Sunday 29 September 2013

Air Tangan Orang Tidak Solat Ganti Air Kencing Khinzir...^^..

Air Tangan Orang Tidak Solat Ganti Air Kencing Khinzir...^^..

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar,
malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa
hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada
zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia
bernazar, " Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing
hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki
tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki
ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing
hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk
umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram,
maka tak payah buat tapi kena denda dam atau sedekah. Tapi kalau
zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena
laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan
susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan
menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing
anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing
anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi
menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan
solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa
yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai
dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air
kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau
isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana
kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke
dalam basuhan makanan, nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula
yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-
anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak
kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh
tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang
tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita,
sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa
yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan
solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-
kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina
Ali dan untuk umat Islam, " As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".
Maksudnya, " Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah
orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2013...^^..

No comments:

Post a Comment