Wednesday 6 November 2013

Kisah Neraka Jahannam...^^..

Kisah Neraka Jahannam...^^..

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu
adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan
ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000
gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan
pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari
api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat
70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat
70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular
dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap
kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000
ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah
bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan
dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka
Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di
sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka
disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung
di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia)
apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka
berlutut dan memanggil-manggil, " Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :
" Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka
Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu
ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga
neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah
At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : " Sedang penjaganya malaikat-malaikat
yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak
perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan
yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya,
maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali
pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment