Friday 25 April 2014

Balasan Syurga Ke Atas Jual Beli (JiwaMu) Untuk Allah...^^..

Balasan Syurga Ke Atas Jual Beli (JiwaMu) Untuk Allah...^^..

Allah berfirman dalam Surah At-Taubah;

111@ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman
akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa
mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada
jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.
(Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang
ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta
Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya
daripada Allah ? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu
jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang
seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

112@ (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat,
yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan
mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh
berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta
yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-
orang yang beriman (yang bersifat demikian).

113@ Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman,
meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum
kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang
musyrik itu adalah ahli neraka.

114@ Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat)
melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila
ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah,
ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu
lembut hati lagi penyabar.

115@ Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat
sesudah Ia memberi hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum Ia
menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib memelihara dan
melindungi diri daripadanya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu.

128@ Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari
golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi
sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh
kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia
pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada
orang-orang yang beriman.

129@ Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah
(wahai Muhammad): “ Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan
memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy
yang besar.”

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

BerHati-Hati Dengan Golongan Munafik...^^..

BerHati-Hati Dengan Golongan Munafik...^^..

Allah berfirman dalam Surah At-Taubah;

80@ (Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun
untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika
engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh
kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka;
yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan
RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada
kaum yang fasik.

81@ Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang)
itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah
(di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan
harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya),
dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: “ Janganlah kamu
keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini”.
Katakanlah (wahai Muhammad): “ Api neraka Jahannam lebih panas
membakar”, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.

82@ Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka
akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa
yang mereka telah usahakan.

84@ Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari
orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada
di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada
Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan
fasik (derhaka).

85@ Dan janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-
anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa
mereka dengannya di dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka
tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir (untuk mendapat azab
akhirat pula).

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Jangan Suka Mengumpul Harta, Kerana SeHarusnya DiBelanjakan Pada Jalan Allah (MeLuaskan Ilmu Islam)...^^..

Jangan Suka Mengumpul Harta, Kerana SeHarusnya DiBelanjakan
Pada Jalan Allah (MeLuaskan Ilmu Islam)...^^..

Allah berfirman dalam Surah At-Taubah;

34@ Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya banyak di antara
pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan
harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi
(manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang
yang menyimpan Emas dan Perak serta tidak membelanjakannya pada
jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab
seksa yang tidak terperi sakitnya.

35@ (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam
neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka,
serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “ Inilah
apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah
(azab dari) apa yang kamu simpan itu.

38@ Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu, apabila
dikatakan kepada kamu: “ Pergilah beramai-ramai untuk berperang
pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati
kesenangan) di tempat (masing-masing) ? Adakah kamu lebih suka
dengan kehidupan dunia daripada akhirat ? (Kesukaan kamu itu salah)
kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding
dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

41@ Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun
dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab);
dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah
(untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu,
jika kamu mengetahui.

44@ Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak
akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan
harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui
akan orang-orang yang bertaqwa.

56@ Dan mereka (yang munafik itu) bersumpah dengan nama Allah
bahawa sesungguhnya mereka dari golongan kamu, padahal mereka
bukanlah dari golongan kamu, tetapi mereka ialah suatu kaum yang
pengecut.

76@ Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah
kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka
membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang
yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

77@ Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka
(berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka
telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga
kerana mereka sentiasa berdusta.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

JanganLah BerDampingan Dengan Orang Yang Kufur Iman...^^..

JanganLah BerDampingan Dengan Orang Yang Kufur Iman...^^..

Allah berfirman dalam Surah At-Taubah;

20@ (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta
berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah
lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang
yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang
memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang
yang berjaya.

21@ Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian
rahmat daripadanya dan keredhaan serta Syurga; mereka beroleh
di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.

22@ Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah,
menyediakan di sisiNya pahala yang besar.

23@ Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu menjadikan
bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang
yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman;
dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang
didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.

24@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Jika bapa-bapa kamu, dan anak-
anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-
suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu
usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan
rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu)
menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan
RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah
sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana
Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik
(derhaka).

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Wednesday 23 April 2014

DoaKu Sebagai Satu Amalan...^^..

DoaKu Sebagai Satu Amalan...^^..

Ya Allah, berikan Petunjuk, Taufik dan Hidayah kepadaKu, Ahli
keluargaKu dan Ahli-ahliKu, dan jangan pula Engkau sesatkan kami
dengan kehidupan dunia. Permudahkanlah urusan hidupKu, duniaKu
dan akhiratKu. Ya Allah, Kayakanlah Kami dengan Iman, Ilmu dan
keSabaran...^^..

Ya Allah, peliharalah diriKu, ahli keluargaKu dan ahli-ahliKu, sebagaimana
Engkau memelihara para Nabi, para Rasul dan para Wali-waliMu. Dan
sembunyikanlah kami dari orang-orang Jahil dan orang-orang berhasad
Dengki. Ya Allah, janganlah Engkau ambil dan matikan diriKu, ahli
keluargaKu dan ahli-ahliKu sebelum kami dapat menempatkan diri kami
ke dalam SyurgaMu....^^..

Ya Allah, siksalah atas kesalahan diriKu, ahli keluargaKu dan ahli-ahliKu
ketika kami di Dunia dan jangan pula Kau menunda siksa kami di Akhirat.
Ampunilah dosaKu, ahli keluargaKu dan ahli-ahliKu. Dan ujilah atas kami
Iman kami, berkadaran sesuai dengan Tahap Iman kami...^^..

Ya Allah, sibukkan diriKu, ahli keluargaKu dan ahli-ahliKu dengan
beKerja keras, mencari Ilmu dan berAmal soleh. Kurniakanlah aku Takdir
yang bermanfaat, dan palingkanlah dan jauhilah kami dari Takdir yang
tidak bermanfaat. Amin, Amin, Amin Ya Rabbil Alamin...^^..

Ya Allah, Cintailah diriKu padaMu, syurgaMu, ilmuMu dan kebaikanMu.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Tuesday 15 April 2014

Pentingnya Memahami Terjemahan Al Quran...^^..

Pentingnya Memahami Terjemahan Al Quran...^^..

Assalamualaikum, Dengan nama Allah s.w.t, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam bagi Rasulullah s.a.w

Kita mempelajarinya semasa kecil, bagaimana membacanya dengan
tajwid yang betul, tetapi hanya segelintir daripada kita mengetahui
makna ayat-ayat suci Al-Quran. Terjemahan Al Quran Bahasa Melayu
yang diterjemah oleh Sheikh Abdullah Basmeih amat mudah di fahami.

Ramai orang bukan Islam bila membaca Al-Quran dengan memahami
maksudnya(Tadabbur) mereka terbuka hati dan kembali ke pangkuan
Islam. Mereka ini lebih bertakwa dengan memahami Al-Quran. Kita
yang lahir dalam masyarakat Islam seharusnya rasa rendah diri dan
malu kerana masyarakat kita kebanyakkannya tidak memahami
Al-Quran dan ini menyebabkan banyak gejala sosial berlaku di akhir
zaman ini.

Berkata Al-Hasan bin Ali radhiallahu ‘anhuma: “ Generasi sebelum
kamu (para sahabat) melihat Quran sebagai Risalah (surat) dari
Tuhan mereka. Mereka berTadabbur pada waktu malam. Dan
beramal dengan hukum hakamnya pada waktu siang”. (At Tibyan: 28).

Wahai pembaca yang patut dikasihani dan tidak berdaya ! Apa yang
engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah.
Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu
akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban.

" Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar
menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran."
Imam Al Ghazali ihya ulumuddin

Terjemahan adalah pemilihan kata-kata oleh manusia berdasarkan
ayat-ayat Al-Quran yang dibaca. Kitab Al-Quran yang sebenarnya
adalah ayat-ayat dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad saw dalam bentuk wahyu sekitar Mekah dan Madinah
dan dilindungi Allah swt sehingga ke akhir zaman. Al-Quran tidak
mempunyai versi kerana ia hanyalah satu, sebuah kitab sahaja.
Al-Quran adalah kata-kata dari Allah swt .

Marilah kita bersama-sama membaca dan mentelaah Al-Quran
di masa lapang, sambil membaca Al-Quran di dalam bahasa Arab,
marilah kita sama-sama memahami maksud Al-Quran dalam bahasa
Arab itu. Tetapi dalam pada itu adalah diingatkan untuk memahami
ayat yang tersirat maksudnya adalah perlu kita rujuk kepada
ustaz-ustaz tafsir atau kitab tafsir muktabar.

Dari surah Al-Imran, ayat 7 : " Dia lah yang menurunkan kepadamu
(wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari
Al-Quran itu ialah ayat-ayat “ Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan
nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu
ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat
“ Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).
Oleh sebab itu (timbulah fahaman yang berlainan menurut kandungan
hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya
kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut
apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan
mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang
disukainya).

Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang
sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta
mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:
” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan
kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan
melainkan orang-orang yang berfikiran.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

DARA : Adakah Ianya Penting ?...^^..

DARA : Adakah Ianya Penting ?...^^..

Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara
terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih
menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama
kepada golongan wanita. Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas
oleh penulis bukanlah perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi
seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan keSucian dan
keHormatan seorang Gadis.

Ini kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu
institusi yang penting dalam Islam iaitu Institusi Perkahwinan.
Kecenderungan penulis merenung isu ini datang dari pengalaman
peribadi selama satu dekad.

Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan
mencari seorang Gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih
menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan
seorang janda sudah mempunyai pengalaman dan memori dengan
bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan
seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda.

Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan kawalan bapanya atau walinya
sementara seorang janda dianggap mampu berdikari dan membuat
keputusan sendiri mengenai calon suaminya. Namun begitu pada
dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih
sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal
isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna
untuk memilih gadis atau janda.

Cuma digalakkan memilih Gadis, dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.
Dalam kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat
menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian
dan kepuasan. Pada hemat penulis, lelaki jenis ini tidak arif tentang
kedudukan yang sebenar. Lelaki ini mementingkan nafsu dan
menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang
perempuan.

Menurut sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput dara ini sangat
sensitif dan mudah pecah. Kehilangan dara tidak semestinya seorang
gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek lain
seperti kemalangan atau sakit yang menyebabkan seseorang itu
kehilangan dara. Pada hemat penulis, kehilangan dara dalam maksud
ini tidak melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang
gadis.

Oleh itu, penulis tidaklah berminat untuk memanjangkan aspek ini. Kita
lebih cenderung melihat dari sudut harga diri seorang gadis. Terus
terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan
seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas
dalam masyarakat kita. Oleh itu awal-awal lagi penulis menyatakan
isu ini adalah Isu Sosial; bukannya isu peribadi atau isu dikalangan
wanita sahaja.

Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pergaulan bebas
di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu
yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah
kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘ Dara itu sudah tidak
penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan,
kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri.

Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah
bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi. Penulis
percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita
akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘ Apakah dara itu penting ?’.
Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam.

Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan
dara sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan
itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat
(generasi muda) mula menganut Idea bahawa dara itu tidak penting
maka secara tidak langsung merebak pula Idea seks sebelum nikah
itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini diAnuti secara meluas,
bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas.

Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannya, sekurang-kurangnya
seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja, soal dara
atau Virginity sudah dianggap remeh. Malah sebenarnya ia dianggap
sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakat timur yang asal
seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks)
dipandang rendah dan dicemuh.

Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu
bapa si gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah
dan berasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu
sehinggalah ke saat akhir (seperti kepada tunang atau suaminya).
Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya. Sesiapa yang
masih dara dianggap mentah dan naif.

Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks, selalunya
ketika berusia belasan tahun dianggap matang. Gadis ini layak dianggap
wanita (woman) bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya,
seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal
memujuknya melakukan aktiviti seksual mengalami tekanan perasaan
dan penyisihan sosial remaja.

Secara sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan lucah
tersebar dengan bebas, masyarakat kita kini sedang mengAnuti Idea
yang sama. Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan
belia yang mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau
Nilai Generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea
remaja barat ?

Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis ialah
berkenaan Runtuhnya Institusi Sosial kita. Remaja terutama gadis
tidak lagi menghiraukan tentang keSucian Diri mereka. Gejala
pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh
dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma
kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan
dalam hal ini ? Rasanya kita semua sedia maklum.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Memilih Pasangan Biarlah Berpandukan Islam...^^..

Memilih Pasangan Biarlah Berpandukan Islam...^^..

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan
antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada
keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk
meMinang dan berKahwin. Dan jika tidak mampu dianjurkan berPuasa.

Langkah itu bukan sahaja membawa kepada Pahala kerana mengikut
Sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan
dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini
dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga
menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing.
Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka,
tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut
akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan
yang akan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada
orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah
Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang
ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai
persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk
meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum
memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan
hendaklah berasaskan kepada yang Kuat berpegang kepada Agama
dan berAkhlak Mulia serta mempastikan samaada sudah diPinang atau
belum dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: " Janganlah kamu kahwin
dengan perempuan kerana keCantikannya, kerana boleh jadi mereka
akan meRugikan. Dan jangan kerana Hartanya, kerana boleh jadi
mereka akan menDurhakai. tetapi Kahwinlah kerana Agamanya.
Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah
hidungnya tapi berAgama adalah Lebih Baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya: " Barangsiapa berkahwin akan
perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan
akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan
eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana Agamanya
nescaya diberi Rezeki oleh Allah swt akan dia akan Hartanya dan
bertambah eloknya Rupa Parasnya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan
kepada kaum lelaki supaya memilih calon isteri orang yang berAgama
serta berAkhlak Mulia, kerana bila isteri itu kuat berIbadah akan
membuahkan Akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan
Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu Baik Maruah dan Akhlaknya
antaranya ialah:

1@ Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh
berIbadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah
dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa berSyukur
dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta
banyak mengingati Allah swt.

2@ Tumpuan hatinya ialah untuk memperBaiki Akhlak, mengurus urusan
rumahtangga dengan baik, meMelihara Ibadah dan menjaga hubungan
dengan manusia.

3@ BerAkhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu
dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga
kepada keBaikan dan keRedhaan Allah swt.

4@ Baik perGaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling.
Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan
memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5@ Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami
dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan,
menjaga Aurat atau keHormatan diri dan memelihara Maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat
Agama, anak cucu orang Alim dan Soleh. Seseorang wanita yang kuat
Agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang
mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulen maka itulah keistimewaan
dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan
bahawa seorang lelaki yang beristeri Wanita Solehah bererti dia
telah mendapat satu nikmat Allah yang besar. Keterangan ini terdapat
dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r. a:

" Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia
telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu Hati yang
selalu Syukur, Lidah yang sentiasa berZikir, Jiwa raga yang Sabar
dengan ujian dan isteri yang Tidak meLakukan Dosa serta tidak
menZalimi Suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terDidik di dalam golongan keluarga
yang Soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-
sifatnya oleh Rasulullah saw:

" Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada
Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang Isteri yang Solehah,
jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik
kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan
rahsia dan harta suaminya." Demikianlah di antara kelebihan yang
diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga
terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan
persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak
yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan
orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat
melahirkan anak-anak yang Sihat, berTenaga, Cantik dan Pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: " Janganlah kamu nikahi
wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal
lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."

Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan
isteri berbanding dengan janda. Rasulullah saw bersabda:
" Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu Menarik
tutur Bahasanya, Bersih Rahimnya (mampu berzuriat), Kurang
Dalihnya dan mudah meRedhai Kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan
isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil
penguniaan Anak yang Soleh dan Solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki
itu mengKaji secara terperInci terlebih dahulu bakal isterinya agar
dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh
menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya
boleh dijadikan Ibunya sebagai perBandingan. Seandainya ibunya
mempunyai ramai anak, pada keBiasaannya gadis itu pun akan
meWarisi Ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-
kadang mengikut Baka Dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah
tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat
dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa
hasil kasih saying antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu
kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calon isterinya yang
ramai anak, sebagaimana sabda baginda:

" Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak,
sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan
para Nabi pada Hari Kiamat nanti." Begitulah penekanan Rasulullah
saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai
kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah
dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti
hati peminang pertama, memecah belah hubungan kekeluargaan dan
mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

" Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia
membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang
pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan
dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.
Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula
menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah
perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah
pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau
sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:

" Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan
perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan
yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina
juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu Haram terhadap
orang yang berIman."

" Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki
yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan Wanita-wanita
yang Baik adalah untuk Lelaki yang Baik dan lelaki yang baik adalah
untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan
wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga,
ambillah iktibar ini, Renungkan dan muhasabah kepada diri kita
kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan
mengapa Allah s.w.t. pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita
miliki sekarang. Allah jualah sebaik-baik Penentu Takdir.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Monday 14 April 2014

Kesilapan Mendidik Anak-Anak...^^..

Kesilapan Mendidik Anak-Anak...^^..

Ibubapa seharusnya memberi Perhatian terhadap cara-cara menDidik
anak-anak mereka agar Anak Didik mereka terDidik dengan Betul
dan dapat meNilai Baik Buruk sesuatu Tindakan yang mereka lakukan.
Antara keSilapan Utama mendidik anak-anak:-

1@ Pemilihan Jodoh tanpa memperHitungkan mengenai Zuriat.
(Pilihlah dari keluarga yang Baik-Baik adab dan Budi bicaranya).

2@ Perhubungan suami isteri tanpa memperHitungkan mengenai Zuriat.
(Tidak meRancang Keluarga berdasarkan Ekonomi dan Kemampuan
mengUruskan anak-anak).

3@ Kurang berLemah Lembut terhadap anak-anak.

4@ Memaki Hamun sebagai cara meNegur kesilapan anak-anak.
(Bukan secara berHikmah dengan Teguran yang Lembut).

5@ Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada
anak-anak. (Tambahkan Buah-buahan, Jus Buahan atau Kuih muih
sebagai hidangan sampingan).

6@ Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
(Makanlah bersama-sama Ahli Keluarga sewaktu Bersarapan Pagi,
Makan Malam dan ketika Berbuka Puasa)

7@ Melahirkan Suasana yang kurang seronok Ketika Makan.

8@ Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak. (Anak-anak
yang Degil dan Nakal di Pulaukan tanpa menjaga hati mereka, tidak
pula diBeri Galakan, Nasihat atau Hadiah).

9@ Kurang melahirkan Kasih Sayang.

10@ Sering menGeluh di hadapan anak-anak.

11@ Tidak meRaikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari
sekolah.

12@ Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keAdilan.

13@ Tidak memberatkan penDidikan Agama di kalangan anak-anak.
(Tiadanya pendedahan tentang Halal dan Haram urusan seorang
kanak-kanak Muslim).

14@ Tidak terlibat dengan Urusan Pelajaran Anak-anak. (Tidak
mengambil Masa untuk melihat Prestasi Pelajaran kanak-kanak
dan memperBaiki keLemahannya).

15@ Tidak memprogramkan Masa Rehat dan Riadah anak-anak.

16@ Tidak mengGalakkan dan menyediakan Suasana suka memBaca.
(Kerana dengan memBaca Imaginasi kita menjadi terLalu Luas dan
Pengalaman kita meLebihi seorang Professor Pakar)

17@ Mengizinkan anak-anak menjamah Makanan dan minuman yang
Tidak Halal.

18@ Tidak menunjukkan contoh Tauladan yang baik di hadapan anak-
anak. (Setiap kanak-kanak menjadikan IbuBapanya sebagai Idola
Pertama dalam hidup mereka.)

19@ Jarang meluangkan Masa untuk berGurau senda dengan anak-
anak.

20@ Terdapat Jurang Komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak.

21@ Tidak menggunakan Bahasa yang Betul. (Bahasa Kebangsaan/Baku
tidak diPraktikkan di rumah, kerana bahasa itu dipilih berdasarkan
Piawaian berBahasa, agar tidak nampak Biadap, mudah diFahami oleh
Seluruh rakyat dan nampak sangat berBudi Bahasa dan berAdab).

22@ Suka berTengkar di hadapan anak-anak.

23@ Sentiasa menunjukkan Muka Masam di hadapan anak-anak.

24@ Tidak membimbing anak-anak supaya meMatuhi Syariat.
(Tidak menjelaskan Hukum mencuri dan berbuat Jahat kepada kanak-
kanak).

25@ Memberi keBebasan yang berLebihan kepada anak-anak.
(Tidak menGawal batas-batas dalam perGaulan kanak-kanak).

26@ Terlalu menGongkong keBebasan anak-anak.

27@ Tidak meNunaikan Janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28@ Tidak menunjukkan Minat kepada Aktiviti Anak-anak. (Tiadanya
sokongan Ibubapa terhadap Bakat dan keBolehan anak-anak).

29@ Tidak meMupuk semangat memBaca di kalangan anak-anak.
(Tiadanya langganan Majalah keRohanian yang bermanfaat untuk
kanak-kanak).

30@ Tidak berminat meLayan perTanyaan atau keMusykilan anak-anak.
(Sikap Ingin Tahu kanak-kanak penting untuk perKembangan Minda,
Pengalaman dan Pengetahuan kanak-kanak).

31@ Tidak memberi Perhatian terhadap Buah Fikiran Anak-anak.

32@ Lambat memBeri pengHargaan kepada anak-anak.

33@ Kerap meLeteri sesuatu keSilapan yang dilakukan anak-anak.

34@ Hukuman yang Tidak seTimpal dengan keSalahan yang dilakukan.

35@ Sering mengAncam dan meNakutkan anak-anak.

36@ MengHukum Tanpa menyatakan keSalahan yang dilakukan.

37@ Tidak Konsisten dalam menJatuhkan Hukuman ke atas anak-anak.

38@ Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak. (Sepatutnya
anak-anak di beri Nasihat Atas keLemahan dan keSalahan masing-
masing).

39@ Tidak Tegas menDidik anak-anak. (Harus menDisiplinkan kanak-
kanak tentang meNepati Masa, sedia Mendengar arahan dari Guru dan
mengHormati Orang Tua).

40@ Tidak mengGalakkan anak-anak Hidup beKerjasama.

Sekian...

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Amalan TerBALIK...^^..

Amalan TerBALIK...^^..

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati Amalan kita adalah
terBalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan diTuntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah diLalaikan atau terIkut-
ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan
dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1@ Amalan Kenduri Arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga,
ketujuh dan seterusnya) adalah terBalik dari apa yang diAnjurkan oleh
Rasulullah, di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga
memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan
dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan,
terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang
datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri
tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim
yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang
belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam ?

2@ Kalau hadir ke Kenduri Walimatul Urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menZiarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menZiarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan
rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3@ Ketika menghadiri Majlis Pemimpin negara kita berPakaian Cantik,
kemas dan segak tetapi bila mengHadap Allah baik di rumah maupun
di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.
Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4@ Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan
dan malu, sedangkan yang diTuntut dibanyakkan makan dan dihabiskan
apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa Gembira dan tidak memBazir.

5@ Kalau berSolat Sunat di masjid amat Rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilLakukan
di Rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengElakkan
rasa Riak.

6@ Bulan Puasa adalah bulan menDidik Nafsu termasuk nafsu makan
yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan
di bulan puasa adalah yang terTinggi dalam seTahun. Sedangkan
sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah
terbalik amalan kita ?

7@ Kalau nak mengerjakan Haji, kebanyakan orang akan membuat
kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak
buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah
kerana Selamat dari berMusafir, maka diBuat Kenduri, bukan kerana
nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik ?
Atau kita mempunyai tujuan lain.

8@ Semua ibubapa amat Bimbang kalau-kalau anak mereka Gagal
dalam Periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak
belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh Baca Quran atau Solat, tak
bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas
khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan
$20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak
bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita ? Kita sepatutnya lebih berbimbang
jika anak tidak dapat baca Al Quran atau berSolat dari tidak lulus
periksa.

9@ Kalau bekerja menGejar Rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana
hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak
hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh
tak malu manusia begini, Rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya
segan dan malas.

10@ Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,
bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini
membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada
menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada keBenaran
agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar
bukan yang digubah mengikut selera kita@Hawa Nafsu. Allah yang
menCipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup
kita.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Saturday 12 April 2014

Terimalah Yang Mudah, Dan BerPalingLah Dari Yang Jahil BerAgama...^^..

Terimalah Yang Mudah, Dan BerPalingLah Dari Yang Jahil BerAgama...^^..

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-A’raaf, ayat:

196@ “ Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan
kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-
orang yang berbuat kebaikan”

197@ Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan
dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.

198@ Dan jika kamu menyeru benda-benda (yang kamu sembah) itu
untuk mendapat petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat
mendengarnya; dan engkau nampak benda-benda itu memandangmu
padahal mereka tidak melihat.

199@ Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan
perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang
yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).

200@ Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan,
maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

201@ Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka
disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat
(kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang
benar).

202@ Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-
syaitan itu dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak
berhenti-henti (melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu).

203@ Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada
mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki),
berkatalah mereka (secara mengejek): “ Mengapa engkau tidak
bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu ?” Katakanlah:
“ Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku
dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan yang membuka hati
dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-
orang yang beriman”.

204@ Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia
serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya),
supaya kamu beroleh rahmat.

205@ Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan
merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya),
dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan
petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

206@ Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak
bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka
pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.

#### Alat Sembahan zaman Moden seperti Wang Ringgit, Kereta
Baru, Gadget terBaru(Telephone), Kediaman Baru, berPakaian
Mewah@BerLebih-Lebihan(Dengan Alasan Menunjuk-Nunjuk) telah
meLalaikan manusia dari Menyembah Tuhan(Allah) mereka. ####

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Bilakah Masa Datangnya Hari Kiamat, Wahai Muhammad ?...^^..

Bilakah Masa Datangnya Hari Kiamat, Wahai Muhammad ?...^^..

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-A’raaf, ayat:

186@ Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka
tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya;
dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam
kesesatan mereka.

187@ Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari
kiamat: “ Bilakah masa datangnya ?” Katakanlah: “ Sesungguhnya
pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada
sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya
melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat
(menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi;
ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka
bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya.
Katakanlah: “ Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu
adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

188@ Katakanlah: “ Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi
diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki
Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib,
tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda
yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan.
Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran
(bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi
orang-orang yang beriman”.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Satu Umat Yang DiBeri Petunjuk Dan Menjalankan Keadilan...^^..

Satu Umat Yang DiBeri Petunjuk Dan Menjalankan Keadilan...^^..

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-A’raaf, ayat:

177@ Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan
ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka
sendiri.

178@ Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab
persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang
disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah
orang-orang yang rugi.

179@ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak
dari Jin dan Manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu
memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata
(tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan
yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya
(ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

180@ Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka
serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu,
dan Pulaukanlah orang-orang yang berPaling dari keBenaran dalam
masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan
mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

181@ Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat
yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka
menjalankan keadilan.

182@ Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan
menarik-menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan),
menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.

183@ Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya
rancangan balasanKu amatlah teguh.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Hikmah Tentang Suatu Kesempurnaan...^^..

Hikmah Tentang Suatu Kesempurnaan...^^..

[Baca dengan tenang sambil direnungkan]

Suatu hari, seorang murid bertanya kepada gurunya: " Wahai tuan guru,
bagaimana cara agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna
dalam kehidupan ini.. ?"

Sang Guru menjawab: " Berjalanlah di taman bunga, lalu petiklah bunga
yang paling indah menurutmu dan jangan pernah kembali ke belakang.. !"

Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, sang murid kembali
dengan tangan hampa..

Lalu Sang Guru bertanya : " Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga 
satu pun... ???"

Sang murid menjawab: " Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya,
tapi aku tidak memetiknya, karena aku pikir mungkin di depan pasti ada
yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di ujung, aku baru
sadar bahwa yang aku lihat tadi adalah yang terindah, dan aku pun
tak bisa kembali lagi kebelakang.. !"

Sambil tersenyum, Sang Guru berkata : " Ya, begitulah kehidupan
wahai muridku.. ! Betapa sering manusia mengejar yang sempurna
dengan meninggalkan yang terbaik untuknya dan pada akhirnya ia
tidak mendapatkan semuanya..  Kesempurnaan yang hakiki hanya milik
Allah. Kita harus belajar ikhlas menerima apa yang Allah berikan
kepada kita. Dan kita harus yakin bahwa pilihan Allah untuk kita
adalah yang terbaik bagi kita.. Belajarlah mensyukuri dan
mengembangkan anugerah yang Allah berikan..."

Alhamdulillaah Wasysyukru Lillaah, Terima Kasih yaa Allah.. ! 

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Tuesday 8 April 2014

001. Surah Al-Fatihah, Al Quran English Translation...^^..(The Opening)

001. Surah Al-Fatihah, Al Quran English Translation...^^..
(The Opening)

BismillahirRahmanirRahim
In the Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful

1@ In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. 

2@ All the praises and thanks be to Allah, the Lord of the
'Alamin (Mankind, Jinns and all that Exists). 

3@ The Most Beneficent, the Most Merciful. 

4@ The Only Owner (and the Only Ruling Judge) of the Day of
Recompense (i.e. the Day of Resurrection) 

5@ You (Alone) we worship, and You (Alone) we ask for help (for
each and everything). 

6@ Guide us to the Straight Way,

7@ The Way of those on whom You have bestowed Your Grace, not
(the way) of those who earned Your Anger (such as the Jews), nor
of those who went astray (such as the Christians).

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Monday 7 April 2014

Darjat KeNabian Di Tinggikan Dan DiBerikan Kitab Suci...^^..

Darjat KeNabian Di Tinggikan Dan DiBerikan Kitab Suci...^^..

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al An’aam, ayat:

83@ Dan itulah hujah (bukti) Kami, yang Kami berikan kepada Nabi
Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat
kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu
Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

84@ Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (anaknya) Ishak
(dari isterinya Sarah), dan (cucunya) Yaakub. Tiap-tiap seorang (dari
mereka) Kami telah berikan petunjuk, dan Nabi Nuh juga Kami telah
berikan petunjuk dahulu sebelum itu; dan dari keturunan Nabi Ibrahim
itu (ialah Nabi-nabi): Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan
Musa, dan Harun. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada
orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya.

85@ Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria, dan Yahya,
dan Isa, dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh.

86@ Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, dan Alyasak
dan Yunus, dan Lut; dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat
mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya).

87@ Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek
mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka,
dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami
tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

88@ Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia
memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau
mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah
dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).

89@ Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kepadanya
Kitab Suci, dan Hikmah (ilmu pengetahuan), serta pangkat kenabian.
Oleh itu, jika orang-orang (kafir) itu mengingkarinya, maka
sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum (lain) yang
tidak akan mengingkarinya.

90@ Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk
oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk
mereka; Katakanlah: “ Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai
petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain
hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Dia (Allah s.w.t) Menciptakan Kamu Dan Air Hujan Yang BerManfaat...^^.. 

Dia (Allah s.w.t) Menciptakan Kamu Dan Air Hujan Yang BerManfaat...^^.. 

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al An’aam, ayat:

98@ Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka
(bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu
atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur).
Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu
persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).

99@ Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami
tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan,
kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau,
Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang
bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-
mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai
dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton
serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan
yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila
ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi
orang-orang yang beriman.

100@ Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah
jualah yang mencipta jin-jin itu; dan mereka berdusta terhadap Allah
dengan mengada-adakan bagiNya anak-anak lelaki dan anak-anak
perempuan, dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha
Suci Allah dan Maha Tinggilah, Ia dari apa yang mereka sifatkan !

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

JanganLah Kamu Menjadi Seorang Yang Ragu-Ragu...^^..

JanganLah Kamu Menjadi Seorang Yang Ragu-Ragu...^^..

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al An’aam, ayat:

114@ (Katakanlah wahai Muhammad): “ Patutkah aku (terpedaya
dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak
mencari Hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan
kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu
persatu (tentang yang benar dan yang salah) ?” Dan orang-orang
yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah
diturunkan dari Tuhanmu dengan seBenar-Benarnya. Oleh itu, jangan
sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang
ragu-ragu.

115@ Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi
hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa
yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan
Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

116@ Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di Muka
Bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari Jalan Allah; tiadalah
yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak
lain hanyalah berdusta.

117@ Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan
sesiapa yang sesat dari jalannya, dan Dia lah yang lebih mengetahui
akan orang-orang yang mendapat Petunjuk.

125@ Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah
petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka
hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki
untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit
sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit
(dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab
kepada orang-orang yang tidak beriman.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Tidaklah Aku Dari Menyekutukan Allah...^^..

Tidaklah Aku Dari Menyekutukan Allah...^^..

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al An’aam, ayat:

79@ “ Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang
menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid
dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan
sesuatu yang lain)”.

80@ Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: “ Patutkah kamu
membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi
hidayah petunjuk kepadaku ? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang
bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku
menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan
Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf)
mengambil pelajaran ?

81@ “ Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan
dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya),
padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan
sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada
kamu mengenainya ? Maka yang manakah di antara dua puak itu
yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul
kamu mengetahui ?”

82@ Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman
mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang
mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat
hidayah petunjuk.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Urusan Mereka Terserahlah Kepada Allah s.w.t...^^..

Urusan Mereka Terserahlah Kepada Allah s.w.t...^^..

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al An’aam, ayat:

104@ (Katakanlah wahai Muhammad): “ Sesungguhnya telah datang
kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan
kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya)
maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta
(dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya
sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu”.

106@ Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berPalinglah dari
orang-orang musyrik.

107@ Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak
mempersekutukanNya; dan Kami tidak menjadikan engkau (wahai
Muhammad) penjaga dan pengawal mereka, dan engkau pula bukanlah
wakil yang menguruskan hal-hal mereka (kerana semuanya itu terserah
kepada Allah semata-mata).

110@ Dan kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka
sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat
Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan Kami
biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Sunday 6 April 2014

Takdir Setiap MakhlukNya Tertulis Di Kitab Lauh Mahfuz...^^..

Takdir Setiap MakhlukNya Tertulis Di Kitab Lauh Mahfuz...^^..

Allah berfirman dalam Surah Al An’aam ayat:

59@ Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang
Ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja;
dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur
sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir
bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang
kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)
yang terang nyata.

60@ Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan
mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia
bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal
(masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah
tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa
yang kamu lakukan.

61@ Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia
mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga
dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal
maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya)
oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu)
tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

72@ Dan (diperintahkan): " Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang
dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu
akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak).

73@ Dan Dia lah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan)
yang benar, dan (Dia lah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu)
berfirman: “ Jadilah”, lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar.
Dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala.
Ia yang mengetahui segala yang Ghaib dan yang Nyata, dan Dia lah
Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Kepada Orang Yang Takut Akan Hari Kiamat...^^..

Kepada Orang Yang Takut Akan Hari Kiamat...^^..

Allah berfirman dalam Surah Al An’aam ayat:

51@ Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang
merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka
(pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak
juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa.

52@ Dan janganlah engkau usir orang-orang yang beribadat dan
berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang, sedang mereka
menghendaki keredhaanNya semata-mata. Tiadalah engkau
bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka, dan
mereka juga tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan
amalmu. Maka (sekiranya) engkau usir mereka, nescaya menjadilah
engkau dari orang-orang yang zalim.

56@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Sesungguhnya aku dilarang
menyembah mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah”. Katakanlah
lagi: “ Aku tidak akan menurut Hawa Nafsu kamu, kerana kalau aku
turut, sesungguhnya Sesatlah daku, dan tiadalah aku dari orang-orang
yang mendapat Hidayah Petunjuk”.

57@ Katakanlah: “ Sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran
yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku;
sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta
disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan
hukum; Ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang
memberi keputusan”.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Di Anjurkan Bertaubat Dan Merendah Diri Kepada Allah s.w.t...^^..

Di Anjurkan Bertaubat Dan Merendah Diri Kepada Allah s.w.t...^^..

Allah berfirman dalam Surah Al An’aam, ayat ke;

42@ Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada
umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya),
maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya
mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan
bertaubat).

43@ Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan
merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa
azab Kami ? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu
menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada
(pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.

44@ Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan
mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala
kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan
bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami
timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang
membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat
sebarang pertolongan).

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Kegembiraan Buat Orang Yang Suka BerAmal Soleh...^^..

Kegembiraan Buat Orang Yang Suka BerAmal Soleh...^^..

Allah berfirman dalam Surah Al An’aam, ayat ke;

48@ Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai
pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang
beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian
yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.

49@ Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami,
mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik.

50@ Katakanlah (wahai Muhammad); “ Aku tidak mengatakan kepada
kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak
mengetahui perkara-perkara yang Ghaib; aku juga tidak mengatakan
kepada kamu bahawasanya aku ini Malaikat, aku tidak menurut
melainkan apa yang diwahyukan kepadaku”. Bertanyalah (kepada mereka):
“ Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik ? Tidakkah
kamu mahu berfikir ?”

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..

Kehidupan Dunia Adalah Permainan Dan Hiburan Yang Melalaikan...^^..

Kehidupan Dunia Adalah Permainan Dan Hiburan Yang Melalaikan...^^..

Ketahuilah bahawa kehidupan Dunia hanyalah satu Permainan,
Keuntungan dan Penipuan sementara hanyalah buat orang Kafir, orang
Jahil dan orang yang tidak mahu berTakwa, sebagaimana Allah s.w.t.
berfirman dalam Surah Al An’aam, ayat ;

31@ Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan
pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara
mengejut kepada mereka, mereka berkata; “ Aduhai kesalnya kami
atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia !” Sambil mereka memikul
dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk
apa yang mereka pikul itu.

32@ Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang
sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri
akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu,
tidakkah kamu mahu berfikir ?

33@ Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan
itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka
janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan
mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-
ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).

38@ Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak
seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan
mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun
di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan
dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

39@ Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami,
mereka adalah bisu dan tuli, di dalam gelap-gelita. Sesiapa yang Allah
kehendaki: akan disesatkannya (menurut peraturan tetapNya), dan
sesiapa yang Ia kehendaki: akan dijadikannya atas jalan yang betul
lurus.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..