika ini terasa denyut dibahagian tengah dahi (antara dari
kanan dan kiri). Jika tanda ini dapat dikesan dan disedari, maka
sebaik-baiknya berpuasa supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis, ini memudahkan urusan orang yang akan memandikan kelak.
Ketika ini mata hitam kita tidak lagi bersinar dan bagi orang yang
sedang sakit, hidungnya kelihatan jatuh secara perlahan-lahan dan ini
dapat dikesan jika orang tersebut melihatnya dari bahagian sisi.
Begitu juga dengan telinga yang kelihatan layu dimana bahagian hujung
telinga akan beransur-ansur masuk kedalam. Tapak kaki yang terlanjur
perlahan-lahan akan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan.

5@ Tanda 1 Hari Sebelum Mati
- Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan
merasakan satu denyutan disebelah belakang kawasan ubun-ubun. Ini
menandakan kita akan berkesempatan lagi menemui waktu Asar pada
keesokan harinya.

6@ Tanda Terakhir
- Akan berlaku keadaan dimana seseorang itu akan merasakan suatu
keadaan sejuk dibahagian pusat dan akan turun hingga ke pinggang,
seterusnya akan naik kebahagian halqum. Pada ketika ini hendaklah
seseorang mengucapkan kalimah syahadah dan apabila lafaz syahadah
ini telah terucap maka perlu mendiam diri sementara menunggu
kedatangan Malaikat Maut untuk mencabut nyawa. Pada waktu ini,
peranan keluarga atau orang yang berada disamping orang sakit itu
amat penting untuk menolongnya mentalqinkan kalimah syahadah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment