Sunday 1 December 2013

Riak Memusnahkan Pahala...^^..

Riak Memusnahkan Pahala...^^..

Syidad bin Ausi berkata, " Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W
sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, " Ya Rasulullah,
mengapa anda menangis?" Sabda Rasulullah S.A.W, " Ya Syidad, aku
menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik,
ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka
berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, " Para malaikat penjaga akan naik membawa
amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan
sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan
mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan
mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga,
" Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka
pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya
menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang
tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu
amal bukan kerana Allah)."

" Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian
supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk
menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah
memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya
akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa
oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai
kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hadapan Allah dan memberikan
persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan
ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, " Kamu semua adalah
para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan
hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa
sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, tetapi untuk
membangga-banggakan diri serta menjadi sebutan orang ramai, maka laknat
para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Jadi, selepas kita membuat sesuatu kebaikan atau kebajikan, kita
mestilah berharap supaya Allah akan menerima amal kita. Jangan kita
ungkit-mengungkit kebaikan diri kita, dan segera menjauhi diri kita
dari kelompok para pemuji-pemuji apabila membuat sesuatu kebaikan agar
kita tidak raik dan kita harus segera berpaling/melupakan kebaikan
kita terhadap seseorang. Letakkan dalam hati bahawa amat kecil lagi
kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan umat-umat contoh
terdahulu. Ambil prinsip " Saya cuma menjalankan tugas yang perlu saya
lakukan dan jika tidak memudaratkan, pasti saya akan lakukan" serta
tidak menyalahi syariat, mengikut sunnah dari nabi Muhammad dan
berdasarkan janji-janji Allah seperti tertulis di dalam Al Quran, dan
kepada yang berusaha membuat kebajikan dan kebaikan ikhlas kepadaNya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

No comments:

Post a Comment