Sunday 24 November 2013

Rumah Yang Mempunyai Roh Masjid...^^..

Rumah Yang Mempunyai Roh Masjid...^^..

Rumah yang mempunyai "Roh Masjid" adalah rumah ahli-ahlinya hidup
dengan ibadah seperti solat fardhu, membaca Al Quran dan melazimi
zikir kepada Allah. Banyak aktiviti di dalam rumah dilakukan secara
berjemaah seperti sembahyang, makan, mengemas rumah dan berbual-bual.

Wujud budaya amar makruh nahi mungkar di dalam keluarga. Bukannya
ibubapa yang memberikan kebebasan mutlak kepada anak-anak tanpa
mengira dosa dan pahala.

Rumah dihiasi dengan perhiasan yang sederhana dan menepati syariat
dan tidak mengganggu dalam beribadah. Rumah juga tidak patut dihiasi
dengan patung, gambar dan pinggan mangkuk semata-mata untuk hiasan
bukan keperluan dan diperbuat daripada emas atau perak.

Rumah tersebut juga harus menyediakan media hiburan dan bacaan yang
berunsurkan pendidikan islam, seperti kitab, majalah dan buku agama.
Ahlinya juga harus sering memperdengarkan bacaan suci Al Quran atau
zikir. Tidak patut ahlinya menyimpan Al Quran sebagai barang
perhiasan semata-mata.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment