Monday 30 September 2013

Tatatertib Sahabat Berhadapan Dengan Rasulullah SAW...^^..

Tatatertib Sahabat Berhadapan Dengan Rasulullah SAW

Para sahabat tidak berani memandang secara terus tepat ke wajah
baginda SAW ketika baginda berbicara. Tetapi para sahabat sangat
gembira jika memandang wajah baginda. Walau bagaimanapun, ketika
memandang wajah rasulullah yang mulia, mereka akan menundukkan
semula pandangan dan memandang lagi. Begitulah seterusnya kerana
mereka amat menghormati kehebatan dan kewibawaan baginda SAW.

Apa sahaja yang diperintahkan rasulullah SAW akan ditaati oleh
para sahabat. Sikap mereka terhadap baginda ialah " Kami dengar
dan kami taat.". Allah berfirman dalam Surah An Nur 24: 51
" Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang
beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah
RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara
mereka, hanyalah mereka berkata: " Kami dengar dan kami taat'"
dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan."

Sesungguhnya kurniaan " ridhwanullah" atau keredhaan Allah adalah
lebih besar lagi daripada kurniaan syurga dan segala kenikmatannya.
Allah berfirman dalam surah At Taubah 09: 72." Allah menjanjikan
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, akan beroleh
syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka
kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalamt
" Syurga Adn" serta keredhaan daripada Allah yang lebih besar
kemuliaannya, balasan yang demikian itulah kejayaan yang besar."

Sunat untuk kita ber" Taradhi" iaitu mengucapkan " radi allah hu
anhu" (semoga Allah meredhainya) setiap kali nama para sahabat
disebut untuk memuliakan mereka sepertimana Allah memuliakan
mereka.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

No comments:

Post a Comment