Saturday 22 February 2014

Asma Ul Husna (Nama-Nama Allah) Takrif Dan Fadhilatnya...^^..

Asma Ul Husna (Nama-Nama Allah) Takrif Dan Fadhilatnya...^^..

Sesungguhnya di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan
terurai kecuali menerima kehendak Allah S.W.T, ada keganasan dan
tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah S.W.T, ada
kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah S.W.T,
ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung,
bertemu dan bermunajat denganNya, ada penyesalan dan tidak padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta Qadhak dan
QadarNya juga sentiasa sabar menemuiNya, ada hajat dan tidak akan
terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
" Ya Allah" .

" Orang yang benar-benar dapat mengingati nama Allah, hilang rasa
wujud diri, erat hubungannya dengan Tuhannya, sentiasa melaksanakan
hak Tuhannya, hatinya sentiasa memandangNya, berbagai nur syuhud
yang Allah kurniakan menghapuskan berbagai-bagai sifat jahatnya."

Rasullullah S.A.W telah bersabda maksudnya:  " Allah s.w.t mempunyai
Nama-nama yang indah. Pelajarilah ia dan kamu akan hampir kepada
Jannah(Syurga)." Allah s.w.t memiliki lebih dari 99 nama dan ada
nama yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh manusia.

Banyak perkara dan suasana yang kita tidak sedari betapa Allah s.w.t
mempunyai kuasa ke atas segala sesuatu. Dia melihat dan mengetahui
segala yang wujud. Kita menyedari tumbuhan, haiwan, pokok, batu
dan kayu yang seolah-olah tidak hidup, tapi sebenarnya mereka
sentiasa menyeru namaNya dalam bahasa mereka sendiri yang kita
sendiri tidak mengetahuinya.

Rasullullah s.a.w ada bersabda bermaksud: " Allah s.w.t memiliki
99 nama. Siapa yang menghafalnya akan masuk Syurga. Allah s.w.t
itu ganjil dan suka kepada yang ganjil." Dalam hadith lain pula
bermaksud: " Barangsiapa yang menghafal nama-namaNya dengan
maksudnya sekali akan masuk syurga."

Marilah kita berlaku adil kepada diri kita sendiri supaya
mengimbangi di antara amalan dunia dan amalan akhirat.

+++ Iman

Inilah faktor utama untuk kita mempelajari Asma' Ul Husna. Beriman
kepada Allah s.w.t. Beriman kepada agama yang diturunkanNya,
kepada RasulNya, kepada KitabNya Al Quran, Malaikat-malaikatNya,
Qadhak dan QadarNya dan Hari Kiamat. Al Quran tiada keraguan
terhadap semua ini. Untuk memiliki Iman yang tidak berbelah bagi
kepada Islam, seseorang itu hendaklah di cintai oleh Allah s.w.t.

Untuk di kasihi Allah s.w.t, kita mestilah terlebih dahulu mengasihi
Allah s.w.t iaitu kita tunduk dan patuh kepadaNya. Segala yang kita
lakukan hanyalah kerana Allah s.w.t. semata-mata dan setiap inci
diri kita, hati kita dan apa sahaja perbuatan kita semuanya agar
sentiasa mengingati Allah s.w.t.

Untuk mengenali Allah s.w.t. bukan perkara mudah dan setelah
mengenaliNya, lebih sukar untuk tetap Iman bersamaNya. Cara
yang mudah untuk kekal di dalam Iman yang teguh kepadaNya ialah
dengan menghafal dan memerhatikan makna nama-namaNya. Inilah
pintu ke syurga. Cara yang terbaik untuk mencintai dan dicintai
Allah s.w.t.

+++ Kejayaan

Perlu di ingatkan bahawa mereka yang berjaya mempelajari dan
mengingati nama-nama Allah s.w.t. ini hanyalah mereka yang teguh
Imannya dan ikhlas pula hatinya dalam melakukan Ibadah. Hati
mereka akan tenang dan tenteram sebagaimana janji Allah s.w.t.
bahawa dengan mengingatiNya hati akan menjadi tenang.

Firman Allah s.w.t. bermaksud: " Bukankah dengan mengingati Allah
s.w.t. itu akan memperolehi ketenangan hati."

+++ Kuasa Maha Agung

Bila kita membaca dan menyeru namaNya, kita sedang meminta
pertolongan dari Allah s.w.t. Apabila dalam bahaya, kita sebut
namaNya, Dia pasti datang membantu. Dia tidak pernah memungkiri
janji dan tidak akan menghampakan hambaNya. Dia tahu apa yang
terbaik untuk makhlukNya.

Sifat Allah s.w.t. berbeza dengan segala sesuatu yang wujud, baik
yang kita tahu mahupun yang kita tidak ketahui. Yang kita nampak
dan yang tidak dapat kita bayangkan. Allah s.w.t. hidup tetapi
kehidupanNya tidak memerlukan apa-apa yang kita perlukan seperti
makan, minum, tidur dan udara dan Dia tidak memerlukan apa-apa
pun. Kerana Dia Maha Sempurna. KewujudanNya adalah sumber
kehidupan yang lain. Segala yang hidup dan yang diciptakanNya
memerlukan Allah s.w.t. di dalam kewujudan mereka. Mereka akan
bergantung setiap sesuatu urusan mereka kepada Yang mencipta
mereka.

Bila menyebut atau membaca nama-nama Allah s.w.t., hendaklah
seseorang itu memulakan dengan menyebut Asma Ul Husna yang
pertama iaitu (Bismillah Hir Rahman Nir Rahim). Ini diikuti dengan
bacaan selawat seperti berikut:

" Allah Yang Maha Agung berselawat ke atas Muhammad s.a.w. dan
melindungi keluarganya di dunia dan di akhirat"

Setelah menyebut nama-nama Asma Ul Husna, bacalah selawat
ke atas Nabi sekali lagi dan selawat seharusnya dibaca sekurang-
kurangnya sekali sebelum dan selepas membaca Asma Ul Husna.

Para ulamak mengatakan, apabila kita membaca selawat malaikat
mendatangi kita untuk menyampaikan pesanan kita tetapi apabila
kita terlupa untuk berselawat, pesanan itu akan tertinggal di dunia.
Selawat ini hendaklah dibaca sekali atau 10 kali atau 100 kali
sebelum dan selepas membaca nama-nama Allah s.w.t. yang
terbaik ini.

+++ Nama-Nama Allah

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rohhim
Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salaam
Ya Muk'min, Ya Muhaimin, Ya 'Aziz
Ya Jabbar, Ya Mutakabbir, Ya Kholiq
Ya Baari', Ya Musawwir, Ya Ghoffar
Ya Qohhar, Ya Wahhab, Ya Rozzaq
Ya Fattah, Ya 'Aliim, Ya Qoobidh
Ya Baasith, Ya Khoofidh, Ya Roofi'
Ya Mu'izz, Ya Mudzil, Ya Samii'
Ya Ba'shiir, Ya Hakam, Ya 'Adlu
Ya Latiff, Ya Khoobir, Ya Halim
Ya 'Aziim, Ya Ghofuur, Ya Syakuur
Ya 'Aliyy, Ya Kabiir, Ya Hafiiz
Ya Muqit, Ya Hasib, Ya Jaliil
Ya Karim, Ya Roqiib, Ya Mujiib
Ya Waasi', Ya Hakiim, Ya Waduud
Ya Majiid, Ya Baa'its, Ya Syaahid
Ya Haq, Ya Wakiil, Ya Qawiyy
Ya Matiin, Ya Waliyy, Ya Hamiid
Ya Muhsii, Ya Mubdi' Ya Mu'iid
Ya Muhyii, Ya Muumiit, Ya Hayyu
Ya Qayyum, Ya Waajiid, Ya Maajid
Ya Waahid , Ya Soomad, Ya Qoodir
Ya Muktadir, Ya Muqoddim, Ya Mu'akhkhir
Ya Awwal, Ya Aakhir, Ya Zhohir
Ya Baathin, Ya Waali, Ya Muta'aali
Ya Barru, Ya Tawwaab, Ya Muntaqim
Ya 'Afuww, Ya Ro'uuf, Ya Malikul Mulk
Ya Dzul Jalaali Wal Ikrom, Ya Muqsit, Ya Jaami'
Ya Ghoniyy, Ya Mughnii, Ya Maani'
Ya Dhoor, Ya Naafi', Ya Nuur
Ya Haadii, Ya Badii', Ya Baaqii
Ya Waaris, Ya Rosyiid, Ya Soo'bur

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

No comments:

Post a Comment