Friday 15 November 2013

Imam Al-Ghazali...^^..

Imam Al-Ghazali...^^..

Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Muhammad al-Ghazali. Beliau
dilahirkan pada tahun 450H di negeri Thaus, di Dataran Tinggi Parsi.
Orang tuanya ialah seorang yang soleh dan mencari nafkah dengan
memintal benang atau "ghazli-shauf" sehingga bapanya terkenal dengan
gelaran al-Ghazali. Dari sinilah Imam al-Ghazali itu memperolehi
namanya. Bapanya sangat gemar mengikuti pelajaran berkaitan ilmu
fiqh dan ilmu agama.

Imam al-Ghazali bukan sahaja dianggap sebagai ulama, bahkan juga
seorang ahli falsafah, ahli fikir yang tiada bandingannya serta
seorang ahli sufi yang termasyhur namanya sehingga ke hari ini.

Setelah bapanya meninggal, Imam al-Ghazali telah mendapat didikan
dan asuhan dari seorang ahli tasawuf dengan sebaik-baiknya sehingga
beliau dan abangnya menjadi pemuda berilmu yang dapat mencari
hidupnya sendiri sambil belajar menambahkan pengetahuan dari ulama-
ulama terkenal pada masa itu. Selanjutnya, Imam al-Ghazali juga
belajar dengan Imam Ahmad bin Muhammad Razkani di negeri Thaus itu.
Kemudian, beliau merantau ke daerah Jarjan dan belajar dengan Imam
Abu Nasyar al-Ismaili, di mana beliau mula mencatat ilmu-ilmu yang
dipelajari.

Imam al-Ghazali mula berminat mengkaji bidang pendidikan setelah
berguru dengan Ali bin Ahmad al-Radzikani, Abu Nashr al-Ismaili dan
Imam al-Haramain Abi Maali al-Juwairi.

Beliau berjaya menguasai beberapa bidang, seperti fiqh, kalam, logik
dan falsafah. Beliau telah melahirkan idea pendidikan sejak abad ke-5
hingga kini. Beliau meninggal dunia pada tahun 505H.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment