Friday 15 November 2013

Awan Mengikuti Orang Yang Bertaubat...^^..

Awan Mengikuti Orang Yang Bertaubat...^^..

Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal (penyembelih lembu) terpesona
kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas
menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu
mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si
tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati
kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, " Jangan
lakukan. Meskipun aku sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada
Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana
menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya
semakin berdebar, dia lalu berkata, " Kau takut kepada Allah sedangkan
aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati.
Dia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka
melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka
masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang
yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu
ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba
di rumahnya.

Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti
tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di
tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, " Janganlah hairan
terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah
itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment