Friday 28 February 2014

Outrageously Energetic Person( Tun Dr Mahathir Mohamad)...^^..

Outrageously Energetic Person( Tun Dr Mahathir Mohamad)...^^..

Malaysian Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad is known
for tiring out Ministers haft his age. It looks like he may outperform,
outwit and outlast many even now. I wonder what keeps some people
energised and poised to perform ? They're always lusting for more...
more...action and adventure... more expression, experience and
excitement. Their motto must surely be " he who experience most,
Win".

If our days reflect our life, if our experiences make up our day,
if our moods and attitudes create our experiences, if our
psycological-biological-emotional states herald our moods and
attitudes, then to live our best life, we must qualify control our
mind-body-emotion system, mustn't we ? To ensure positive
experiences, we must manage our thoughts, feelings, speech and
behaviour. Can we ?

hangtuahcutelegacy.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Antara KeSabaran Dan Keluhan...^^..

Antara KeSabaran Dan Keluhan...^^..

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi
Haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang
wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.  " Demi Allah, belum
pernah aku melihat wajah seCantik dan seCerah wanita itu, tidak lain
kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-
tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,
" Apakah katamu, hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu
oleh perasaan Dukacita dan luka Hati kerana risau, dan seorang pun
yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, " Bagaimana hal yang meRisaukanmu ?" Wanita
itu menjawab, " Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih
kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang
sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku
bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar
berkata pada adiknya, " Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu
bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, " Baiklah
kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.
Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut
keluar dan lari ke bukit, yang mana di sana ia dimakan oleh serigala,
lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan
dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku,
tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas,
ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena
ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal
di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya.
Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, " Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi
semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab,
" Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara Sabar dengan
menGeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan
yang berbeza. Adapun Sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka
hal itu baik dan terPuji akibatnya. Dan adapun menGeluh, maka
orangnya tidak mendapat ganti yakni Sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan
di mana keSabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki
oleh setiap orang yang mengaku berIman kepada Allah dalam
setiap musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w
bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil
kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia Sabar, melainkan Syurga
baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan
hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga
macam daripada tanda keKafiran terhadap Allah, meRobek baju,
menGeluh dan mengHina nasab(keturunan) orang." 

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah,
dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah
akan memotongnya dan memberi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah). Semoga kita dijadikan sebagai hamba
Tuhan yang Sabar dalam menghadapi segala musibah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Kesabaran Seorang Perempuan Yang DiRasuk Jin...^^..

Kesabaran Seorang Perempuan Yang DiRasuk Jin...^^..

Ata' bin Abi rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya,
" Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli
Syurga ?" Jawab Ata, " Bahkan, siapakah perempuan itu ?" Ibnu Abbas
berkata, " Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu
ia telah dirasuk." Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu,
" Jika engkau tahan dan sanggup berSabar maka Syurga bagimu,
sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup berSabar, aku akan
mendoakan engkau supaya engkau pulih dan sembuh."

Jawab perempuan itu, " Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya
Syurga)" sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari sini
dapatlah kita satu keterangan, bahawa penyakit sawan atau rasukan
dari Jin bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman
Nabi dan sahabat lagi. Kerana Jin juga mempunyai golongan-golongan
terHebat sebagaimana golongan Manusia. Tapi dengan keIzinan Allah
jualah sesuatu perkara boleh berLaku.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Perihal Takdir dan Nasihat...^^..

Perihal Takdir dan Nasihat...^^..

SeBuruk dan seBaik manapun Takdir, cubalah kita mengutip secebis
keRedhaan dari Allah. Kerana Dia ingin mengUji akan hambaNya saat
mana hambaNya akan berharap kepadaNya atau kepada Makhluk
yang lain dariNya. Kerana MakhlukNya ini Lalai dari mengIngatiNya
dalam Hati, pada Hati mereka selalu meMuja keDuniaan( Harta-
benda), mereka meLupakan penCipta awalannya. Mereka Lupa untuk
berSyukur (Alhamm dulillah, Segala Puji Bagi Allah), mereka lupa
menyediakan Masa(BerIbadat) untuk bersama Tuhan(Allah) mereka.

Allah cuma memBeri cuma 5 waktu Khusus( Solat  Wajib) dalam sehari
dan tidaklah ia memBebankan melainkan orang yang tidak mahu berIman
(Munafik). Ia(Solat Wajib) dikira sebagai Hutang untuk hidup di Dunia,
dan Hutang wajib dibayar atau di Qadhakan. Sama juga bagi Puasa
bulan Ramadhan wajib di Tunaikan pada bulan-bulan lain atau membayar
dengan memberi makan kepada Fakir Miskin. KalauLah mereka
mengetahui...

Pada waktu Malam pula, para Malaikat Rahmat turun ke Bumi, mencari
kalau-kalau ada ahli Ibadah yang mengejar hari Akhirat melebihi hari
di Dunia. Mereka memuji-muji dan menDoakan ahli-ahli Ibadah,
dan berHarap semakin berTambah Ramai ahli-ahli Ibadah, agar tidak
menghampakan Usaha mereka turun ke Bumi untuk memberi Rahmat.

Sunnah salaf tentang menjauhi keMasyhuran. Diriwayatkan oleh Aasim
bahawa jika ada lebih daripada empat orang datang mengelilingi Imam
Abul Aaliyah, maka beliau akan bangun dan beredar. Ketakutan para
salaf terdahulu dari keMasyhuran ialah kerana mereka mengerti
bahawa Pujian, keKaguman dan keMasyhuran akan membinasakan
keIkhlasan dan Amalan mereka disisi Allah SWT.

Berkata Imam Abdullah bin Mubarak, 全ufyan telah berkata kepadaku,
" Jauhilah kamu daripada menyukai keMasyhuran kerana tidaklah aku
mendatangi seseorang (dari kalangan salaf) kecuali mereka berpesan
dengan melarang aku daripada keMasyhuran."

Tanpa Ikhlas maka setiap amalan yang dilakukan adalah sia-sia seperti
firman-Nya: " Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan,
lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan."
[Surah Al-Furqan: 23]

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Pesanan dari Kitab Allah Yang TerDahulu...^^..

Pesanan dari Kitab Allah Yang TerDahulu...^^..

Suatu ketika Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang suhuf yang
diturunkan kepada suhuf Nabi Allah Musa a.s. Rasulullah s.a.w
berkata, " Sebahagian daripada kandungan suhuf Nabi Musa a.s :-

1@ Aku hairan pada orang yang telah menyakini akan datangnya
keMatian (yakin dirinya akan Mati dan ditanya tentang Amalannya),
tetapi mengapa mereka merasa seronok dan gembira di dunia
(tidak membuat persediaan).
2@ Aku hairan kepada orang yang telah meyakini akan adanya Qadar
(ketentuan) Allah, tetapi mengapa mereka marah-marah (bila sesuatu
musibah menimpa dirinya).
3@ Aku hairan pada orang yang telah meyakini akan adanya Hisab
(hari pengiraan amal Baik dan Buruk), tetapi mengapa mereka tidak
berbuat kebaikan ?"

Rasulullah s.a.w ditanya pula tentang sebahagian daripada kitab Taurat,
Nabi berkata, " Antara kandungannya ialah :-

1@ Wahai anak Adam, janganlah kau merasa khuatir akan kekuasaan
(pangkat), selagi keKuasaanKu kekal abadi iaitu tidak akan hilang
selamanya.
2@ Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami menciptakan kamu adalah
untuk berIbadah kepadaKu, maka dari itu janganlah kamu mensia-siakan
(menghabiskan masamu untuk berhibur sahaja).
3@ Wahai anak Adam, Kami tidak mengira akan amalanmu yang akan
dilakukan esok, oleh itu janganlah kamu cemas akan Rezekimu untuk
esok.
4@ Wahai anak Adam, sesungguhnya bagi kamu ada keWajipan dan
ketentuan rezeki, sekalipun kamu mengabaikan kewajipanmu terhadapKu,
namun Aku tidak akan mengabaikan rezeki yang telah ditentukan
untukmu.
5@ Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu Redha pada apa-apa
yang telah aku berikan kepadamu, maka kamu akan merasakan bahagia
Zahir dan Batin. Tetapi jika kamu tidak Redha dengan apa-apa yang
telah Aku berikan itu, maka kamu akan dikuasai oleh Dunia sehingga
kamu akan melompat-lompat dan melenting kepanasan di padang pasir
yang panas. Demi Keagungan dan KemuliaanKu, ketika itu pun kau
tidak akan memperolehi apa-apa selain yang telah aku tetapkan,
malahan engkau termasuk di dalam golongan orang yang tercela
di sisiKu."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Monday 24 February 2014

Cinta Sejati Seorang Ibu Terhadap Anak-Anaknya...^^..

Cinta Sejati Seorang Ibu Terhadap Anak-Anaknya...^^..

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap
menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang
dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang
disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman,
maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa
bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang
terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah
bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

" Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang.
Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat,
Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku
ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."

Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya
bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para
pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya
diajar ilmu bersyair dan di didik berjuang dengan berani. Kemudian
puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan
dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil
lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan
satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari
berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang,
maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah
mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat
senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan
perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat
dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar
lagi akan ke medan perang, " Wahai anak-anakku ! Kamu telah
memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan
sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya
kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang
wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah
memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan
keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu.
Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum
muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya
kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang
bermaksud, " Wahai orang yang beriman ! Sabarlah, dan
sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu,
dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung."
Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda
yang disayanginya.

Seterusnya Khansa berkata, " Jika kalian bangun esok pagi, insya
Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan
musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah
pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin
hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang
bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya
ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya
mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang
kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang
masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh,
kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan
atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas, panglima besar Islam
telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan
perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada
hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang
tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang.
Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin
akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga.
Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun
berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari
mereka bersyair, " Hai saudara-saudaraku ! Ibu tua kita yang banyak
pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan
nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan
berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."

Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya
disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang
mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

" Demi Allah ! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami.
Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati. Segeralah
bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh-musuh
bersama-sama. Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah." Anak
Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan
bersyair, " Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas
tidak goncang.

Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal
cemerlang. Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat
terhadap anak-anaknya sendiri. Mari ! segera memasuki medan
tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri. Dapatkan
kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati. Atau
tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul
abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
" Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan. Dan
bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal.
Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok
itu terjunam ke jurang bahaya dan musnah mangsa oleh senjataku."

Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk
mendapatkan Syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang
berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam
pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera
Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara
tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu.

Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan
memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu
marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-
mijak tentera Farsi yang lainnya. Kesempatan ini digunakan oleh
pihak Islam untuk memusnahkan mereka.

Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya
mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh
pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah
teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang
dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam
yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan
Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000
orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa.
Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui
Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah
menemui syahid.

Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak
bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan, " Segala
puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka,
dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku
dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmatNya !"

Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang
masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan
pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair
ini mendapat gelaran kehormatan " 'Ummu syuhada) yang ertinya ibu
kepada orang-orang yang mati syahid."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Kain Kafan Daripada Rasullullah S.A.W...^^..

Kain Kafan Daripada Rasullullah S.A.W...^^..

Seorang wanita datang kepada Rasulullah S.A.W. Ia menyerahkan
kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Nabi S.A.W
sebagai rasa cintanya kepada Rasul. Dengan senang hati Rasulullah
menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain
pemberian wanita itu, Nabi keluar menemui sahabatnya. Salah
seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai
Nabi, lalu berkata, " Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang
engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya," ujarnya.

" Baiklah," jawab Nabi S.A.W ringkas. Setelah keluar dari suatu
majlis, Rasulullah S.A.W datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi
menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian
wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada
sahabat yang memujinya tadi. " Terimalah kain ini dan pakailah," ujar
Rasululah S.A.W. Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela
lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Nabi kerana
itu dipakainya, tetapi Nabi tidak pernah menolak permintaan
seseorang. " Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para
sahabat.

Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah S.A.W,
" Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya
gunakan untuk kain kafanku."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Kisah Pemuda Yang Berbakti Kepada Ibunya...^^..

Kisah Pemuda Yang Berbakti Kepada Ibunya...^^..

Selain seorang Nabi, Sulaiman juga seorang raja yang terkenal.
Dengan izin Allah, beliau berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan
jin Ifritnya. Nabi Sulaiman juga terkenal sebagai manusia yang
sanggup berdialog dengan segala jenis binatang.

Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi
hingga tiba di suatu samudera yang bergelombang besar. Untuk
mencegah gelombang, beliau cukup memerintahkan angin agar
tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera
itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari
permata putih yang tanpa lubang. Kubah itu diangkatnya ke darat
kemudian ditunjukkannya kepada Sulaiman Alaihissalam.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu, Nabi
Sulaiman menjadi hairan. " Kubah apa ini," fikirnya. Dengan minta
pertolongan Allah, Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa
terkejutnya beliau begitu melihat seorang pemuda duduk di dalamnya.
Diusapnya matanya, memang betul di dalamnya seorang pemuda
yang masih hidup.

Beliau bertanya kepada pemuda itu: " Siapakah engkau ini ? Kelompok
jin atau manusia ?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan. " Aku adalah
manusia,"jawab pemuda itu perlahan.

" Dari mana engkau memperoleh karamah semacam ini ?" tanya Nabi
Sulaiman menyelidik. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya
sampai kemudian memperoleh karamah dari Allah sehingga boleh
tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Katanya, ibunya dahulu sudah tua sehingga dialah yang memapah dan
menggendongnya ke mana saja dia mahu pergi. Si anak sentiasa
berbakti kepada ibunya, sedangkan ibunya selalu mendoakan anaknya.
Antara doa yang selalu dilafazkan ibunya ialah: " Ya Allah,
berikanlah rezeki kepada anakku itu, berikan dia kebahagiaan dan
tempatkan dia di satu tempat yang bukan di bumi dan bukan
di langit."

Katanya setelah ibunya wafat, dia berjalan-jalan di atas pantai. Dalam
perjalanan itu dia melihat kubah yang terbuat daripada permata.
Tatkala dia mendekatinya, maka terbukalah pintu kubah itu sehingga
dia masuk ke dalamnya.

Sulaiman yang dikenal sanggup berjalan di antara langit dan bumi itu
menjadi kagum terhadap pemuda itu. " Bagaimana engkau dapat hidup
di dalam kubah di dasar laut itu ?" tanya Sulaiman ingin tahu lebih
lanjut.

Pemuda itu berkata: " Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu
di mana aku berada. Aku tidak tahu di langitkah atau di udara, tetapi
Allah SWT tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal
di dalam kubah itu."

Nabi Sulaiman bertanya lagi: " Bagaimana Allah memberi makan
kepadamu ?" Pemuda itu menjawab: " Jika aku merasa lapar, Allah
menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang kumakan.
Jika aku merasa haus, maka keluarlah air yang sangat bersih.
Air itu lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

" Dari segi perputaran masa, dari mana engkau mengetahui siang dan
malam ?" tanya Nabi Sulaiman yang semakin takjub. " Apabila terbit
fajar, maka kubah itu menjadi putih, Dari situlah aku mengetahui
hari sudah siang. Kalau matahari sudah terbenam, maka kubah akan
menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam," tutur
pemuda itu.

Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah,
maka pintu kubah itu tertutup kembali dan dia pun tetap tinggal
di dalamnya. Itulah ganjaran atau karamah bagi seorang pemuda
yang berbakti kepada ibunya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Lima Belas Bukti Keimanan...^^..

Lima Belas Bukti Keimanan...^^..

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang
kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian
setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau
bertanya, " Siapakah kamu ini ?" Jawab kami, " Kami adalah orang
beriman." Kemudian baginda bertanya, " Setiap perkataan ada
buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, " Buktinya
ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan
kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada
kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"

Tanya Nabi s.a.w, " Apakah lima perkara yang aku perintahkan
kepada kamu itu ?" Jawab mereka, " Kamu telah perintahkan kami
untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-
kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik
mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, " Apakah lima perkara yang
diperintahkan oleh para utusanku itu ?" Jawab mereka, " Kami
diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak
ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya
kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan,
menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, " Apakah lima perkara yang kamu
masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka,
" Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani
di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa
gembira (simpati) dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh."
Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w
berkata, " Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat
pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara,
hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala
macam yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, " Mahukah kamu aku tunjukkan
kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang
kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak
akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak
akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu
yang bakal kamu tinggalkan, berusahalah untuk mencari bekal
ke alam akhirat."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Pemudi Dengan Haknya...^^..

Pemudi Dengan Haknya...^^..

Ada seorang pemuda yang tengah tergila-gila kepada seorang gadis.
Perempuan itu bukanlah orang jauh, tetapi anak pakciknya sendiri.
Bagi dia wanita itu cukup cantik dan menarik. Dia selalu mendekati
wanita itu. Setiap berjumpa dengannya, dia tunjukkan keperibadian
menarik, dia susun untaian kata yang indah, bahkan dia tunjukkan
yang ia rela berkorban apa saja.

Sebenarnya gadis manis itu belum jelas apakah bersedia menerima
cintanya atau tidak, namun Basri sudah sempat melontarkan kata-
kata mengajak untuk berbuat sesuatu yang hanya patut dilakukan
oleh pasangan suami isteri.

Tetapi Maniah, demikian nama gadis itu, bukanlah wanita yang tidak
beriman kepada Allah. Permintaan Basri yang tidak senonoh itu
ditolaknya. Bahkan dari hari-hari sebelumnya pun dia tidak pernah
memberi kesempatan untuk berdua-duaan. Hingga pada satu ketika
terjadilah peristiwa yang sebenarnya merupakan batu ujian bagi
keimanan mereka berdua.

Pada suatu hari, Maniah berada dalam kesulitan. Dia sangat
memerlukan wang untuk menutupi masalah yang sedang dihadapinya.
Tidak ada jalan lain lagi untuk mendapatkan wang selain meminta
kepada orang lain. Dia berfikir kepada siapa agaknya meminta,
sekalipun secara pinjaman. Kepada orang jauh, apalagi yang tidak
berapa kenal, tipis harapan berhasil dan lagipun malu.

Akhirnya dia putuskan bahawa masalah yang sedang dihadapinya
diceritakan kepada Basri sahaja. Basri yang selama ini pun selalu
menawarkan jasa tentu saja ingin sama-sama memecahkan masalah
yang sedang dihadapi oleh orang yang diidamkannya itu.

Basri bertanya: " Berapakah jumlah wang yang engkau perlukan ?"
Maniah menjawab: " Seratus dinar" Tanpa berfikir panjang Basri
menyatakan kesediaannya menyediakan wang sebanyak itu, tapi
dengan syarat, iaitu Maniah mahu memenuhi permintaan yang pernah
diutarakannya sebelumnya.

Maniah tunduk seolah-olah setuju saja mendengar syarat yang
ditetapkan oleh Basri itu. " Kalau begitu biar saya cari dan nanti
malam saya datang," kata Basri sambil pergi meninggalkan Maniah.

Ternyata Basri berhasil mendapatkan wang itu dan malamnya dia
datang menjumpai Maniah. Dia lihat Maniah sudah berada di biliknya
sedang menunggu-nunggu kedatangannya.

Dia serahkan duit itu kepada Maniah, dia lihat Maniah tertunduk dan
diam saja. Nafsu berahinya semakin membara melihat gadis yang
langsing berisi itu. Badan Basri sedikit gementar, dengusan nafasnya
seperti kuda membawa beban dan pandangannya sudah mulai gelap.

Sebenarnya, dia sudah tak ingat apa-apa lagi dan keluarnya kata-
kata yang memeranjatkan dari mulut pasangannya itu. Maniah
berkata: " Takutlah kepada Allah, jangan buka dulu, tutuplah kecuali
sudah menjadi hakmu"

Tiba-tiba saja tergoncanglah jiwa Basri. Lalu dengan tubuh longlai
dan tidak bernafsu lagi dia batalkan niatnya yang jahat itu. Ia bangkit,
meminta maaf, lalu pergi meninggalkan tubuh gadis itu. Tidak
dipedulikannya lagi dinar yang telah diberikannya kepada kekasihnya,
yang oleh sebab itulah Imannya hampir roboh. Pepohonan serta
bunga-bunga di sekeliling rumahnya bergetar, ikut mengucapkan
" Astaghfirullah".

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang...^^..

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang...^^..

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan
sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau
ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang
selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama
Hatim Al-Isam dan bertanya : " Wahai Aba Abdurrahman,
bagaimanakah caranya tuan solat ?" Hatim berkata : " Apabila
masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, " Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu ?" Hatim
berkata, " Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua
anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh
anggota dengan tujuh perkara :-

1@ Bertaubat, 2@ Menyesali dosa yang dilakukan, 3@ Tidak tergila-
gilakan dunia, 4@ Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya'),
5@ Tinggalkan sifat berbangga, 6@ Tinggalkan sifat khianat dan
menipu dan 7@ Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, " Kemudian aku pergi ke masjid, aku
kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri
dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada
di hadapanku, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku,
Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula
bahawa aku seolah-olah berdiri di atas Titian ' Sirratul Mustaqim'
dan aku menganggap bahawa Solatku kali ini adalah solat terakhirku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian
aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan
penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Shahih Muslim 0010 with Eng Sub...^^..

Shahih Muslim 0010 with Eng Sub...^^..

Rukun Islam

0010. Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: " Islam
dibina atas lima perkara: MengEsakan Allah, mendirikan Solat,
membayar Zakat, berPuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan
Haji jika berkemampuan." " Bukankah haji dan puasa bulan
Ramadhan ?" Jawab Ibnu Umar, " Tidak ! tetapi Puasa bulan
Ramadhan kemudian jika mampu, bolehlah menunaikan Haji.
Begitulah yang aku dengar dari Rasulullah s.a.w."

Eng Subtitle...^^..
The Book of Faith (Kitab Al-Iman)

0010. It is narrated on the authority of ('Abdullah) son of Umar
(may Allah be pleased with them) that the Holy Prophet (may peace
of Allah be upon him) said: " (The superstructure of) al-Islam is
raised on five (pillars), the Oneness of Allah, the establishment
of Prayer, payment of Zakat, the, Fast of Ramadan, Pilgrimage
(to Mecca).

A person said (to 'Abdullah b. Umar the narrator): " Which of the
two precedes the other Pilgrimage or the fasts of Ramadhan ?
Upon this he (the narrator) replied: " No (it is not the Pilgrimage
first) but the Fasts of Ramadan precede the Pilgrimage."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Shahih Muslim 0009 with Eng Sub...^^..

Shahih Muslim 0009 with Eng Sub...^^..

Rukun Islam

0009. Dari Jabir r.a., katanya seorang laki-laki bertanya kepada
Rasulullah s.a.w., " Apabila aku telah melakukan semua solat wajib,
dan berpuasa di bulan Ramadhan, aku Halalkan yang Halal dan aku
Haramkan yang Haram, dan tidak kuTambah yang demikian itu
dengan yang lain, dapatkah aku masuk Syurga ?" Jawab Nabi s.a.w.,
" Ya, dapat !" Kata orang itu, " Demi Allah ! Tidak akan kuTambah
yang demikian dengan yang lain."

Eng Subtitle...^^..
The Book of Faith (Kitab Al-Iman)

0009. It is narrated on the authority of Jabir that a man once said
to the Messenger of Allah (may peace be upon him): " Shall I enter
Paradise in case I say the obligatory prayers, observe the (Fasts)
of Ramadhan and treat that as lawful which has been made
permissible (by the Shari'ah) and deny myself that what is forbidden,
and make no addition to it ?" He (the Holy Prophet) replied in the
affirmative. He (the inquirer) said: " By Allah, I would add nothing
to it."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Shahih Muslim 0008 with Eng Sub...^^..

Shahih Muslim 0008 with Eng Sub...^^..

Rukun Islam

0008. Dari Jabir r.a., katanya Nu'man bin Qawqal datang bertanya
kepada Rasulullah s.a.w.,  katanya: " Ya, Rasulullah ! Bagaimanakah
pendapat Anda, apabila aku telah melakukan Solat wajib, telah
mengHaramkan yang Haram serta mengHalalkan yang Halal,
dapatkah aku masuk Syurga ?" Jawab Nabi s.a.w., " Ya, benar !"

Eng Subtitle...^^..
The Book of Faith (Kitab Al-Iman)

0008. It is narrated on the authority of Jabir that Nu'man b.
Qawqal came to the Holy Prophet (may peace be upon him) and said:
" Would I enter Paradise if I say the obligatory prayers and deny
myself that which is forbidden and treat that as lawful what has
been made permissible (by the Shari'ah) ? The Holy Prophet (may
peace be upon him) replied in the affirmative

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Shahih Muslim 0007 with Eng Sub...^^..

Shahih Muslim 0007 with Eng Sub...^^..

Rukun Islam

0007. Dari Abu Hurairah r.a. (@Abdur Rahman bin Shakhar) katanya:
" Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu
bertanya: " Ajarkanlah kepadaku suatu amal yang apabila kuamalkan
maka aku masuk Syurga kerananya." Jawab Nabi s.a.w.,
" Sembahlah Allah, jangan mempersekutukanNya dengan sesuatupun,
dirikanlah Solat wajib, bayar Zakat fardhu dan Puasalah pada bulan
Ramadhan." Kata orang itu, " Demi Allah, yang diriku di tanganNya,
tidak akan kuTambah dan tidak akan kuKurangi." Ketika orang itu
telah pergi, Nabi s.a.w. bersabda, " Siapa yang ingin melihat
penduduk Syurga, maka lihatlah orang itu."

Eng Subtitle...^^..
The Book of Faith (Kitab Al-Iman)

0007. It is reported on the authority of Abu Huraira that a bedouin
( Man) came to the Messenger of Allah (may peace be upon him) and
said: Messenger of Allah, " Direct me to a deed by which I may be
entitled to enter Paradise." Upon this he (the Holy Prophet) remarked:
" You worship Allah and never associate anything with Him, establish
the obligatory prayer, and pay the Zakat which is incumbent upon
you, and observe the fast of Ramadan." He (the bedouin) said:
" By Him in Whose hand is my life, I will never add anything to it,
nor will I diminish anything from it." When he (the bedouin) turned
his back, the Prophet (may peace be upon him) said: " He who is
pleased to see a man from the dwellers of Paradise should catch
a glimpse of him."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Shahih Muslim 0007 with Eng Sub...^^..

Shahih Muslim 0007 with Eng Sub...^^..

Rukun Islam

0007. Dari Abu Hurairah r.a. (@Abdur Rahman bin Shakhar) katanya:
" Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu
bertanya: " Ajarkanlah kepadaku suatu amal yang apabila kuamalkan
maka aku masuk Syurga kerananya." Jawab Nabi s.a.w.,
" Sembahlah Allah, jangan mempersekutukanNya dengan sesuatupun,
dirikanlah Solat wajib, bayar Zakat fardhu dan Puasalah pada bulan
Ramadhan." Kata orang itu, " Demi Allah, yang diriku di tanganNya,
tidak akan kuTambah dan tidak akan kuKurangi." Ketika orang itu
telah pergi, Nabi s.a.w. bersabda, " Siapa yang ingin melihat
penduduk Syurga, maka lihatlah orang itu."

Eng Subtitle...^^..
The Book of Faith (Kitab Al-Iman)

0007. It is reported on the authority of Abu Huraira that a bedouin
( Man) came to the Messenger of Allah (may peace be upon him) and
said: Messenger of Allah, " Direct me to a deed by which I may be
entitled to enter Paradise." Upon this he (the Holy Prophet) remarked:
" You worship Allah and never associate anything with Him, establish
the obligatory prayer, and pay the Zakat which is incumbent upon
you, and observe the fast of Ramadan." He (the bedouin) said:
" By Him in Whose hand is my life, I will never add anything to it,
nor will I diminish anything from it." When he (the bedouin) turned
his back, the Prophet (may peace be upon him) said: " He who is
pleased to see a man from the dwellers of Paradise should catch
a glimpse of him."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Shahih Muslim 0006 with Eng Sub...^^..

Shahih Muslim 0006 with Eng Sub...^^..

Rukun Islam

0006. Dari Abu Ayyub r.a (@Khalid bin Zaid Al Anshari) katanya:
" Seorang Arab dari kawasan pendalaman datang kepada Rasulullah
s.a.w. ketika beliau sedang dalam perjalanan: lalu orang itu
memegang tali kekang unta yang dinaiki Nabi s.a.w. Katanya,
" Ya, Rasulullah ! Ajarkan kepadaku suatu amal yang dapat
mendekatkan aku ke Syurga, dan menjauhkan aku dari Neraka."

Kata Abu Ayyub, " Kerana itu Nabi s.a.w. berhenti, kemudian beliau
memandang kepada para sahabatnya dan berkata: " Sesungguhnya
dia telah diberi taufik." Kemudian Nabi s.a.w. berkata kepada orang
itu, " Apa kata anda ?" Orang itu pun mengulangi permintaannya.
Maka sabda Nabi s.a.w., " Sembahlah Allah dan jangan
mempersekutukanNya dengan sesuatupun, tegakkan solat, bayar
zakat dan hubungkan silaturrahim (berbuat kebajikan terhadap
kerabat karib yang ada hubungan darah)." " Nah, sekarang
lepaskanlah untaku !"

Eng Subtitle...^^..
The Book of Faith (Kitab Al-Iman)

0006. It is narrated on the authority of Abu Ayyub Ansari that once
during the journey of the Holy Prophet (may peace of Allah be upon
him) a bedouin(Arab) appeared before him and caught hold of the
nose string of his she-camel and then said, Messenger of Allah (or
Muhammad), " Inform me about that which takes me near to
Paradise and draws me away from the Fire (of Hell)."

He (the narrator) said: The Prophet (may peace be upon him) stopped
for a while and cast a glance upon his companions and then said:
" He was afforded a good opportunity (or he had been guided well)."
He (the Holy Prophet) addressing the bedouin said: " (Repeat)
whatever you have uttered." He (the bedouin) repeated that. " Upon
this the Apostle (may peace be upon him) remarked: "The deed which
can draw you near to Paradise and take you away from Hell is, that
you worship Allah and associate none with Him, and you establish
prayer and pay Zakat, and do good to your kin." After having uttered
these words, the Holy Prophet asked the bedouin to release the
nosestring of his she-camel.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Saturday 22 February 2014

Asma Ul Husna (Nama-Nama Allah) Takrif Dan Fadhilatnya...^^..

Asma Ul Husna (Nama-Nama Allah) Takrif Dan Fadhilatnya...^^..

Sesungguhnya di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan
terurai kecuali menerima kehendak Allah S.W.T, ada keganasan dan
tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah S.W.T, ada
kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah S.W.T,
ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung,
bertemu dan bermunajat denganNya, ada penyesalan dan tidak padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta Qadhak dan
QadarNya juga sentiasa sabar menemuiNya, ada hajat dan tidak akan
terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
" Ya Allah" .

" Orang yang benar-benar dapat mengingati nama Allah, hilang rasa
wujud diri, erat hubungannya dengan Tuhannya, sentiasa melaksanakan
hak Tuhannya, hatinya sentiasa memandangNya, berbagai nur syuhud
yang Allah kurniakan menghapuskan berbagai-bagai sifat jahatnya."

Rasullullah S.A.W telah bersabda maksudnya:  " Allah s.w.t mempunyai
Nama-nama yang indah. Pelajarilah ia dan kamu akan hampir kepada
Jannah(Syurga)." Allah s.w.t memiliki lebih dari 99 nama dan ada
nama yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh manusia.

Banyak perkara dan suasana yang kita tidak sedari betapa Allah s.w.t
mempunyai kuasa ke atas segala sesuatu. Dia melihat dan mengetahui
segala yang wujud. Kita menyedari tumbuhan, haiwan, pokok, batu
dan kayu yang seolah-olah tidak hidup, tapi sebenarnya mereka
sentiasa menyeru namaNya dalam bahasa mereka sendiri yang kita
sendiri tidak mengetahuinya.

Rasullullah s.a.w ada bersabda bermaksud: " Allah s.w.t memiliki
99 nama. Siapa yang menghafalnya akan masuk Syurga. Allah s.w.t
itu ganjil dan suka kepada yang ganjil." Dalam hadith lain pula
bermaksud: " Barangsiapa yang menghafal nama-namaNya dengan
maksudnya sekali akan masuk syurga."

Marilah kita berlaku adil kepada diri kita sendiri supaya
mengimbangi di antara amalan dunia dan amalan akhirat.

+++ Iman

Inilah faktor utama untuk kita mempelajari Asma' Ul Husna. Beriman
kepada Allah s.w.t. Beriman kepada agama yang diturunkanNya,
kepada RasulNya, kepada KitabNya Al Quran, Malaikat-malaikatNya,
Qadhak dan QadarNya dan Hari Kiamat. Al Quran tiada keraguan
terhadap semua ini. Untuk memiliki Iman yang tidak berbelah bagi
kepada Islam, seseorang itu hendaklah di cintai oleh Allah s.w.t.

Untuk di kasihi Allah s.w.t, kita mestilah terlebih dahulu mengasihi
Allah s.w.t iaitu kita tunduk dan patuh kepadaNya. Segala yang kita
lakukan hanyalah kerana Allah s.w.t. semata-mata dan setiap inci
diri kita, hati kita dan apa sahaja perbuatan kita semuanya agar
sentiasa mengingati Allah s.w.t.

Untuk mengenali Allah s.w.t. bukan perkara mudah dan setelah
mengenaliNya, lebih sukar untuk tetap Iman bersamaNya. Cara
yang mudah untuk kekal di dalam Iman yang teguh kepadaNya ialah
dengan menghafal dan memerhatikan makna nama-namaNya. Inilah
pintu ke syurga. Cara yang terbaik untuk mencintai dan dicintai
Allah s.w.t.

+++ Kejayaan

Perlu di ingatkan bahawa mereka yang berjaya mempelajari dan
mengingati nama-nama Allah s.w.t. ini hanyalah mereka yang teguh
Imannya dan ikhlas pula hatinya dalam melakukan Ibadah. Hati
mereka akan tenang dan tenteram sebagaimana janji Allah s.w.t.
bahawa dengan mengingatiNya hati akan menjadi tenang.

Firman Allah s.w.t. bermaksud: " Bukankah dengan mengingati Allah
s.w.t. itu akan memperolehi ketenangan hati."

+++ Kuasa Maha Agung

Bila kita membaca dan menyeru namaNya, kita sedang meminta
pertolongan dari Allah s.w.t. Apabila dalam bahaya, kita sebut
namaNya, Dia pasti datang membantu. Dia tidak pernah memungkiri
janji dan tidak akan menghampakan hambaNya. Dia tahu apa yang
terbaik untuk makhlukNya.

Sifat Allah s.w.t. berbeza dengan segala sesuatu yang wujud, baik
yang kita tahu mahupun yang kita tidak ketahui. Yang kita nampak
dan yang tidak dapat kita bayangkan. Allah s.w.t. hidup tetapi
kehidupanNya tidak memerlukan apa-apa yang kita perlukan seperti
makan, minum, tidur dan udara dan Dia tidak memerlukan apa-apa
pun. Kerana Dia Maha Sempurna. KewujudanNya adalah sumber
kehidupan yang lain. Segala yang hidup dan yang diciptakanNya
memerlukan Allah s.w.t. di dalam kewujudan mereka. Mereka akan
bergantung setiap sesuatu urusan mereka kepada Yang mencipta
mereka.

Bila menyebut atau membaca nama-nama Allah s.w.t., hendaklah
seseorang itu memulakan dengan menyebut Asma Ul Husna yang
pertama iaitu (Bismillah Hir Rahman Nir Rahim). Ini diikuti dengan
bacaan selawat seperti berikut:

" Allah Yang Maha Agung berselawat ke atas Muhammad s.a.w. dan
melindungi keluarganya di dunia dan di akhirat"

Setelah menyebut nama-nama Asma Ul Husna, bacalah selawat
ke atas Nabi sekali lagi dan selawat seharusnya dibaca sekurang-
kurangnya sekali sebelum dan selepas membaca Asma Ul Husna.

Para ulamak mengatakan, apabila kita membaca selawat malaikat
mendatangi kita untuk menyampaikan pesanan kita tetapi apabila
kita terlupa untuk berselawat, pesanan itu akan tertinggal di dunia.
Selawat ini hendaklah dibaca sekali atau 10 kali atau 100 kali
sebelum dan selepas membaca nama-nama Allah s.w.t. yang
terbaik ini.

+++ Nama-Nama Allah

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rohhim
Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salaam
Ya Muk'min, Ya Muhaimin, Ya 'Aziz
Ya Jabbar, Ya Mutakabbir, Ya Kholiq
Ya Baari', Ya Musawwir, Ya Ghoffar
Ya Qohhar, Ya Wahhab, Ya Rozzaq
Ya Fattah, Ya 'Aliim, Ya Qoobidh
Ya Baasith, Ya Khoofidh, Ya Roofi'
Ya Mu'izz, Ya Mudzil, Ya Samii'
Ya Ba'shiir, Ya Hakam, Ya 'Adlu
Ya Latiff, Ya Khoobir, Ya Halim
Ya 'Aziim, Ya Ghofuur, Ya Syakuur
Ya 'Aliyy, Ya Kabiir, Ya Hafiiz
Ya Muqit, Ya Hasib, Ya Jaliil
Ya Karim, Ya Roqiib, Ya Mujiib
Ya Waasi', Ya Hakiim, Ya Waduud
Ya Majiid, Ya Baa'its, Ya Syaahid
Ya Haq, Ya Wakiil, Ya Qawiyy
Ya Matiin, Ya Waliyy, Ya Hamiid
Ya Muhsii, Ya Mubdi' Ya Mu'iid
Ya Muhyii, Ya Muumiit, Ya Hayyu
Ya Qayyum, Ya Waajiid, Ya Maajid
Ya Waahid , Ya Soomad, Ya Qoodir
Ya Muktadir, Ya Muqoddim, Ya Mu'akhkhir
Ya Awwal, Ya Aakhir, Ya Zhohir
Ya Baathin, Ya Waali, Ya Muta'aali
Ya Barru, Ya Tawwaab, Ya Muntaqim
Ya 'Afuww, Ya Ro'uuf, Ya Malikul Mulk
Ya Dzul Jalaali Wal Ikrom, Ya Muqsit, Ya Jaami'
Ya Ghoniyy, Ya Mughnii, Ya Maani'
Ya Dhoor, Ya Naafi', Ya Nuur
Ya Haadii, Ya Badii', Ya Baaqii
Ya Waaris, Ya Rosyiid, Ya Soo'bur

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Friday 21 February 2014

Asal Usul Hajar Aswad...^^..

Asal Usul Hajar Aswad...^^..

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak
kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada
bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail
bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan
mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai,
ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu
lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail
berkata, " Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku
letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk
mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang
mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s
memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera
membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s.
merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau
menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya,
" Dari mana kamu dapat batu ini ?"

Nabi Ismail berkata, " Batu ini kuterima daripada yang tidak
memberatkan cucuku dan cucumu (daripada Jibril)." Nabi Ibrahim
mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga
sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi
ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan
mencium Hajar Aswad.

Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu,
yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian
tangan sahaja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih
bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi
Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-
olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai
saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan
doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah
doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu
mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab
tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau
mencium batu itu (Hajar Aswad) : " Aku tahu, sesungguhnya engkau
hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W
menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium
Hajar Aswad)."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Kubur Berkata Sewaktu Jenazah Fatimah Az Zahra Hendak Dikebumikan...^^..

Kubur Berkata Sewaktu Jenazah Fatimah Az Zahra Hendak Dikebumikan...^^..

Di kisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka
jenazahnya telah di usung oleh 4 orang, antaranya :

1@ Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2@ Hasan (anak Fatimah r.a)
3@ Husin (anak Fatimah r.a)
4@ Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka
Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, " Wahai kubur,
tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ?
Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak
Rasulullah S.A.W."

Maka berkata kubur, " Aku bukannya tempat bagi mereka yang
berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat
amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat
dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak
akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-
buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat
dari siksa kubur hendaklah meLazimkan empat perkara semuanya :-

1@ Hendaklah ia menjaga solatnya
2@ Hendaklah dia bersedekah
3@ Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4@ Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan
memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur
dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus di Jauhi ialah :-

1@ Jangan berdusta
2@ Jangan mengkhianat
3@ Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini/
mereka-reka cerita)
4@ Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, " Bersucilah kamu
semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur
itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas
dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim
ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah.

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin,
orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan
melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan
sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab
setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan
Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini, kalau kita tuduh
berkata kepada saudara kita yang Jahil, takutlah kamu kepada
Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan
ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka
mungkin akan menjawab, " Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal
untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu
tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur, jikalau
dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah Amalnya
sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an
itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Juru Dakwah Yang Tidak Gentar...^^..

Juru Dakwah Yang Tidak Gentar...^^..

Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya
kemarahan orang-orang badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh
dan mengungkit-ngungkit dendam lama yang sebelumnya sudah
terpendam. Namun tanpa curiga sedikit pun Rasulullah memberikan
sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab yang
menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam.
Untuk itu mereka meminta para juru dakwah dikirimkan ke kampung
suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat yang alim
diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat
bersama para pedagang Arab itu.

Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para
pedagang itu tiba-tiba melakukan pengurangan atas keenam sahabat
Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail.
Keenam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-
masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah sedar bahawa
mereka telah ditipu.

Para pedagang yang licik tadi berteriak, " Sabar saudara-saudara.
Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami
cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai
budak belian. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib yang
bakal mereka hadapi bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam
pertarungan itu. Kerana itu mereka segera bertakbir seraya
menyerang dengan tangkas.

Terjadilah pertempuran antara enam pendakwah berhati tulus dengan
orang-orang gasar yang jumlahnya jauh lebih besar. Pedang mereka
ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah menjadi korban.
Akhirnya tiga sahabat tertusuk oleh musuh dan gugur. Seorang lagi
dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang;
Zaid bin Addutsunah dan Khusaib bin Adi.

Apalah daya dua orang pejuang, betapa pun lincahnya perlawanan
mereka, menghadapi begitu banyak musuh yang ramai ? Selang
beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang
itu dapat dilumpuhkan dan terbelenggu. Lalu mereka diangkut menuju
pasar budak di Makkah. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah
Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin
Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada budak-budaknya.
Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah terik matahari
dengan badan ditindihi batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina
Abu Bakar As sidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian
terkenal sebagai sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat
sebagai Muazin, tukang azan.

Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadap-hadapan dengan
bekas budaknya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam
pertempuran yang sengit satu lawan satu. Adapun Khubaib bin Adi
diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti
maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas
dendam kebencian mereka kepada umat Islam.

Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid diseret menuju Tan'im, salah
satu tempat untuk miqat umrah. Di sanalah Zaid akan dijalani hukuman
pancung, buatkan sesuatu yang ia tidak pernah melakukannya, iaitu
terbunuhnya Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan. Menjelang
askar perang menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu
Sufyan bertanya garang, " Zaid bedebah, apakah engkau senang
seandainya di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup
tenteram bersama keluargamu di rumah ?"

" Janganlah begitu," bantah Zaid dengan keras. " Dalam keadaan begini
pun aku tidak rela Rasulullah tertusuk duri kecil di rumahnya." Abu
Sufyan menjadi marah. " Bereskan," teriaknya kepada askarnya.
Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari
dan darah segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur
setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni syurga dengan
seorang syuhada' lagi. Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy
lainnya timbul kehairanan akan kesetiaan para sahabat kepada
Muhammad. Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum,
" Aku tidak pernah menemukan seorang yang begitu dicintai para
sahabat seperti Muhammad."

Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang pula rombongan lain yang
menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku
di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati
diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga
Khubaib. Jurudakwah yang bestari ini meminta izin untuk solat sunnah
dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan
tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman
kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya sampai selesai. Setelah
salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata, " Demi Allah.
Andaikata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut,
maka solatku akan kulakukan lebih panjang."

Khubaib disalib dahulu lalu dihabisi sepertimana dilaksanakan ke atas
Zaid bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima
sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi
keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran takkan pernah padam
dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga makin
banyak jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri, atas biaya
peribadi, menyelusup keluar-masuk pedalaman berbatu-batu karang
atau berhutan-hutan belantara buat menyampaikan firman Tuhan
menuju keselamatan.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Kejujuran Seorang Saudagar Permata...^^..

Kejujuran Seorang Saudagar Permata...^^..

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin
bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya
kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi
yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual
beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya
tadi. Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya
empat ratus dirham.

Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya
harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa
diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak
dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si
badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya
tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari
kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, " Berapakah
harga barang ini kamu beli ?"

Badwi itu menjawab, " Empat ratus dirham." " Tetapi harga sebenarnya
cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat
kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus
lagi. " Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan
beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab
di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."

Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi.
Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba
dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar,
berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, " Apakah kamu
tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu
menjual barang tadi dengan dua kali ganda ?" Marah saudagar Yunus
lagi.

" Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus
dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang
benar. Kata saudagar Yunus lagi, " Ya, tetapi di atas belakang kita
terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti
memperlakukan terhadap diri kita sendiri."

Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang
beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang
peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal.
Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak
ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, " Sesungguhnya Allah itu
penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan
sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak
seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau
diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Kisah Unta Mematahkan Rancangan Abu Jahal Untuk Membunuh Rasullullah S.A.W...^^..

Kisah Unta Mematahkan Rancangan Abu Jahal Untuk Membunuh
Rasullullah S.A.W...^^..

Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan
menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu
Jahal semakin benci terhadap Rasulullah S.A.W. Kebencian Abu Jahal
ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab
terhadap Rasulullah S.A.W.

Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata
kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, " Hai kaumku !
Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran
barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina
agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi
Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahawa esok aku akan
membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala
Muhammad ketika dia sujud.

Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan
aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum
kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang
mereka sukai."

Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang
menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya,
" Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada
keluarga Muhammad. Teruskan niatmu."

Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar
kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahawa dia akan menghapuskan
Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi
Muhammad S.A.W bererti akan terhapuslah segala keresahan dan
kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah
S.A.W menyebarkan agama Islam di kalangan mereka.

Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira
perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad S.A.W
berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk
membunuh Nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha
Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali
membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.

Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal
pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad S.A.W
bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan
dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh
beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak
kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan
menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi Muhammad S.A.W.

Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi
Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia
tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad
S.A.W pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan
bagaimana kaum Quraisy akan menyambutnya sebagai pahlawan yang
telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka.

Sebaik sahaja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram,
dilihatnya Rasulullah S.A.W baru sahaja sampai dan hendak
mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad S.A.W
tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ.
Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu
Jahal terhadap dirinya pada hari itu.

Sebaik-baik sahaja Abu Jahal melihat Rasulullah S.A.W telah mula
bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang
menuju ke arah Nabi Muhammad S.A.W. Abu Jahal melangkah dengan
berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disedari oleh
baginda.

Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan
cemas bercampur gembira. Dalam hati mereka berkata, " Kali ini
akan musnahlah engkau hai Muhammad."

Sebaik sahaja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad S.A.W
dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia
berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah.
Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada
berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi
Muhammad S.A.W terbunuh, tercengang dan saling berpandangan.

Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat
melangkahkan kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-
rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum disedari oleh
baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang
dialaminya.

Sebaik sahaja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya
tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku.
Kawannya bertanya, " Apakah sebenarnya yang terjadi kepada
engkau, Abu Jahal ? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu
itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi ?"

Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin
kehairanan. Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang
lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi S.A.W, tiba-tiba
sahaja diam membisu.

Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian
yang baru menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan
apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara
yang sama akan berulang menimpa dirinya.

Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah
S.A.W pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu
kepada baginda bahawa Abu Jahal telah merampas hartanya.
Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda
apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi
Rasulullah S.A.W.

Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai
soalan, maka Abu Jahal pun mula bersuara, " Wahai sahabatku !
Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik sahaja aku menghampiri
Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba
muncul seekor unta yang besar hendak menendang aku. Aku amat
terkejut kerana belum pernah melihat unta yang sebegitu besar
seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan
matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan
membatalkan niatku."

Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan
itu, mereka tidak menyangka orang yang selama ini gagah dan
beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad S.A.W hanya tinggal
kata-kata sahaja. Orang yang selama ini diharapkan boleh
menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W dan pengaruhnya hanya
berupaya bercakap seperti tin kosong sahaja.

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan
hati itu, maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan
perasaan kehairanan, " Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri
Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kami
tidak nampak akan unta yang engkau katakan itu. Malah bayangnya
pun kami tidak nampak."

Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang
diberikan oleh Abu Jahal. Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa
mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula hilang kepercayaan
terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak
berapa endahkan lagi.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah...^^..

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah...^^..

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada
suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang
sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air
itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun
berkata, " Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia
memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, " Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya
untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, " Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya
untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.
" Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya
kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, " Ya Tuhanku,
berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu."
Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda
yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat
berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya
kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata
kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah
gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka
beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, " Wahai Tuhanku,
tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi
Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang
berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah
batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam,
tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi
Isa berkata, " Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah S.W.T menurunkan
wahyu yang berbunyi, " Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar
perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar
setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan
Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun
tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan
diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1@ Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi
dia mencintai dunia. 2@ Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam
beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3@ Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya,
tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Akan datang waktunya umatku
akan menCintai lima, Lupa kepada yang lima :

1@ Mereka cinta kepada Dunia. Tetapi mereka lupa kepada Akhirat.
2@ Mereka cinta kepada Harta benda. Tetapi mereka lupa kepada
Hisab. 3@ Mereka cinta kepada Makhluk. Tetapi mereka lupa kepada
Al-Khaliq. 4@ Mereka cinta kepada Dosa. Tetapi mereka lupa untuk
berTaubat. 5@ Mereka cinta kepada gedung-gedung Mewah. Tetapi
mereka lupa kepada Kubur.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Orang Yang Paling Berani...^^..

Orang Yang Paling Berani...^^..
.
Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin
Aqil katanya, " Pada suatu hari, Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah
di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, " Hai kaum Muslimin,
siapakah orang yang paling berani ?" Jawab mereka, " Orang yang
paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin." Kata Ali,
" Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika
kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah
yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan
menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang
pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau
menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa sahaja
yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."

" Pada suatu hari, juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang
berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil
menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata,
" Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?"
Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela
Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka
sambil berkata, " Apakah kamu hendak membunuh orang yang
bertuhankan Allah ?"

Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air
matanya. Kemudian Ali berkata, " Adakah orang yang beriman dari
kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah
diam sahaja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya,
" Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman
dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang
beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang
Abu Bakar menyiarkan imannya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Penderitaan Yang Dialami Abu Hurairah...^^..

Penderitaan Yang Dialami Abu Hurairah...^^..

Pada suatu hari Abu Hurairah sedang membersihkan hidungnya dengan
sehelai sapu tangan yang cantik. Kemudian dia bercakap seorang diri.
" Ah, lihat akan Abu Hurairah, dia membersihkan hidungnya dengan
sehelai sapu tangan yang cantik. Teringat aku semasa aku biasanya
berbaring di antara mimbar dengan rumah Nabi. Orang menyangka
aku menghidap penyakit sawan. Tetapi sebenarnya aku sedang
menderita kelaparan."

Abu Hurairah mengalami kelaparan selama beberapa hari. Kadang-
kadang kelaparan yang dihadapinya begitu dahsyat hingga ia jatuh
pengsan. Orang yang melihat keadaannya menyangka ia terkena
penyakit sawan.

Pada masa itu penderita-penderita penyakit sawan diubati dengan
meletakkan kaki di lehernya. Penderitaan Abu Hurairah ini berlaku
semasa Islam mula bertapak di Tanah Arab. Apabila Islam telah
tersebar dengan luasnya, keadaan hidupnya agak mewah sedikit.

Dia merupakan seorang yang sangat warak dan suka menunaikan
sembahyang-sembahyang nafilah. Dia mempunyai sebuah uncang
yang penuh dengan biji-biji buah tamar yang digunakan untuk
berzikir. Di rumahnya sentiasa terdapat orang yang sibuk
bersembahyang.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Riwayat Nabi Adam...^^..

Riwayat Nabi Adam...^^..

Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya, laut-
lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan
mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan dan
menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang
diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha
Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya. Maka
tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain
yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-
tumbuhannya, menguruskan kekayaan yang terpendam di dalamnya dan
berkembang biak, turun-temurun, waris-mewarisi sepanjang masa yang
telah ditakdirkan baginya.

*** Kekhuatiran Para Malaikat***

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya
menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah
menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian
mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran
yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata mereka kepada Allah
s.w.t.: " Wahai Tuhan kami ! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain
selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan
ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang
makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya
akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh
berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan
terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan
kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
" Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah
yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila
Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, bersujudlah
kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan
sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya
beribadah kepada sesama makhluk-Nya."

Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t. dari segumpal tanah
liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan
bentuknya, ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan
berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.

*** Iblis Membangkang***

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para
malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai
penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai
bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta
yang terpendam di dalamnya. Iblis merasa dirinya lebih mulia, lebih
utama dan lebih agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur
api, sedang Adam dari tanah dan lumpur. Kebanggaannya dengan
asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk
bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun
diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis: " Apakah yang mencegahmu sujud
menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tanganKu ?"
Iblis menjawab: " Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.
Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."
Kerana kesombongan, keegoan dan sifat suka membangkang
melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis
dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan
malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat
pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu ia dinyatakan sebagai
penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu
dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup
kekal hingga hari kebangkitan/kembali di hari kiamat. Allah
meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari
kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian
jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam,
sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari
barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari
segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus
dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka
melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang, menggoda mereka
supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi
mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu: " Pergilah
engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi
neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya
menyesatkan hamba-hambaKu yang telah beriman kepada Ku dengan
sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan
tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala
kepandaianmu menghasut dan memfitnah."

*** Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.***

Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap
Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmatNya menunjuk
Adam sebagai penguasa bumi, maka diajarkanlah kepada Adam nama-
nama benda yang berada di alam semesta, kemudian diperagakanlah
benda-benda itu di depan para malaikat seraya: " Cubalah sebutkan
bagiKu nama benda-benda itu, jika kamu benar merasa lebih
mengetahui dan lebih mengerti dari Adam." Para malaikat tidak
berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda
yang berada di depan mereka. Mereka mengakui ketidaksanggupan
mereka dengan berkata: " Maha Agung Engkau ! Sesungguhnya kami
tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan
ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui
dan Maha Bijaksana."

Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahu nama-nama benda
itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam tentang
nama dan fungsi benda-benda tersebut, berfirmanlah Allah kepada
mereka: " Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui
rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa
yang kamu sembunyikan."

*** Adam Menghuni Syurga.***

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah
Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya,
menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya
untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulama, Hawa
diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang
di sebelah kiri, di waktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga, ia
melihat Hawa sudah berada di sampingnya. Ia ditanya oleh malaikat:
" Wahai Adam ! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu
itu ?"

Berkatalah Adam: " Seorang perempuan." Sesuai dengan fitrah yang
telah di ilhamkan oleh Allah kepadanya. " Siapa namanya ?" tanya
malaikat lagi. " Hawa", jawab Adam. " Untuk apa Tuhan menciptakan
makhluk ini ?",tanya malaikat lagi. Adam menjawab: " Untuk
mendampingiku, memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan
hidupku sesuai dengan kehendak Allah."

Allah berpesan kepada Adam: " Tinggallah engkau bersama isterimu
di syurga, rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah di dalamnya,
rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat
di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu. Kamu tidak
akan mengalami atau merasa lapar, dahaga ataupun letih selama kamu
berada di dalamnya. Akan tetapi, Aku ingatkan janganlah makan buah
dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk
orang-orang yang zalim. Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu
dan musuh isterimu, ia akan berusaha memujuk kamu dan menyeret
kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu
sedang nikmati ini."

*** Iblis Mulai Beraksi/Bertindak.***

Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh Allah dari
Syurga akibat pembangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri
hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia
terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana
kebesarannya. Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya
kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang
tenteram, damai dan bahagia.

Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan
ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan
kebahagiaan mereka. Segala cara dan kata-kata halus digunakan
oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa
ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka.
Ia membisikkan kepada mereka bahawa larangan Tuhan kepada mereka
memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah kerana dengan memakan
buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal.
Diulang-ulangilah pujukkannya dengan menunjukkan akan harumnya
bau pohon yang dilarang (indah bentuk buahnya dan lazat rasanya).

Sehingga pada akhirnya termakanlah pujukan yang halus itu oleh Adam
dan Hawa dan dilanggarnya larangan Tuhan. Allah mencela perbuatan
mereka itu dan berfirman yang bermaksud: " Tidakkah Aku mencegah
kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah
Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang
nyata." Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa
mereka telah melanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah
melakukan suatu kesalahan dan dosa besar. Seraya menyesal
berkatalah mereka: " Wahai Tuhan kami ! Kami telah menganiaya diri
kami sendiri dan telah melanggar perintahMu kerana terkena pujukan
Iblis. Ampunilah dosa kami, kerana nescaya kami akan tergolong orang-
orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."

*** Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.***

Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni
perbuatan pelanggaran perintah yang mereka telah lakukan, yang mana
telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat
kelalaian peringatan Tuhan tentang Iblis sehingga terjerumus
menjadi mangsa pujukan dan rayuannya yang manis namun
beracun itu. Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah
menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan berhati-hati agar
tidak tertipu lagi oleh pujukan Iblis. Mereka juga akan berusaha tidak
menimbulkan murka dan menerima teguran Tuhan itu menjadi
pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi
tipu daya dan pujukan Iblis yang terlaknat itu.

Harapan untuk tinggal terus di syurga yang telah pudar kerana
perbuatan pelanggaran perintah Allah, hidup kembali dalam hati dan
fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan
hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa
redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah di atas mereka
untuk selama-lamanya. Akan tetapi Allah telah menentukan dalam
takdirNya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan
oleh mereka. Allah s.w.t. yang telah menentukan dalam takdirnya
bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk di amanahkan
kepada manusia berketurunan Adam. Allah s.w.t. memerintahkan Adam
dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya
yang bernama manusia itu.

Berfirmanlah Allah kepada mereka: " Turunlah kamu ke bumi sebagian
daripada kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kamu dapat
tinggal tetap dan hidup di sana hingga sampai waktu yang telah
ditentukan (Dengan Jalan Kematian)."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang
jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang
tidak akan berulang kembali. Mereka harus menempuh hidup di dunia
yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat
manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeza-beza warna
kulit dan kecerdasan otaknya. Umat manusia yang akan berkelompok-
kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu
menjadi musuh yang lain, saling bunuh-membunuh, aniaya-menganianya
dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus
nabi-nabiNya dan rasul-rasulNya memimpin hamba-hambaNya
ke jalan yang lurus, penuh damai, kasih sayang di antara sesama
manusia jalan yang menuju kepada redhaNya dan kebahagiaan manusia
di dunia dan akhirat.

*** Kisah Adam dalam Al-Quran.***

Al Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya
surah Al Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al A'raaf ayat
11 sehingga 25.

*** Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.***

Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan
larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya
kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oleh otak manusia bahkan
oleh makhlukNya yang terdekat sebagaimana telah di alami oleh
para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan
manusia berketurunan Adam untuk menjadi khalifahNya di bumi
sehingga mereka seakan-akan merasa keberatan dan bertanya-tanya
mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada
mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan
mengagungkan namaNya.

Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan
berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai
beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf.
Hal yang telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah
menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang
istimewa di syurga, ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia
yang lemah itu. Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah
kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi
musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap
ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang
dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan
berbuat dosa tidaklah, ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan
ampunan Tuhan. Asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat
tidak akan melakukannya kembali. Rahmat Allah dan maghfirahNya
meliputi segala dosa yang diperbuat oleh hambaNya kecuali syirik.
Bagaimana besar pun dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran
bertaubat dan pengakuan kesalahan kepada Allah.

Sifat sombong dan bongkak selalu membawa akibat kerugian dan
kebinasaan. Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan
kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari
syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat
kepada dirinya hingga hari Kiamat kerana kesombongannya dan
kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan
memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud
menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Saudara Mara, Kekayaan Dan Amal Perbuatan...^^..

Saudara Mara, Kekayaan Dan Amal Perbuatan...^^..

Kata Kumail, " Saya bersama-sama Saidina Ali telah berjalan ke arah
padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan
yang terdapat di situ sambil berkata, " Ya, ahli-ahli kubur ! Wahai
kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan
kamu di dunia sana ? Setahu kami segala harta peninggalan kamu
telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim
dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula.
Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."

Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, " Ya Kumail !
Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan
mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata berhamburan
dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, " Ya Kumail, perkuburan
merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita
menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."

Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-
perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan
berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar
hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor
binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang
menambahkan kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda dalam
sebuah hadith, " Hanya tiga benda sahaja yang mengikuti seseorang
ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal
perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali
selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya
hanyalah amalannya sahaja."

Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya,
" Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu,
kekayaan dan amal perbuatanmu ?" Sahabat-sahabat semua ingin
mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, " Perhubungan
itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia
dengan tiga orang adik-beradiknya. Apabila manusia hampir-hampir
hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-
saudaranya tadi lalu berkata, " Saudara, engkau tahu keadaan aku
bukan ? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan padaku ?"

Saudaranya menjawab, " Aku akan memanggil doktor untuk
merawati kamu dan aku akan menjaga kamu. Kalau engkau mati,
aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung
jenazahmu ke perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu.
Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya.

Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua.
Jawapannya begini, " Aku akan berada bersama-sama dengan engkau
selama engkau masih bernyawa. Sebaik-baik sahaja engkau meninggal,
aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini
ialah harta kekayaannya.

Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia
menjawab, " Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam
kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal
perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu
yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah
diperbuatkan. Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu ?"
Jawab para sahabat, " Ya Rasulullah, tidak syak lagi yang
saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Unta Menjadi Hakim...^^..

Unta Menjadi Hakim...^^..

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang
Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu
dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu
milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang
Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya
menadah tangan ke langit seraya berkata, " Tuhanku, Engkau Maha
Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, " Wahai
Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi
mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, " Hai unta, milik
siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang
fasih dan terang, " Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim
ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah
s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, " Hai orang Muslim,
beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah
Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab
orang Muslim itu, " Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam
sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh
kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, " Engkau telah selamat dari hukum potong
tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya
dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab
pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi
diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan
di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang
dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui
seekor unta yang menghakimkannya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

Friday 14 February 2014

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka...^^..

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka...^^..

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua
sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan
dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu'
sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun
berkata, " Wahai anak kecil kenapa kamu menangis ?" Maka
berkata anak kecil itu, " Wahai pakcik, saya telah membaca ayat
al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,
" Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud,
" Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan
dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan
ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, " Wahai anak, janganlah kamu takut,
sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan
ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, " Wahai pakcik,
pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau
orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka
akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu
kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah
saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang
dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, " Sesungguh anak kecil
ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka
bagaimanakah keadaan kami nanti ?"

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..