Wednesday 6 November 2013

Batu-Batu Yang Aneh...^^..

Batu-Batu Yang Aneh...^^..

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki
wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu
orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji
yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji
yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah
dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat
dilakukan.

Sabda Rasulullah mengatakan : " Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf
di Arafah). Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan
lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada
di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu
itu: " Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa
tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan
ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia
bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia
telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah
selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka
dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-
pintunya.

Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu
neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab
telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu
neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu
lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam
neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang
bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat
tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya.
Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya
kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah
membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke
Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud:

" Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan
di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku
akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi
'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam
syurga."

Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga
itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat
yang diucapkannya dahulu.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment