Monday 24 February 2014

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang...^^..

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang...^^..

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan
sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau
ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang
selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama
Hatim Al-Isam dan bertanya : " Wahai Aba Abdurrahman,
bagaimanakah caranya tuan solat ?" Hatim berkata : " Apabila
masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, " Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu ?" Hatim
berkata, " Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua
anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh
anggota dengan tujuh perkara :-

1@ Bertaubat, 2@ Menyesali dosa yang dilakukan, 3@ Tidak tergila-
gilakan dunia, 4@ Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya'),
5@ Tinggalkan sifat berbangga, 6@ Tinggalkan sifat khianat dan
menipu dan 7@ Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, " Kemudian aku pergi ke masjid, aku
kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri
dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada
di hadapanku, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku,
Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula
bahawa aku seolah-olah berdiri di atas Titian ' Sirratul Mustaqim'
dan aku menganggap bahawa Solatku kali ini adalah solat terakhirku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian
aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan
penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

No comments:

Post a Comment