Saturday 31 May 2014

Kebenaran Agama Yang Jelas Dan Nyata...^^..

Kebenaran Agama Yang Jelas Dan Nyata...^^..

Allah berfirman dalam Surah Yusuf;

108@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Inilah jalanku, aku dan
orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada
agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas
nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad
dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

109@ Dan tiadalah Kami mengutus Rasul, sebelummu (wahai
Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar,
yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang
(yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi,
supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang
terdahulu dari mereka ? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat
lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa
kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya ?

110@ (Orang-orang yang mendustakan agama Allah itu telah diberi
tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga
apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar
dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya
sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami
kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki.
Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh
sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.

111@ Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran
yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal
fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah
ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang
tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya,
dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta
menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu)
beriman.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Wednesday 28 May 2014

PeliharaLah Dan BantuLah Daku...^^..

PeliharaLah Dan BantuLah Daku...^^..

Perjuangan Menterjemah Al Quran Harus diteruskan, sekurang-
kurangnya akan Muncul satu Masa, Dunia dipenuhi dengan Kebenaran 
serta Keadilan dan Agama Islam ini akan terTegak Kukuh, seperti
Impian Nabi kita, Muhammad Rasul Allah, sebagaimana terTulis
dalam kitab Takdir milik Allah (Tuhan Umat Islam).

MenCipta Umat Islam Sejati dan bukanNya menCipta Budaya Melayu
tidak Mudah kerana Adat Melayu baru adalah campuran Barat dan
Buddha lama dan berSandarkan Hawa Nafsu.

Cubalah mengelak dari terGolong didalam suatu Kaum yang terSesat
dari ajaran Islam. JanganLah sesekali Kita mengikut Adat sesuatu
Kaum yang menjerumuskan Kita kepada Kejahilan tentang Agama.

Cubalah berPegang pada isi kandungan Al Quran dan Undang-undang
yang terMaktub dan terTulis di dalam kalam Suci dari Tuhan Allah.

Harus memperuntukkan Lebih Masa untuk TuanKu( TuhanKu Allah)
daripada terJebak dengan Adat dan Budaya yang boleh menYesatkan
dan menJauhkan daku dari TuhanKu.

" Ya Allah, HindariLah aku dari keSesatan Dunia Zaman Baru yang
serba meLalaikan daripada mengIngatiMu. Berilah Jalan Petunjuk
kepada Semua Ahli KeluargaKu agar berIman kepadaMu(TuhanKu)"
Amin, amin, amin, Ya Rabbil Alamin.

" Ya Allah, JanganLah engkau letakkan Dosa-dosa kaum ini diBahuKu,
kerana BisaNya meRobek JiwaKu dan menJatuhkan ImanKu. Bantu
Lah daku, meMelihara Ahli KeluargaKu dari keSesatan Ini.  ###

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Sunday 11 May 2014

Petua Sihat Dari Nabi Muhammad S.A.W...^^..

Petua Sihat Dari Nabi Muhammad S.A.W...^^..

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat
amalan :-

1@ Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum
matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh
mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal
mandi pagi kebanyakkan badan tak gemuk.

2@ Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan
air ais) setiap pagi. Mujarabnya, InsyaAllah jauh dari penyakit
(susah nak kena sakit).

3@ Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh
mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis
yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli
sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka
darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4@ Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darah
bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan
ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini
terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam
mengandungi ion +ve manakala dalam ikan mengandungi ion -ve,
jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tindak balas bio kimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5@ Makanlah dengan menggunakan tangan kanan. Nabi juga mengajar
kita makan dengan tangan kanan dan bila habis, hendaklah menjilat
jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak
hadam).

Sabda Nabi " Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu
demi kebaikkan. InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali
kepadanya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Saturday 10 May 2014

Dirikan Sembahyang Dan Bersabarlah...^^..

Dirikan Sembahyang Dan Bersabarlah...^^..

Allah berfirman dalam Surah Hud;

112@ Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap
teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan
kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada
kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu
melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha
Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

113@ Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku
zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar
kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari
Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak
akan mendapat pertolongan.

114@ Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan
umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-
waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya
amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan
kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi
peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

115@ Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam
mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan
menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Sebab KekufuranNya Terputuslah Ikatan AntaraMu...^^..

Sebab KekufuranNya Terputuslah Ikatan AntaraMu...^^..

Allah berfirman dalam Surah Hud;

45@ Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata:
“ Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri,
dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-
bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya”.

46@ Allah berfirman: “ Wahai Nuh ! Sesungguhnya anakmu itu
bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan
denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya
bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu
sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.
Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil”.

47@ Nabi Nuh berkata: “ Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya aku
berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak
mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya
menjadilah aku dari orang-orang yang rugi”.

48@ Allah berfirman: " Wahai Nuh ! Turunlah (dari bahtera itu)
dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-
umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat
dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya
(dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab
dari Kami yang tidak terperi sakitnya”.

49@ (Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib
yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau
dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu,
bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa
kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-
orang yang bertaqwa.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Friday 9 May 2014

BersabarLah Kamu Dalam Menegakkan Prinsip Dan Ajaran Islam...^^..

BersabarLah Kamu Dalam Menegakkan Prinsip Dan Ajaran Islam...^^..

Allah berfirman dalam Surah Yunus;

99@ Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan
seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya
berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau
bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau
Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak
memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman ?

100@ Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman
melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan
peraturanNya); dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang
tidak mahu memahami (perintah-perintahNya).

101@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Perhatikan dan fikirkanlah apa
yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan,
yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu,
segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan
segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi
amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak
menaruh kepercayaan kepadanya.

102@ Maka orang-orang yang tersebut tidak menunggu melainkan
(azab Allah) sebagaimana kejadian-kejadian yang berlaku kepada
orang-orang yang ingkar yang terdahulu daripada mereka. Katakanlah
(wahai Muhammad): “ Tunggulah, sesungguhnya aku juga bersama-
sama kamu dari orang-orang yang menunggu”.

103@ Kemudian Kami selamatkan Rasul Kami dan orang-orang yang
beriman. Demikianlah juga, sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan
orang-orang yang beriman yang menurutmu).

108@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Wahai sekalian manusia !
Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu.
Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman
kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada
dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka
bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku
pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau
keingkaran) kamu”.

109@ Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah
(dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum
(di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu
kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Tiadalah Berdukacita Buat Wali-Wali Allah...^^..

Tiadalah Berdukacita Buat Wali-Wali Allah...^^..

Allah berfirman dalam Surah Yunus;

61@ Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan
sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah
atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat
manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah
Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya.
Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu
dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau
di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang
lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang
nyata.

62@ Ketahuilah ! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan
(dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita.

63@ (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka
pula sentiasa bertaqwa.

64@ Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia
dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah,
yang demikian itulah kejayaan yang besar.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Ubat Penyakit Rohani Dan Petunjuk...^^..

Ubat Penyakit Rohani Dan Petunjuk...^^..

Allah berfirman dalam Surah Yunus;

37@ Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh
yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk
membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan untuk
menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan
(atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran
itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan
mentadbirkan sekalian alam.

40@ Dan di antara mereka ada yang beriman kepada Al-Quran, dan
ada di antaranya yang tidak beriman langsung kepadanya; dan
(ingatlah), Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang yang
melakukan kerosakan.

41@ Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu (wahai
Muhammad), maka katakanlah: “ Bagiku amalku, dan bagi kamu pula
amal kamu. Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan,
dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan”.

49@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Aku tidak berkuasa menolak
mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku
kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh
yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka
melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya”.

57@ Wahai umat manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu
Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan
yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam
dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan,
serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

58@ Katakanlah (wahai Muhammad) “ Kedatangan Al-Quran itu adalah
semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka
dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita
(bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang
mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Wednesday 7 May 2014

Riwayat Nabi So'leh...^^..

Riwayat Nabi So'leh...^^..

Nabi Saleh a.s. adalah anak kepada Ubaid bin Jabir bin Tsamud.
Kaum Tsamud merupakan gelaran yang diambil bersempena nama
datuk iaitu 'Ubaidah bin Tsamud bin Amir bin Iram bin Sam bin
Nuh a.s.

Mereka bertempat tinggal di suatu dataran bernama " Al hijir "
terletak antara Hijaz dan Syam yang dahulunya termasuk jajahan
dan dikuasai suku Aad yang telah habis binasa di sapu angin taufan
yang di kirim oleh Allah sebagai pembalasan atas pembangkangan dan
pengingkaran mereka terhadap dakwah dan risalah Nabi Hud A.S.

Kemakmuran dan kemewahan hidup serta kekayaan alam yang dahulu
dimiliki dan dinikmati oleh kaum Aad telah diwarisi oleh kaum Tsamud.
Tanah-tanah yang subur yang memberikan hasil berlimpah ruah,
binatang-binatang perahan dan lemak yang berkembang biak, kebun-
kebun bunga yang indah-indah, bangunan rumah-rumah yang didirikan
di atas tanah yang datar dan dipahatnya dari gunung.

Semuanya itu menjadikan mereka hidup tenteram, sejahtera dan
bahagia, merasa aman dari segala gangguan alamiah dan bahawa
kemewahan hidup mereka akan kekal bagi mereka dan anak
keturunan mereka.

Kaum Tsamud tidak mengenal Tuhan. Tuhan Mereka adalah berhala-
berhala yang mereka sembah dan puja, kepadanya mereka berkorban,
tempat mereka minta perlindungan dari segala bala dan musibah dan
mengharapkan kebaikan serta kebahagiaan. Mereka tidak dapat
melihat atau memikirkan lebih jauh dan apa yang dapat mereka
jangkau dengan pancaindera.

*** Nabi Saleh Berdakwah Kepada Kaum Tsamud. ***

Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidak akan membiarkan
hamba-hambaNya berada dalam kegelapan terus-menerus tanpa
diutusnya Nabi, pesuruh disisiNya untuk memberi penerangan dan
memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat ke jalan yang benar.
Demikian pula Allah tidak akan menurunkan azab dan seksaan kepada
suatu umat sebelum mereka diperingatkan dan diberi petunjuk
olehNya dengan perantara seorang yang dipilih untuk menjadi utusan
dan rasulNya.

Sunnatullah ini berlaku pula kepada kaum Tsamud, yang kepada mereka
telah diutuskan Nabi Saleh seorang yang telah dipilihNya dari suku
mereka sendiri, dari keluarga yang terpandang dan dihormati oleh
kaumnya, terkenal tangkas, cerdik pandai, rendah hati dan ramah-
tamah dalam pergaulan.

Dikenalkan mereka oleh Nabi Saleh kepada Tuhan yang sepatut mereka
sembah, Tuhan Allah Yang Maha Esa, yang telah mencipta mereka,
menciptakan alam sekitar mereka, menciptakan tanah-tanah yang
subur yang menghasilkan bahan-bahan keperluan hidup mereka,
menciptakan binatang-binatang yang memberi manfaat dan berguna
bagi mereka dan dengan demikian memberi kepada mereka kenikmatan
dan kemewahan hidup dan kebahagiaan lahir dan batin.

Tuhan Yang Esa itulah yang harus mereka sembah dan bukan patung-
patung yang mereka pahat sendiri dari batu-batu gunung yang tidak
berkuasa memberi sesuatu kepada mereka atau melindungi mereka
dari ketakutan dan bahaya.

Nabi Saleh memperingatkan mereka bahawa ia adalah seorang daripada
mereka, terjalin antara dirinya dan mereka ikatan keluarga dan darah.
Mereka adalah kaumnya dan sanak keluarganya dan dia adalah
seketurunan dan sesuku dengan mereka. Ia mengharapkan kebaikan
dan kebajikan bagi mereka dan sesekali tidak akan menjerumuskan
mereka ke dalam hal-hal yang akan membawa kerugian, kesengsaraan
dan kebinasaan bagi mereka.

Ia menerangkan kepada mereka bahawa ianya adalah pesuruh dan
utusan Allah, dan apa yang diajarkan dan didakwahkan kepada mereka
adalah amanat Allah yang harus dia sampaikan kepada mereka untuk
kebaikan mereka semasa hidup mereka dan sesudah mereka mati
di akhirat kelak. Ia mengharapkan kaumnya mempertimbangkan dan
memikirkan sungguh-sungguh apa yang ia serukan dan anjurkan dan
agar mereka segera meninggalkan persembahan kepada berhala-
berhala itu dan percaya serta beriman kepada Allah Yang Maha Esa
seraya bertaubat dan mohon ampun kepadaNya atas dosa dan
perbuatan syirik yang selama ini telah mereka lakukan. Allah Maha
Dekat kepada mereka, mendengarkan doa mereka dan memberi
ampun kepada yang pesalah apabila dimintanya.

Terperanjatlah kaum Saleh mendengar seruan dan dakwahnya yang
bagi mereka ia merupakan hal yang baru yang tidak diduga akan
datang dari saudara atau anak mereka sendiri. Maka serentak
ditolaklah ajakan Nabi Saleh itu seraya berkata mereka kepadanya:

" Wahai Saleh ! Kami mengenalmu seorang yang pandai, tangkas dan
cerdas, fikiranmu tajam dan pendapat serta semua pertimbanganmu
selalu tepat. Pada dirimu kami melihat tanda-tanda kebajikan dan
sifat-sifat yang terpuji. Kami mengharapkan dari engkau sebetulnya
untuk memimpinkami menyelesaikan hal-hal yang rumit yang kami
hadapi, memberi petunjuk dalam soal-soal yang gelap bagi kami dan
menjadi ikutan dan kepercayaan kami di kala kami menghadapi krisis
dan kesusahan. Akan tetapi segala harapan itu menjadi meleset dan
kepercayaan kami kepadamu tergelincir hari ini dengan tingkah
lakumu dan tindak tandukmu yang menyalahi adat-istiadat dan
tatacara hidup kami. Apakah yang engkau serukan kepada kami ?

Engkau menghendaki agar kami meninggalkan persembahan kami dan
nenek moyang kami, persembahan dan agama yang telah menjadi darah
daging kami menjadi sebahagian hidup kami sejak kami dilahirkan dan
tetap menjadi pegangan untuk selama-lamanya. Kami sesekali tidak
akan meninggalkannya kerana seruanmu dan kami tidak akan
mengikutimu yang sesat itu. Kami tidak mempercayai cakap-cakap
kosongmu bahkan meragukan keNabianmu. Kami tidak akan
mendurhakai nenek moyang kami dengan meninggalkan persembahan
mereka dan mengikuti jejakmu."

Nabi Saleh memperingatkan mereka agar jangan menentangnya dan
agar mengikuti ajakannya beriman kepada Allah yang telah mengurniai
mereka rezeki yang luas dan penghidupan yang sejahtera. Diceritakan
kepada mereka kisah kaum-kaum yang mendapat seksa dan azab dari
Allah kerana menentang rasulNya dan mendustakan risalahNya. Hal
yang serupa itu dapat terjadi di atas mereka jika mereka tidak mahu
menerima dakwahnya dan mendengar nasihatnya, yang diberikannya
secara ikhlas dan jujur sebagai seorang anggota dari keluarga besar
mereka dan yang tidak mengharapkan atau menuntut upah daripada
mereka atas usahanya itu.

Ia hanya menyampaikan amanat Allah yang ditugaskan kepadanya dan
Allahlah yang akan memberinya upah dan ganjaran untuk usahanya
memberi pimpinan dan tuntutan kepada mereka.

Sekelompok kecil dari kaum Tsamud yang kebanyakkannya terdiri dari
orang-orang yang kedudukan sosial lemah menerima dakwah Nabi
Saleh dan beriman kepadanya sedangkan sebahagian yang terbesar
terutamanya mereka yang tergolong dari orang-orang kaya dan
berkedudukan tinggi tetap berkeras kepala dan menyombongkan diri
menolak ajakan Nabi Saleh dan mengingkari kenabiannya dan berkata
kepadanya:

" Wahai Saleh ! Kami kira bahawa engkau telah kerasukan syaitan dan
terkena sihir. Engkau telah menjadi tidak waras dan menderita sakit
gila. Akalmu sudah berubah dan fikiranmu sudah kacau sehingga engkau
dengan tidak sedar telah mengeluarkan kata-kata ucapan yang tidak
masuk akal dan mungkin engkau sendiri tidak memahaminya. Engkau
mengaku bahawa engkau telah diutuskan oleh Tuhanmu sebagai nabi
dan rasulNya.

Apakah kelebihanmu daripada kami semua sehingga engkau dipilih
menjadi rasul, padahal ada orang-orang di antara kami yang lebih
patut dan lebih cekap untuk menjadi nabi atau rasul daripada engkau.
Tujuanmu dengan bercakap kosong dan kata-katamu hanyalah untuk
mengejar kedudukan dan ingin diangkat menjadi kepala dan pemimpin
bagi kaummu. Jika engkau merasa bahwa engkau sihat badan dan
sihat fikiran dan mengaku bahawa engkau tidak mempunyai arah dan
tujuan yang terselubung dalam dakwahmu itu maka hentikanlah
usahamu menyiarkan agama barumu dengan mencerca persembahan
kami dan nenek moyangmu sendiri. Kami tidak akan mengikuti jalanmu
dan meninggalkan jalan yang telah ditempuh oleh orang-orang tua
kami lebih dahulu.

Nabi Saleh menjawab: " Aku telah berulang-ulang mengatakan
kepadamu bahawa aku tidak mengharapkan sesuatu apapun daripadamu
sebagai imbalan atas usahaku memberi tuntutan dan penerangan
kepada kamu. Aku tidak mengharapkan upah atau mendambakan
pangkat dan kedudukan bagi usahaku ini. Yang aku lakukan
semata-mata atas perintah Allah dan daripadaNya kelak aku
harapkan balasan dan ganjaran untuk itu.

Dan bagaimana aku dapat mengikutimu dan menolak tugas dan amanat
Tuhan kepadaku, padahal aku telah memperoleh bukti-bukti yang nyata
atas kebenaran dakwahku. Janganlah sesekali kamu harapkan bahawa
aku akan melanggar perintah Tuhanku dan melalaikan kewajibanku
kepadaNya hanya semata-mata untuk melanjutkan persembahan
nenek moyang kamu yang bathil itu. Siapakah yang akan melindungiku
dari murka dan azab Tuhan jika aku berbuat demikian ? Sesungguhnya
kamu hanya akan merugikan dan membinasakan aku dengan seruanmu
itu."

Setelah gagal dan tidak berjaya menghentikan usaha dakwah Nabi
Saleh dan ianya semakin mendapat perhatian orang-orang
mengikutinya dan berpihak kepadanya. Para pemimpin dan pemuka
kaum Tsamud berusaha hendak membendung arus dakwahnya yang
semakin lama makin mendapat perhatian terutama dari kalangan
bawahan menengah dalam masyarakat. Mereka menentang Nabi Saleh
dan untuk membuktikan kebenaran kenabiannya dengan suatu bukti
mukjizat dalam bentuk benda atau kejadian luar biasa yang berada
di luar kekuasaan manusia.

*** Allah Memberi Mukjizat Kepada Nabi Saleh A.S. ***

Nabi Saleh sedar bahawa tentangan kaumnya yang menuntut bukti
daripadanya berupa mukjizat itu adalah bertujuan hendak
menghilangkan pengaruhnya dan mengikis habis kewibawaannya di mata
kaumnya terutama para pengikutnya bila ia gagal memenuhi tentangan
dan tuntutan mereka. Nabi Saleh membalas tentangan mereka dengan
menuntut janji dengan mereka bila ia berhasil mendatangkan
mukjizat yang mereka minta bahawa mereka akan meninggalkan
agama dan persembahan mereka dan akan mengikuti Nabi Saleh dan
beriman kepadanya.

Sesuai dengan permintaan dan petunjuk pemuka-pemuka kaum Tsamud
berdoalah Nabi Saleh memohon kepada Allah agar memberinya suatu
mukjizat untuk membuktikan kebenaran risalahnya dan sekaligus
mematahkan perlawanan dan tentangan kaumnya yang masih berkeras
kepala itu. Ia memohon dari Allah dengan kekuasaanNya menciptakan
seekor unta betina dikeluarkannya dari perut sebuah batu karang
besar yang terdapat di sisi sebuah bukit yang mereka tunjuk.

Maka sejurus kemudian dengan izin Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha
Pencipta, terbelahlah batu karang yang ditunjuk itu dan keluar dari
perutnya seekor unta betina.

Dengan menunjuk kepada binatang yang baru keluar dari perut batu
besar itu berkatalah Nabi Saleh kepada mereka: " Inilah dia unta
Allah, janganlah kamu ganggu dan biarkanlah ia mencari makanannya
sendiri di atas bumi Allah. Ia mempunyai giliran untuk mendapatkan
air minum dan kamu mempunyai giliran untuk mendapatkan minum
bagimu dan bagi ternakanmu juga dan ketahuilah bahawa Allah akan
menurunkan azabNya bila kamu sampai mengganggu binatang ini."

Kemudian berkeliaranlah unta di ladang-ladang memakan rumput sesuka
hatinya tanpa mendapat gangguan. Dan ketika giliran minumnya tiba, 
pergilah unta itu ke sebuah perigi yang diberi nama perigi unta dan
minumlah sepuas hatinya. Dan pada hari-hari giliran unta Nabi Saleh
itu datang minum tiada seekor binatang lain berani menghampirinya,
hal ini menimbulkan rasa tidak senang pada pemilik-pemilik binatang
itu yang semakin hari semakin merasakan bahawa adanya unta
Nabi Saleh di tengah-tengah mereka itu merupakan gangguan laksana
duri yang melintang di dalam kerongkong.

Dengan berhasilnya Nabi Saleh mendatangkan mukjizat yang mereka
tuntut, maka gagallah para pemuka kaum Tsamud dalam usahanya
untuk menjatuhkan kehormatan dan menghilangkan pengaruh Nabi
Saleh. Sebaliknya telah menambah tebal kepercayaan para pengikutnya
dan menghilang banyak keraguan dari kaumnya. Maka dihasutnya
oleh mereka pemilik-pemilik ternakan yang merasa jengkel dan
tidak senang dengan adanya unta Nabi Saleh yang bermaharajalela
di ladang dan kebun-kebun mereka serta ditakuti oleh binatang-
binatang peliharaannya.

*** Unta Nabi Saleh Dibunuh. ***

Persekongkolan diadakan oleh orang-orang dari kaum Tsamud untuk
mengatur rancangan pembunuhan unta Nabi Saleh. Dan selagi orang
masih dibayangi oleh rasa takut dari azab yang diancam oleh Nabi
Saleh apabila untanya diganggu di samping adanya dorongan keinginan
yang kuat untuk melenyapkan binatang itu dari atas bumi mereka,
muncullah tiba-tiba seorang janda bangsawan yang kaya raya
menawarkan akan menyerah dirinya kepada siapa yang dapat
membunuh unta Saleh.

Di samping janda itu, ada seorang wanita lain yang mempunyai
beberapa puteri cantik-cantik menawarkan akan menghadiahkan
salah seorang dari puteri-puterinya kepada orang yang berhasil
membunuh unta itu.

Dua macam hadiah yang menggiurkan dari kedua wanita itu, di samping
hasutan para pemuka Tsamud mengundang dua orang lelaki bernama
Mushadda' bin Muharrij dan Gudar bin Salif, bersiap-siap akan
melakukan pembunuhan bagi meraih hadiah yang dijanjikan di samping
sanjungan dan pujian yang akan diterimanya dari para kafir suku
Tsamud bila unta Nabi Saleh telah mati dibunuh.

Dengan bantuan tujuh orang lelaki lagi, bersembunyilah kumpulan itu
di suatu tempat biasanya di lalui oleh unta dalam perjalanannya
ke perigi tempat ianya minum. Dan begitu unta yang tidak berdosa
itu berlalu, segeralah dipanah betisnya oleh Musadda' yang disusul
oleh Gudar dengan menikamkan pedangnya di perutnya.

Dengan perasaan megah dan bangga pergilah para pembunuh unta itu
ke ibu kota menyampaikan berita matinya unta Nabi Saleh yang
mendapat sambutan sorak-sorai dan teriakan gembira dari pihak
musyrikin seakan-akan mereka kembali dari medan perang dengan
membawa kemenangan yang gilang gemilang.

Berkatalah mereka kepada Nabi Saleh: " Wahai Saleh ! Untamu telah
mati dibunuh, cubalah datangkan apa yang engkau katakan dulu akan
ancamannya bila unta itu diganggu, jika engkau betul-betul termasuk
orang-orang yang terlalu benar dalam kata-katanya."

Nabi Saleh menjawab: " Aku telah peringatkan kamu, bahawa Allah
akan menurunkan azabNya ke atas kamu jika kamu mengganggu unta
itu. Maka dengan terbunuhnya unta itu maka tunggulah engkau akan
tibanya masa azab yang Allah talah janjikan dan telah aku sampaikan
kepada kamu. Kamu telah menentang Allah dan terimalah kelak akibat
tentanganmu kepadaNya. Janji Allah tidak akan meleset. Kamu boleh
bersuka ria dan bersenang-senang selama tiga hari ini kemudian,
terimalah ganjaranmu yang setimpal pada hari keempat. Demikianlah
kehendak Allah dan taqdirNya yang tidak dapat ditunda atau dihalang."

Ada kemungkinan menurut ahli tafsir, bahawa Allah melalui rasulNya
Nabi Saleh memberi waktu tiga hari itu untuk memberi kesempatan,
kalau-kalau mereka sedar akan dosanya dan bertaubat minta ampun
serta beriman kepada Nabi Saleh kepada risalahnya.

Akan tetapi dalam kenyataannya tempoh tiga hari itu bahkan menjadi
bahan ejekan kepada Nabi Saleh yang ditentangnya untuk mempercepat
datangnya azab itu dan tidak usah ditangguhkan tiga hari lagi.

*** Turunnya Azab Allah Yang Dijanjikan.***

Nabi Saleh memberitahu kaumnya bahwa azab Allah yang akan
menimpa ke atas mereka akan didahului dengan tanda-tanda, iaitu
pada hari pertama apabila mereka terbangun dari tidurnya akan
menemui wajah mereka menjadi kuning dan berubah menjadi merah
pada hari kedua dan hitam pada hari ketiga dan pada hari keempat
turunlah azab Allah yang pedih.

Mendengar ancaman azab yang diberitahukan oleh Nabi Saleh kepada
kaumnya. Kelompok sembilan orang iaitu kelompok pembunuh unta
ingin merancang pembunuhan ke atas diri Nabi Saleh untuk mendahului
tibanya azab yang diancamkan itu. Mereka mengadakan pertemuan
rahsia dan bersumpah bersama akan melaksanakan rancangan
pembunuhan itu di waktu malam, di saat orang masih tidur nyenyak
untuk menghindari tuntutan balas darah oleh keluarga Nabi Saleh,
jika diketahui identiti mereka sebagai pembunuhnya. Rancangan
mereka ini dirahsiakan sehingga tidak diketahui dan didengar oleh
siapa pun kecuali kesembilan orang itu sendiri.

Ketika mereka datang ke tempat Nabi Saleh bagi melaksanakan
rancangan jahatnya di malam yang gelap gelita dan sunyi senyap
jatuhlah di atas kepala mereka batu-batu besar yang tidak diketahui
dari arah mana datangnya dan yang seketika merebahkan mereka
di atas tanah dalam keadaan tidak bernyawa lagi. Demikianlah Allah
telah melindungi rasulNya dari perbuatan jahat hamba-hambaNya
yang kafir.

Satu hari sebelum hari turunnya azab yang telah ditentukan itu,
dengan izin Allah, berangkatlah Nabi Saleh bersama para mukminin
pengikutnya menuju Ramlah, sebuah tempat di Palestin, meninggalkan
Hijir dan penghuninya, kaum Tsamud habis binasa, ditimpa halilintar
yang dahsyat beriringan dengan gempa bumi yang mengerikan.

*** Kisah Nabi Saleh Dalam Al-Quran. ***

Kisah Nabi Saleh diceritakan oleh 72 ayat dalam 11 surah
di antaranya surah Al A'raaf, ayat 73 hingga 79 , surah Hud, ayat 61
sehingga ayat 68 dan surah Al-Qamar, ayat 23 sehingga ayat 32.

*** Pengajaran Dari Kisah Nabi Saleh A.S. ***

Pengajaran yang dapat dirumus dari kisah Nabi Saleh ini ialah
bahawa dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sekelompok
kecil warga masyarakat dapat membinasakan masyarakat itu
seluruhnya.

Lihatlah betapa kaum Tsamud menjadi binasa, hancur dan bahkan
tersapu bersih dari muka bumi kerana dosa dan pelanggaran perintah
Allah yang dilakukan oleh segelintir pembunuh unta Nabi Saleh A.S.

Di sinilah letaknya hikmah perintah Allah agar kita melakukan amar
makruf nahi mungkar. Kerana dengan melakukan tugas amar makruf
nahi mungkar yang menjadi fardu kifayah itu, setidak-tidaknya kalau
tidak berhasil mencegah kemungkaran yang terjadi di dalam
masyarakat dan lindungan kita, kita telah membebaskan diri dari
dosa menyetujui atau merestui perbuatan mungkar itu.

Bersikap pasif, acuh tak acuh terhadap maksiat dan kemungkaran
yang berlaku di depan mata dapat diertikan sebagai persetujuan
dan penyekutuan terhadap perbuatan mungkar itu.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Tuesday 6 May 2014

Kisah Nabi Hud Dalam Al-Quran...^^..

Kisah Nabi Hud Dalam Al-Quran...^^..

Kisah Nabi Hud diceritakan oleh 68 ayat dalam 10 surah di antaranya
surah Hud, ayat 50 hingga 60 , surah Al-Mukminun ayat 31 sehingga
ayat 41 , surah Al-Ahqaaf ayat 21 sehingga ayat 26 dan surah
Al-Haaqqah ayat 6 ,7 dan 8.

*** Surah Hud Ayat 50-60,

50@ Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi hud
ia berkata: “ Wahai kaumku ! Sembahlah kamu akan Allah ! Sebenarnya
tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Kamu hanyalah orang-orang
yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah).

51@ Wahai kaumku ! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada
kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari
Allah yang menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu
menggunakan akal (untuk mengetahui kebenaran) ?

52@ Dan wahai kaumku ! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu,
kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan
kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan
di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu
membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa !

53@ Mereka berkata: “ Wahai Hud ! Engkau tidak membawa kepada
kami sebarang keterangan yang membuktikan kebenaranmu, dan kami
tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami dengan
sebab kata-katamu itu ! Dan kami tidak sekali-kali percaya kepadamu !

54@ ” Kami hanya boleh berkata bahawa setengah dari tuhan-tuhan
kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau
selalu mencaci penyembahan kami itu)”. Nabi Hud menjawab:
“ Sesungguhnya aku menyeru Allah menjadi saksi tentang kebenaranku,
dan kamu juga saksikanlah bahawa aku bersih dari dosa perbuatan
syirik kamu."

55@ ” Menyembah yang lain dari Allah. Maka rancangkanlah tipu helah
kamu semua terhadapku, kemudian jalankan terus, janganlah kamu
beri tempoh kepadaku mempertahankan diri."

56@ ” Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah,
Tuhanku dan Tuhan kamu ! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk
yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya.
Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

57@ Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku,
maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan
kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya,
dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain
(setelah kamu dibinasakan); dan kamu pula tidak akan dapat
membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha
Pengawal dan Pemelihara tiap-tiap sesuatu.”

58@ Dan apabila datang azab Kami, Kami selamatkan Nabi Hud
beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami;
dan Kami selamatkan mereka dari azab yang keras.

59@ Dan itulah peristiwa kaum Aad, mereka mengingkari ayat-ayat
keterangan Tuhan mereka, serta mereka menderhaka kepada Rasul-
rasulnya; dan mereka menurut perintah tiap-tiap ketua yang
bermaharajalela, lagi degil dalam keingkarannya.

60@ Dan mereka ditimpa laknat (yang tidak putus-putus) dalam dunia
ini dan pada hari kiamat. Ketahuilah Sesungguhnya kaum Aad itu telah
kufur ingkar kepada Tuhan mereka. Ketahuilah ! Sesungguhnya
kebinasaanlah akhirnya bagi Aad: kaum Nabi Hud.

*** Surah Al Mukminun, Ayat 31-41,

31@ Kemudian Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain.

32@ Lalu Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan
mereka (dengan berfirman melalui Rasul itu): “ Sembahlah kamu akan
Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.
Oleh itu tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya ?”

33@ Dan (bagi menolak seruan itu), ketua-ketua dari kaumnya yang
kafir serta mendustakan pertemuan hari akhirat, dan yang Kami
mewahkan mereka dalam kehidupan dunia, berkata (sesama sendiri)
“ Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia makan dari
apa yang kamu makan, dan meminum dari apa yang kamu minum.

34@ “ Dan demi sesungguhnya, jika kamu taati manusia yang seperti
kamu, tentulah kamu dengan membuat demikian, menjadi orang-orang
yang rugi.

35@ “ Patutkah ia menjanjikan kamu, bahawa sesungguhnya apabila
kamu mati dan menjadi tanah dan tulang, kamu akan dikeluarkan
(dari kubur hidup semula) ?"

36@ “ Jauh, amatlah jauh (dari kebenaran) apa yang dijanjikan
kepada kamu itu !"

37@ “ Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini.
Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah kita akan
dibangkitkan hidup semula.

38@ “ Tiadalah dia (Nabi Hud) itu selain dari seorang lelaki yang
mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, dan kami tidak
akan beriman kepadanya”.

39@ Nabi Hud berdoa dengan berkata: “ Wahai TuhanKu, belalah
daku, kerana mereka telah mendustakan seruanku”.

40@ Allah berfirman: “ Dalam sedikit masa lagi mereka akan menjadi
orang-orang yang menyesal”.

41@ Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang
menggempakan bumi, dengan benar lagi adil, lalu Kami jadikan mereka
sebagai sampah sarap (yang dihanyutkan oleh banjir). Maka
kebinasaanlah kesudahannya bagi kaum yang zalim itu.

*** Surah Al Ahqaf, Ayat 21-26,

21@ Dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum Aad, ketika ia
memberi amaran kepada kaumnya yang tinggal di lembah “ Al Ahqaaf”,
sedang (amarannya itu samalah seperti) amaran-amaran yang telah
diberikan oleh Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya dan yang
datang sesudahnya (dengan berkata): “ Janganlah kamu menyembah
melainkan Allah, sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab
hari yang besar (huru-haranya)”.

22@ Mereka menjawab: “ Adakah engkau datang kepada kami untuk
memesongkan kami dari menyembah tuhan-tuhan kami ? Maka bawalah
azab seksa yang engkau janjikan kepada kami itu jika betul engkau
dari orang-orang yang benar !”

23@ Nabi Hud berkata: “ Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang
kedatangan azab itu) hanya ada di sisi Allah, dan (tugasku hanya)
menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutuskan membawanya,
tetapi aku lihat kamu satu kaum yang jahil (akan tugas Rasul) !”

24@ Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang
menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: “ Ini ialah
awan yang akan membawa hujan kepada kita !” (Mendengarkan kata-
kata yang demikian, Nabi Hud berkata): “ Tidak ! Bahkan itulah
(azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin
yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya;"

25@ “ Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin
Tuhannya”. (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah
mereka (punah ranah), tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-
tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang
berdosa.

26@ Dan demi sesungguhnya ! Kami telah meneguhkan kedudukan
mereka (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan
kamu menguasainya (wahai kaum musyrik Makkah), dan Kami telah
jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam
pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak
memberikan faedah sedikitpun kepada mereka, kerana mereka
sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah; dan (dengan yang
demikian) mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-
ejekkan itu.

*** Surah Al Haqqah, Ayat 6-8,

6@ Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan
dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya,

7@ Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari
terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan
melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-
batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.

8@ Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa
mereka (yang masih hidup) ?

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Sunday 4 May 2014

JadikanLah Amalan Dan Zikir Harian...^^..

JadikanLah Amalan Dan Zikir Harian...^^..

ZikirKan, ZahirKan dan LaguKan...^^..

@ Subhanallah, Maha Suci Allah =
@ Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah =
@ Allah hu akbar, Allah Yang Maha Besar =
@ Segala Puji Hanya UntukMu, Ya Allah =
* 100 Kali

+++ Amalkan Selepas Selesai Setiap Solat Wajib. BerManfaat !!! +++

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Friday 2 May 2014

Decree By God(Allah S.W.T)...^^..

Decree By God(Allah S.W.T)...^^..

Believe what God(Allah) has write on his Book of Decree as:

the fire didn't burn IBRAHIM a.s

the knife didn't slaughter ISMAIL a.s

the sea didn't drown MUSA a.s

the whale didn't eat YUNUS a.s

Allah tells us in the Al Quran:

" Say nothing will befall us except what Allah has decree for us."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..