Friday 15 November 2013

Imam al-Haramain...^^..

Imam al-Haramain...^^..

Iaitu Abdul Malik bin Abdullah bin Yusuf bin Muhammad al-Juwaini Abu
al-Ma'ali. Lahir pada tahun 419 Hijrah. Beliau digelar dengan Dhiya'
al-Din dan makruf dengan nama Imam al-Haramain. Beliau merupakan
antara ulama yang paling alim dalam mazhab Syafie pada zamannya.
Beliau dilahirkan di Juwain, yang mana berhimpun padanya Imamah dan
banyaknya sumber ilmu, di samping mempelajari ilmu dengan bapanya.
Beliau banyak melakukan tahqiq dan tadqiq.

Beliau menetap di Mekah dan Madinah hampir 4 tahun dengan mengajar
dan memberi fatwa, di samping menghimpunkan jalan dan mazhab. Dengan
sebab itu, beliau digelar sebagai Imam al-Haramain. Beliau pernah
menjadi khatib di Madrasah al-Nizamiyyah di kota Naisabur dan menjadi
penyelia dalam permasalahan wakaf. Beliau menetap di sana hampir 30
tahun dan dikatakan beliau meninggal dunia pada tahun 478 Hijrah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment