Friday 21 February 2014

Kejujuran Seorang Saudagar Permata...^^..

Kejujuran Seorang Saudagar Permata...^^..

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin
bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya
kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi
yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual
beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya
tadi. Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya
empat ratus dirham.

Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya
harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa
diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak
dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si
badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya
tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari
kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, " Berapakah
harga barang ini kamu beli ?"

Badwi itu menjawab, " Empat ratus dirham." " Tetapi harga sebenarnya
cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat
kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus
lagi. " Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan
beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab
di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."

Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi.
Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba
dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar,
berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, " Apakah kamu
tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu
menjual barang tadi dengan dua kali ganda ?" Marah saudagar Yunus
lagi.

" Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus
dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang
benar. Kata saudagar Yunus lagi, " Ya, tetapi di atas belakang kita
terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti
memperlakukan terhadap diri kita sendiri."

Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang
beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang
peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal.
Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak
ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, " Sesungguhnya Allah itu
penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan
sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak
seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau
diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

No comments:

Post a Comment