Monday 30 December 2013

Makanan Dari Hasil Tilik Nasib...^^..

Makanan Dari Hasil Tilik Nasib...^^..

Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada
pendapatan hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya
telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya
berkata, " Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa,
tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?" Abu Bakar menjawab,
" Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada
aku di mana kamu mendapat makanan ini ?" Hamba menjawab, " Sebelum aku
memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik
nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka
berjanji membayarnya apabila sahaja memperolehi. Aku berjumpa dengan
mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."

Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekik, " Ah! Nyaris-nyaris
kau bunuh aku." Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah
ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya
dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi.
Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu
dimuntahkan keluar. Kata seorang pemerhati, " Semoga Allah mencucuri
rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-payah kerana makanan yang
sedikit."

" Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian
aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata,
" Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka.
Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-
kalau ia menyuburkan badanku."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Dec 2013...^^..

No comments:

Post a Comment