Monday 30 December 2013

Nabi Idris A.S. Melawat Perkampungan Akhirat...^^..

Nabi Idris A.S. Melawat Perkampungan Akhirat...^^..

Nabi Idris A.S. sentiasa beribadat kepada Allah SWT. Baginda mendapat
pujian daripada Malaikat Izrail. Malaikat Izrail meminta izin daripada
Allah SWT untuk melawat Nabi Idris A.S. Malaikat Izrail menyamar
sebagai seorang pemuda. Dia membawa makanan kepada Nabi Idris A.S.
yang berpuasa. Nabi Idris A.S. berbuka puasa dan beribadat sehingga
subuh. Malaikat Izrail menunggu baginda.

Malaikat Izrail dan Nabi Idris A.S. melihat-lihat keindahan alam.
Mereka melihat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Nabi Idris A.S. melihat
beberapa keanehan pada diri pemuda itu. Baginda tertanya-tanya akan
pemuda itu. Nabi Idris A.S. bertanya, " Siapakah kamu sebenarnya?"

Pemuda itu memberitahu bahawa dia Malaikat Izrail atau Malaikat Maut.
Nabi Idris A.S. mahu merasai kewafatan. Baginda memohon Malaikat
Izrail mengambil nyawa baginda. Allah SWT mengizinkan Malaikat Izrail
mengambil nyawa Nabi Idris A.S. Malaikat Izrail menangis melihat Nabi
Idris A.S. wafat. Ia memohon kepada Allah SWT supaya menghidupkan
baginda semula.

Nabi Idris A.S. ingin melihat Neraka. Malaikat Izrail membawa baginda
melihat Neraka. Nabi Idris A.S. melihat pelbagai seksaan Allah SWT
seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa dan lain-lain.

Nabi Idris A.S. memohon kepada Malaikat Izrail membawa baginda masuk
ke dalam Syurga. Nabi Idris A.S. melihat keindahan Syurga. Baginda
tidak mahu keluar dari Syurga. Allah SWT membenarkan baginda tinggal
di Syurga. Betapa hebat mukjizat Nabi Idris A.S. Baginda dapat merasai
wafat dan melawat perkampungan akhirat. Baginda juga tidak wafat dan
tinggal di dalam Syurga.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah...^^..

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah...^^..

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui
sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau
suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya
mengandungi kata-kata, " Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini,
agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang
celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau
makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah
longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi
curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun
balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada
orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus
melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu
meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut
setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana
datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka,
nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis,
" Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu,
kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu.
Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya
dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan,
tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan
suara keluhan itu kedengaran lagi, " Ya Allah, Tuhan Yang Maha Belas
Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain
seperti kelmarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat
ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku,
wahai untung nasibku." Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah
pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas
dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang
itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus
membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas
lalu dibacanya, " Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan
demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas'
namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh
tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan
bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian.
Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan
itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang
hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan
berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas
bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa.
Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu.
Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya
Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa.
Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."

Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia
insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka
berikhtiar dan berusaha. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari
rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun
berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak
lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu. Dalam Islam
tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang
yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan
bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan. Dia tidak lagi menunggu
dengan hanya menadah tangan berdoa semata-mata. Dia melakukan
apa-apa sahaja pekerjaan yang mampu dilakukannya. Begitulah cara
yang betul dan dikehendaki oleh Allah. Daripada pekerjaan itu,
barulah beroleh rezeki pemberian Allah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Makanan Dari Hasil Tilik Nasib...^^..

Makanan Dari Hasil Tilik Nasib...^^..

Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada
pendapatan hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya
telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya
berkata, " Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa,
tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?" Abu Bakar menjawab,
" Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada
aku di mana kamu mendapat makanan ini ?" Hamba menjawab, " Sebelum aku
memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik
nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka
berjanji membayarnya apabila sahaja memperolehi. Aku berjumpa dengan
mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."

Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekik, " Ah! Nyaris-nyaris
kau bunuh aku." Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah
ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya
dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi.
Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu
dimuntahkan keluar. Kata seorang pemerhati, " Semoga Allah mencucuri
rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-payah kerana makanan yang
sedikit."

" Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian
aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata,
" Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka.
Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-
kalau ia menyuburkan badanku."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Menyerupai Sesuatu Adat Atau Kaum Dan Pekahwinan Ghaib...^^..

Menyerupai Sesuatu Adat Atau Kaum Dan Pekahwinan Ghaib...^^..

Soalan : Sering kali kita dengar petikan hadis - " Sesiapa yang menyerupai
sesuatu kaum maka ia termasuk dikalangan kaum itu, sehinggakan bila kita
membuat sesuatu hal ( bukan amalan ibadat ) yang lain sikit dari orang
biasa, maka hadis ini lah yang akan diucapkan.

Soalan:

1) Bilakah seseorang itu dikatakan menyerupai sesuatu kaum?

2) Dalam hal-hal apakah yang dikatakan menyerupai sesuatu kaum?

3) Bila dan sebab apa ( asbabul wurud ) hadis ini diturunkan?

4) Berapa kali kah dan peristiwa apakah Rasulallah SAW mengucapkan hadis
ini?

Jawapan :

Bilakah seseorang itu menyerupai sesuatu kaum? Ringkasnya, meniru atau
mencontohi sesuatu kaum dari segi penampilan, perilaku, bahkan beriktiqad
dalam perayaan mereka dan budaya mereka. Berdasar larangan meniru kaum
lain daripada Nabi SAW jelas memaparkan hal ini. Termasuklah larangan itu,
berdasarkan hadis yang dirujuk seperti di bawah;

Terjemahan: " Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian
dari mereka."

Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a,
Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis
ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid,
10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan,
Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.

Kemudian datang hadis lain seperti di bawah:

Terjemahan: " Barangsiapa redha dengan perbuatan suatu kaum, maka dia
termasuk dari mereka."

Rujuk: Subulus Salam, 4/1477, dari Abu Yu’la.

Hadis ini didhaifkan Al-Albani (lihat: Silsilah Dhaifah, no: 5648, juga
dalam Dhaif al-Jami’) sambil mengulas, hadis-hadis lain semakna
dengannya mempunyai sanad lebih kuat menunjukkan faedah daripada
maksud hadis tersebut. Dalam lafaz tambahan lain, bahawa Ibnu
Mas’ud r.a diajak oleh seorang pemuda ke dalam satu majlis, lalu beliau
mendengar suara-suara merintih, meratap (dalam kadar melampau)
sambil berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda

"Barangsiapa menuruti peratapan satu kaum, dia termasuk dalam
golongan mereka, ditambah lafaz - " Barangsiapa redha dengan
perbuatan suatu kaum, maka dia bersubahat dengan mereka yang
melakukannya. (rujuk: 2/274, Sakhawi, juga dinukilkan dalam
Dirayah, takhrij al-Hidayah dari perkataan gurunya, Ibnu Hajar, 2/267).

Ciri-ciri menyerupai suatu kaum adalah:

1. Merayakan perayaan mereka kerana setiap kaum mempunyai perayaan
tersendiri, dan ia amat jelas berdalilkan hadis yang direkodkan Imam
Muslim, " Setiap kaum mempunyai perayaan, dan inilah perayaan kita –
(Hadis Sahih Riwayat Muslim, no: 892).

2. Meniru budaya & tatacara hidup mereka

3. Meniru perkara khususnya berkaitan dengan simbol agama.

Lihat: Fatawa Islamiah, 1/115.

Soalan : Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan
bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai
adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga
amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya
mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.

1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh
berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi
Islam?

Jawapan

1. Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama
selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia
dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam
Surah ar-Rum, ayat 21 .

Firman Allah SWT maksudnya : " Dan di antara tanda-tanda kebesaran
Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari
jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan
dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat
dari Allah S.w.T." (Surah ar-Rum ayat 21)

Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam
rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan
manusia.

Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah
berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada
suatu kemungkinan (possibility).

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi SAW
pernah bersabda yang bermaksud, " Bahawasanya ada kalangan
manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya
Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud
ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan
rumahtangga dengan jin."

Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan
manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana
makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh
menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka
menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit
atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan
anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-
makhluk halus.

Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta
zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh
menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah SAW untuk pendakwaan.
Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi SAW telah
menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.

Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas
menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang
disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 87.

Firman Allah SWT maksudnya : " Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada
mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak
dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada
kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-
dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan
yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut
lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana
saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya
sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat
keseksaan-Nya". (Surah al-Anfal ayat 87)

Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai
manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang
Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka
adalah syaitan.

Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia
dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.

2. Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya
(mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin
dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang
menyatakan perkahwinan tersebut boleh.

Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum
perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat
Surah ar-Rum yang disebut di atas. Perkahwinan antara manusia dengan jin
tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat
Allah S.W.T.

Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati
Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan
ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis
rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh
aman daripada gangguan mereka?

Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan
masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia
dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran,
maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada
keluarga, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Mintalah berjumpa pakar
perbuatan Islam untuk mengenal pasti bahawa beliau mungkin sedang
di ganggu oleh makhluk jin sehingga dia merasakan telah berkahwin dengan
jin. Wallahu a'lam.

Makhluk halus, maka jangan sesekali melayaninya, jangan beri ruang kepadanya
melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kamu, lindungilah diri kamu dengan
ayat-ayat al-Quran dan pesanan-pesanan daripada hadis-hadis Rasulullah SAW.
Antaranya banyak membaca dua surah terakhir daripada al-Quran, ayatul Kursi
sebanyak yang mungkin, membaca Surah Al-Baqarah hingga akhir, atau
membaca Khawateem Al-Baqarah (ayat 184, 185 dan 186).

1. Sebaik-baiknya sebelum tidur, membaca 11 ayat dari Surah Al-Baqarah, iaitu
ayat 1, 2, 3, 4, 5 dan 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286). Boleh juga membaca
Surah Yaasin atau mana-mana surah, dengan memohon pertolongan Allah SWT
agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.

2. Tidur dengan berwuduk terlebih dahulu. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW
: “ Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk
solat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim).

3. Memulai tidur dengan membaringkan tubuh ke sisi sebelah kanan
sebagaimana dalam hadis di atas.

4. Tidak tidur dengan tiarap, berdasarkan sabda Nabi SAW “ Sesungguhnya itu
adalah cara tidur yang dimurkai Allah ‘azza wa jalla”.(Hadis Riwayat Abu Daud
dengan sanad yang shahih)

5. Mengumpulkan kedua telapak tangannya. Kemudian ditiup dan dibacakan:
surat Al-ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian dengan kedua telapak tangan
tadi mengusap tubuh yang dapat dijangkau dimulai dari kepala, wajah dan
tubuh bagian depan. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali." (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)

6. Mengibaskan tempat tidur dengan ujung sarung atau dengan pakaiannya
sebanyak tiga kali. (Hadis Riwayat Bukhari).

7. Membaca doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, seperti membaca doa
“ Bismika Allahumma amuutu wa ahyaa (Dengan menyebut nama-Mu ya Allah
aku mati dan hidup)” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Dianjurkan membaca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, takbir 33 kali atau 34 kali
ketika hendak tidur, sebagaimana sabda baginda kepada Ali bin Abi Thalib dan
isterinya ketika mereka hendak tidur, “ Maka bacalah tasbih tiga puluh tiga kali,
tahmid tiga puluh tiga kali, dan takbir tiga puluh tiga kali” dan dalam riwayat
lain “takbirlah tiga puluh empat kali” (Hadis Riwayat Bukhari).

9. Dianjurkan juga membaca ayat kursi, membaca dua ayat terakhir surat
Al-Baqarah atau membaca surat Ali ‘Imran ayat 190-200. (Hadis Riwayat Bukhari).
Wallahu a’lam

Masuk neraka dengan keredhaan  Allah itu lebih baik daripada masuk syurga
dengan keredhaan Ibumu, kesayanganmu...
Itu lebih bersih, kerana kita menyatakan kehambaan kita kepada tuhan kita.
Kita ini terlalu banyak dosa terlihat mahupun terlindung, dan kita tidak sedari...

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Pahala Membantu Tetangga Dan Anak Yatim...^^..

Pahala Membantu Tetangga Dan Anak Yatim...^^..

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di
Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari
langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, " Berapa banyak orang-
orang yang berhaji pada tahun ini?"  Jawab yang lain, " Enam ratus
ribu."  Lalu ia bertanya lagi, " Berapa banyak yang diterima ?"
Jawabnya, " Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang
sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi
diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima
dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka
terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik
mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke
rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki
dan segera ia bertanya namanya. Jawab orang itu, " Muwaffaq." Lalu
Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, " Kebaikan apakah yang telah
engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?" Jawab
Muwaffaq, " Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana
keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari
pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada
tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau
makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi
ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita
jiranku itu.

Jawab jiranku, " Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak
yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari
makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar
di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk
masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."
Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan
mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi
seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak
yatim yang ada dalam jagaannya itu.

" Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran
tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya
terdapat anak-anak yatim.

Rasulullah ada ditanya, " Ya Rasullullah tunjukkan padaku amal
perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga." Jawab Rasulullah,
" Jadilah kamu orang yang baik." Orang itu bertanya lagi, " Ya
Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat
baik?" Jawab Rasulullah, " Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka
berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka
berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Rasullullah S.A.W Dan Wang 8 Dirham...^^..

Rasullullah S.A.W Dan Wang 8 Dirham...^^..

Suatu hari Rasullullah SAW bermaksud belanja. Dengan bekal wang 8
dirham, beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga.
Belum juga sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang
menangis. Beliau sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang
ditimpa musibah ? Perempuan itu menyampaikan bahwa ia adalah seorang
budak yang sedang kehilangan wang sebesar 2 dirham. Ia menangis
sangat takut didera oleh majikannya.

Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasullullah untuk menghibur perempuan
malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas membeli gamis,
pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar,
seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, " Barang siapa yang
memberiku pakaian, Allah akan mendandaninya kelak." Rasullullah
memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi
dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan
sukarela kepadanya. Beliau tak jadi memakai baju baru.

Dengan langkah ringan beliau hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-
lagi beliau harus bersabar. Kali ini beliau menjumpai perempuan yang
diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahwa ia takut pulang.
Ia khuatir akan dihukum oleh majikannya karena terlambat. Sebagai budak
saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fizikal
sudah sangat lazim diterima. Rasulullah diutus di dunia untuk
mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati beliau
hantarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah,
beliau ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Baru salam
yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni
rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam beliau
tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya
dengan maksud didoakan Rasulullah dengan salam tiga kali. Selanjutnya
Rasulullah menyampaikan maksud kedatangannya.

Beliau menghantar perempuan yang menjadi budak tersebut karena takut
mendapat hukuman. Rasulullah kemudian menyampaikan, " Jika perempuan
budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima
hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah itu penghuni rumah terkesima.
Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda
Rasulullah. Karena secara refleks mereka menyampaikan, " Budak belian
ini merdeka karena Allah." Betapa bahagianya Rasulullah mendengar
pernyataan itu. Beliau sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat
keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Beliau
berkata, " Tiadalah aku melihat delapan dirham demikian besar
berkatnya dari pada delapan dirham yang ini. Allah telah memberi
ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang
telanjang, dan membebaskan seorang budak belian."

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada
masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah
berfirman dalam sebuah hadits Qudsi. " Bahwanya Allah menolong
hamba-Nya, selama ia menolong saudaranya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Wali Allah Yang Solat Di Atas Air...^^..

Wali Allah Yang Solat Di Atas Air...^^..

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang termasuk
ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila
kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan
ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir
tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul
ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang
yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang
akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang
lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang
sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari
kapal yang sedang terumbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air
dan mengerjakan solat di atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat
lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, " Wahai wali Allah,
tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak
memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil
lagi, " Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan
berkata, " Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa.
Peniaga itu berkata, " Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak
mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?" Wali itu
berkata, " Dekatkan dirimu kepada Allah." Para penumpang itu berkata,
" Apa yang mesti kami buat?" Wali Allah itu berkata, " Tinggalkan
semua hartamu, jiwamu akan selamat." Kesemua mereka sanggup
meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian
mereka berkata, " Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta
kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, " Turunlah kamu semua ke atas air dengan
membaca Bismillah." Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang
demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang
sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian,
kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam
ke dasar laut. Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-
mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak
dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam
itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, " Siapakah kamu wahai
wali Allah?" Wali Allah itu berkata, " Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, " Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam
kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang
dihantar oleh seorang jutawan Mesir."

Wali Allah berkata, " Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu,
adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin
di Madinah ?" Peniaga itu berkata, " Betul, saya tidak akan menipu,
ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun
mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada
Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit
sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain
tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan
meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah,
peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya
dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah
sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Sunday 29 December 2013

Hadith Bukhari 0003...^^..

Hadith Bukhari 0003...^^..

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, Telah menceritakan kepada  kami dari Al Laits dari 'Uqail dari Ibnu Syihab dari 'Urwah bin Az Zubair dari Aisyah -Ibu Kaum  Mu'minin-, bahwasanya dia berkata: "Permulaaan wahyu yang datang kepada Rasulullah  shallallahu 'alaihi wasallam adalah dengan mimpi yang benar dalam tidur. Dan tidaklah  Beliau bermimpi kecuali datang seperti cahaya subuh. Kemudian Beliau dianugerahi  kecintaan untuk menyendiri, lalu Beliau memilih gua Hiro dan bertahannuts yaitu 'ibadah di  malam hari dalam beberapa waktu lamanya sebelum kemudian kembali kepada keluarganya  guna mempersiapkan bekal untuk bertahannuts kembali. Kemudian Beliau menemui  Khadijah mempersiapkan bekal. Sampai akhirnya datang Al Haq saat Beliau di gua Hiro,  Malaikat datang seraya berkata: "Bacalah?" Beliau menjawab: "Aku tidak bisa baca". Nabi  shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan: Maka  Malaikat itu memegangku dan memelukku  sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: "Bacalah!" Beliau menjawab: "Aku  tidak bisa baca". Maka Malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian  melepaskanku dan berkata lagi: "Bacalah!". Beliau menjawab: "Aku tidak bisa baca".  Malaikat itu memegangku kembali dan memelukku untuk ketiga kalinya dengan sangat kuat  lalu melepaskanku, dan berkata lagi: (Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang  Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan  Tuhanmulah yang Maha Pemurah)." Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kembali kepada  keluarganya dengan membawa kalimat wahyu tadi dalam keadaan gelisah. Beliau menemui  Khadijah binti Khawailidh seraya berkata: "Selimuti aku, selimuti aku!". Beliau pun diselimuti  hingga hilang ketakutannya. Lalu Beliau menceritakan peristiwa yang terjadi kepada  Khadijah: "Aku mengkhawatirkan diriku". Maka Khadijah berkata: "Demi Allah, Allah tidak  akan mencelakakanmu selamanya, karena engkau adalah orang yang menyambung  silaturrahim." Khadijah kemudian mengajak Beliau untuk bertemu dengan Waroqoh bin  Naufal bin Asad bin Abdul 'Uzza, putra paman Khadijah, yang beragama Nasrani di masa  Jahiliyyah, dia juga menulis buku dalam bahasa Ibrani, juga menulis Kitab Injil dalam Bahasa  Ibrani dengan izin Allah. Saat itu Waroqoh sudah tua dan matanya buta. Khadijah berkata:  "Wahai putra pamanku, dengarkanlah apa yang akan disampaikan oleh putra saudaramu  ini". Waroqoh berkata: "Wahai putra saudaraku, apa yang sudah kamu alami". Maka  Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menuturkan peristiwa yang dialaminya. Waroqoh  berkata: "Ini adalah Namus, seperti yang pernah Allah turunkan kepada Musa. Duhai  seandainya aku masih muda dan aku masih hidup saat kamu nanti diusir oleh kaummu".  Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: "Apakah aku akan diusir mereka?" Waroqoh  menjawab: "Iya. Karena tidak ada satu orang pun yang datang dengan membawa seperti apa  yang kamu bawa ini kecuali akan disakiti (dimusuhi). Seandainya aku ada saat kejadian itu,  pasti aku akan menolongmu dengan sekemampuanku". Waroqoh tidak mengalami peristiwa  yang diyakininya tersebut karena lebih dahulu meninggal dunia pada masa fatroh  (kekosongan) wahyu. Ibnu Syihab berkata; telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin  Abdurrahman bahwa Jabir bin Abdullah Al Anshari bertutur tentang kekosongan wahyu,  sebagaimana yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ceritakan: "Ketika sedang berjalan  aku mendengar suara dari langit, aku memandang ke arahnya dan ternyata Malaikat yang  pernah datang kepadaku di gua Hiro, duduk di atas kursi antara langit dan bumi. Aku pun  ketakutan dan pulang, dan berkata: "Selimuti aku. Selimuti aku". Maka Allah Ta'ala  menurunkan wahyu: (Wahai orang yang berselimut) sampai firman Allah (dan berhalaberhala  tinggalkanlah). Sejak saat itu wahyu terus turun berkesinambungan." Hadits ini juga  diriwayatkan oleh Abdullah bin Yusuf dan Abu Shalih juga oleh Hilal bin Raddad dari Az Zuhri.  Dan Yunus berkata; dan Ma'mar menyepakati bahwa dia mendapatkannya dari Az Zuhri. 

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Sunday 22 December 2013

Read To Them, Create Intelligence Child...^^..

Read To Them, Create Intelligence Child...^^..

If you want your children to be intelligent, read them fairy tales. If you want them to be more intelligent, read them more fairy tales. ? Albert Einstein

After being gifted this beautiful edition of Grimm’s Complete Fairy Tales, I decided to be a good and proper Auntie and read them to my niece (6). What better way to end the day and send her off to slumberland?

These children’s tales are very short - perfect for bedtime reading - and are full of valuable lessons:

1. Step-mothers are evil bitches.
2. Beautiful people are always good and virtuous.
3. Princes are hot. You should marry one.
4. Never trust a Wolf who can talk.
5. Being abandoned by your parents in the woods may feel really bad, but it usually works out for the best.
6. Slicing off bits of your feet to get that perfect shoe to fit is a bad idea. The blood gets everywhere.
7. Be careful of your eyes around birds and thorns.
8. Killing evil people with fire is OK.
9. Killing step-mothers in any manner is OK.
10. Be kind and joyous in all that you do and psychological problems will be minimal.

I for one adore these stories; I shall be reading them to all the children that I know*.

###Highly recommended reading, Grimm’s Complete Fairy Tales.###

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Saturday 21 December 2013

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah...^^..

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah...^^.. Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, " Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik." Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus." Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, " Ya Allah, Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku." Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya. Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, " Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya." Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu. Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan. Dia tidak lagi menunggu dengan hanya menadah tangan berdoa semata-mata. Dia melakukan apa-apa sahaja pekerjaan yang mampu dilakukannya. Begitulah cara yang betul dan dikehendaki oleh Allah. Daripada pekerjaan itu, barulah beroleh rezeki pemberian Allah. tuliskanakuhadith.blogspot.com Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Hadith Bukhari 0002...^^..

Hadith Bukhari 0002...^^..

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada  kami Malik dari Hisyam bin 'Urwah dari bapaknya dari Aisyah Ibu Kaum Mu'minin, bahwa Al  Harits bin Hisyam bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Wahai  Rasulullah, bagaimana caranya wahyu turun kepada engkau?" Maka Rasulullah shallallahu  'alaihi wasallam menjawab: "Terkadang datang kepadaku seperti suara gemerincing lonceng  dan cara ini yang paling berat buatku, lalu terhenti sehingga aku dapat mengerti apa yang  disampaikan. Dan terkadang datang Malaikat menyerupai seorang laki-laki lalu berbicara  kepadaku maka aku ikuti apa yang diucapkannya". Aisyah berkata: "Sungguh aku pernah  melihat turunnya wahyu kepada Beliau shallallahu 'alaihi wasallam pada suatu hari yang  sangat dingin lalu terhenti, dan aku lihat dahi Beliau mengucurkan keringat."
 
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Hadith Bukhari 0001...^^..

Hadith Bukhari 0001...^^..

Muhammad bin Ibrahim  At Taimi mengabarkan, bahwa dia pernah mendengar
Alqamah bin Waqash Al Laitsi berkata, " Saya pernah  mendengar Umar bin
Al Khaththab diatas mimbar berkata, " Saya mendengar Rasulullah  shallallahu
'alaihi wasallam bersabda, " Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan)
bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan. Barangsiapa niat hijrahnya
karena  dunia yang ingin digapainya atau karena seorang perempuan yang ingin
dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan."
 
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Friday 13 December 2013

Kisah Pendita Yang Insaf...^^..

Kisah Pendita Yang Insaf...^^..

Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan
dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu
peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, " Menurut kebiasaanku, aku
keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali,
tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan
seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian)." Bila dia melihat aku dia
pun berkata, " Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"

Ibrahim segera menjawab, " Ya, tidaklah aku akan menghalangi
kehendakmu itu." Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama
tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa
laparnya kepadaku, katanya, " Tiadalah ingin aku memberitakan
kepadamu bahawa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku
sesuatu makanan yang ada padamu." Mendengar permintaan rahib itu,
lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata, " Wahai
Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku
di hadapan seteru engkau ini."

Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan
dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan
tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali.
" Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada
makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib
itu, " Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari sesuatu makanan yang ada
pada kamu. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam
hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu."

Sambung Ibrahim lagi, " Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku
pun berkata kepada rahib itu, " Demi kemuliaan dan ketinggian Allah,
tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku."
Jawab rahib itu, " Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka
jatuhlah telekan makrifah (pengenalan) engkau kepadaku, lalu aku
memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang-buang masa
di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan
berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan
aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku
telah mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."

" Maka sukacitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian
aku pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Mekah yang mulia.
Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi
di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan olehku,
lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku mendapati dia
sedang bersembahyang di sisi Kaabah." Setelah selesai rahib itu
bersembahyang maka dia pun berkata, " Hai Ibrahim, sesungguhnya telah
hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharalah kamu akan
persahabatan dan persaudaraanku denganmu."

Sebaik sahaja dia berkata begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya
yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah. Seterusnya Ibrahim
menceritakan, " Maka aku berasa amat dukacita di atas pemergiannya itu.
Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan pengebumiannya.
Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang
begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang
indah." Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, " Bukankah engkau
ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah
terhadap engkau?"

Dia menjawab, " Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak,
tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya semua itu kerana aku bersangka
baik (zanku) kepada-Nya dan Dia menjadikan aku seolah-olah bersahabat
dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat."
Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan
beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun
salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan
kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan mengalami
ajaran-ajarannya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Petanda BerlakuNya Kiamat...^^..

Petanda BerlakuNya Kiamat...^^..

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang,
tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya,
" Apakah yang kamu semua sedang bincangkan? " Lalu kami menjawab,
" Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat." Sabda Rasulullah
S.A.W. " Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu
melihat sepuluh tanda :-

1@ Asap
2@ Dajjal
3@ Binatang melata di bumi
4@ Terbitnya matahari sebelah barat
5@ Turunnya Nabi Isa A.S
6@ Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7@ Gerhana di timur
8@ Gerhana di barat
9@ Gerhana di jazirah Arab
10@ Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat
pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya
sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja
perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan,
sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan
'Ini adalah orang kafir'. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan
berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu,
ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula
keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga
dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar
di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata
yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa
A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan
tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi
orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu
dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah
orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan
membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi
Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan.
Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj
itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar
Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung
banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak
akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda,
bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan
dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi
di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya
diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid,
para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam
itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja,
Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid,
sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-
orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka
akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, " Apabila harta orang kafir yang dihalalkan
tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan
seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar
lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai
ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara
lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik,
orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya
dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda
kiamat."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Thursday 12 December 2013

Nasihat Buat Diriku Jua...^^..

Nasihat Buat Diriku Jua...^^..

" Menuntut ilmu agama itu wajib bagi Muslim laki-laki dan perempuan,
samaada muda remaja atau tua dewasa, kerana sebagai pemberi syafaat dan
teman di alam akhirat kelak..._Norshahuddin Edited...^^..

" Ambillah sifat memberi kemaafan, perintahlah pada perkara yang baik,
dan berpalinglah dari orang-orang yang jahil dalam beragama.
" Surah al a'raf : 199.    ..._Norshahuddin Edited...^^..    

" Genius adalah 1% Ilham dari Allah dan 99% Keringat dari Kita sendiri."
_Norshahuddin Edited...^^..

" Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian; Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-
pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
Surah Al Asr 103:1-3 ( Masa Itu Berharga).

Televisyen Merupakan Alat Yang Melalaikan Dan Merosakkan Akidah Anak
Muda Islam...Penerapan Budaya Barat Campuran Melayu Menjatuhkan Adat
Sebenar Warisan Anak Melayu...Dan Lama-kelamaan Bersebati Dengan
Hidup Dan Budaya Sebagai Muslim Melayu...Yang Haram Diselitkan Dan
Tanpa Kita Sedari Sudah Terlambat Untuk Mengubahnya...Budaya Hidup
Islam, Amalan Dan Warisan Para Nabi Pula Terpinggir Dan Terkubur
Sehinggakan Umat Selepasnya Tidak Mendapat Hidayat Dan Buta Dalam
Beragama. Allah Telah Membutakan Hatinya...Sepatutnya Buku Ilmiah
Dan Usaha Mencari Ilmu Agama Yang Patut Dijadikan Hobi Masa Terluang
...Peliknya Al Quran Ada Di Merata-Rata Tempat Tapi Tidak
Dipraktikkan Dan Tiada Usaha Untuk Memahami Maksud-Maksud Sebenar
Kata Dari Pencipta Diri Kita...Tentang Adanya Kehidupan Selepas Mati
Dan Balasan Bentuk Nikmat Dan Seksaan Atas Amalan Kita Di Dunia, Dan
Kehidupan Yang Kekal Tanpa Ada Kematian Selepas Itu, Keadilan Yang
Sebenar-Benar Adil..._Norshahuddin Edited...^^..

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Wednesday 11 December 2013

Kena amBik cuTi, cUcI MinDa...^^..

Gue peRLu rEhaT MinDa, kepeNaTan deHhh... MaU buAt Yoga malaM-maLaM,,, HaruSnyA tiDuR aWal, kaLo tiDak, baNgunNya leWaT, Set tiMeNya, pUkuL 4 paGi...

GuE juGa beLajar, kaLo taKdiR ngAk biSa uBaH-uBaH, kaLo uDah diTakDirKan kiTa hiDup seNgSaRa, ngAk biSa kiTa laLui hiDuP yaNg seNanG...^^..

KaDanG-kaDanG kiTa biAsA menJaDi yaNG teRpaLinG leMaH, keRna kiTa diAjaR unTuK meNjadi seOraNg haMba kepaDa tuAnNya...

Sunday 1 December 2013

Riak Memusnahkan Pahala...^^..

Riak Memusnahkan Pahala...^^..

Syidad bin Ausi berkata, " Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W
sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, " Ya Rasulullah,
mengapa anda menangis?" Sabda Rasulullah S.A.W, " Ya Syidad, aku
menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik,
ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka
berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, " Para malaikat penjaga akan naik membawa
amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan
sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan
mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan
mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga,
" Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka
pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya
menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang
tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu
amal bukan kerana Allah)."

" Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian
supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk
menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah
memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya
akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa
oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai
kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hadapan Allah dan memberikan
persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan
ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, " Kamu semua adalah
para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan
hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa
sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, tetapi untuk
membangga-banggakan diri serta menjadi sebutan orang ramai, maka laknat
para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Jadi, selepas kita membuat sesuatu kebaikan atau kebajikan, kita
mestilah berharap supaya Allah akan menerima amal kita. Jangan kita
ungkit-mengungkit kebaikan diri kita, dan segera menjauhi diri kita
dari kelompok para pemuji-pemuji apabila membuat sesuatu kebaikan agar
kita tidak raik dan kita harus segera berpaling/melupakan kebaikan
kita terhadap seseorang. Letakkan dalam hati bahawa amat kecil lagi
kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan umat-umat contoh
terdahulu. Ambil prinsip " Saya cuma menjalankan tugas yang perlu saya
lakukan dan jika tidak memudaratkan, pasti saya akan lakukan" serta
tidak menyalahi syariat, mengikut sunnah dari nabi Muhammad dan
berdasarkan janji-janji Allah seperti tertulis di dalam Al Quran, dan
kepada yang berusaha membuat kebajikan dan kebaikan ikhlas kepadaNya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Kisah Pemuda Yang Bernama 'Uzair...^^..

Kisah Pemuda Yang Bernama 'Uzair...^^..

Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan
pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta
tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini.
Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil
menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang
ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar
bahawa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh
beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.

Sebaik sahaja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru
sahaja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama
sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia
yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan
pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan
membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat
di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah
yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya
mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.

" Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan
oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?" begitulah pertanyaan yang
datang bertalu-talu dia tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi
lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-
akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah
meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau
semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun
selama seratus tahun lamanya.

Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan
baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam
masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakala 'Uzair
tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh)
yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang
belulangnya sudah hancur lebur berderai.

Kemudian jasad 'Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah
hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing
lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga 'Uzair hidup kembali
seperti dahulu. 'Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun dari
tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang
dahulu.

Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya,
" Tahukah engkau ya 'Uzair berapa lama engkau tidur?" Tanpa berfikir
panjang 'Uzair menjawab, " Saya tertidur sehari dua ataupun setengah
hari." Lalu malaikat pun berkata kepadanya, " Bahawa engkau terdampar
di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring,
berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa
sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan
engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu,
dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk."

Berkata malaikat lagi, " Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh.
Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang
yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur
dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia
yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan diadili
segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau
supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada
manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak
dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat
itu."

Setelah 'Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu,
maka 'Uzair pun berkata, " Sekarang tahulah saya bahawa Allah itu
adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu." Tiba-tiba keldai yang sudah
hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya.
Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-
gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka 'Uzair pun berkata,
" Sekarang tahulah saya bahawa Allah berkuasa di atas segala-galanya."
Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus menunggangnya
pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk
dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah.

Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu.
Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke
rumahnya. Sebaik sahaja dia sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah
pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa
dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang
perempuan tua, lantas dia pun bertanya, " Inikah rumah tuan 'Uzair?"

" Ya," jawab perempuan itu. " Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair
telah lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga
semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut
namanya selain kali ini sahaja." Kata perempuan itu sambil menitiskan
airmata. " Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair dengan pantas. " Saya telah
dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan sekarang saya sudah
dihidupkan oleh Allah kembali."

Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun
berkata, " 'Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu
dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan
orang yang sakit tenat." Sambungnya lagi, " Saya ini adalah hambanya
sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun buta
kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan ini 'Uzair
maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan supaya mata saya terang kembali
dan dapat melihat tuan."

" Uzair pun menghadap kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke
hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata orang tua itupun terbuka dan dapat melihat
dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat
seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah 'Uzair dia pun berkata,
" Benar, tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat." Hambanya itu terus mencium
tangan 'Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai, bangsa
Israil. 'Uzair memperkenalkan dirinya bahawa dialah 'Uzair yang pernah
hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.

Berita itu bukan sahaja mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga
meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau bagaimanapun
berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana
itu mereka ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak
kandungnya sendiri seraya bertanya, " Saya masih ingat bahawa bapa saya
mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada
benarlah dia 'Uzair."

Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada
mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang lebih nyata, maka
mereka berkata kepada 'Uzair, " Bahawa sejak penyerbuan Nebukadnezar
ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut membakar
kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal isi
Taurat kecuali 'Uzair sahaja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan
sebutkan isi Taurat yang betul."

'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar
serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka
percaya bahawa sungguh benar itulah 'Uzair. Ketika itu, semua bangsa
Israil pun percaya bahawa dialah 'Uzair yang telah mati dan dihidupkan
semula oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium
tangan 'Uzair serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi
sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap 'Uzair sebagai
anak Tuhan pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada 'Uzair
mahupun Isa kerana semua makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah
kita was-was tentang kekuasaan Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah
yang menciptakan dirinya itu.

Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada
yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang
kekuasaan Allah, ubatnya hanya satu sahaja, hendaklah dia membaca dan
memahami Al-Qur'an, was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya
datangnya dari syaitan.

Allah S.W.T telah meletakkan komputer dalam kepala kita untuk berfikir,
oleh itu gunakanlah akal kita untuk berfikir.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

Friday 29 November 2013

Berbaik Sangka Dengan Musibah Dari Allah...^^..

Berbaik Sangka Dengan Musibah Dari Allah...^^..

Musibah boleh berupa apa saja yang menimpakan keburukan kepada
seseorang seperti yang diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab,
ketika tali jepitan seliparnya putus, maka diapun mengucapkan
" Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" lalu berkata," Segala
apapun yang menimpakan keburukan kepadamu, maka itu merupakan
musibah:"

Dalam surah Al Baqarah 002: [155] Demi sesungguhnya! Kami akan
menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan
(dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan
dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah
khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: [156] (Iaitu)
orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,
mereka berkata: " Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" yang
maksudnya “ Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada
Allah jualah kami kembali.” [157] Mereka itu ialah orang-orang
yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka
serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat
petunjuk hidayahNya.

Ibu bapa sekelian cuba renung didik anak untuk apa. Jika untuk
kebanggaan dengan pencapaian bersedialah untuk tertekan dan
bermasalah. Jika kerana mencari keredhaan Allah menjadikan
mereka ahli syurga, insyaAllah dapat ketenangan.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Hukum Kahwin Tangan (Onani)...^^..

Hukum Kahwin Tangan (Onani)...^^..

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Ada tujuh golongan manusia
yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak
membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada
mereka : " Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang
dimasukkan ke dalamnya."

Tujuh golongan tersebut ialah:

1@ Orang yang melakukan homoseks.
2@ Orang yang melakukan kawin tangan (onani).
3@ Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4@ Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5@ Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6@ Orang yang berzina dengan isteri Tetangga nya.
7@ Orang yang menggangu Tetangganya.

Riwayat al-Tabrani. Hadith yang ini pula ialah hadith hasan
lizatihi dan al-Hakim menyatakan bahawa hadis ini adalah hadith
yang sahih pada sanadnya. Na'udzubillah Mindhzaliq

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Larangan Membunuh Katak & Kelelawar...^^..

Larangan Membunuh Katak & Kelelawar...^^..

Sungguh manusia adalah makhluk yang lalai, sering kali yang kita
anggap remeh malah itu adalah suatu larangan, contohnya saja katak
dan kelelawar, bahkan beberapa di daerah indonesia ini kita lihat
di layar television memakan binatang ini, astagfirullah...

Sesuai hadith yang tertera di bawah ini mengenai larangan membunuh
binatang tersebut: Rasulullah SAW bersabda: “ Janganlah kalian
membunuh katak karena suaranya adalah tasbih. Janganlah kalian
membunuh kelelawar karena ketika Baitul Maqdis dihancurkan (oleh
kaum kafir) ia berdoa: “ Wahai Rabbku, berilah aku kekuasaan
terhadap laut agar aku dapat menenggelamkan mereka.” [HR Al Baihaqi.
Sanadnya shahih.]

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Peringkat Cinta Dalam Islam...^^..

Peringkat Cinta Dalam Islam...^^..

Menurut IBNU QAYYIM seorang ulama pada abad ke-7, terdapat ENAM
peringkat cinta (maratibul-mahabah) iaitu...

1@ PERINGKAT PERTAMA (TATAYYUM)
Ini peringkat cinta yang paling tinggi sekali. Cinta ini hanya hak
ALLAH semata-mata. ALLAH adalah paling utama dan cinta kepadanya
harus diletakkan di tempat yang pertama sekali dan bukanlah
di tempat kedua atau ketiga...

2@ PERINGKAT KEDUA ( 'ISYK )
Cinta peringkat ini merupakan hak Baginda RASULULLAH. Cinta ini
melahirkan rasa hormat, patuh, ingin mengikuti baginda dan bangga
melaksanakan sunnah baginda...

3@ PERINGKAT KETIGA ( SYAUQ )
Cinta ini adalah cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain.
Cinta ini berlaku antara suami dengan isteri, ibu bapa dengan anak-
anak yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah. Cinta yang mekar ini
memberikan rasa ketenteraman jiwa dan ketenangan hati...

4@ PERINGKAT KEEMPAT ( SHABABAH )
Cinta ini adalah cinta sesama Muslim yang melahirkan ukhwah Islamiah...
Cinta ini menuntut sebuah kesabaran untuk menerima perbezaan
terhadap muslim yang lain. Misalnya kita dilahirkan dalam pelbagai
keturunan, bangsa dan dilahirkan di tempat yang berbeza. Namun apa
yang pasti kita adalah umat Muhammad dan kita mencintai sesama ISLAM
walaupun kita bukan dari keturunan atau bangsa yang sama...

5@ PERINGKAT KELIMA ( 'ITHF )
Cinta ini adalah lahir dari sifat simpati kepada sesama manusia...
Cinta ini akan dirasai apabila rasa nilai kemanusiaan kita tersentuh.
Misalnya kita tersentuh apabila melihat saudara-saudara ISLAM kita
diseksa,dibunuh dan sebagainya. Cinta ini membuatkan kita menitiskan
air mata dan inilah bentuk simpati yang muncul dari hati yang paling
dalam...

5@ PERINGKAT KEENAM ( INTIFA' )
Cinta ini adalah rasa cinta terhadap pelbagai perkara selain manusia...
Cinta ini merupakan tahap cinta yang paling bawah. Misalnya rasa
cinta manusia terhadap harta. Cinta jenis ini boleh melalaikan manusia...

Dan CINTA kita diperingkat yang mana ya?

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Tujuh Wasiat Rasulullah...^^..

Tujuh Wasiat Rasulullah...^^..

“ Kekasihku (Rasulullah) shallallahu'alaihi wa sallam berwasiat
kepadaku dengan tujuh hal:

1@ Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka,

2@ Beliau memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada
di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku,

3@ Beliau memerintahkan agar aku menyambung silaturrahimku meskipun
mereka berlaku kasar kepadaku,

4@ Aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan Laa Hawla wa Laa Quwwata
illa Billah (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan
Allah),

5@ Aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit,

6@ Beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela
dalam berdakwah kepada Allah,

7@ Beliau melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada
manusia.” (HR. Ahmad 5:159, shahih)

Semoga Kita semua dapat menjalankan tujuh wasiat tersebut... aamiin..
Subhanallah...

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Ujian Allah Menurunkan Malaikat Harut Dan Marut...^^..

Ujian Allah Menurunkan Malaikat Harut Dan Marut...^^..

Allah turunkan malaikat Harut Dan Marut adalah untuk diuji... dan Harut
dan Marut ini tidak mengajar pun sihir kepada manusia melainkan hanya
menasihati manusia... agar dapat bezakan antara mukjizat dan sihir...

Allah berikan malaikat kepatuhan dan ketaatan, bagi manusia pula
diberikan nafsu dan kepatuhan untuk menguji manusia antara pilihan yang
akan diambil manusia untuk memilih nafsu jalan perintis Neraka atau
kepatuhan kepada perintah Allah sebagai jalan merintis ke Syurga.
Allah memberi kuasa, dan diberi pula petunjuk sebagaimana di dalam
Surah Al Baqarah 002:[36] Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan
mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari
nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman:
“ Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian
yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta
mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.

[37] Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-
kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya;
sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi
Maha Mengasihani. [38] Kami berfirman lagi: “ Turunlah kamu semuanya
dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu
(melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka),
maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan
(dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita”. [39] Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat
keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Surah Al Baqarah 002:[102] " Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan
mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan
dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak
mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-
puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana
merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan
kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang
mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka
menasihatinya dengan berkata: “ Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan
(untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan
mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari
mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami
dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi
mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan
dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya
membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi
sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa
sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian
yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka
pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Marilah kita memohon kepada Allah agar mengampun dosa kita dan manusia
yang betul-betul berusaha menuju kejalan Allah SWT... LuV tHeM...^^..

Sunnah Nabi Kunci Agar Berjaya( Jika Tidak Membebankan Diri, Wajib)

1. Menjaga Wudhu' setiap saat.
2. Shalat Tahajjud dan Witir
3. Shalat Berjama'ah
4. Tadabbur Al Qur'an serta Memahami maksudnya/terjemahannya
5. Shalat Dhuha'
6. Puasa Sunnah Isnin - Khamis
7. Sedeqah

" Orang mukmin pasti akan dicuba dalam kaitannya dengan harta,jiwa,anak
dan keluarganya. Orang mukmin akan diuji menurut kadar agamanya. Jika
agamanya kuat maka cubaan juga semakin berat." [Ibnu Kathir]

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Update Status Facebook Dari Dalam Kubur...^^..

Update Status Facebook Dari Dalam Kubur...^^..

Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.

Anak: “ Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur ?"
Ayah: “ Tak boleh sayang..”
Anak: “ Kalau adik nak update juga?”
Ayah: “ Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur
setelah mati, mungkin ini statusnya:

1. “ Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!”
2. “ Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!”
3. “ Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat
yang menakutkan ini!”
4. “ Arghhhhhh! ( tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri
dihimpit bumi kiri kanan)”
5. “ Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu
ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!”
6. “ Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! ( tubuh
dipanggang)
7. “ Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini…takuttt…”
8. “ Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!”

Adik: “ Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?”
Ayah: “ Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad
telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun,
tidak lagi akan dikembalikan ke dunia.”
Adik: “ Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya..”
Ayah: “ Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan
akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang
lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah
ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter
melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik
mahukah begitu?”

Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada
ayahnya.

Adik: “ Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong
carikan adik tempat belajar Al Quran ya. Adik nak belajar mengaji.”
Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi
anak yang soleh hendaknya. Amin...

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Sunday 24 November 2013

Maksud Takdir...^^..

Maksud Takdir...^^..

X: Assalamualaikum, Ukhti... bagaimana pendapatmu mengenai 'TAKDIR'?

Y: Kembali kepada firman Allah yang ini: " Tiada sesuatu bencana pun
yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan
telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami
menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah." (Surah Al-Hadid: 22)

X : Berarti kita harus menunggu dong..

Y : Catatan pena takdirrr memang sudah mengering, sehingga selamanya
kita memang meniti episode demi episode penantian belaka. Kita tahu,
bahwa maknanya bukan berarti kita hanya duduk berpangku tangan. Karena
takdir tidak pernah perduli, kita bekerja atau tidak bekerja.
Sementara kita sendiri sadar, kalau nasi tidak disuapkan ke mulut maka
kita tidak akan kenyang. Iya toh? Oleh sebab itu yang harus kita
pikirkan adalah apa yang harus kita lakukan, bukan apa yang harus kita
nantikan. Allah cuba memberi peluang selama kita masih Hidup. Adakah
kita bersungguh-sungguh memilih untuk mencintai Allah dan Syurga Allah
atau memilih mencintai Kesenangan Dunia.

Allah ialah cinta saya ? Islam hidup saya ? Al-Quran petunjuk saya ?
Nabi Muhammad idola saya ? Sunnah sebagai ikutan ? Syurga impian saya.
Perkataan yang cantik ? ALLAH, Lagu yang merdu ? AZAN, Novel yang
menarik ? AL QURAN, Senaman Yang Baik ? SOLAT, Diet yang mujarab ?
PUASA...

Keputusan UPSR: 5E ?, PMR: 8E ?, SPM: 9E ?, Tak Ada Kerja ? Hidup Tak
Berjaya ? Siapa Kata ?. Penentu Hidup Bukan A ? ALLAH Penentu Hidup ?
Jadi, Jangan SeSeKali Putus Asa, Jangan Mudah meNyerah...^^..

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Rumah Yang Mempunyai Roh Masjid...^^..

Rumah Yang Mempunyai Roh Masjid...^^..

Rumah yang mempunyai "Roh Masjid" adalah rumah ahli-ahlinya hidup
dengan ibadah seperti solat fardhu, membaca Al Quran dan melazimi
zikir kepada Allah. Banyak aktiviti di dalam rumah dilakukan secara
berjemaah seperti sembahyang, makan, mengemas rumah dan berbual-bual.

Wujud budaya amar makruh nahi mungkar di dalam keluarga. Bukannya
ibubapa yang memberikan kebebasan mutlak kepada anak-anak tanpa
mengira dosa dan pahala.

Rumah dihiasi dengan perhiasan yang sederhana dan menepati syariat
dan tidak mengganggu dalam beribadah. Rumah juga tidak patut dihiasi
dengan patung, gambar dan pinggan mangkuk semata-mata untuk hiasan
bukan keperluan dan diperbuat daripada emas atau perak.

Rumah tersebut juga harus menyediakan media hiburan dan bacaan yang
berunsurkan pendidikan islam, seperti kitab, majalah dan buku agama.
Ahlinya juga harus sering memperdengarkan bacaan suci Al Quran atau
zikir. Tidak patut ahlinya menyimpan Al Quran sebagai barang
perhiasan semata-mata.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Mimpi Nabi Muhammad SAW...^^..

Mimpi Nabi Muhammad SAW...^^..

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda: " Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang
menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

1@ Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh
malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan
oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2@ Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3@ Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-
syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan
berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4@ Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan
dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi
SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya
dari seksaan itu.

5@ Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali
dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu
datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum
hingga ia merasa puas.

6@ Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7@ Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap
gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan
binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang
terang-benderang.

8@ Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.

9@ Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,
maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT
lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Kisah Seekor  Ulat Dengan Nabi Daud A.S...^^..

Kisah Seekor  Ulat Dengan Nabi Daud A.S...^^..

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika
tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca
kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah
pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, " Apa yang dikehendaki
Allah dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata
begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.
Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S.
" Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk
membaca " Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu
akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah
mengilhamkan kepadaku supaya membaca " Allahumma solli ala
Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim"
setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya
kepada Nabi Daud A.S. " Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku
agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan
kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia
sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat
dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan
yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan
menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada
zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah,
tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak
memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi
yang sama-sama kita tumpangi ini.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Kamar-Kamar Di Syurga...^^..

Kamar-Kamar Di Syurga...^^..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi
dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di
dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat
pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu
hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

" Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para
sahabat. " Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam,
untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk
mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia
lelap dalam mimpinya."

" Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia
bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada
ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti
termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang
solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk
orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap."
Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Hal Yang Harus Kamu Ingat Sebelum Mengeluh...^^..

Hal Yang Harus Kamu Ingat Sebelum Mengeluh...^^..

1@ Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Pikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

2@ Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, Pikirkan
tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3@ Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Pikirkan tentang
seseorang yang meminta-minta dijalanan.

4@ Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, Pikirkan tentang
seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.

5@ Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau istrimu. Pikirkan
tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman
hidup.

6@ Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, Pikirkan
tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

7@ Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, Pikirkan tentang
seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

8@ Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena
pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, Pikirkan tentang orang-orang
yang tinggal dijalanan.

9@ Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir,
Pikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan
berjalan

10@ Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu,
Pikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap
mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

11@ Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Ciri Ciri Kiamat Besar Menurut Agama Islam...^^..

Ciri Ciri Kiamat Besar Menurut Agama Islam...^^..

Ciri-ciri kiamat besar adalah seperti:

1@ Kemunculan Imam Mahdi
2@ Kemunculan Dajjal
3@ Turunnya Nabi Isa (AS)
4@ Kemunculan Yajooj dan Majooj
5@ Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
6@ Pintu pengampunan akan ditutup
7@ Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang
sebenar-benarnya
8@ Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati
sehinga mereka tidak perlu mengalami tanda kiamat lainnya
9@ Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan
10@ Pemusnahan/ runtuhnya Kaabah
11@ Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
12@ Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup
merasa kaget dan ketakutan
13@ Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk
hidup mati dan yang ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit
kembali.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: " Barang siapa yg mengingatkan ini
kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari
penghakiman kelak"

Allah berfirman: " Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar
dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari
SyurgaKu"

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Tuesday 19 November 2013

Allah Menolak 1 Doa Dari 3 Doa Rasullullah S.A.W...^^..

Allah Menolak 1 Doa Dari 3 Doa Rasullullah S.A.W...^^..

Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : " Satu hari Rasulullah
S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W
sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid
dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama
dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada
Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W
pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : " Aku telah
bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu
cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1@ Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak
membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.
Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2@ Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang
telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah
diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3@ Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak
dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan
antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan
(telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri
bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama
sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik
kita melihatnya ?

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Solat...^^..

Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Solat...^^..

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
" Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T
akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya
akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya:-

1@ Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga
terhadap rezekinya.
2@ Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3@ Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya:

1@ Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun
ia telah meminum seluruh air laut.
2@ Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
3@ Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur,
antaranya:-

1@ Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan
nakir yang sangat menggerunkan.
2@ Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3@ Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul
(seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya:

1@ Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
2@ Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3@ Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Solat...^^..

Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Solat...^^..

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
" Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T
akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya
akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya:-

1@ Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga
terhadap rezekinya.
2@ Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3@ Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya:

1@ Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun
ia telah meminum seluruh air laut.
2@ Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
3@ Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur,
antaranya:-

1@ Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan
nakir yang sangat menggerunkan.
2@ Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3@ Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul
(seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya:

1@ Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
2@ Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3@ Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Binatang Yang Bernama Huraisy...^^..

Binatang Yang Bernama Huraisy...^^..

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti
maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar
Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan
lebarnya pula dari timur hingga ke barat. Apabila ia keluar maka
malaikat Jibril a.s berkata, " Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana
dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu berkata Huraisy : " Aku mencari
lima jenis orang ."

1@ Orang yang tidak mengerjakan solat.
2@ Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3@ Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4@ Orang yang suka minum arak.
5@ Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Cara Beramal Pendinding Diri(Al-Muawwizat)...^^..

Cara Beramal Pendinding Diri(Al-Muawwizat)...^^..

Al Muawwizat bererti pelindung-pelindung. Ia terdiri daripada 3 surah
iaitu:

  # Surah Al-Ikhlas
  # Surah Al-Falaq
  # Surah An-Nas 

Cara-caranya adalah seperti berikut:    

1@ Lunjurkan kedua-dua bekah kaki kearah kiblat.
2@ Angkat dua belah tangan seperti hendak berdo'a kemudian bacalah
ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai.
3@ Tarik nafas berlahan-lahan seberapa panjang yang boleh kemudian
tiupkan ke tapak tangan sehingga habis nafas.
4@ Tarik nafas sekali lagi dan tahan nafas sebentar sambil menyapu
kedua-dua belah tapak tangan keseluruh anggota badan yang dapat dicapai
kecuali pada anggota sulit.
5@ Lakukan amalan ini sebelum tidur malam dan selepas selesai solat
subuh pada setiap hari.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

Hikmah Berbakti Kepada Kedua Ibubapa...^^..

Hikmah Berbakti Kepada Kedua Ibubapa...^^..

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas
izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin Ifrit-Nya.
Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang.
Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi
hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah
gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula
samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera
itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari
permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas
samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi
Sulaiman menjadi terlalu hairan, " Kubah apakah gerangan ini?"
fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda
tinggal di dalamnya.  "Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi
Sulaiman kehairanan. "Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi.
Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah
dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan
menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan
ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya
diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang
tidak di dunia dan tidak pula di langit.

"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah
kubah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku
masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum
terhadap pemuda itu. "Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?"
tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut. "Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu
di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika
aku tinggal di dalam kubah." "Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?" "Jika aku
merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan.
Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan
lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s
yang merasa semakin hairan. "Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ
aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap
dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda
itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap
tinggal di dalamnya. Itulah karromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang
tuanya.

Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T...^^..

Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T...^^..

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang
memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan
jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka
sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa: " 10 orang solatnya tidak
diterima oleh Allah .S.W.T, antaranya:

1@ Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2@ Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3@ Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum
membencinya.
4@ Orang lelaki yang melarikan diri.
5@ Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6@ Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7@ Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8@ Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9@ Orang-orang yang suka makan riba'.
10@ Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan
yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: " Barang siapa yang solatnya
itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar,
maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T
dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata: " Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu
dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu
dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti
solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu
bungkusan kain tebal yang buruk."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..