Wednesday 6 November 2013

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah...^^..

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah...^^..

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir
Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah,
menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal,
maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : " Wahai akal
mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T.,
kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : " Wahai akal
berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : " Wahai akal!
Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, " Engkau adalah Tuhan yang
menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : " Wahai akal tidak
Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya
yang bermaksud : " Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak
menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman
lagi yang bermaksud : " Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu
nafsu berkata, " Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100
tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman
yang bermaksud : " Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu
berkata, " Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100
tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
" Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan
berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka
Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita
mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah
kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita,
sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment