Monday 30 September 2013

Cintanya Pada Rasulullah...^^..

Cintanya Pada Rasulullah

Antara bukti cinta kepada Rasulullah SAW sebagaimana surah al Mujadalah
ayat 22, " Kamu tidak akan dapati orang-orang yang beriman kepada Allah
dan beriman dengan hari akhirat berkasih sayang dengan orang yang
memusuhi Allah dan Rasul. Sekalipun orang itu adalah ayah-ayah mereka,
anak-anak mereka, saudara-saudara mereka atau ahli keluarga mereka."

Imam Ibnul Jawzi menyatakan bahawa Saidina Abu Bakar wafat kerana
terlalu sedih dengan kewafatan baginda. Beliau dan Saidatina Fatimah,
puteri bongsu baginda adalah orang yang dikatakan wafat kerana sedih
dengan kewafatan baginda.

Dunia ini dirasakan sesuatu yang tidak lagi diperlukan, kerana
ketiadaan kekasihnya, walaupun ketika itu saidina Abu Bakar seorang
khalifah, beliau tidak gembira dengannya dan semakin hari badannya
menjadi kurus. Akhirnya beliau wafat pada hari Isnin di usia 63 tahun.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Fitnah Ke Atas Islam Mengikut Zaman...^^..

Fitnah Ke Atas Islam Mengikut Zaman

Sedih melihat apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Fitnah terhadap
ulama-ulama bertebaran di mana-mana. Kita serahkan kepada Allah SWT
dan bertawassul kepada Rasulullah SAW semoga diberikan kekuatan
sebagaimana Rasulullah SAW menerima ujian ketika berdakwah terdahulu.
Jika dibandingkan dengan ujian yang Rasulullah SAW dan para
salafussoleh yang terdahulu hadapi maka ternyata apa yang kita hadapi
ini terlalu sedikit. Langsung tidak dapat dibandingkan dengan setitik
peluh Rasulullah SAW yang cukup mulia.

Setiap zaman punya fitnahnya tersendiri. Zaman Saidina Abu Bakar as
Siddiq RA menghadapi golongan murtad serta golongan yang tidak mahu
membayar zakat. Semua lawan yang terpaksa dihadapi itu merupakan
kelompok manusia yang pernah seagama dan seakidah dengannya semasa
Rasulullah masih hidup. Akhirnya baginda wafat di racun oleh golongan
yang tidak senangkan akan kebaikan.

Saidina Umar al Faruq, khalifah yang penuh dengan kebaikan dan
keadilan. Sehinggakan baginda bersabda, " Jika ada lagi nabi
selepasku maka Umarlah yang layak untuk menjadi nabi. Namun Allah SWT
telah menetapkan bahawa tiada lagi nabi selepas kewafatanku."
Umar juga dibunuh dengan kejam oleh Abu Lu'luah al Majusi laknatullah.
Tujuh belas tikaman di belakang Umar dengan menggunakan serampang dua
mata bukanlah sesuatu yang biasa.

Saidina Utsman Zun Nurain RA, khalifah ketiga dan juga sahabat
baginda yang lemah lembut. Rupanya kelembutan dalam berdakwah juga
tidak disenangi oleh sekelompok manusia yang busuk hati. Rasulullah
ada menyebutkan para malaikat Allah malu kepada Utsman.

Namun tangan-tangan kotor yang memancung Utsman ketika membaca ayat
ayat suci Al Quran langsung tidak malu untuk berbuat sedemikian. Malah
mereka tidak malu untuk berhadapan dengan baginda kelak.

Saidina Ali KWJ seorang sahabat yang sanggup susah senang dengan
baginda juga turut dibenci malah dimusuhi sehingga berakhir dengan
pembunuhan. Tetakan di bahagian kepalanya hampir mengenai otaknya.

Saidina Hasan al Basri rahimahullah pula terpaksa berhadapan dengan
seorang gabenor yang kejam, Hajjaj ibnu Yusuf ats Tsaqafi yang dikejar
dan diburu untuk dipancung. Namun Allah SWT menyelamatkan ulama besar
ini. Diburu hanya kerana ingin mempertahankan kebenaran. Saidina Said
bin Jubair rahimahullah, seorang ulama besar tabi'in, juga pernah
dicaci maki oleh Hajjaj. Malah Hajjaj turut memaki ibu Saidina Said
bin Jubair di hadapan matanya sendiri sebelum beliau disembelih oleh
Hajjaj ibnu Yusuf. Hajjaj meminta Saidina Said memilih cara mati yang
bagaimana yang beliau mahu.

Maka dijawab oleh Said: " Bunuhlah dengan apa cara sekalipun yang
engkau suka wahai Hajjaj. Allah SWT akan membalas kembali kepadamu
sepertimana cara yang engkau gunakan kepadaku ketika membunuhku
di akhirat kelak."

Ketika diberikan arahan untuk dibunuh maka Saidina Said tertawa.
Hajjaj pelik melihat keadaan sedemikian bertanya: " Bukankah kamu
tidak pernah tertawa selama 40 tahun, tetapi mengapa sekarang kamu
ketawa? "

Saidina Said menjawab: " Benar aku tidak pernah tertawa selama 40
tahun, tetapi hari ini aku tertawa kerana lucu dengan sikap angkuhmu
terhadap hukuman Allah, namun Allah SWT masih berlembut denganmu."

Pengajaran penting yang boleh kita ambil daripada kata-kata Saidina
Said ialah, betapa ramai yang mulutnya lancang memaki hamun dan
mencerca orang lain. Namun diri tidak sedar betapa Allah SWT masih
menyayanginya dengan memberikan peluang hidup untuk bertaubat dan
memohon keampunan. Akan tetapi berapa ramai yang sedar perkara ini?
Ramai yang lalai.

Imam Ahmad rahimahullah disebat hanya semata-mata kerana mempertahankan
bahawa Al Quran bukanlah makhluk tetapi Kalam Allah yang Qadim.
Mulianya sikap beliau sehinggakan Imam Syafie yang pada ketika itu
berada Iraq, bermimpi bertemu Rasulullah. Rasulullah menyuruh Imam
Syafie rahimahullah menyampaikan salam kepada Imam Ahmad di atas
pengorbanan yang dilakukan dan khabar gembira untuk Imam Ahmad bahawa
beliau akan masuk syurga Allah SWT dengan ujian tersebut.

Imam Ahmad yang gembira dengan berita tersebut memberikan jubahnya
kepada Imam Syafie. Jubah itu direndam oleh Imam Syafie rahimahullah
dan air rendaman tersebut menjadi ubat bagi pesakit beliau.

Imam Isa bin Dinar rahimahullah yang wafat pada tahun 212 Hijrah.
Beliau dipenjara 20 tahun hanya semata-mata mempertahankan sepertimana
yang dipertahankan oleh Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah.

Ini contoh-contoh kesusahan dan keperitan yang dihadapi oleh para
ulama terdahulu. Jika dibandingkan dengan apa yang dihadapi sekarang
oleh kita, terlalu jauh malah tidak layak untuk dibandingkan.

Fitnah sekarang ialah fitnah kejahilan. Ubat jahil ialah ilmu. Ilmu
yang benar akan diperoleh oleh hati yang benar-benar inginkan
kebenaran dan ikhlas. Tidak terlintas di hati para ulama Islam yang
benar untuk mengkafirkan seseorang sesuka hati. Malah mereka lebih
suka untuk menyelamatkan umat daripada memusnahkan.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Dosa Tidak Diampun Allah SWT Walaupun Dengan Taubat...^^..

Dosa Tidak Diampun Allah SWT Walaupun Dengan Taubat...^^..

1@ Makan harta anak yatim secara haram.  Untuk menghapuskan dosa
tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang
telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut. Jika
anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat
kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan
perbuatannya maka dosanya tidak terhapus.

2@ Menuduh wanita solehah berzina. Orang yang menuduh wanita solehah
hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah
tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah
penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak
memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat
kepada Allah SWT.

3@ Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak
layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka
yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu
arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.

4@ Melakukan sihir, mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah
mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat
kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan
mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang
sewajarnya.

5@ Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT
dengan makhluk. Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk
samada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau
tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan
mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti
melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali
amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau
menyamakan Allah SWT atau menyekutukan Allah SWT.

6@ Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Mereka yang
membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah
SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan
untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan
Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah.

Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.
Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Golongan Manusia Yang Dibangkitkan Dari Kubur Dalam Keadaan Buruk...^^..

Golongan Manusia Yang Dibangkitkan Dari Kubur Dalam Keadaan Buruk...^^..

Ketika manusia kelak dibangkitkan kembali dari kuburnya. Rupa mereka
mengikut amal ibadah selama masih hidup didunia, mari kita semak
golongan-golongan yang dibangkitkan itu.

1@ Golongan yang dibangkitkan dengan rupa binatang atau berupa babi,
dihadapkan dihadapan Allah untuk di adili, golongan ini adalah
golongan yang meremehkan tata cara dan laku sholat dan mati sebelum
bertobat. mereka adalah penduduk neraka seperti firman Allah yang
artinya : " Maka celakalah orang-orang yang sholat, yaitu orang-
orang yang melalaikan sholatnya." (Al ma'un 4-5).

2@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan tidak bertangan dan
berkaki, mereka ini golongan orang-orang yang menyakiti tetangganya
itu, itulah balasan mereka, dan tempat mereka adalah neraka.

3@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan mengalir darah dari
mulutnya, isi perutnya keluar disertai dengan api yang menyala-nyala.
Mereka itu adalah orang-orang yang suka berdusta dan melakukan
penipuan dalam usaha serta mati dalam keadaan belum bertobat.

4@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan perut mereka membesar
dipenuhi dengan ular dan kala jengking, mereka ini orang-orang yang
tidak mau membayar zakat, dan mati sebelum bertobat.

5@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan leher terputus-putus,
mereka adalah orang-orang yang menjadi saksi palsu dan pendusta yang
mati dalam keadaan belum bertobat..

6@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan busuk melebihi bau bangkai,
mereka ini adalah orang-orang yang mencoba menutupi kemaksiatan yang
mereka lakukan seolah-olah Allah tidak mengetahuinya.

7@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan kepala dibawah dan kaki
diatas, manakala pada faraj mereka mengeluarkan nanah yang mendidih,
mereka ini adalah orang-orang yang suka melakukan zina dan mati dalam
keadaan belum tobat.

8@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan tidak berlidah, dari mulut
mereka keluar darah dan nanah, mereka ini adalah orang-orang yang
mencegah dan melarang orang lain melakukan kebenaran, dan mati dalam
keadaan belum tobat,

9@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan kulit belang dan berkudis.
Mereka ini adalah orang-orang yang menyakiti kedua orangtuanya dan
mati dalam keadaan belum tobat. Sebagaimana firman Allah : " Sembahlah
Allah dan jangan kamu mempersekutukan-NYA dengan sesuatupun, dan
berbuat baiklah kepada orangtua, kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat,
ibnu sabil dan hamba sahayamu, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-
orang yang sombong dan membanggakan diri"  (An nisa:36).

10@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan rupa mereka hitam pekat
sedangkan matanya keluar berisi api, mereka ini golongan orang-orang
yang makan harta anak yatim dan mati dalam keadaan belum bertobat.

11@ Golongan yang dibangkitkan dalam keadaan buruk wajahnya, bergigi
besar, bibirnya besar lebar sampai sebatas dada, lidah menjulur dan
perut mereka membuncir sampai paras paha. Mereka ini adalah orang-orang
yang suka meminum arak dan mati dalam keadaan belum tobat.

Naudzubillah...,semoga Allah memelihara kita semua, mengampuni dosa
kita semua.. aamiin.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Kehidupan Dunia Menurut Generasi Salaf...^^..

Kehidupan Dunia Menurut Generasi Salaf...^^..

Al-Hasan al-Bashri�rahimahullah mengatakan, Semoga Allah merahmati
seseorang yang mencari harta dengan cara baik, membelanjakannya
dengan sederhana, dan memberikan sisanya. Arahkanlah sisa harta ini
sesuai dengan yang diarahkan oleh Allah. Letakkanlah di tempat yang
diperintahkan oleh Allah. Sungguh, generasi sebelum kalian mengambil
dunia sebatas yang mereka perlukan. Adapun yang lebih dari itu,
mereka mendahulukan orang lain.

Ketahuilah, sesungguhnya kematian amat dekat dengan dunia hingga
memperlihatkan berbagai keburukannnya. Demi Allah, tidak seorang
berakal pun yang merasa senang di dunia. Karena itu, berhati-hatilah
kalian dari jalan-jalan yang bercabang ini, yang muaranya adalah
kesesatan dan janjinya adalah neraka.

Aku menjumpai sekumpulan orang dari generasi awal umat ini. Apabila
malam telah menurunkan tirai kegelapannya, mereka berdiri, lalu
bersujud menghamparkan wajah mereka. Air mata mereka berlinangan
di pipi. Mereka bermunajat kepada Maula (yakni Rabb) mereka agar
memerdekakan hamba-Nya (dari neraka).

Apabila melakukan amal saleh, mereka gembira dan memohon kepada Allah
agar menerima amalan tersebut. Sebaliknya, apabila melakukan kejelekan,
mereka bersedih dan memohon kepada Allah agar mengampuni kesalahan
tersebut.

Mawa'izh al-Hasan al-Bashri, hlm. 41-42

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Tatatertib Sahabat Berhadapan Dengan Rasulullah SAW...^^..

Tatatertib Sahabat Berhadapan Dengan Rasulullah SAW

Para sahabat tidak berani memandang secara terus tepat ke wajah
baginda SAW ketika baginda berbicara. Tetapi para sahabat sangat
gembira jika memandang wajah baginda. Walau bagaimanapun, ketika
memandang wajah rasulullah yang mulia, mereka akan menundukkan
semula pandangan dan memandang lagi. Begitulah seterusnya kerana
mereka amat menghormati kehebatan dan kewibawaan baginda SAW.

Apa sahaja yang diperintahkan rasulullah SAW akan ditaati oleh
para sahabat. Sikap mereka terhadap baginda ialah " Kami dengar
dan kami taat.". Allah berfirman dalam Surah An Nur 24: 51
" Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang
beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah
RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara
mereka, hanyalah mereka berkata: " Kami dengar dan kami taat'"
dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan."

Sesungguhnya kurniaan " ridhwanullah" atau keredhaan Allah adalah
lebih besar lagi daripada kurniaan syurga dan segala kenikmatannya.
Allah berfirman dalam surah At Taubah 09: 72." Allah menjanjikan
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, akan beroleh
syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka
kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalamt
" Syurga Adn" serta keredhaan daripada Allah yang lebih besar
kemuliaannya, balasan yang demikian itulah kejayaan yang besar."

Sunat untuk kita ber" Taradhi" iaitu mengucapkan " radi allah hu
anhu" (semoga Allah meredhainya) setiap kali nama para sahabat
disebut untuk memuliakan mereka sepertimana Allah memuliakan
mereka.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Biarlah Al Quran Menjawabnya...^^..

Biarlah Al Quran Menjawabnya...^^..

Prof Dr Muhaya

1@ Kenapa Aku Diuji?

Surah Al-Ankabut: 2-3 “ Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan
dibiarkan begitu sahaja hanya dengan mengatakan: “ Kami telah beriman”,
sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji
orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-
orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang
yang dusta.”

2@ Kenapa Aku Tidak Mendapatkan Apa Yang Aku Idam-IdamKan?

Surah Al-Baqarah: 216 “ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal
ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

3@ Kenapa Ujian Seberat Ini?

Surah Al-Baqarah: 286 “ Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya.”

4@ Bagaimana Menghilangkan Rasa Kekecewaan?

Surah Al-Imran: 139 “ Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi
derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

5@ Sungguh, Aku Tidak Dapat Bertahan Lagi...!!!

Surah Yusuf: 87 “ Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang
yang kafir."

6@ Bagaimana Aku Harus Menghadapi Persoalan Hidup?

Surah Ali-Imran: 200 “ Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu
dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga di negerimu dan
bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”

7@ Apa Jawapannya?

Surah Al-Baqarah: 45-46 ” Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan
sabar dan mengerjakan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi
orang-orang yang khusyuk, iaitu mereka yang yakin, bahwa mereka akan
menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”

8@ Siapa Yang Menolong Dan Melindungiku?

Surah Ali-Imran: 173 “ Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan
Dia sebaik-baik pelindung.”

9@ Kepada Siapa Aku Berharap?

Surah At-Taubah: 129 “ Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Ilah selain Dia.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy
singgasana yang agung.”

Renungkan setiap saat jawapan untuk setiap musibah yang menimpa kita...

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Sunday 29 September 2013

Bahana Menjatuhkan Umat Islam...^^..

Bahana Menjatuhkan Umat Islam

Tabiat dan perangai musuh menghina Islam dan menghina nabi-nabi,
terutama Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai teori, tuduhan dan fitnah
yang keji untuk merosakkan imej Islam dan nama baik Rasulullah SAW.
Mereka berharap dengan fitnah mereka akan dapat menjauhkan manusia
daripada agama Islam.

Baginda  mempunyai 11 orang isteri, kesemua sudah berkahwin kecuali
Aisyah binti Abu Bakar. Antara isteri-isteri Rasulullah yang lain
ialah Khadijah binti Khuwalid, Sawdah binti Zam'ah, Hafsah binti
Umar, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah binti Umayyah, Zainab
binti Jahsh, Juwayriyah binti Harith, Ummu Habibah binti Abi Sufyan,
Safiyyah binti Huyay dan Maymunah binti al Harith.

Sebenarnya ramainya isteri baginda bukanlah untuk memuaskan nafsu,
tetapi tujuan utama baginda adalah untuk mencipta suasana
silaturrahim dan ikatan yang kuat antara baginda dengan para sahabat
dan kaum Arab yang lain. Kerana dengan adanya silaturahim yang erat
akan membantu dan menyokong baginda khasnya dalam penyebaran Islam.
Ada juga suku kaum yang belum Islam memeluk Islam selepas
perkahwinan baginda dengan seorang wanita daripada kalangan mereka.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Amalan Seorang Muslim Yang SepatutNya...^^..

Amalan Seorang Muslim Yang SepatutNya...^^..

Pertama;
Tahajjud. Karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua;
Melazimi bacaan suci Al-Quran serta terjemahan atau maknanya sekali
dan zikir al-Mathurat sebelum terbit dan terbenam matahari.

Ketiga;
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin, muslim
yang utuh. Solatlah perlahan-lahan, kerana di saat itu kita sedang
berbicara dengan Tuhan kita, Allah. Mintalah doa dengan ikhlas dan
merendah diri dihadapanNya. Jika solat keseorangan kuatkan bacaan
dalam solat kerana syaitan memasang angan-angan dan menghasut dalam
solat kita. Solatlah seperti membaca ayat Al Quran. 

Keempat;
Jaga solat Dhuha kerana rezeki terletak pada solat Dhuha. Juga
sebagai ucapan terima kasih kita kepada tubuh badan kita atau
sedekah untuk tubuh badan kerana banyak membantu kita menjalankan
pekerjaan di atas muka bumi ini.

Kelima;
Jaga sedekah setiap hari, walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

Keenam;
Jaga wudhuk terus menerus karena Allah SWT menyayangi hamba-Nya yang
berwudhuk.

Ketujuh;
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan;
Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat karena Allah S.W.T.

Kesembilan;
Senantiasa ceria dan berfikiran positif karena itulah watak seorang
mukmin sejati.

Kesepuluh;
Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah S.W.T.
kerana di situlah terletaknya nilai amalan di sisi-Nya.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Amalan Harian Penyegar Iman...^^..

Amalan Harian Penyegar Iman...^^..

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim.

1@ Dzikir Pagi Sore...

" Dan sebutlah (nama) Rabb-mu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan
rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara diwaktu pagi dan petang
dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."(Q.S. Al-A'raf :
205)

2@ Rutin Shalat Dhuha...

" Pada pagi hari setiap persendian tubuh badan kalian diwajibkan
sedekah, setiap ucapan tasbih itu bernilai satu sedekah, setiap
kalimat tahmid itu bernilai satu sedekah, satu ucapan tahlil bernilai
satu sedekah, satu ucapan takbir bernilai satu sedekah. memerintah yang
ma'ruf satu sedekah, mencegah yang mungkar satu sedekah. Dan semua itu
bisa diganti dengan dua raka'at shalat dhuha." (HR. Muslim)

3@ Shalat Berjamaah Tepat Pada Waktu...

" Kalau saja manusia tahu pahala panggilan shalat dan shaf awal,
kemudian mereka tidak bisa mendapatkannya selain harus dengan mengundi,
pasti mereka akan mengundi," (H.R Muslim)

4@ Menjaga Shalat Rawatib...

" Tidaklah seorang hamba melakukan shalat sunnah dengan ikhlas lillahi
ta'ala setiap hari sebanyak 12 rakaat, melainkan pasti Allah akan
membangunkan rumah di jannah." (H.R.Muslim)

5@ Membaca Al Quran...

" Bacalah al Qur'an karena sesungguhnya al qur'an akan datang sebagai
pemberi syafaat bagi sahabatnya (orang yang rajin qira'ah qur'an)."
(H.R. Muslim)

6@ Berusaha Dalam Kondisi Suci...

" Sesiapa yang berwudhu' dan membaguskan wudhu'nya, kesalahan-
kesalahannya akan keluar dari jasadnya, bahkan sampai keluar dari
ujung-ujung kukunya." (H.R. Muslim)

7@ Sedekah Harian...

" Seorang lelaki datang menemui rasulullah shalallahu alaihi wasallam
dan bertanya," Wahai rasulullah, sedekah apa yang paling utama?"
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam menjawab, " Bersedekahlah saat
kau dalam kondisi sehat, kikir, takut miskin, dan sedang berharap
menjadi kaya, tidak menunda sampai nyawa sampai di tenggorokan baru
kau berkata, " Aku sedekahkan ini untuk si fulan segini," padahal itu
sudah menjadi bagian si fulan (ahli warisnya)  (H.R. Bukhari)

8@ Membaca Buku...

" Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Q.S. Az-Zummar)

9@ Istighfar Minimal 100X...

" Demi Allah, aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada-Nya lebih
dari tujuh puluh kali dalam sehari." (H.R.Muslim)

10@ Witir Sebelum Tidur...

" Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata," Kekasihku (rasulullah
shalallahu alaihi wasalla) mewasiatkan padaku agar melaksanakan shaum
tiga hari setiap bulan, dua rakaat dhuha dan shalat witir sebelum
tidur."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Air Tangan Orang Tidak Solat Ganti Air Kencing Khinzir...^^..

Air Tangan Orang Tidak Solat Ganti Air Kencing Khinzir...^^..

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar,
malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa
hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada
zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia
bernazar, " Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing
hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki
tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki
ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing
hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk
umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram,
maka tak payah buat tapi kena denda dam atau sedekah. Tapi kalau
zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena
laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan
susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan
menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing
anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing
anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi
menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan
solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa
yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai
dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air
kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau
isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana
kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke
dalam basuhan makanan, nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula
yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-
anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak
kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh
tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang
tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita,
sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa
yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan
solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-
kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina
Ali dan untuk umat Islam, " As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".
Maksudnya, " Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah
orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Abdullah bin Zubeir ( Pejuang Islam)...^^..

Abdullah bin Zubeir ( Pejuang Islam)...^^..

Isu bahawa kaum muslimin tidak akan bisa melahirkan bayi karena telah
diteluh oleh dukun-dukun Yahudi di Madinah, terjawab sudah. Seorang
wanita mulia putri As Siddiq telah melahirkan kandungannya ketika
beliau sedang hijrah dari Makkah ke Madinah menyusul teman-temannya
seaqidah. Beliau tidak lain adalah Asma` binti Abi Bakar yang
melahirkan bayi laki-laki di Quba` dan diberi nama Abdullah. Sebelum
disusui Abdullah bin Zubeir dibawa menghadap Nabi SAW dan ditahniq
dan didoa`kan oleh beliau.

Abdullah yang memang lahir dari pasangan mujahid dan mujahidah ini
berkembang menjadi seorang pemuda pewira yang perkasa. Keperwiraannya
dimedan laga ia buktikan ketika bersama mujahid-mujahid lainnya
menggempur Afrika membebaskan mereka dari kesesatan. Pada waktu
mengikuti ekspedisi tersebut usianya baru berkisar 17 tahun. Namun
begitulah kehebatan sistem tarbiyah Islamiyah yang bisa mencetak pemuda
belia menjadi tokoh-tokoh pejuang dalam menegakkan Islam.

Dalam peperangan tersebut jumlah personel diantara dua pasukan jauh
tidak seimbang. Personel kaum muslimin hanya 120 ribu tentara sedangkan
musuh berjumlah 120 ribu orang. Keadaan ini cukup membuat kaum muslimin
kerepotan melawan gelombang musuh yang demikian banyak, walau hal itu
tidak membuat semangat mereka goyah. Sebab bagi mereka perang adalah
mencari kematian sedang ruhnya bisa membumbung menuju jannah
sebagaimana yang telah dijanjikan Rabb mereka.

Melihat kondisi yang kurang menguntungkan tersebut segera Abdullah
memutar otak mencari rahsia kekuatan lawan. Akhirnya ia menemukan
jawaban, bahwa inti kekuatan musuh bertumpu pada raja Barbar yang
menjadi panglima perang mereka. Segera dan dengan penuh keberanian ia
mencoba menembus pasukan musuh yang berlapis-lapis menuju kearah
panglima Barbar. Upayanya tidak sia-sia, ketika jarak antara dirinya
dengan raja Barbar telah dekat segera ia tebaskan pedang nya menghabisi
nyawa panglima kaum musyrik tersebut. Panji pasukan lawan pun direbut
oleh teman-temannya dari tangan musuh. Dan ternyata dugaan Abdullah
tidak meleset, segera setelah itu semangat tempur pasukan musuh redup
dan tak lama kemudian mereka bertekuk lutut dihadapan para mujahid yang
gagah berani.

Selain seorang jago perang, Abdullah juga seorang `abid yang penuh rasa
khusyuk dan ketawadhuan. Mujahis pernah memberi kesaksian bahwa apabila
Ibnu Zubeir sedang sholat, tubuhnya seperti batang pohon yang tak
bergeming karena khusuknya dalam sholat. Bahkan Yahya bin Wahab juga
bercerita bahwa apabila `Abdullah bin Zubeir ini sedang sujud, banyak
burung-burung kecil bertenggek dipunggung beliau karena mengira punggung
tersebut adalah tembok yang kokoh. Tokoh yang tegas dalam kebenaran ini
wafat pada usia 72 tahun terbunuh oleh tangan pendosa Hajjaj bin Yusuf.

Dari Shifatu ash-Shofwah, juz 1,hal 344

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Biarlah Al Quran Menjawabnya...^^..

Biarlah Al Quran Menjawabnya...^^..

Prof Dr Muhaya

1@ Kenapa Aku Diuji?

Surah Al-Ankabut: 2-3 “ Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan
dibiarkan begitu sahaja hanya dengan mengatakan: “ Kami telah beriman”,
sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji
orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-
orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang
yang dusta.”

2@ Kenapa Aku Tidak Mendapatkan Apa Yang Aku Idam-IdamKan?

Surah Al-Baqarah: 216 “ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal
ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

3@ Kenapa Ujian Seberat Ini?

Surah Al-Baqarah: 286 “ Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya.”

4@ Bagaimana Menghilangkan Rasa Kekecewaan?

Surah Al-Imran: 139 “ Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi
derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

5@ Sungguh, Aku Tidak Dapat Bertahan Lagi...!!!

Surah Yusuf: 87 “ Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang
yang kafir."

6@ Bagaimana Aku Harus Menghadapi Persoalan Hidup?

Surah Ali-Imran: 200 “ Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu
dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga di negerimu dan
bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”

7@ Apa Jawapannya?

Surah Al-Baqarah: 45-46 ” Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan
sabar dan mengerjakan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi
orang-orang yang khusyuk, iaitu mereka yang yakin, bahwa mereka akan
menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”

8@ Siapa Yang Menolong Dan Melindungiku?

Surah Ali-Imran: 173 “ Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan
Dia sebaik-baik pelindung.”

9@ Kepada Siapa Aku Berharap?

Surah At-Taubah: 129 “ Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Ilah selain Dia.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy
singgasana yang agung.”

Renungkan setiap saat jawapan untuk setiap musibah yang menimpa kita...

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Azab Penghuni Neraka...^^..

Azab Penghuni Neraka...^^..

Azab bagi orang Kafir, dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu(RA),
Rasulullah shallallahu' alaihi wassalam(SAW) bersabda: " Sesungguhnya,
tebal kulit seorang kafir di neraka ialah 42 hasta ukuran orang kuat
yang besar. Giginya sebesar gunung Uhud, dan sungguh tempat duduknya
dia di Jahannam seluas Makkah dan Madinah." Hadith Riwayat At-Tirmidzi
dan Al-Hakim. (Lihat Shahihul Jami 'no. 2110). Namun, kerana
dahsyatnya neraka, kulit tersebut matang apabila terbakar. Allah
Subhanallahu wa Ta'ala berfirman: " Sesungguhnya orang-orang yang
kafir terhadap ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam
neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan
kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana." (An-Nisa: 56)

Orang yang paling dahsyat siksanya di neraka, dari Ibnu Mas'ud RA
Rasulullah SAW berkata: " Orang yang paling dahsyat siksanya pada hari
kiamat adalah orang-orang yang menggambar makhluk bernyawa." Hadith
Riwayat Ahmad. (Lihat Shahihul Jami 'no. 1559). Dari Ibnu Mas'ud RA juga,
Rasulullah SAW berkata, " Sesungguhnya orang yang paling dahsyat
siksanya pada hari kiamat adalah seseorang yang membunuh nabi atau
dibunuh oleh nabi, dan seseorang yang membuat berhala." Hadith Riwayat
Ahmad. (Lihat Shahihul Jami 'no. 1011). Dari Khalid bin Walid RA,
Rasulullah SAW berkata, " Manusia yang paling dahsyat siksanya adalah
orang yang paling bengis ketika menyiksa manusia di dunia." Hadith
Riwayat Ahmad. (Lihat Shahihul Jami 'no. 1009)

Azab bagi orang yang berbuka di bulan Ramadhan sebelum waktunya, dari
Abu Umamah al-Bahili RA, Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam berkata,
"... Kemudian keduanya membawaku, ternyata ada satu kaum yang digantung
dalam keadaan kaki di atas dan mulut mereka robek-robek. Darah mengalir
dari mulut mereka. Aku berkata, " Mereka adalah orang yang berbuka
di bulan puasa sebelum dihalalkan berbuka'." Hadith Riwayat Ibnu
Khuzaimah dan Ibnu Hibban. (Lihat ash-Shahihah no 3951)

Azab bagi penzina dari Abu Umamah al-Bahili RA, Rasulullah shallallahu
'alaihi wassalam berkata, "... Kemudian keduanya membawaku, ternyata ada
satu kaum yang tubuh mereka sangat besar, bau tubuhnya sangat busuk,
paling buruk dipandang, dan bau mereka seperti bau tempat pembuangan
kotoran (comberan). Aku tanyakan, " Siapakah mereka?" Keduanya menjawab,
" Mereka adalah penzina laki-laki dan perempuan". " Hadith Riwayat Ibnu
Khuzaimah dan Ibnu Hibban. (Lihat ash-Shahihah no 3951)

Azab bagi wanita yang tidak mahu menyusui anaknya, dari hadith Abu
Umamah al-Bahili RA di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam
berkata, "... Kemudian keduanya berangkat membawa, ternyata ada wanita-
wanita yang puting susu mereka digigit ular. Aku bertanya, " Siapa
mereka?" Keduanya menjawab, " Mereka adalah wanita yang tidak mahu
memberikan air susu mereka kepada anak-anak mereka". Hadith Riwayat Ibnu
Khuzaimah dan Ibnu Hibban. (Lihat ash-Shahihah no 3951). Rasulullah
shallallahu 'alaihi wassalam mengkhabarkan bahawa jika ular di neraka
menyengat satu gigitan, akan menyebabkan panas demam selama empat puluh
musim. Demikian juga kala jengking di neraka, apabila menggigit satu
gigitan akan menyebabkan panas demam selama empat puluh musim. Hadith
Riwayat Al-Baihaqi, (lihat ash-Shahihah no. 3429)

Azab bagi peminum arak atau minuman keras, Imam Ahmad meriwayatkan dari
Abu Musa Al-Asy'ari radhiyallahu 'anhu, bahawa Nabi shallallahu' alaihi
wassalam bersabda, " Ada tiga macam manusia yang tidak masuk syurga,
peminum arak, pemutus silaturahim, dan orang yang mempercayai sihir.
Barangsiapa mati sebagai peminum arak, maka Allah memberinya minum dari
sungai Ghuthah. Seseorang bertanya, " Apa itu sungai Ghuthah?" Rasul
menjawab, " Sungai yang mengalir dari kemaluan para pelacur. Para
penghuni neraka lain merasa terganggu oleh bau kemaluan mereka."
Hadith Riwayat Ahmad.

Azab bagi pemilik harta yang tidak menunaikan zakatnya, dalam Shahih
Al-Bukhari terdapat riwayat dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu,
sabda Rasulullah shallallahu' alaihi wassalam, " Tidak seorang pun
pemilik harta yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan hartanya kelak
akan diperlihatkan di hadapannya dalam wujud seekor ular botak. Ular
itu mempunyai dua titik hitam di atas matanya. Dia mematuk pangkal dagu
orang itu seraya ia berkata, " Akulah hartamu, akulah simpananmu."
Hadith Riwayat Al-Bukhari dalam (shahihnya 6/39 cet. Asy-Sya'b) Dalam
riwayat lain diceritakan, " Orang itu lari menghindarinya, tapi ular
itu mengejarnya. Lalu dia berlindung darinya, tapi ular itu mematuk
tangannya dan melilitnya."

Azab bagi orang yang ucapannya tidak sesuai dengan perbuatannya atau
bercakap besar. Dari Usamah bin Zaid, ia berkata: Aku mendengar
Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: " Akan didatangkan
seseorang kemudian dia dicampakkan ke neraka. Maka dia di sana berputar
seperti berputarnya keldai di tempat penggilingannya, hingga para
penduduk neraka berkumpul mengelilinginya. Mereka berkata kepadanya:
" Wahai fulan, bukankah engkau dulu di dunia yang menyuruh kami kepada
yang baik dan melarang kami dari yang mungkar?" Usamah berkata, dia
menjawab: " Aku dulu menyuruh kamu kepada yang baik tapi aku tidak
melakukannya. Dan aku melarang kamu dari yang buruk, tapi aku
melakukannya." (Shahihul Jami ') Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: " Pada malam Isra 'aku dibawa
kepada beberapa kaum yang lidah mereka dipotong dengan gunting api.
Setiap kali selesai dipotong, lidah itu kembali lagi. Aku berkata:
" Siapa mereka itu, wahai Jibril?" Jibril berkata: " Mereka adalah para
penceramah dari kalangan umatmu yang mereka mengucapkan apa yang tidak
mereka lakukan dan mereka membaca Kitabullah, tapi tidak mengamalkannya."
(Shahihul Jami ': 128)

Azab bagi orang yang mati bunuh diri, diriwayatkan oleh Bukhari (5778)
dan Muslim (158) dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
Bersabda Rasulullah sallallahu' alaihi wasallam: " Sesiapa yang bunuh
diri dengan besi di tangannya, dia akan menikam perutnya di dalam neraka
jahannam yang kekal nantinya, dan dikekalkan di dalamnya selama-lamanya.
Dan sesiapa yang meminum racun lalu bunuh diri dengannya, maka dia akan
meminumnya perlahan-lahan di dalam neraka jahannam yang kekal, dan
dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa yang bunuh diri
dengan menjatuhkan dirinya dari atas gunung, dia akan jatuh ke dalam
neraka jahannam yang kekal dan dikekalkan di dalamnya selama-lamanya."
Diriwayatkan pula oleh Bukhari dan Muslim dari Tsabit bin Dhahhak
radhyiallahu 'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam
bersabda: " Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia, maka
dia diseksa dengan alat tersebut pada hari kiamat."

Penduduk neraka yang paling ringan azabnya, mengikut dari Abu Hurairah
radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu' alaihi wassalam berkata,
" Sesungguhnya penduduk neraka yang paling ringan siksanya adalah
seseorang yang dipakaikan kepadanya dua kasut dari api neraka, lantas
mendidih otaknya kerananya." Hadith Riwayat Ahmad dan al-Hakim, (lihat
ash-Shahihah no. 1680)

Demikianlah pembaca, azab bagi beberapa penghuni neraka. Dan penyebutan
macam-macam azab di atas bukanlah bersifat menyekat, kerana seperti kita
ketahui dalam hadis Isra 'Mi'raj yang panjang, Rasulullah shallallahu'
alaihi wassalam diperlihatkan beberapa orang yang tengah diseksa di
neraka. Beliau melihat orang-orang yang mengambil harta anak yatim secara
sewenang-wenang, yang mempunyai bibir seperti bibir unta. Mereka
mengambil sepotong api neraka langsung dengan bibirnya itu, lalu api itu
keluar lagi dari duburnya. Beliau melihat orang-orang yang suka mengambil
riba. Mereka mempunyai perut yang besar, sehingga tidak berganjak dari
tempatnya kerana perutnya yang membesar itu. Para pengikut Firaun
melewati mereka tatkala digiring ke neraka, lalu mereka melemparkan orang-
orang yang mengambil riba ini ke neraka. Beliau melihat para penzina yang
membawa daging berminyak yang baik di tangan dan di sebelahnya ada daging
jelek dan busuk. Mereka mengambil daging yang busuk itu dan membiarkan
daging yang baik. Beliau juga melihat para wanita yang suka memasuki
tempat tinggal kaum laki-laki yang bukan anak-anaknya. Beliau melihat
para wanita itu bergelayutan pada payudaranya. Na'udzubillahi min dzalik...

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Azab Penghuni Neraka...^^..

Azab Penghuni Neraka...^^..

Azab bagi orang Kafir, dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu(RA),
Rasulullah shallallahu' alaihi wassalam(SAW) bersabda: " Sesungguhnya,
tebal kulit seorang kafir di neraka ialah 42 hasta ukuran orang kuat
yang besar. Giginya sebesar gunung Uhud, dan sungguh tempat duduknya
dia di Jahannam seluas Makkah dan Madinah." Hadith Riwayat At-Tirmidzi
dan Al-Hakim. (Lihat Shahihul Jami 'no. 2110). Namun, kerana
dahsyatnya neraka, kulit tersebut matang apabila terbakar. Allah
Subhanallahu wa Ta'ala berfirman: " Sesungguhnya orang-orang yang
kafir terhadap ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam
neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan
kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana." (An-Nisa: 56)

Orang yang paling dahsyat siksanya di neraka, dari Ibnu Mas'ud RA
Rasulullah SAW berkata: " Orang yang paling dahsyat siksanya pada hari
kiamat adalah orang-orang yang menggambar makhluk bernyawa." Hadith
Riwayat Ahmad. (Lihat Shahihul Jami 'no. 1559). Dari Ibnu Mas'ud RA juga,
Rasulullah SAW berkata, " Sesungguhnya orang yang paling dahsyat
siksanya pada hari kiamat adalah seseorang yang membunuh nabi atau
dibunuh oleh nabi, dan seseorang yang membuat berhala." Hadith Riwayat
Ahmad. (Lihat Shahihul Jami 'no. 1011). Dari Khalid bin Walid RA,
Rasulullah SAW berkata, " Manusia yang paling dahsyat siksanya adalah
orang yang paling bengis ketika menyiksa manusia di dunia." Hadith
Riwayat Ahmad. (Lihat Shahihul Jami 'no. 1009)

Azab bagi orang yang berbuka di bulan Ramadhan sebelum waktunya, dari
Abu Umamah al-Bahili RA, Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam berkata,
"... Kemudian keduanya membawaku, ternyata ada satu kaum yang digantung
dalam keadaan kaki di atas dan mulut mereka robek-robek. Darah mengalir
dari mulut mereka. Aku berkata, " Mereka adalah orang yang berbuka
di bulan puasa sebelum dihalalkan berbuka'." Hadith Riwayat Ibnu
Khuzaimah dan Ibnu Hibban. (Lihat ash-Shahihah no 3951)

Azab bagi penzina dari Abu Umamah al-Bahili RA, Rasulullah shallallahu
'alaihi wassalam berkata, "... Kemudian keduanya membawaku, ternyata ada
satu kaum yang tubuh mereka sangat besar, bau tubuhnya sangat busuk,
paling buruk dipandang, dan bau mereka seperti bau tempat pembuangan
kotoran (comberan). Aku tanyakan, " Siapakah mereka?" Keduanya menjawab,
" Mereka adalah penzina laki-laki dan perempuan". " Hadith Riwayat Ibnu
Khuzaimah dan Ibnu Hibban. (Lihat ash-Shahihah no 3951)

Azab bagi wanita yang tidak mahu menyusui anaknya, dari hadith Abu
Umamah al-Bahili RA di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam
berkata, "... Kemudian keduanya berangkat membawa, ternyata ada wanita-
wanita yang puting susu mereka digigit ular. Aku bertanya, " Siapa
mereka?" Keduanya menjawab, " Mereka adalah wanita yang tidak mahu
memberikan air susu mereka kepada anak-anak mereka". Hadith Riwayat Ibnu
Khuzaimah dan Ibnu Hibban. (Lihat ash-Shahihah no 3951). Rasulullah
shallallahu 'alaihi wassalam mengkhabarkan bahawa jika ular di neraka
menyengat satu gigitan, akan menyebabkan panas demam selama empat puluh
musim. Demikian juga kala jengking di neraka, apabila menggigit satu
gigitan akan menyebabkan panas demam selama empat puluh musim. Hadith
Riwayat Al-Baihaqi, (lihat ash-Shahihah no. 3429)

Azab bagi peminum arak atau minuman keras, Imam Ahmad meriwayatkan dari
Abu Musa Al-Asy'ari radhiyallahu 'anhu, bahawa Nabi shallallahu' alaihi
wassalam bersabda, " Ada tiga macam manusia yang tidak masuk syurga,
peminum arak, pemutus silaturahim, dan orang yang mempercayai sihir.
Barangsiapa mati sebagai peminum arak, maka Allah memberinya minum dari
sungai Ghuthah. Seseorang bertanya, " Apa itu sungai Ghuthah?" Rasul
menjawab, " Sungai yang mengalir dari kemaluan para pelacur. Para
penghuni neraka lain merasa terganggu oleh bau kemaluan mereka."
Hadith Riwayat Ahmad.

Azab bagi pemilik harta yang tidak menunaikan zakatnya, dalam Shahih
Al-Bukhari terdapat riwayat dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu,
sabda Rasulullah shallallahu' alaihi wassalam, " Tidak seorang pun
pemilik harta yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan hartanya kelak
akan diperlihatkan di hadapannya dalam wujud seekor ular botak. Ular
itu mempunyai dua titik hitam di atas matanya. Dia mematuk pangkal dagu
orang itu seraya ia berkata, " Akulah hartamu, akulah simpananmu."
Hadith Riwayat Al-Bukhari dalam (shahihnya 6/39 cet. Asy-Sya'b) Dalam
riwayat lain diceritakan, " Orang itu lari menghindarinya, tapi ular
itu mengejarnya. Lalu dia berlindung darinya, tapi ular itu mematuk
tangannya dan melilitnya."

Azab bagi orang yang ucapannya tidak sesuai dengan perbuatannya atau
bercakap besar. Dari Usamah bin Zaid, ia berkata: Aku mendengar
Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: " Akan didatangkan
seseorang kemudian dia dicampakkan ke neraka. Maka dia di sana berputar
seperti berputarnya keldai di tempat penggilingannya, hingga para
penduduk neraka berkumpul mengelilinginya. Mereka berkata kepadanya:
" Wahai fulan, bukankah engkau dulu di dunia yang menyuruh kami kepada
yang baik dan melarang kami dari yang mungkar?" Usamah berkata, dia
menjawab: " Aku dulu menyuruh kamu kepada yang baik tapi aku tidak
melakukannya. Dan aku melarang kamu dari yang buruk, tapi aku
melakukannya." (Shahihul Jami ') Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: " Pada malam Isra 'aku dibawa
kepada beberapa kaum yang lidah mereka dipotong dengan gunting api.
Setiap kali selesai dipotong, lidah itu kembali lagi. Aku berkata:
" Siapa mereka itu, wahai Jibril?" Jibril berkata: " Mereka adalah para
penceramah dari kalangan umatmu yang mereka mengucapkan apa yang tidak
mereka lakukan dan mereka membaca Kitabullah, tapi tidak mengamalkannya."
(Shahihul Jami ': 128)

Azab bagi orang yang mati bunuh diri, diriwayatkan oleh Bukhari (5778)
dan Muslim (158) dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
Bersabda Rasulullah sallallahu' alaihi wasallam: " Sesiapa yang bunuh
diri dengan besi di tangannya, dia akan menikam perutnya di dalam neraka
jahannam yang kekal nantinya, dan dikekalkan di dalamnya selama-lamanya.
Dan sesiapa yang meminum racun lalu bunuh diri dengannya, maka dia akan
meminumnya perlahan-lahan di dalam neraka jahannam yang kekal, dan
dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa yang bunuh diri
dengan menjatuhkan dirinya dari atas gunung, dia akan jatuh ke dalam
neraka jahannam yang kekal dan dikekalkan di dalamnya selama-lamanya."
Diriwayatkan pula oleh Bukhari dan Muslim dari Tsabit bin Dhahhak
radhyiallahu 'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam
bersabda: " Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia, maka
dia diseksa dengan alat tersebut pada hari kiamat."

Penduduk neraka yang paling ringan azabnya, mengikut dari Abu Hurairah
radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu' alaihi wassalam berkata,
" Sesungguhnya penduduk neraka yang paling ringan siksanya adalah
seseorang yang dipakaikan kepadanya dua kasut dari api neraka, lantas
mendidih otaknya kerananya." Hadith Riwayat Ahmad dan al-Hakim, (lihat
ash-Shahihah no. 1680)

Demikianlah pembaca, azab bagi beberapa penghuni neraka. Dan penyebutan
macam-macam azab di atas bukanlah bersifat menyekat, kerana seperti kita
ketahui dalam hadis Isra 'Mi'raj yang panjang, Rasulullah shallallahu'
alaihi wassalam diperlihatkan beberapa orang yang tengah diseksa di
neraka. Beliau melihat orang-orang yang mengambil harta anak yatim secara
sewenang-wenang, yang mempunyai bibir seperti bibir unta. Mereka
mengambil sepotong api neraka langsung dengan bibirnya itu, lalu api itu
keluar lagi dari duburnya. Beliau melihat orang-orang yang suka mengambil
riba. Mereka mempunyai perut yang besar, sehingga tidak berganjak dari
tempatnya kerana perutnya yang membesar itu. Para pengikut Firaun
melewati mereka tatkala digiring ke neraka, lalu mereka melemparkan orang-
orang yang mengambil riba ini ke neraka. Beliau melihat para penzina yang
membawa daging berminyak yang baik di tangan dan di sebelahnya ada daging
jelek dan busuk. Mereka mengambil daging yang busuk itu dan membiarkan
daging yang baik. Beliau juga melihat para wanita yang suka memasuki
tempat tinggal kaum laki-laki yang bukan anak-anaknya. Beliau melihat
para wanita itu bergelayutan pada payudaranya. Na'udzubillahi min dzalik...

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Tuesday 24 September 2013

Wasiat Dari Allah Kepada Rasullullah...^^..

Wasiat Dari Allah Kepada Rasullullah...^^..

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit,
Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya,
·Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana
sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
·Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah
kepada-Ku.
·Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
·Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu
sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
·Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya
pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, " Telah datang kepadaku beberapa orang
tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya
berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya,
yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata,
" Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu,
·Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat
kesedaran hatinya.
·Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-
kata himat darinya.
·Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu
harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
·Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat
khusnul khatimahnya.
·Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup
hatinya.
·Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah
kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
·Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat
akan keredhaan Allah daripadanya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Monday 23 September 2013

Diperhatikan Pada Yang Telah Meninggal...^^..

Diperhatikan Pada Yang Telah Meninggal...^^..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda, " Sesungguhnya
perbuatan kalian diperlihatkan kepada karib-kerabat dan keluarga
kalian yang telah meninggal dunia. Jika perbuatan kalian baik,
maka mereka mendapatkan khabar gembira, namun jika selain
daripada itu, maka mereka berkata: " Ya Allah, janganlah engkau
matikan mereka sampai Engkau memberikan hidayah kepada mereka
seperti engkau memberikan hidayah kepada kami." Hadith Riwayat
Ahmad.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Saturday 21 September 2013

Keistimewaan Shahidnya Orang Muslim...^^..


Keistimewaan Shahidnya Orang Muslim...^^..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Seorang yang mati syahid dapat
memberi syafaat dan pertolongan bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
Hadith Riwayat Ahmad dan Abu Dawud

“Sesiapa minta mati syahid kepada Allah dengan kesungguhan, nescaya
Allah akan menyampaikannya ke tingkat orang-orang yang mati syahid,
walaupun dia mati di tempat tidurnya.” Hadith Riwayat Muslim

Hanya kerana ingin mempertahankan kebenaran. Saidina Said bin Jubair
rahimahullah, seorang ulama besar tabi'in, juga pernah dicaci maki
oleh Hajjaj. Malah Hajjaj turut memaki ibu Saidina Said bin Jubair
di hadapan matanya sendiri sebelum beliau disembelih oleh Hajjaj
ibnu Yusuf. Hajjaj meminta Saidina Said memilih cara mati yang
bagaimana yang beliau mahu.

Maka dijawab oleh Said: " Bunuhlah dengan apa cara sekalipun yang
engkau suka wahai Hajjaj. Allah SWT akan membalas kembali kepadamu
sepertimana cara yang engkau gunakan kepadaku ketika membunuhku
di akhirat kelak."

Pada suatu ketika di Singapura terdapat seorang pedagang dan Ulama
dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura
untuk membuka lembaran kehidupan baru disamping berdagang. Ketika
di Singapura beliau sangat disegani oleh rakyat Singapura kerana
sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping melakukan
kerja-kerja amal dan membantu penduduk-penduduk tempatan.

Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu di sebelah Istana Raja
Singapura. Permaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang
sedang berdiri di sebatang Pokok Pinang. Lantas Permaisuri Raja melihat
keadaan Tun Jana Khatib yang sedang merenung mata ke arah pokok pinang,
lalu dilihatnya Tun Jana Khatib menghampiri dan menyentuh batang pokok
pinang tersebut. Tiba-tiba, pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur
ke tanah. Permaisuri raja berasa amat terkejut melihat keajaiban yang
berlaku pada pokok pinang itu. Kemudian Tun Jana Khatib pun beredar.
Tidak lama kemudian, Raja Singapura telah terkejut melihat keadaan
batang pokok pinang yang terbelah dua, lalu baginda bertanya kepada
permaisurinya bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

Setelah mendapat khabar bahawa kejadian itu adalah perbuatan seorang
dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana
Khatib ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung
Gelam).

Apabila pihak istana dapat menangkap Tun Jana Khatib maka beliau
telah bersumpah: " Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan
kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu
sahaja. Dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu... Dan
percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang
dahsyat!" Sepantas kilat pengawal terus menikam sebilah keris ke arah
Tun Jana Khatib, akhirnya beliau tersungkur lalu rebah ke bumi.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Tun Jana Khatib...^^..

Tun Jana Khatib...^^..

Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu hari terdapat seorang
pedagang dan Ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah
datang ke Singapura untuk membuka lembaran kehidupan baru disamping
berdagang. Ketika di Singapura beliau sangat disegani oleh rakyat
Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping
melakukan kerja-kerja amal dan membantu penduduk-penduduk tempatan.

Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu di sebelah Istana Raja
Singapura. Permaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang
sedang berdiri di sebatang Pokok Pinang. Lantas Permaisuri Raja melihat
keadaan Tun Jana Khatib yang sedang merenung mata ke arah pokok pinang,
lalu dilihatnya Tun Jana Khatib menghampiri dan menyentuh batang pokok
pinang tersebut. Tiba-tiba, pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke
tanah. Permaisuri raja berasa amat terkejut melihat keajaiban yang berlaku
pada pokok pinang itu. Kemudian Tun Jana Khatib pun beredar.

Tidak lama kemudian, Raja Singapura telah terkejut melihat keadaan batang
pokok pinang yang terbelah dua, lalu baginda bertanya kepada permaisurinya
bagaimana kejadian ini boleh berlaku. Setelah mendapat khabar bahawa
kejadian itu adalah perbuatan seorang dari Pasai.

Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib
ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam).
Apabila pihak istana dapat menangkap Tun Jana Khatib maka beliau telah
bersumpah: " Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian
ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia
hanya membayar harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini
akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!"

Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah keris ke arah Tun Jana Khatib,
akhirnya beliau tersungkur lalu rebah ke bumi. Ketika hendak membawa jenazah
Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, ada yang tidak kena pada jenazah Tun
Jana Khatib. Mengikut lagenda, jenazah beliau tiba-tiba ghaib tetapi
darahnya masih ada, ramai orang bingung dan hairan akan kejadian tersebut.

Beberapa minit kemudian ribut petir telah menggemparkan Singapura dan
disusuli dengan dentuman kuat. Rakyat terus lari menyelamatkan diri dan
pergi ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun Jana
Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi
pula mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai. Penduduk
di sana telah mendakwa jenazah itu adalah Tun Jana Khatib.�Jenazahnya
kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba.

Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian
Tun Jana Khatib, bunyinya:

Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.

Berpunca daripada tindakan menghukum bunuh Tun Jana Khatib, ikan todak telah
menyerang kebanyakan masyarakat Melayu Asli yang tinggal di sekitar perairan
pantai�Tanjong Pagar. Akibat angka korban nyawa yang semakin meningkat
akibat serangan Ikan todak, maka Hang Nadim yang masih kecil itu telah
mengesyorkan kepada pemerintah Temasek ketika itu untuk membina sebuah
tembok panjang dan tebal berasaskan batang pisang mengelilingi pantai yang
bertindak sebagai penghadang daripada serangan ikan todak. Syor Hang Nadim
itu diterima baik, lalu kerja-kerja pembinaan diusahakan, hasilnya tuntas
dan berjaya. Banyak ikan todak telah tersangkut muncungnya pada batang-
batang pisang.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Ummu Salamah RA (Isteri Rasul Allah)...^^..

Ummu Salamah RA (Isteri Rasul Allah)...^^..

Lembaran sejarah hijrah Ummat Islam ke Madinah, barangkali tidak bisa
melupakan torehan tinta seorang ibu dengan putrinya yang masih balita.
Keduanya, hanya dengan mengendarai unta dan tidak ada seorang
lelakipun yang menemaninya, meski kemudian ditengah jalan ada orang
yang tiba dan kemudian menghantarnya, berani menembus kegelapan malam,
melewati teriknya siang dan melawan ganasnya padang sahara, mengarungi
perjalanan yang amat panjang dan melelahkan, kurang lebih 400 km.
Dialah Salamah dan ibunya, Hindun bin Abi Umayyah atau sejarah lebih
sering menyebutnya dengan Ummu Salamah.

Ummu Salamah adalah putri dari pemuka kaum kaya dibani Mughirah, Abi
Umayyah. Parasnya jelita dan ia adalah seorang yang cerdas. Setelah
menginjak usia remaja ia dinikahkan dengan Abdullah bin Abdul Asad
Al-Makhzumi. Lalu keduanya berkat hidayah Allah SWT menyatakan
keislamannya.

Ketika kaum Muslimin berhijrah keMadinah, keduanya ikut pula didalamnya,
meski tidak dalam waktu yang bersamaan. Abdullah (Abu Salamah) berangkat
terlebih dahulu, setelah itu Ummu Salamah menyusul seorang diri dengan
anaknya. Lalu mulailah mereka berdua menjalani kehidupannya bersama
anak-anaknya dikota Madinah tercinta.

Tapi tak lama kemudian Abu Salamah akibat luka yang dideritanya
semenjak perang Uhud meninggal dunia. Akhirnya Ummu Salamah pun seorang
diri mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Kemudian datanglah Abu Bakar
RA untuk melamarnya, juga Umar bin Khattab RA Namun dengan lemah lembut
kedua lamaran tersebut ia kembalikan.

Setelah itu datang pula utusan Rasulullah SAW untuk meminangnya. Ummu
Salamah pun menolaknya dengan berbagai pertimbangan. Namun setelah
mendapat penjelasan dari Rasulullah SAW akhirnya ia menerima lamaran
tersebut.

Diantara para istri Rasulullah SAW, Ummu Salamah adalah istri yang tertua.
Dan untuk menghormatinya, Rasulullah SAW sebagaimana kebiasaannya sehabis
sholat Ashar, beliau mengunjungi istri-istrinya maka beliau memulainya
dengan Ummu Salamah RA dan mengakhirinya dengan Aisyah RA.

Ummu Salamah wafat pada usia 84 tahun, bulan Dzul-Qo`dah, tahun 59 Hijrah
atau 62 Hijrah dan dikebumikan di Baqi`. Wallahu a`lam bish-Showab.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Besarnya Manfaat Solat Tahajjud...^^..

Besarnya Manfaat Solat Tahajjud...^^..

Bismillah ... Setiap Muslim seharusnya memiliki keinginan kuat untuk melaksanakan
solat Tahajjud setiap malam hingga menjadi terbiasa. Orang-orang soleh zaman
dahulu tekun menjalankannya, baik pada musim panas maupun dingin. Mereka
memandang seolah-olah solat Tahajjud itu adalah sesuatu yang wajib. Hadith
Riwayat Tirmizi

Jika terlewatkan sekali saja, mereka menganggap itu sebagai musibah yang besar.
Pastinya, selain sebagai mesin keimanan, Tahajjud memberikan banyak manfaat besar
dalam kehidupan mereka yang istiqamah menjalankannya.

Di antaranya, pertama, untuk menjaga kesihatan. Tidak diragukan lagi, solat
Tahajud menjadi terapi pengubatan terbaik dari berbagai macam penyakit. Karena itu,
orang-orang yang membiasakan diri untuk Tahajjud akan memiliki daya tahan tubuh
sehingga tak mudah diserang penyakit.

Rasulullah SAW bersabda, " Lakukanlah solat malam karena itu adalah tradisi orang-
orang saleh sebelum kalian, kerana ia mendekatkan diri kepada Allah, pencegah dari
perbuatan dosa, penghapus kesalahan, dan pencegah segala macam penyakit dari tubuh."
Hadith Riwayat Tirmidzi

Kedua, menjaga ketampanan atau kecantikan. Setiap manusia pasti mendambakan
ketampanan atau kecantikan dalam dirinya. Melalui terapi solat Tahajjud, seseorang
dapat meraih apa yang didambakannya tanpa mengeluarkan belanja sepersen pun. Iaitu,
jaminan ketampanan atau kecantikan yang dihasilkan dari solat Tahajjud tidak
terbatas pada tampilan lahir, juga dapat menghasilkan ketampanan atau kecantikan
batin.

Rasulullah SAW bersabda, " Barang siapa yang banyak menunaikan solat malam, maka
wajahnya akan terlihat tampan atau cantik di siang harinya." Hadith Riwayat Ibnu
Majah.

Ketiga, solat Tahajjud juga diyakini dapat meningkatkan produktiviti kerja yang
berunsur spiritual. Kerana itu, salah satu program untuk meningkatkan sumber daya
manusia (SDM) yang dilakukan secara intelektual, emosional, dan spiritual selalu
membiasakan solat Tahajjud pada setiap malamnya.

Rasulullah SAW bersabda, " Setan membuat ikatan pada tengkuk salah seorang di
antara kalian ketika tidur dengan tiga ikatan dan setiap kali memasang ikatan dia
berkata: " Malam masih panjang, maka tidurlah." Jika orang tadi bangun lalu
berzikir kepada Allah SWT, terlepas satu ikatan. Jika dia berwudhu, terlepas satu
ikatan yang lainnya. Dan jika dia melaksanakan solat, terlepas semua ikatannya.
Pada akhirnya, dia akan menjadi segar dan produktif dengan jiwa yang bersih. Jika
tidak, dia akan bangun dengan jiwa yang kotor yang diliputi rasa malas." Hadith
Riwayat Bukhari.

Keempat, mempercepat tercapainya cita-cita dan rasa aman. Selain dengan usaha
dan ikhtiar secara maksimal gunanya menggapai cita-cita dan rasa aman, seseorang
hendaknya membiasakan diri untuk solat Tahajjud kerana doa yang mengiringi Tahajud
akan dikabulkan oleh Yang Maha Mengabulkan.

Rasulullah SAW bersabda, " Ketahuilah sesungguhnya Allah tertawa terhadap dua orang
laki-laki: Seseorang yang bangun pada malam yang dingin dari ranjang dan selimutnya,
lalu ia berwudhu dan melakukan solat. Allah berfirman kepada para malaikat-Nya,
" Apa yang mendorong hamba-Ku melakukan ini?" Mereka menjawab, " Wahai Rabb kami,
ia melakukan ini kerana mengharap apa yang ada di sisi-Mu."� Allah berfirman,
" Sesungguhnya Aku telah memberikan kepadanya apa yang ia harapkan cita-citakan dan
memberikan rasa aman dari apa yang ia takutkan."� Hadith Riwayat Ahmad.

" Subhanallah wabihamdihi, Subhanakallahumma Wabihamdika, Asyhadu Allailaaha Illa
Anta Astaghfiruka Wa atuubu Ilaik "

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Al Qur'an Sebagai Pembela Di hari Akhirat...^^..

Al Qur'an Sebagai Pembela Di hari Akhirat...^^..

Abu Umamah r.a. berkata : " Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya
kami semua mempelajari Al Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah
S.A.W : Belajarlah kamu akan Al Qur'an, di akhirat nanti dia akan
datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat
memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia
bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca
akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : " Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung,
dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku
di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca
Al-Qur'an itu : " Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan
menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang
itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya,
kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak
dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya
bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami
tidak sampai ini?" Lalu dijawab : " Kamu diberi ini semua kerana anak
kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Beruntunglah seseorang yang memiliki seorang teman yang akrab. Saat
gundah dengan pujuk rayu dunia, teman akrab itu menjadi penenangnya.
Bahkan jika mampu, saat cemas dengan kegelapan kubur, dialah
penerangnya. Itulah bertemankan " Al Quran!". Rohnya mengenali
pendampingnya setiap hari. Ia cahayamu di bumi dan simpananmu di
akhirat.

Nabi pernah bersabda, " Bacalah Al Quran kerana sesungguhnya dia akan
datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya."
Hadith riwayat Muslim.

Sesungguhnya terlalu banyak kemuliaan jaminan daripada Allah kepada
sesiapa yang menjadikan Al Quran sebagai pendampingnya. Antaranya
pembacanya tidak akan nyanyuk sampai hari tua, wajah pembacanya
bercahaya dan mesra untuk didekati, hidup pembacanya nampak sederhana
tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak terduga.
Pembacanya juga sentiasa disayangi dan dihormati hingga ke akhir
hayat serta Allah SWT menyediakan para malaikat untuk sentiasa
mengawasi keselamatannya.

Mendampingi Al Quran hakikatnya mendampingi Allah. Allah bercakap-
cakap dengan hambaNya melalui Al Quran. Seperti Raja bagi segala
Raja mahu bercakap dengan kita. Ditakdirkan Allah, andai kita mati
dan disoal oleh malaikat kelak, Al Quran akan tampil sebagai pembela.
" Tiada sesiapapun yang lebih berkuasa selain Allah, siapa kamu untuk
menahan aku?" " Aku Al QUran." " Apa hubungan kamu dengan orang ini?"
" Dia kawan, dia teman dan dia sahabat aku ketika di dunia!"

###Sebolehnya bacalah Al Quran di tempat yang tidak bising dan
fahamilah makna-makna yang terkandung di dalam setiap ayat. Setiap
surah ada cerita dan nasihatnya. Hanya orang yang diberikan akal
dan hidayah dapat mengerti maksud sebenar yang terkandung di dalam
kalam suci Allah###

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Friday 20 September 2013

Abu Ubaidah bin Jarrah RA (Sahabat Nabi)...^^..

Abu Ubaidah bin Jarrah RA (Sahabat Nabi)...^^..

Kepercayaan ummat ke atas Abu Ubaidah amat penting untuk menambahkan
lagi kekuatan ummat Islam. Tubuhnya kurus tinggi dan berjenggot tipis.
Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam. Kualitinya dapat kita
ketahui melalui sabda Nabi SAW: " Sesungguhnya setiap ummat mempunyai
orang kepercayaan, dan kepercayaan ummat ini adalah Abu Ubaidah bin
Jarrah."

Kehidupan beliau tidak jauh berbeda dengan kebanyakan sahabat lainnya,
diisi dengan pengorbanan dan perjuangan menegakkan Dien Islam. Hal itu
tampak ketika beliau harus hijrah ke Ethiopia pada gelombang kedua
demi menyelamatkan aqidahnya. Namun kemudian beliau balik kembali untuk
menyertai perjuangan Rasulullah SAW, mengikuti setiap peperangan sejak
perang Badar.

Pada saat perang Uhud, lagi-lagi Abu Ubaidah menunjukkan kualiti
keimanannya. Dalam kecamuk perang yang begitu dasyat, ia melihat ayahnya
dalam barisan kaum musyrikin. Dan melihat kebengisan ayahnya, tanpa ragu
lagi, ia menghayunkan pedangnya untuk menghabisi salah satu kumpulan
Quraisy yang tidak lain adalah ayahnya sendiri.

Masih dalam perang Uhud, ketika pasukan muslimin kucar-kacir dan banyak
yang lari meninggalkan pertempuran, justeru Abu Ubaidah berlari untuk
mendapati Nabinya tanpa takut sedikitpun terhadap banyaknya lawan dan
rintangan. Demi didapati pipi Nabinya terluka, yaitu terhujamnya dua
rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berupaya mencabut rantai
tersebut dari pipi Nabi SAW.

Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya.
Rantai itupun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah SAW. Namun
bersamaan dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari
tempatnya. Abu Ubaidah tidak jera. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit
rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah SAW hingga
terlepas.

Dan kali inipun harus juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah
sehingga dua gigi seri sahabat ini compong karenanya. Sungguh, satu
keberanian dan pengorbanan yang tak terperikan.

Sisi lain dari kehebatan sahabat yang satu ini adalah kezuhudannya.
Ketika kekuasaan Islam telah meluas dan kekhalifahan dipimpin Umar RA,
Abu Ubaidah menjadi pemimpin di daerah Syria`. Saat Umar mengadakan
kunjungan dan singgah dirumahnya, tak terlihat sesuatupun oleh Umar RA
kecuali pedang, perisai dan pelana tunggangannya. Umarpun lantas berujar,
"Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu sebagaimana
orang lain mengambilnya ?" Beliau menjawab, " Wahai Amirul Mukminin,
ini saja sudah cukup menyenangkan."

Lelaki mulia ini wafat ketika terjadi wabak penyakit taun di Syam.
Selamat atasmu wahai Abu Ubaidah, semoga kami bisa meneladani perilakumu.
Wallahu a`lam.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Zainab Binti Jahsy Bin Ri'ab RA (Isteri Nabi Yang Paling Banyak Sedekahnya)...^^..

Zainab Binti Jahsy Bin Ri'ab RA (Isteri Nabi Yang Paling Banyak
Sedekahnya)...^^..

Zainab binti Jahsy adalah puteri dari bibi Rasulullah yang bernama
Umaymah binti Abdul Muthalib bin Hasyim. Zainab adalah seorang
wanita yang cantik jelita dari kaum bangsawan yang terhormat.
Dipandang dari ayahnya, Zainab adalah keturunan suku Faras yang
berdarah bangsawan tinggi.

Ia dinikahkan Rasulullah dengan anak angkat kesayangannya, Zaid bin
Haritsah. Tetapi pernikahan itu tidak berlangsung lama, mereka
akhirnya bercerai. Kemudian Allah memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W
untuk menikahi Zainab. " Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan
terhadap isterinya ( menceraikannya ). Kami kawinkan kamu dengan dia
supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk mengahwini isteri
isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah
menyelesaikan keperluannya daripada isterinya. Dan adapun ketetapan
Allah itu pasti terjadi." (Q.S.33:37 )

Bukhori meriwayatkan dari Anas, Zainab sering berkata, " Aku berbeda
dari isteri-isteri Rasulullah S.A.W yang lainnya. Mereka dikawinkan
oleh ayahnya, atau saudaranya, atau keluarganya, tetapi aku
dikahwinkan Allah dari langit."  Zainab adalah seorang wanita berhati
lembut dan penuh kasih sayang, suka menolong fakir miskin dan kaum
lemah. Dia senang sekali memberi sedekah, terutama kepada anak yatim.
Rasulullah pernah bersabda kepada isterinya, " Yang paling dahulu
menyusulku kelak adalah yang paling murah tangannya." Maka berlumba-
lumbalah isteri beliau memberikan sedekah kepada fakir miskin. Namun
tak ada yang bisa mengalahkan Zainab dalam memberikan sedekah.

Dari Aisyah RA berkata, " Zainab binti Jahsy adalah seorang dari
isteri-isteri Nabi yang aku muliakan. Allah S.W.T menjaganya dengan
ketaqwaan dan saya belum pernah melihat wanita yang lebih baik dan
lebih banyak sedekahnya dan selalu menyambung silaturahim dan selalu
mendekatkan dirinya kepada Allah selain Zainab."

Mengapa?, apakah karena Rasulullah memberikan belanja yang berlebih
terhadap Zainab? Tidak, Rasulullah S.A.W tidak pernah berbuat seperti
itu. Lalu dari manakah Zainab mendapatkan wang untuk sedekah? Ia
memiliki berbagai-bagai kebolehan. Ia bisa menyamak kulit, memintal
serta menenun kain sutra, hasilnya dijual dan disedekahkan. Hal itulah
yang menyebabkan wanita cantik isteri Rasulullah ini bersedekah lebih
banyak dari yang lainnya.

Setelah Rasulullah wafat, Zainab memperbanyak usahanya, agar bisa
melipat gandakan wang yang diterimanya. Ketika ia mendapat bagian
harta dari Baitul Mal dimasa khalifah Umar RA dia berdoa,
" Ya Allah janganlah harta ini penyebab fitnah." Segera ia bagikan
harta itu kepada yatim piatu dan fakir miskin. Mendengar itu Umar RA
mengirim lagi, tetapi Zainab membagi-bagikannya lagi kepada yatim
piatu dan fakir miskin. Wanita pemurah itu wafat pada tahun 44 Hijrah
pada masa Kholifah Muawiyah. Wallahu a`lam.

Disarikan dari Shifatush Shofwah, Ibnu Jauzi dan Qishhshu An-Nisa Fi
Al Qur`an Al-Karim, Jabir Asyyaal )
Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Golongan Dimurkai Allah...^^..

Golongan Dimurkai Allah...^^..

Dari Abu Hurairah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Ada tiga
kelompok orang yang nanti pada hari kiamat Allah tidak akan berbicara
dengan mereka, Allah tidak akan membersihkan (mengampuni dosa) mereka,
dan Allah tidak akan memandang mereka, serta mereka akan diseksa
dengan seksaan yang pedih, iaitu: 1@ Orang tua yang berzina, 2@ Raja
(penguasa) yang suka bohong, dan 3@ Orang miskin yang sombong.” 
Hadis Shahih Riwayat Imam Muslim

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Monday 16 September 2013

Shahih Muslim 0005 Rukun Islam...^^..

Shahih Muslim 0005

Rukun Islam

0005. Dari Anas bin Malik RA, katanya, " Kami dilarang Rasulullah SAW,
bertanya sesuatu kepadanya. Kerana itu kami mengharapkan kedatangan
orang dusun yang cerdas yang hendak bertanya kepada beliau, sehingga
kami dapat mendengarkannya. Lantas, pada suatu ketika datang seorang
laki-laki penduduk dusun bernama Dhimam bin Tsa'labah. Dia berujur,
" Ya, Muhammad, telah datang kepada kami utusan Anda. Dia mengatakan
kepada kami, bahawa Anda utusan Allah." Jawab Nabi SAW, " Ya, benar!"
Tanya orang itu, " Siapa yang menjadikan langit?" Jawab Nabi SAW,
" Allah!" Dia bertanya pula, " Siapa yang menjadikan bumi?" Jawab Nabi
SAW, " Allah!" Tanyanya lagi, " Siapakah yang menancapkan gunung-gunung
ini, dan yang menjadikan segala isinya?" Jawab Nabi SAW, " Allah!"
Ujur orang itu, " Demi Yang menjadikan langit dan bumi, dan Yang
menancapkan gunung-ganang ini, sungguhkah Allah yang mengutuskan Anda?"
Jawab Nabi SAW, " Ya, benar!" Kata orang itu pula, " Utusan Anda
mengatakan, kami wajib solat lima kali sehari semalam." Jawab Nabi
SAW, " Ya, benar!" Ujur orang itu, " Demi Yang telah mengutuskan Anda,
sungguhkah Allah yang memerintahkan kepada Anda?" Jawab Nabi SAW,
" Ya, benar!" Kata orang itu pula, " Utusan Anda mengatakan, bahawa
kami wajib membayar Zakat harta kami." Jawab Nabi SAW, " Ya, benar!"
Kata orang itu, " Demi Yang telah mengutuskan Anda, sungguhkah Allah
yang memerintahkan kepada Anda?" Jawab Nabi SAW, " Ya, benar!" Ujur
orang itu pula, " Utusan Anda mengatakan, bahawa kami wajib puasa
sebulan Ramadhan setiap tahun." Jawab Nabi SAW, " Ya, benar!" Kata
orang itu, " Demi Yang mengutuskan Anda, sungguhkah Allah yang
memerintahkannya kepada Anda?" Jawab Nabi SAW, " Ya, benar!" Kata
orang pula, " Utusan Anda juga mengatakan, bahawa kami wajib Haji
ke Baitullah, apabila kami sanggup melaksanakannya." Jawab Nabi SAW,
" Ya, benar!" Kata Anas, " Sesudah itu, orang itu pun berlalu sambil
berkata, " Demi Allah yang telah mengutuskan Anda dengan kebenaran,
aku tidak akan menambah dan tidak akan mengurangi semuanya." Maka
bersabda Nabi SAW, " Jika apa yang dikatakannya itu benar-benar
ditepatinya, nescaya dia masuk syurga."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Kelahiran Imam Asy Syafie...^^..

Imam Asy Syafie...^^..

Catatan sejarah menyebut nama ibunda Imam Asy Syafie adalah Fatimah
binti Abdullah. Beliau berketurunan Rasulullah SAW dari sebelah
keluarga Saidina Ali. Sewaktu membesarkan anaknya, Muhammad bin
Idris yang dikenali sebagai Imam Asy Syafie di Palestin, suaminya
meninggal dunia. Imam Asy Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah
pada tahun kewafatan Abu Hanifah.

Hafal Al Quran. Fatimah membawa anak kecilnya itu keluar dari bumi
Palestin menuju ke Yaman. Pada usia 10 tahun, beliau membawa Imam
Syafie pergi ke Makkah. Dua-beranak ini hidup dalam keadaan miskin.
Walau bagaimanapun, Imam Syafie bersemangat menimba ilmu sejak
kecil. Di usianya tujuh tahun, Imam Syafie sudah menghafal Al Quran.
Beliau juga gemar duduk di masjid dan mendengar ulama-ulama
membincangkan tentang hadith Rasulullah SAW.

Kebijaksanaan Luar Biasa. Di Makkah, Imam Syafie dan ibunya tinggal
di khemah orang-orang susah. Beliau tidak mempunyai pen dan kertas
untuk menulis. Oleh itu, Imam Syafie menulis ilmu yang didapatinya
di tulang-tulang binatang. Pada usianya 13 tahun, Imam Syafie
sudah membacakan hadith di Masjid An Nabawi, Madinah. Antara guru
guru Imam Syafie adalah Muslim bin Khalid al Zangi, Mufti Makkah
pada waktu itu dan Malik bin Anas yang dikenali sebagai Imam Malik.
Imam Syafie mempunyai kebijaksanaan luar biasa dalam Al Quran,
Hadith dan bahasa Arab. Beliau juga dapat mengetahui hukum Fekah
dengan mendalam sejak usia muda.

Doa Seorang Ibu. Sebagai seorang ibu yang baik, Fatimah sentiasa
menggalakkan anaknya untuk menuntut ilmu. Sewaktu Imam Syafie ingin
merantau mencari ilmu, ibunya telah membacakan doa berikut kepada
Imam Syafie, " Wahai anakku, pergilah mencari ilmu. Jangan sesekali
dirimu bimbang. Tuhan akan sentiasa ada bersamamu. Tuhan akan
membantumu dengan cara yang tidak dapat difikirkan oleh manusia."
Dengan doa ibunya, Imam Syafie keluar dari desanya dengan semangat
yang membara untuk meraih ilmu Allah walaupun hatinya sedih
terpaksa meninggalkan ibunya yang sudah tua. Berkat dorongan dan
doa seorang ibu, Imam Syafie menjadi seorang ilmuan Islam yang
besar, malahan menjadi pencetus kepada aliran mazhab Fekah ahli
Sunnah Wal Jamaah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Jadual Waktu Tidur Rasulullah SAW...^^..

Jadual Waktu Tidur Rasulullah SAW

1@ Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam
10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2@ Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00,
kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3@ Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4@ Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan,
rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di
dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula
hingga akhirnya.

Waktu Tidak Dibenarkan Tidur...^^..

1@ Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2@ Selepas masuk waktu Asar.
3@ Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

Bahaya Tidur Di Siang Hari...^^..

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1@ Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2@ Merosakkan warna kulit.
3@ Melemahkan jantung.
4@ Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5@ Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6@ Melemahkan kecerdasaan akal.

Cara Menghindarkan Lesu Selepas Bangun Dari Tidur...^^..

1@ Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum
masuk tidur.
2@ Hindarkan dari tidur lewat malam, disyorkan selepas pukul 10.00
malam.
3@ Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur
sebelum turun dari katil.
4@ Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi
jangan selepas saja bangun dari tidur.
5@ Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6@ Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina...^^..

Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina...^^..

Suatu senja, seorang wanita melangkahkan kaki mendekati kediaman Nabi
Musa. Setelah mengucapkan salam, dia masuk sambil terus menunduk. Air
matanya berderai tatkala berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya.
Doakan agar Allah mengampuni dosa keji saya”. “ Apakah dosamu wahai
wanita...?” Tanya Nabi Musa. “ Saya takut mengatakannya,” jawab wanita
itu. “ Katakanlah, jangan ragu-ragu...!”desak Nabi Musa. Maka perempuan
itu pun dengan takut bercerita, “ Saya telah berzina.” Kepala nabi Musa
terangkat, hatinya tersentak. “Dari perzinaan itu saya hamil. Setelah
anak itu lahir, langsung saya cekik lehernya sampai mati,” lanjut
perempuan itu seraya menangis.

Mata Nabi Musa berapi-api. Dengan muka yang berang dia menghardik.
“ Perempuan celaka, pergi dari sini. Agar siksa Allah tak jatuh ke
dalam rumahku. " Pergi...!!!!” teriak nabi Musa sambil berpaling karena
jijik. Hati perempuan itu bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh.
Dia menangis tersedu-sedu dan keluar dari rumah Nabi Musa. Ia tak tahu
harus kemana lagi mengadu. Bahkan dia tak tahu ke mana harus
melangkahkan kaki.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana manusia lain bakal
menerimanya...? Sepeninggalnya wanita tersebut, Malaikat Jibril turun
mendatangi Nabi Musa. Jibril lalu bertanya, “ Mengapa engkau menolak
seorang wanita yang hendak BERTAUBAT dari dosanya...? Tidakkah engkau
tahu dosa yang lebih besar dari itu...?”

Nabi Musa terperanjat. “ Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian
wanita pezina dan pembunuh itu...? Betulkah ada dosa yang lebih besar
daripada perempuan yang hina itu...?” Tanyanya. “ Ada...!!!” Jawab
Jibril dengan tegas.

“ Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa menyesal. Orang
itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.” Mendengar
penjelasan ini Nabi Musa memanggil wanita tadi, lalu berdoa memohon
ampunan kepada Allah.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja
tanpa penyesalan seakan menganggap remeh perintah Allah. Sedangkan
BERTAUBAT dan menyesali dosa dengan sungguh-sungguh bererti masih
mempunyai Iman di dadanya dan yakin Allah itu ada.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Wednesday 11 September 2013

Terjemahan Al Quran 002 Al Baqarah (001-010)...^^..

Terjemahan Al Quran

002. Al-Baqarah (001-010)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Alif, Laam, Miim.

2@ Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang
datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi
petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

3@ Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib,
dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan
(mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

4@ Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang
diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang
diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari
akhirat (dengan sepenuhnya).

5@ Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan
merekalah orang-orang yang berjaya.

6@ Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama
sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau
engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

7@ (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati
mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada
penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat
besar.

8@ Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada
Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak
beriman.

9@ Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman,
padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak
menyedarinya.

10@ Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit
(syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada
mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi
sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Shahih Muslim 0004...^^..

Shahih Muslim 0004

Rukun Islam

0004. Dari Thalhah bin Ubaidillah RA, katanya; " Seorang laki-laki
penduduk Nejed datang kepada Rasulullah SAW dengan rambut kusut.
Kami mendengar suaranya, tetapi tidak jelas bagi kami apa yang
dikatakannya. Akhirnya dia mendekat kepada Rasulullah SAW, kiranya
dia menanyakan perihal Islam. Jawab Rasulullah SAW, " Solat lima
kali sehari semalam." Tanya orang itu, " Adakah kewajipan selain
itu?" Jawab Nabi SAW, " Tidak! Kecuali jika engkau mau mengerjakan
solat sunat." Kata beliau selanjutnya, " Puasa bulan Ramadhan."
Tanya orang itu, " Adakah kewajipan kami selain itu?" Jawab Nabi SAW
" Tidak, Kecuali jika engkau mau puasa sunat." Nabi SAW melanjutkan
pula, " Zakat." Tanya orang itu. " Adakah kewajipan kami selain itu?"
Jawab Nabi SAW, " Tidak, kecuali jika engkau mau bersedekah sunat."
Kata Thalhah, " Kemudian orang itu berlalu sambil berkata: " Demi
Allah! Apa yang diajarkan Rasulullah itu tidak akan ku tambah dan
tidak akan ku kurangi." Sabda Rasulullah SAW, " Beruntunglah dia,
jika apa yang diucapkannya itu benar-benar ditepatinya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Shahih Muslim 0003...^^..

Shahih Muslim 0003

Iman

0003. Dari Abu Hurairah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Bertanyalah
kepadaku!" Kerana itu para sahabat berebut hendak bertanya. Tetapi
sekonyong-konyong muncul seorang laki-laki, lalu dia duduk dekat lutut
Nabi SAW dan bertanya, " Apakah yang dikatakan Islam?" Jawab Nabi SAW,
" 1@Jangan mempersekutukan Allah dengan sesuatu, 2@Tegakkan solat,
3@Bayarkan zakat dan 4@Puasa di Bulan Ramadhan." Kata orang itu,
" Engkau benar!" Lalu dia bertanya pula, " Ya, Rasulullah! Apakah yang
dikatakan Iman?" Jawab Nabi SAW, " 1@Iman dengan Allah, 2@Iman dengan
para malaikatNya, 3@Iman dengan Kitab-kitabNya, 4@Iman hendak bertemu
denganNya, 5@Iman dengan para RasulNya, 6@Iman dengan berbangkit dan
7@Iman dengan kadar semuanya." . " Engkau benar!" ujur orang itu.
Tanyanya pula, " Ya, Rasulullah! Apakah yang dikatakan Ihsan?" Jawab
Rasulullah SAW, " Hendaklah engkau takut kepada Allah seolah-olah
engkau melihatNya. Sekalipun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya
Dia melihatmu." " Engkau benar!" katanya. Tanyalnya pula, " Ya, Rasulullah!
Bilakah terjadinya Kiamat?" Jawab Rasulullah SAW, " Orang yang ditanya
tentang hai itu, tidak lebih tahu daripada yang menanya. Tetapi akan
ku terangkan kepadamu tanda-tandanya; 1@Apabila engkau lihat budak
perempuan melahirkan majikannya, itu salah satu daripada tanda-tandanya,
2@Apabila engkau lihat orang-orang bodoh yang miskin menjadi raja di bumi,
itu pun termasuk tanda-tandanya, 3@Apabila engkau lihat gembala-gembala
ternak telah bermewah-mewah di gedung-gedung nan indah, yang demikian
itu juga termasuk tanda-tandanya." Kemudian, ada lima perkara ghaib yang
tidak dapat diketahui orang selain Allah. Lalu Rasulullah membaca ayat:
" Sesungguhnya Allah, hanya Dia sajalah yang mengetahui tentang hari
kiamat, Dialah yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui apa yang ada
dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti
apa yang akan dikerjakannya besok, dan tiada seorang pun pula yang dapat
mengetahui di bumi mana ia akan mati, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Mengenal." Surah Luqman : 34. Kemudian orang itu pergi. Maka
bersabda Rasulullah SAW, " Panggillah orang itu kembali!" Para sahabat
berusaha mencarinya, tetapi mereka tidak mendapatkannya lagi. Maka
bersabda Rasulullah SAW, " Itulah Jibril! Dia sengaja datang hendak
mengajarkan agama kepada anda sekalian, kerana anda tidak menanyakannya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

Tuesday 10 September 2013

Shahih Muslim 0002...^^..

Shahih Muslim 0002

Iman

0002. Dari Abu Hurairah RA, katanya: " Pada suatu hari Rasulullah SAW
tampak berkumpul dengan orang banyak. Sekonyong-konyong datang
kepadanya seorang laki-laki, lalu dia bertanya: " Ya, Rasulullah! Apa
yang dikatakan Iman? " Jawab Nabi SAW, " Iman ialah: 1@Iman dengan
Allah, 2@Iman dengan para malaikatNya, 3@Iman dengan Kitab-kitabNya,
4@Iman akan menemuiNya, 5@Iman dengan para RasulNya dan 6@Iman dengan
berbangkit di akhirat." Dia bertanya pula, " Apakah yang dikatakan
Islam? " Jawab Rasulullah SAW, " Islam ialah 1@Menyembah Allah, dan
tidak mempersekutukanNya dengan yang lain-lain, 2@Menegakkan solat
fardu, 3@Membayar zakat wajib, 4@Puasa Ramadhan." Tanyanya pula,
" Ya, Rasulullah! Apakah yang dikatakan Ihsan? " Jawab Nabi SAW,
" Menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekalipun engkau
tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu." Tanyanya pula,
" Bilakah terjadi hari Kiamat?" Jawab Nabi SAW, " Orang  yang
ditanya tidak lebih tahu daripada yang menanya. Tetapi akan ku
terangkan kepadamu tanda-tandanya: 1@Apabila hamba sahaya perempuan
telah melahirkan majikannya, itu adalah salah satu tandanya,
2@Apabila orang miskin yang hina dina telah menjadi pemimpin, itu
juga termasuk tanda-tandanya, 3@Apabila gembala ternak yang hina,
telah bermewah-mewah di gedung nan indah, itu pun termasuk tanda
tandanya. Selanjutnya, ada lima perkara yang tidak seorang pun dapat
mengetahuinya selain Allah. Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat:
" Sesungguhnya Allah, hanya Dia sajalah yng mengetahui tentang hari
kiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa
yang ada dalam rahim. Dan tiadalah seorangpun yang dapat mengetahui
dengan pasti apa yang akan dikerjakannya besok, dan tiada seorangpun
pula yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati, sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." Surah Lukman: 34.
Kemudian orang itu berlalu. Maka bersabda Rasulullah SAW, " Panggil
orang itu kembali!" Para sahabat berusaha mencari orang itu untuk
memanggilnya kembali, tetapi mereka tidak melihatnya lagi. Maka
Rasulullah SAW bersabda, " Itulah Jibril. Dia datang mengajarkan
agama kepada orang banyak."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..