Friday 15 November 2013

Imam Ibn Hajar al-Haithami...^^..

Imam Ibn Hajar al-Haithami...^^..

Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Hajar al-Haithami. Sesetengah orang
menggelar dengan Haithami al-Sa'di al-Ansari Syihabuddin Abu al-Abbas.
Beliau dilahirkan di perkampungan Abi al-Haitham di Mesir pada tahun
909 Hijrah.

Membesar dan belajar di kampungnya. Seorang yang faqih dalam Mazhab
al-Syafie dan menguasai pelbagai disiplin ilmu. Pernah belajar dan
menuntut ilmu di al-Azhar.

Kemudian, berpindah ke Kota Mekah, mengarang dan menulis sehingga
meninggal dunia pada tahun 973 Hijrah. Menguasai ilmu, khususnya dalam
fiqh al-Syafie. Antara karyanya yang terkenal ialah Tuhfah al-Muhtaj,
Al-Sawa'i' al-Muhriqah, Al-Fatawa al-Hadisiah dan lain-lain.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment