Friday 15 November 2013

Minum Arak Punca Segala Kejahatan...^^..

Minum Arak Punca Segala Kejahatan...^^..

Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh.
Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a.
seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu
mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak.
Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan
sumber segala dosa.

Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid,
lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu
berkenalan dengan seorang wanita cantik. Kerana sudah terjatuh hati,
lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga
permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina
dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil
daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki
soleh itu lalu memilih minum khamr.

Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah
dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa
diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

" Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang
keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak
tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya
harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata
kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal
di neraka."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment