Monday 11 November 2013

Pesanan Allah S.W.T Kepada Nabi Musa A.S...^^..

Pesanan Allah S.W.T Kepada Nabi Musa A.S...^^..

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin
Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Allah S.W.T.
telah memberikan pesanan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam
alwaah 10 bab :

1@ Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa
aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-
orang musyrikin.

2@ Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu
dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan
kamu dengan penghidupan yang baik.

3@ Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan
hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit
dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku
ke dalam api neraka.

4@ Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka
sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku
dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.

5@ Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan
kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak
kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada
hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut,
maka bukan daripada-Ku.

6@ Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan
benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku
menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.

7@ Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab
nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit
daripadanya.

8@ Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak
menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

9@ Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka
terhadap dirimu sendiri.

10@ Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan
anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi :
" Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk
Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya
untukku."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment