Friday 21 February 2014

Penderitaan Yang Dialami Abu Hurairah...^^..

Penderitaan Yang Dialami Abu Hurairah...^^..

Pada suatu hari Abu Hurairah sedang membersihkan hidungnya dengan
sehelai sapu tangan yang cantik. Kemudian dia bercakap seorang diri.
" Ah, lihat akan Abu Hurairah, dia membersihkan hidungnya dengan
sehelai sapu tangan yang cantik. Teringat aku semasa aku biasanya
berbaring di antara mimbar dengan rumah Nabi. Orang menyangka
aku menghidap penyakit sawan. Tetapi sebenarnya aku sedang
menderita kelaparan."

Abu Hurairah mengalami kelaparan selama beberapa hari. Kadang-
kadang kelaparan yang dihadapinya begitu dahsyat hingga ia jatuh
pengsan. Orang yang melihat keadaannya menyangka ia terkena
penyakit sawan.

Pada masa itu penderita-penderita penyakit sawan diubati dengan
meletakkan kaki di lehernya. Penderitaan Abu Hurairah ini berlaku
semasa Islam mula bertapak di Tanah Arab. Apabila Islam telah
tersebar dengan luasnya, keadaan hidupnya agak mewah sedikit.

Dia merupakan seorang yang sangat warak dan suka menunaikan
sembahyang-sembahyang nafilah. Dia mempunyai sebuah uncang
yang penuh dengan biji-biji buah tamar yang digunakan untuk
berzikir. Di rumahnya sentiasa terdapat orang yang sibuk
bersembahyang.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

No comments:

Post a Comment