Sunday 11 May 2014

Petua Sihat Dari Nabi Muhammad S.A.W...^^..

Petua Sihat Dari Nabi Muhammad S.A.W...^^..

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat
amalan :-

1@ Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum
matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh
mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal
mandi pagi kebanyakkan badan tak gemuk.

2@ Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan
air ais) setiap pagi. Mujarabnya, InsyaAllah jauh dari penyakit
(susah nak kena sakit).

3@ Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh
mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis
yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli
sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka
darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4@ Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darah
bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan
ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini
terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam
mengandungi ion +ve manakala dalam ikan mengandungi ion -ve,
jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tindak balas bio kimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5@ Makanlah dengan menggunakan tangan kanan. Nabi juga mengajar
kita makan dengan tangan kanan dan bila habis, hendaklah menjilat
jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak
hadam).

Sabda Nabi " Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu
demi kebaikkan. InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali
kepadanya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

No comments:

Post a Comment