Wednesday 6 November 2013

Rukun Islam...^^..

Rukun Islam...^^..

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh
kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga
tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.

1@ Mengucap Dua Kalimah Syahadat
- " Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya". Dengan Syahadatain, kita
mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah
kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi
Muhammad s.a.w itu adalah pesuruhNya.

2@ Solat Lima Waktu Sehari Semalam
- Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita
menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak,
mata, telinga dan fikiran berpusat dengan mengikut susunan rukun
sembahyang yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.

3@ Mengeluarkan Zakat
- Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuan dengan menyerahkan
sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak
menerimanya mengikut agama.

4@ Berpuasa Pada Bulan Ramadhan
- Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan
kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta
menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akan melahirkan
rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan
kepada Allah s.w.t.

5@ Mengerjakan Haji Di Baitullah
- Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta
kekayaan milik kita dengan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka
yang mempunyai kemampuan sekurang kurangnya sekali dalam hidup.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment