Monday 21 July 2014

Salam Sambut Syawal (3S)...^^..

Salam Sambut Syawal (3S)...^^..


Apabila sudah Success dalam berIbadah Puasa, maka Raikanlah...


*** Anak Solehah.


*** Jom Zikir.


*** Idul Fitri.


*** Baju Baru.



@@@ Rasulullah s.a.w bersabda; " Sungguh rugi ,seseorang ketika namaKu disebut disampingnya, tetapi dia tidak berselawat ke atasKu (Muhammad Rasul Allah). Sungguh rugi seseorang yang bertemu dengan bulan Ramadhan, lalu bulan itu berlalu sebelum Dia sempat menghapuskan dosa-dosa pada dirinya, dan sungguh rugi, seseorang yang mendapati kedua orang Tuanya dalam keadaan Lemah dan Tua, tetapi tidak mencari Jalan membantu Kedua-duanya untuk Masuk ke dalam Syurga." Hadith Riwayat, Ahmad, Tirmidzi, Ibnu KHuzaimah dan Al Hakim.

@@@ Selamaaat BerMaafan Dan BerMohon Ampun, SemuaNya ...^^..

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Sunday 20 July 2014

Nasyid Lama Dari Indonesia, TenangKan HatiMu...^^..

Nasyid Lama Dari Indonesia, TenangKan HatiMu...^^..

*** Dalam Islam, diBenarkan berHibur tapi ada caranya, tidak
mendatangkan Lalai dan memBeri nasihat berUnsurkan Tauhid
kepada TuhanMu (Allah). Sesungguhnya Islam itu Mudah. ***

*** Lagu Nasyid juga menenangkan Hati-hati buat pendengarnya,
tidak merosakkan Hati dan Jiwa dan tidak melampau batasNya. ***

@@@ Rukun Iman



@@@ Lima Waktu


@@@ 25 Nabi


@@@ Rindu MuhammadKu


### Sekian, dengarkanLah alunan Nasyid yang meNenangkan Hati dan Jiwa. ###

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Bulan Bulan Dalam Kelendar Islam (Hijrah)...^^..

Bulan Bulan Dalam Kelendar Islam (Hijrah)...^^..




(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan,
dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi,
di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram,
Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu
menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah
kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi
kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya, Allah beserta orang-
orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah
dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah
diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a bahawa Rasulullah
SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:

" Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah
menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat
bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah,
Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Bulan dalam bahasa Arab disebut “ Al-Syahru” bermaksud bulan
yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang
dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama
adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah
sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah
diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya
oleh Saidina Umar al Khattab r.a adalah seperti berikut :

1@ Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang
termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

2@ Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong,
kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka
kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan
menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong. Perkataan Safar
juga bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna
pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin.

Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya
perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak
kehidupannya menjadi susah. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan
mendatangkan hasil.

3@ Rabiulawal dan 4@ Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu
ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal
dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke 3 dan ke 4.

5@ Jumadilawal dan 6@ Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal)  dan Jumadilakhir (jumada al-
Akhir), merupakan bulan ke 5 dan ke 6. Perkataan Jumada
bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau
yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada
Jamadilakhir. Jamadilakhir merupakan musim kemarau yang akan
berakhir keadaan bulan ini juga lebih sejuk daripada sebelumnya,
yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa
ketika itu.

7@ Rejab
Rejab adalah bulan ke 7 pula bermaksud mengagungkan dan
membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang
Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada
bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.

8@ Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada
zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan
ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada
bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan
makanan.

9@ Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke 9 dalam kalendar Islam. Ia bererti
terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca
sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam
menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

10@ Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta
kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal
dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau
berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal
merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa
latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa
Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari
Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan
hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke 10 dalam kalendar Hijrah.

11@ Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke 11, ia merujuk kepada kebiasaan
penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia
termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah
itu berasal dari ‘ Qa ‘ada’ yakni duduk.

12@ Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke 12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut
Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “ yang empunya haji”.
Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan
untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan
Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah
yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.


*** Untuk mengetahui usia dan umur, kita yang lebih tepat dan betul
berdasarkan ajaran dan agama Islam. Kita dianjurkan menggunakan
kelendar Hijriah agar kita tidak tersesat dan terpesong. Cuba try..***

" JanganLah kamu menyerupai sesuatu kaum. Sudahkah kamu
menDapat Perjanjian yang Pasti dari Allah s.w.t. bahawa kaum yang
bersama dengan kamu, akan terSelamat dari bahang dan seksaan
Api Neraka.

Rasanya bukan kaum Arab, bukan kaum Melayu, bukan orang Kafir,
yang akan dibawa masuk menghiasi Syurga tetapi kaum yang
berGelar Muslim dan Islam Sejati, baik dari golongan Manusia
mahupun Jin (Manusia dan Jin Islam (Ghaib) yang berUsaha
menSucikan diri dari berbuat Dosa dan suka berTaubat.) ...^^..

(Wed, 20 Safar, 1405 Hijrah.Record)
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Friday 18 July 2014

Fitnah Terhadap Aisyah a.s. (Isteri Nabi)...^^..

Fitnah Terhadap Aisyah a.s. (Isteri Nabi)...^^..

Dalam Shahih Muslim, Telah menceritakan dari Aisyah r.a (istri
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam), tatkala orang yang
menyebarkan isu bohong berkata semaunya tertanya dengan apa
yang mereka katakan, Lalu Allah menjelaskan kesucian dirinya
dari tuduhan tersebut. Ada sekelompok orang yang menceritakan
kepadaku mengenai kejadian tersebut, sebahagian mereka menerima
cerita kajadian tersebut dari sebahagian yang lain, sehingga kisah
tersebut seolah-olah menjadi kuat, hingga saya hafal perkataan
dari setiap yang mereka ceritakan kepadaku dan sebahagian cerita
membenarkan yang lain.

Dari Aisyah istri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata; " Apabila
Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam hendak berpergian, beliau
mengundi di antara isteri-isterinya. Barang siapa yang keluar
undiannya, dialah yang ikut pergi bersama Rasulullah shallaallahu
'alaihi wa sallam." Aisyah berkata; " Kemudian beliau mengundi
di antara kami pada suatu peperangan dan keluarlah undian anak
panahku, sehingga aku pergi bersama Rasulullah shallaallahu 'alaihi
wa sallam. Kejadian tersebut setelah diturunkannya ayat tentang
hijab. Lalu saya dibawa di sekedupku.

Di tengah perjalanan, saya turun hingga Rasulullah shallaallahu 'alaihi
wa sallam selesai dari sebuah peperangan dan beliau pun kembali ke
Madinah. Pada suatu malam saya berada bersama kelompok kaum
muslimin. Tatkala mereka tertidur, saya bangun dan berjalan hingga
aku mendahului mereka. Setelah saya selesai menunaikan urusanku
(membersihkan diri dari hadas besar), saya kembali bergabung
dengan kelompok kaum muslimin.

Tatkala saya meraba dadaku, ternyata kalungku yang berasal dari
Zhafar, Yaman, putus. Maka saya kembali dan mencari kalungku,
pencarian itu membuatku terlambat. Dan, sekelompok orang yang
membawa sekedupku telah berangkat, mereka berjalan dengan
meletakkan sekedupku di atas untaku yang biasa saya kendarai.
Mereka mengira bila aku sudah berada di dalamnya." Aisyah berkata;

" Tatkala itu, isteri-isteri beliau kurus-kurus dan ringan, karena tidak
pernah makan daging. Tetapi, mereka hanya memakan makanan
ringan. Sehingga, tidak ada orang yang curiga terhadap beratnya
sekedup tersebut, ketika mereka berjalan dan mengangkatnya.
Terlebih, dikala itu aku masih kecil. Akhirnya merekapun membawa
unta-untanya dan berjalan (meneruskan perjalanan). Saya
mendapatkan kalungku tatkala bala tentara telah berlalu. Sehingga,
ketika saya mendatangi tempat duduk mereka, tidak ada seorang pun
yang memanggil dan tidak ada pula orang yang menjawab.

Lalu saya kembali ke tempat dudukku di tempat saya duduk. Saya
berharap ada suatu kaum (dari tentara kaum muslimin) yang
menemukanku dan kembali menjemputku. Tatkala saya duduk
di tempat dudukku, saya merasa ngantuk dan tertidur. Sedangkan
Shafwan bin Mu'atthal Assulami dan orang-orang Dzakwan tinggal
di belakang pasukan (memeriksa bila ada yang ketinggalan). Mereka
berjalan diawal malam dan di pagi harinya mereka sampai di tempat
dudukku.

Shafwan bin al Mu'atthal Assulami melihat ada seseorang yang masih
tertidur, maka dia mendatangiku dan dia telah mengenaliku tatkala
dia melihatku. Yang demikian karena dia telah melihatku sebelum
diwajibkan memakai hijab atasku. Seketika saya terbangun dan saya
mendengar dia beristirja' (mengucapkan, " inna lillahi wa inna ilaihi
raaji'un") tatkala dia mengetahuiku. Saya langsung menutupi wajahku
dengan jilbabku.

Demi Allah, dia tidak berbicara sepatah katapun dan saya sama sekali
tidak mendengar satu patah kata pun kecuali kata istirja'nya.
Akhirnya dia pun merundukkan untanya dan saya pun menaikinya.
Lalu dia pergi dan menuntun unta (yang saya naiki) hingga kami
berhasil menyusul pasukan kaum muslimin setelah mereka
berisitirahat di pantai Azhzhariah.

Celakalah orang yang telah berburuk sangka pada urusanku. Ketika
itu, orang yang paling terlihat kesombongannya adalah Abdullah bin
Ubay bin Salul. Akhirnya, saya pun sampai di Madinah. Setelah
kedatangan kami, saya mendadak sakit hampir selama satu bulan,
sementara orang-orang terus larut membicarakan tuduhan (yang
ditujukan kepadaku), padahal aku tidak sedikit pun merasa melakukan
hal itu. Sehingga, beliau pun meragukan sakitku.

Saya tidak lagi tahu kelembutan Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa
sallam yang pernah aku lihat darinya sebelumnya. Tatkala aku sakit,
Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam masuk dan memberi salam
seraya bertanya; " Bagaimana denganmu ?" Seolah-olah tatkala itu
beliau meragukanku, sementara saya tidak merasa telah melakukan
kejelekan tersebut. Setelah saya merasa mulai sembuh, saya keluar
bersama Ummu Misthah ke tempat tertutup untuk buang air, kami
tidak pernah keluar kecuali di malam hari hingga malam lagi.

Tempat tertutup tersebut dibuat di dekat rumah-rumah kami.
Urusan kami seperti para pendahulu orang-orang Arab, kami biasa
membuat tempat tertutup untuk buang air di rumah. Kemudian saya
dan Ummu Misthah, (dia adalah anak perempuannya Abu Ruhmi bin
al Muthallib bin Abdi Manaf dan ibunya adalah anak perempuannya
Shakhr bin Amir, bibinya Abu Bakr ash Shidiq dan anaknya adalah
Misthah bin Utsabah bin Abbad bin al Muthallib) kembali ke rumahku
setelah urusan kami selesai.

Tatkala itu, Ummu Misthah terpeleset karena menginjak atau
terjerat kainnya. Ketika itu dia berkata; " Celaka Misthah." Saya
bertanya kepadanya; " Alangkah jeleknya apa yang telah kamu
katakan, engkau mencela orang yang telah ikut perang Badar ?."
Dia berkata; " Ya, apakah kamu tidak mendengar apa yang dia
katakan ?" saya berkata; " Apa yang telah dia katakan ?" maka dia
mengabarkan kepadaku dengan perkataan orang-orang yang
menuduhku.

Tatkala itu saya bertambah sakit dan ketika saya kembali ke rumahku,
Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam menemuiku dan mengucapkan
salam. Kemudian beliau bersabda: " Bagaimana keadaanmu ?" Saya
berkata; " Apakah engkau mengizinkanku untuk mendatangi kedua
orang tuaku ?" dia berkata; " Ketika itu saya ingin meyakinkan kabar
tersebut dari mereka berdua.

Akhirnya, Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam pun mengizinkanku.
Lalu saya mendatangi kedua orang tuaku, saya bertanya kepada
ibuku; " Wahai ibuku, apa yang sedang dibicarakan oleh orang-
orang ?" Dia menjawab; " Wahai anakku, semoga urusanmu
dimudahkan, demi Allah, tidaklah seorang wanita yang jelas-jelas
dicintai suaminya sedang dia mempunyai madu (isteri suami lainnya),
kecuali mereka (isteri-isteri suami lainnya) akan memperbanyak
tuduhan atas diri wanita tersebut."

Dia berkata; " Maha Suci Allah, apakah ini yang dibicarakan oleh
orang-orang ?" Dia berkata; " Pada malam itu juga aku menangis,
hingga di pagi harinya air mataku tidak lagi bisa mengalir karena
habis dan saya tidak bercelak ketika tidur. Ketika di pagi harinya,
saya menangis. Dan, ketika itu Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam
memanggil Ali bin Abi Thalib dan Usamah bin Zaid untuk mengajak
keduanya bermusyawarah dalam rangka memisahkan isterinya
selama wahyu belum turun."

Aisyah berkata; " Adapun Usamah bin Zaid, dia menunjuki kepada
Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam dengan apa yang dia ketahui
akan jauhnya istri beliau dari perbuatan tersebut dan dengan apa
yang dia ketahui tentang kecintaannya kepada beliau. Usamah
berkata; " Wahai Rasulullah ! Mereka adalah isteri-isterimu, kami
tidak mengetahui kecuali kebaikan." Adapun Ali bin Abi Thalib, dia
berkata; " Allah 'azza wajalla tidak akan memberi kesempitan
kepadamu, kan wanita selainnya masih banyak juga. Dan sungguh,
jika engkau bertanya kepada budakmu, pasti dia akan jujur'."

Aisyah berkata; " Kemudian Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam
memanggil Barirah, beliau bertanya: " Wahai Barirah ! Apakah engkau
melihat ada sesuatu yang meragukan bagimu dari diri Aisyah ?"
Barirah menjawab; " Demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran,
saya tidak melihat pada dirinya suatu yang kurang selain tak lebih
saat dia masih kecil umurnya, dia ketiduran dari menunggu adonan
tepung di keluarganya lantas ada binatang jinak yang memakan
tepung itu."

Kemudian Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam berdiri dan meminta
argumentasi dari seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Ubai bin
Salul. Tatkala Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam berada di atas
mimbar, Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
" Wahai seluruh kaum muslimin, siapakah yang mau memberiku
argumentasi dari seorang lelaki yang telah menyakiti keluargaku.
Sungguh demi Allah, saya tidak mengetahui sesuatupun dari
keluargaku kecuali kebaikan. Mereka telah menceritakan mengenai
seorang lelaki yang saya tidak mengetahui dari dirinya kecuali
kebaikan. Dan tidaklah ada orang yang menemui isteriku kecuali dia
bersamaku."

Sa'ad bin Mu'adz al Anshari berkata; " Wahai Rasulullah ! aku akan
menolongmu darinya. Bila ada orang dari bani Aus di penggal lehernya,
sekalipun dari saudara kami dari bani Khazraj, bila engkau
memerintahkan kami maka kami akan melaksanakan perintahmu."
Seketika itu juga Sa'ad bin Ubadah (dia adalah pemimpin dari bani
Khazraj, dia adalah seorang lelaki yang shalih. Hanya saja, dia
masih memiliki sikap fanatis) berkata kepada Sa'ad bin Mu'ad;

" Demi Allah, engkau tidak akan bisa membunuhnya dan tidak akan
mampu untuk membunuhnya." Maka berdirilah Usaid bin Hudlair dan
dia adalah keponakan Sa'ad bin Mu'adz, dia berkata kepada Sa'ad
bin Ubadah; " Engkau bohong, sungguh kami akan membunuhnya
karena kamu seorang yang munafik yang memperdebatkan orang-
orang munafik." Keadaan pun semakin memanas antara bani Aus dan
Khazraj, hingga mereka ingin saling bunuh membunuh sedangkan
Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam masih tetap berdiri di atas
mimbar.

Kemudian Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam menenangkan
mereka, hingga mereka terdiam dan beliaupun terdiam. Pada hari itu,
aku pun menangis hingga air mataku habis dan aku tidak memakai
celak tatkala tidur. Malam berikutnya, aku masih menangis hingga air
mataku habis dan aku tidak memakai celak ketika tidur. Kedua orang
tuaku mengira tangisanku akan dapat membelah hatiku.

Aisyah berakta; " Lalu keduanya duduk di sisiku sementara saya
masih terus menangis. Ketika itu, ada seorang wanita Anshar yang
meminta izin kepadaku untuk menemuiku, akupun mengizinkannya.
Dia pun duduk dan ikut menangis bersamaku. Tatkala kami dalam
kondisi seperti itu, Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam masuk
menemui kami, beliau mengucapkan salam lantas beliau duduk."

Dia berkata; " Beliau tidak pernah duduk di sisiku selama satu bulan,
sejak wahyu tidak diturunkan kepadanya mengenai urusanku." Dia
berkata; " Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam pun bersaksi,
seraya mengucapkan salam sambil duduk. beliau bersabda:
" Amma ba'd, Wahai Aisyah, sesungguhnya telah sampai kepadaku
berita begini dan begini, sungguh jika engkau terlepas dari hal itu
karena tidak melakukannya, semoga Allah Azzawajalla
menjauhkanmu.

Jika kamu melakukan dosa tersebut, minta ampunlah kepada Allah
dan bertaubatlah kepadaNya. Karena, seorang hamba yang mengakui
dosanya kemudian bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya."
Aisyah berkata; " Ketika Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam
selesai berkata, air mataku semakin deras mengalir hingga tidak
terasa lagi tetesan air mata tersebut." Saya berkata kepada ayahku;
" Jawablah apa yang telah dikatakan Rasulullah shallaallahu 'alaihi
wa sallam mengenai diriku."

Ayahku berkata; " Saya tidak tahu, demi Allah, saya tidak akan
berbicara kepada Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam." Lalu saya
berkata kepada ibuku; " Jawablah apa yang telah dikatakan
Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam mengenai diriku !" ibuku
berkata; " Demi Allah, saya tidak tahu apa yang harus saya katakan
kepada Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam." Aisyah berkata;
saya berkata;

" Saya adalah seorang gadis yang masih kecil usianya, saya tidak
banyak membaca Al-Qur'an. Demi Allah, sungguh aku mengetahui
engkau telah mendengar hal ini hingga kamu merasa mantap dan
percaya terhadap hal itu. Dan bila aku bicara kepada kalian;
" Sesungguhnya aku jauh dari perbuatan tersebut dan Allah
Azzawajalla Maha Mengetahui bila aku jauh dari perbuatan
tersebut. Maka, kalian juga tidak akan percaya terhadap hal itu.
Jika saya mengaku kepada kalian dengan suatu perkara, sedang
Allah Azzawajalla Maha Mengetahui bahwa aku jauh dari perbuatan
tersebut, kalian pasti akan mempercayaiku.

Demi Allah, sungguh tidak ada perkataan antara diriku dengan kalian
kecuali sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Yusuf; Sabar itu
adalah baik dan Allah adalah tempat meminta pertolongan terhadap
apa yang kalian tuduhkan'. (QS. Yusuf 18) " Aisyah berkata;
" Kemudian saya merubah posisiku, aku berbaring di atas ranjangku."

Dia berkata; " Demi Allah, ketika itu saya mengetahui bahwa aku
jauh dari perbuatan tersebut, dan Allah Azzawajalla akan
menjauhkanku karena aku jauh dari perbuatan tersebut. Akan tetapi,
demi Allah, saya tidak mengira akan turun wahyu pada perkaraku.
Dan sungguh perkaraku jauh lebih remeh daripada Allah Azza wa
jalla berfirman padaku dengan wahyu yang dibacakan.

Harapan saya saat itu hanyalah berharap supaya pada mimpinya
Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam diperlihatkan bahwa Allah
Azzawajalla menjauhkan diriku dari perbuatan tersebut." Aisyah
berkata; " Demi Allah, tidaklah Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa
sallam keluar dari majelisnya, dan tidak ada seorang pun yang keluar
dari penghuni rumah tersebut hingga Allah Azzawajalla menurunkan
wahyu kepada NabiNya.

Sehingga, kondisi beliau berubah sebagaimana perubahan yang biasa
terjadi tatkala wahyu turun, keringat beliau terus mengucur padahal
hari itu adalah musim dingin. Hal itu karena begitu beratnya firman
yang telah diturunkan kepadanya." Aisyah berkata; " Ketika
Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam mendapat kabar gembira
tersebut, beliau tertawa dan kalimat yang pertama kali beliau
katakan ketika itu adalah:

" Kabar gembira wahai Aisyah ! Allah Azza wa jalla telah
menjauhkanmu dari perbuatan tersebut." Kemudian ibuku berkata
kepadaku; " Berdirilah kepadanya." Aku berkata; " Demi Allah, aku
tidak akan berdiri kepadanya dan aku tidak akan memuji kecuali
kepada AllahAzza wa jalla, Dia lah yang telah menurunkan wahyu
yang menjelaskan akan jauhnya diriku. Allah Azzawajalla telah
menurunkan ayat yang artinya:

" Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah
dari golongan kamu juga hingga sepuluh ayat." (QS. Annuur 1-11).
Allah Azzawajalla telah menurunkan beberapa ayat yang
menjelaskan akan jauhnya diriku dari perbuatan tersebut." Aisyah
berkata; " Abu Bakr terbiasa berinfak kepada Misthah, karena dia
adalah kerabatnya dan dia adalah seorang yang fakir.

Dia berkata; " Demi Allah, aku tidak akan pernah memberi bantuan
untuknya selamanya setelah dia menuduh Aisyah.' Lalu Allah
Azzawajalla menurunkan wahyu, yang artinya; Dan janganlah orang-
orang yang mempunyai (sampai kepada firmanNya) apakah kamu
tidak ingin bahwa Allah mengampunimu" (QS. Annur 22).

Hibban bin Musa berkata, Abdullah bin Mubarok berkata: “ Ayat ini
merupakan ayat yang paling diharapkan di dalam kitabullah. Maka
Abu Bakar berkata; " Demi Allah, saya lebih senang bila Allah
mengampuniku". Kemudian dia kembali memberi bantuan kepada
Misthah seperti biasa dia memberi bantuan kepadanya. Abu Bakar
berkata; " Sungguh, aku tidak akan menghentikan bantuan selama-
lamanya"."

Aisyah berkata; " Rasulullah shallaallahu 'alaihi wa sallam bertanya
kepada Zainab binti Jahsy, istri Nabi shallaallahu 'alaihi wa sallam,
mengenai perkara yang terjadi padaku: " Apa yang kamu ketahui,
apa yang kamu lihat, atau berita apa yang telah sampai kepadamu ?"
dia menjawab; " Wahai Rasulullah ! Saya selalu menjaga pendengaran
dan penglihatanku, dan saya tidak mengetahui kecuali kebaikan."

Aisyah berkata; " Padahal Zaenab adalah isteri beliau yang dikenal
selalu membanggakan diri di hadapanku, namun Allah menjaganya
dengan sikap wara', sekalipun saudara perempuannya, Hamnah binti
Jahsyin, membencinya sehingga dia termasuk di antara orang
menyebarkan berita bohong yang celaka."

Urwah berkata, 'Aisyah tidak suka apabila Hasan (anak Ali,cucu nabi)
dicela didekatnya, dan 'Aisyah berkata: “ Sesungguhnya bapakku dan
bapaknya dan kehormatanku bagi kehormatan Muhammad bagi kalian
merupakan tameng."

Ketika perkaraku diperbincangkan aku tidak mengetahuinya,
rasulullah shallalahu 'alaihi wasallam berdiri untuk menyampaikan
khutbah, beliau bertaysahud, memuji Allah dan menyanjungnya
dengan perkataan yang layak bagiNya, kemudian beliau berkata:

“ Amma ba'du, tunjukkan kepadaku orang-orang yang telah menuduh
keluargaku, demi Allah aku tidak mengetahui keluargaku memiliki
keburukan sama sekali, dan mereka telah menuduhnya dengan orang
yang demi Allah aku tidak mengetahuinya memiliki suatu keburukan
sedikitpun, dan dia tidak pernah masuk ke rumahku kecuali ketika
aku ada, dan tidaklah aku pergi mengadakan perjalanan kecuali dia
juga pergi bersamaku.”

Kemudian perawi memaparkan hadits dengan kisah seperti di atas,
dan di sana terdapat redaksi: “ Dan sungguh rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam masuk ke rumahku dan bertanya kepada budak
wanitaku, maka budak wanitakupun menjawab, " Demi Allah, aku
tidak mengenal 'Aisyah kecuali kebaikan, hanya saja dia pernah
tertidur sehingga ada seekor kambing masuk ke dalam rumah dan
memakan adonannya, atau dengan redaksi adonan rotinya. "

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Kisah Taubat Seorang Pembunuh...^^..

Kisah Taubat Seorang Pembunuh...^^..

Dalam Shahih Muslim. Telah menceritakan kepada kami Muhammad
bin Al Mutsanna dan Muhammad bin Basysyar dan lafadh ini miliki
Ibnul Mutsanna, mereka berdua berkata; " Telah menceritakan
kepada kami Mu'adz bin Hisyam telah menceritakan kepadaku
bapakku dari Qatadah dari Abu Ash Shiddiq dari Abu Sa'id Al Khudri
bahwasanya Nabiyullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

" Pada zaman dahulu ada seorang laki-laki yang telah membunuh
sembilan puluh sembilan orang. Kemudian orang tersebut mencari
orang alim yang banyak ilmunya. Lalu ditunjukan kepada seorang
rahib dan dia pun langsung mendatanginya. Kepada rahib tersebut
dia berterus terang bahwasanya, dia telah membunuh sembilan puluh
sembilan orang dan " Apakah taubatnya itu akan diterima ?"

Ternyata rahib itu malahan menjawab; " Tidak. Taubatmu tidak akan
diterima." Akhirnya laki-laki itu langsung membunuh sang rahib hingga
genaplah kini seratus orang yang telah dibunuhnya. Kemudian laki-laki
itu mencari orang lain lagi yang paling banyak ilmunya. Lalu ditunjukan
kepadanya seorang alim yang mempunyai ilmu yang banyak. Kepada
orang alim tersebut, laki-laki itu berkata;

" Saya telah membunuh seratus orang dan apakah taubat saya akan
diterima ?" Orang alim itu menjawab; " Ya. Tidak ada penghalang
antara taubatmu dan dirimu. Pergilah ke daerah ini dan itu, karena
di sana banyak orang yang berIbadah kepada Allah Subhanahu Wa
Ta'ala. Setelah itu, berIbadahlah kamu kepada Allah bersama
mereka dan janganlah kamu kembali ke daerahmu, karena daerahmu
itu termasuk lingkungan yang buruk."

Maka berangkatlah laki-laki itu ke daerah yang telah ditunjukan
tersebut. Di tengah perjalanan menuju ke sana, laki-laki itu
meninggal dunia. Lalu malaikat Rahmat dan Azab saling berbantahan.
Malaikat Rahmat berkata; " Orang laki-laki ini telah berniat pergi
ke suatu wilayah untuk bertaubat dan beribadah kepada Allah
dengan sepenuh hati."

Malaikat Azab membantah; " Tetapi, bukankah dia belum berbuat
baik sama sekali." Akhirnya datanglah seorang malaikat yang
berwujud manusia menemui kedua malaikat yang sedang berbantahan
itu. Maka keduanya meminta keputusan kepada malaikat yang
berwujud manusia dengan cara yang terbaik. Orang tersebut
berkata;

" Ukurlah jarak yang terdekat dengan orang yang meninggal dunia ini
dari tempat berangkatnya hingga ke tempat tujuannya. Mana yang
terdekat, maka itulah keputusannya." Ternyata dari hasil pengukuran
mereka itu terbukti bahwa orang laki-laki tersebut meninggal dunia
lebih dekat ke tempat tujuannya. Dengan demikian orang tersebut
berada dalam genggaman malaikat Rahmat."

Qatadah berkata; 'Al Hasan berkata; " Seseorang telah berkata
pada kami bahwasanya laki-laki itu meninggal dunia dalam kondisi
jatuh terlungkup."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Dosa-Dosa Besar (002)_Membunuh Orang...^^..

Dosa-Dosa Besar (002)_Membunuh Orang...^^..

Allah berfirman dalam Surah An-Nisa: 93, " Dan barangsiapa yang
membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah
Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan
mengutuknya serta menyediakan azab yang besar baginya."

Dan Rasullullah SAW bersabda, " Seseorang tetap di dalam
penjagaan agamanya selama dia tidak menumpahkan darah yang
terlarang." Hadith Bukhari, Muslim dan Tarmizi.

Nabi juga Bersabda, " Dosa-dosa besar itu ialah menyekutukan Allah,
membunuh orang dan sumpah palsu." Hadith Bukhari dan Muslim.

Rasullullah bersabda, " Tiap-tiap dosa, mudah-mudahan Allah mahu
mengampuninya, kecuali dosa orang yang mati kafir atau orang yang
membunuh seorang mukmin dengan sengaja." Hadith Nasa'i dan
Hakim.

Ayat dan ketiga hadith tersebut di atas menyatakan bahawa
membunuh orang tanpa sesuatu sebab yang benar, dia akan mendapat
laknak dari Allah dan tidak mendapat jaminan atau perlindungan
di dalam hukum Islam. Bahkan Allah mengancamnya dengan seksaan
yang sangat pedih.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Dosa-Dosa Besar (001)_Menyekutukan (Menduakan) Allah...^^..

Dosa-Dosa Besar (001)_Menyekutukan (Menduakan) Allah...^^..

Dosa besar pertama ialah menyekutukan Allah, baik terang-terangan
mahupun secara halus. Allah SWT berfirman dalam Surah An Nisa:
48, " Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan
Dia mengampuni segala dosa selain dari itu,"

Dan Rasullullah SAW bersabda, " Allah telah berfirman:
" Barangsiapa melakukan sesuatu perbuatan, dia menyekutukan Aku
dengan selainKu di dalam perbuatannya itu, maka perbuatannya
adalah untuk sesuatu yang dia sekutukan dan Aku terlepas diri
daripadanya." Hadith Muslim.

Termasuk perbuatan syirik adalah melakukan sesuatu kerana ingin
pujian. Perbuatan seperti ini adalah termasuk syirik halus, tetapi
dosanya tetap besar.

Rasullullah SAW bersabda, " Jauhilah olehmu sekalian syirik yang
sangat halus." Para sahabat bertanya: " Wahai Rasullullah, apakah
syirik yang sangat halus itu ?" Jawabnya: " Mengharapkan pujian.
Allah akan berfirman pada saat semua manusia diberi balasan
terhadap semua perbuatan mereka. Pergilah kamu kepada orang-
orang yang pernah kamu tunjuk (perhatikan mereka) dengan
perbuatan-perbuatan kamu di dunia dahulu. Lalu lihatlah apakah
kamu mendapat balasan di sisi mereka." Hadith Ahmad.

Ayat dan dua hadith di atas menegaskan bahawa syirik, baik terang-
terangan mahupun yang halus merupakan dosa besar. Sedangkan
yang dimaksudkan menyekutukan Allah ialah mempercayai ajaran-
ajaran keimanan di luar ketentuan Allah dan RasulNya, seperti
mempercayai kekuasaan sihir iaitu kuasa selain Allah. Berbuat
sesuatu dengan mengharapkan balasan dari selain Allah, iaitu puji-
pujian orang. Serta mengerjakan sesuatu Ibadah tanpa bimbingan
dari Allah dan RasulNya.

### Setiap Dosa pasti akan terAmpun, jika benar-benar berTaubat
dengan disertai dengan Niat dan Sumpah tidak akan mengulangi dosa-
dosa tersebut. Allahlah, Tuhan yang Maha Menerima Taubat setiap
hambaNya. Allahlah jua Pembuka Pintu Hati dan Pemberi Petunjuk.
Kita cuma mampu meRancang dan berUsaha, untuk amalan yang kita
lakukan, terSerahlah kepada Allah, meNerima dan meNolaknya. ###

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Thursday 17 July 2014

Makna Dan Maksud "Thaghut"...^^..

Makna Dan Maksud "Thaghut"...^^..

(Ditulis oleh: Al-Ustadz Abu Abdillah Abdurrahman Mubarak)
Di sunting oleh Norshahuddin Edited...^^..

“ Pemerintah itu thaghut.” Ungkapan seperti ini mungkin pernah kita
dengar. Mengapa ada sebahagian orang yang menyebut pemerintah
sebagai thaghut ? Menurut mereka, pemerintah adalah thaghut
karena tidak menerapkan hukum Islam. Benarkah demikian ? Simak
bahasa berikut supaya kita tidak terjatuh dalam pemahaman yang
salah tentang thaghut.

Dakwah semua Rasul yang Allah utuskan adalah menyeru umatnya
untuk beribadah kepada Allah dan mengkufuri thaghut. Allah
berfirman:

“ Dan telah kami utus seorang Rasul pada setiap umat, (untuk
menyeru): " Beribadahlah kalian kepada Allah dan jauhilah oleh kalian
thaghut (mengikuti hawa nafsu atau sangkaan semata-mata tanpa
petunjuk dari Allah dan tidak berlandaskan ajaran kitab Al Quran)".”
(An Nahl: 36)

Kufur kepada thaghut adalah syarat sahnya ibadah seseorang,
sebagaimana wudhu merupakan syarat sah shalat.

Pengertian Thaghut

Secara bahasa, kata ini diambil dari kata, artinya melampaui batas.

Allah berfirman:

“ Sesungguhnya ketika air melampaui batas, Kami bawa kalian
di perahu.” (Al Haqah: 11)

Adapun menurut istilah syariat, definisi yang terbaik adalah yang
disebutkan Ibnul Qayyim: “ (Thaghut) adalah setiap sesuatu yang
melampui batasannya, baik yang disembah (selain Allah), atau diikuti
atau ditaati (jika dia redha diperlakukan demikian).”

Ibnul Qayyim berkata: “ Jika engkau perhatikan thaghut-thaghut
di alam ini, tidak akan keluar dari tiga jenis golongan tersebut.”

Definisi lain, thaghut adalah segala sesuatu yang diibadahi selain
Allah (dalam keadaan dia rela).

Wajibnya Mengingkari Thaghut

Allah mewajibkan kepada seluruh hambaNya untuk mengkufuri
thaghut dan beriman kepada Allah. Dasarnya adalah:

1@ Allah mengutus RasulNya untuk mendakwahkan masalah ini.

Allah berfirman:

” Dan telah kami utuskan pada setiap umat seorang Rasul, (yang
menyeru umatnya): " Beribadahlah kalian kepada Allah dan jauhilah
oleh kalian thaghut.” (An-Nahl: 36)

2@ Kufur kepada thaghut merupakan syarat sah iman, sehingga
tidak sah iman seseorang hingga mengingkari thaghut.

Allah berfirman:

” Barangsiapa yang kufur kepada thaghut dan beriman kepada Allah
maka dia telah berpegang dengan tali yang kokoh.” (Al-Baqarah: 256)

3@ Kerana ini terkandung dalam lafadz " Laa ilaha illallah. Ilallah"
adalah iman kepada Allah dan kufur kepada thaghut. " Laa ilaha"
menafikan semua peribatan kepada selain Allah. " Laa ilaha illallah"
menetapkan ibadah hanya untuk Allah.

Bentuk Pengingkaran terhadap Thaghut

Para ulama menerangkan bahawa mengkufuri thaghut terwujud
dengan enam perkara yang ditunjukkan oleh Al Quran:

1@ Meyakini batilnya peribadatan kepada selain Allah.

2@ Meninggalkannya dan meninggalkan peribadahan kepada selain
Allah dengan hati, lisan, dan anggota badan.

3@ Membencinya dengan hati dan mencercanya dengan lisan.
Cercaan dengan lisan iaitu dengan cara menunjukkan dan
menerangkan bahwa sesembahan selain Allah adalah batil dan tidak
bisa memberikan manfaat.

4@ Mengkafirkan pengikut dan penyembah thaghut.

5@ Memusuhi mereka dengan dzahir dan batin, dengan hati dan
anggota badan.

6@ Menghilangkan sesembahan-sesembahan selain Allah dengan
tangan, jika ada kemampuan.

Keenam perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan kita
diperintahkan untuk meneladani beliau. Allah berfirman:

” Telah ada bagi kalian teladan yang baik pada diri Ibrahim dan
orang-orang yang bersamanya.” (Al Mumtahanah: 4)

Nabi Ibrahim meyakini batilnya peribadahan kepada selain Allah.
Allah berfirman:

“ Bacakanlah kepada mereka kisah Ibrahim. Ketika dia berkata
kepada bapak dan kaumnya: " Apakah yang kalian sembah ?"
Mereka berkata: " Kami menyembah patung dan kami akan terus
mengibadahinya." Maka Ibrahim berkata: " Apakah (patung-patung
tersebut) mendengar ketika kalian berdoa ? Apakah dia bisa
memberikan manfaat atau menimpakan mudarat ?’.”
(Asy Syu’ra`: 69-73)

Nabi Ibrahim meyakini batilnya sesembahan mereka, bahwa
sesembahan mereka tidak bisa memberikan manfaat atau
menimpakan mudarat.

Beliau meninggalkan serta menjauhi sesembahan mereka kemudian
hijrah kepada Allah. Allah berfirman:

“ (Ibrahim) berkata: " Aku akan pergi kepada Rabbku, dan Dia akan
memberikan hidayah kepadaku’.” (Ash-Shaffat: 99)

Allah berfirman tentang Ibrahim:

“ Aku berlepas diri dari apa yang kalian sembah, kecuali Dzat yang
telah menciptakanku karena sungguh Dia akan memberikan hidayah
kepadaku.” (Az Zukhruf: 26-27)

Allah juga berfirman tentang Ibrahim:

“ Aku akan menjauhi kalian dan apa yang kalian sembah selain Allah,
dan aku akan berdoa kepada Rabbku.” (Maryam: 48)

Nabi Ibrahim membenci sesembahan mereka dengan hatinya dan
menjelekkannya dengan lisan, sebagaimana Allah kabarkan bahwa
Ibrahim berkata:

” Celakalah kalian dan apa yang kalian sembah selain Allah.”
(Al Anbiya`: 67)

Nabi Ibrahim mengingkari mereka dan mengabarkan bahwa mereka
adalah kafir serta mengumumkan bahwa dia berlepas diri dari
mereka, sebagaimana Allah kabarkan dalam surat Al Mumtahanah:

“ Kami ingkar terhadap kalian, dan telah tampak antara kami dan
kalian permusuhan dan kebencian, hingga kalian beriman kepada
Allah saja.” (Al-Mumtahanah: 4)

Nabi Ibrahim memusuhi mereka dan menghancurkan sesembahan
mereka. Allah berfirman:

“ (Ibrahim) menjadikannya hancur berkeping-keping kecuali patung
yang terbesar….” (Al-Anbiya`: 58)

Tokoh-tokoh Thaghut

Asy Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab berkata: “ Tokoh thaghut
ada lima: " Iblis la’natullah ‘alaih, orang yang disembah dan dia
redha diperlakukan demikian, orang yang menyeru orang lain agar
menyembah dirinya, orang yang mengaku mengetahui ilmu ghaib,
dan orang yang berhukum selain dengan hukum Allah.”

1@ Iblis, yaitu setan yang terkutuk dan dilaknat. Allah berfirman
tentangnya:

“ Sesungguhnya laknatKu atas kalian sampai hari kiamat.” (Shad: 78)

Awalnya Iblis bersama malaikat, tetapi enggan bersujud kepada
Adam. Ketika diperintah untuk sujud kepada Adam, itulah tampaklah
kesombongan Iblis.

2@ Seorang yang disembah dalam keadaan redha.

Adapun yang orang yang tidak redha disembah bukanlah thaghut.

3@ Orang yang menyeru orang lain untuk menyembah dirinya.

Dia termasuk thaghut, baik ada orang lain yang mengikuti dakwahnya
ataupun tidak. Dia sudah menjadi thaghut dengan semata menyeru
orang untuk menyembah dirinya. Termasuk dalam golongan ini
adalah Fir’aun dan syaikh-syaikh tarekat Sufi yang menyeru
pengikutnya untuk menyembah mereka.

4@ Orang yang mengaku mengetahui sesuatu tentang ilmu ghaib.

Karena ilmu ghaib (yang mutlak) adalah kekhususan Allah. Allah
berfirman:

“ Katakanlah, tidak ada yang mengetahui perkara ghaib di langit
dan bumi kecuali Allah…” (An Naml: 65)

Rasulullah menyatakan:

“ Kunci-kunci perkara ghaib ada lima, tidak ada yang mengetahuinya
kecuali Allah: Tidak ada seorangpun yang tahu apa yang akan terjadi
besok; Tidak ada seorangpun yang tahu apa yang ada di dalam
rahim-rahim; Suatu jiwa tidak mengetahui apa yang akan dia lakukan
besok; Dan tidak mengetahui di negeri mana dia akan mati; Tidak
ada seorangpun yang mengetahui kapan hujan turun.”
(HR. Al-Bukhari, Kitabul Jum’ah, Bab LaYadri Mata Yaji`ul Mathar
illallah)

Maka barangsiapa mengaku mengetahui perkara ghaib berarti telah
kafir, karena telah mendustakan apa yang telah diterangkan oleh
Allah dan RasulNya.

Termasuk golongan thaghut yang keempat adalah tukang sihir dan
dukun-dukun.

5@ Orang yang berhukum dengan selain hukum Allah.

Berhukum dengan hukum yang Allah turunkan termasuk Tauhid
Uluhiyyah dan meyakini bahwa Allah adalah hakim yang sebenar-
benarnya adalah termasuk Tauhid Rububiyah. Oleh karena itu,
Allah menyebut orang yang diikuti oleh pengikut mereka dalam hal
yang menyelisihi apa yang Allah turunkan sebagai rabb bagi pengikut
mereka.

Allah berfirman:

“ Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan tukang ibadah mereka
sebagai Rabb selain Allah…” (At Taubah: 31)

Berhukum dengan selain hukum Allah bisa termasuk kufur akbar
yang mengeluarkan seorang dari Islam, dan bisa pula kufur ashgar
yang tidak mengeluarkan seseorang dari Islam. Hal ini sesuai dengan
keyakinan pelakunya. Karena, orang yang berhukum dengan selain
hukum Allah ada beberapa jenis:

1@ Orang yang berhukum dengan selain hukum Allah karena
merendahkan dan membenci hukum Allah. Hal ini termasuk kufur
akbar yang mengeluarkan pelakunya dari Islam. Allah berfirman:

“ Hal itu karena mereka membenci apa yang Allah turunkan maka
Allah menggugurkan amalan mereka.” (Muhammad: 9)

2@ Orang yang berhukum dengan selain hukum Allah, dengan
keyakinan bahwa hukum selain Allah lebih afdhal dan lebih baik
dari hukum Allah. Inipun kufur akbar yang bisa mengeluarkan
pelakunya dari Islam. Allah berfirman:

“ Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada hukum Allah, bagi
orang-orang yang yakin ?” (Al Ma`idah: 50)

3@ Orang yang berhukum dengan selain hukum Allah dengan
keyakinan bahwa hukum selain Allah tersebut sama dengan hukum
Allah. Inipun kufur akbar.

4@ Orang yang berhukum dengan selain hukum Allah karena
meyakini tentang boleh dan halalnya berhukum dengan selain hukum
Allah. Inipun pelakunya kafir, karena telah menghalalkan apa yang
Allah haramkan.

5@ Orang yang berhukum dengan selain hukum Allah dalam keadaan
masih meyakini bahwa hukum Allah lebih afdhal, dan tidak
menyamakan hukum selain Allah dengan hukumNya, bahkan dia
mengatakan bahwa hukum Allah lebih afdhal dan lebih tinggi. Dia
tidak menghalalkan tindakan berhukum dengan selain hukum Allah.
Hanya saja dia berhukum dengan selain hukum Allah semata karena
syahwat, jabatan, dan kepentingan peribadi, dalam keadaan yakin
bahwa dirinya salah dan sedang berbuat maksiat. Yang semacam ini
termasuk kufur ashgar, pelakunya tidak keluar dari Islam. Inilah
yang ditafsirkan oleh Ibnu ‘Abbas.

Inilah macam-macam thaghut di alam ini. Jika engkau mengamatinya
dan mengamati keadaan manusia, engkau akan lihat kebanyakan
manusia telah berpaling dari ibadah kepada Allah menuju ibadah
kepada thaghut. Mereka berpaling dari ketaatan kepada Allah dan
RasulNya menuju ketaatan kepada thaghut dan mengikutinya.

Mudah-mudahan Allah memberikan taufiqNya kepada kaum muslimin
untuk mengkufuri thaghut dan mentauhidkan Allah. Dan upaya
terpenting untuk mendapatkannya adalah dengan menyebarkan
dakwah tauhid kepada umat ini.

Wallahu a’lam bish shawab.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Monday 14 July 2014

SeCubit Kata-Kata...^^..

SeCubit Kata-Kata...^^..

Allah ialah cinta saya ? Islam hidup saya ? Al-Quran petunjuk saya ?
Nabi Muhammad idola saya ? Sunnah sebagai ikutan ? Syurga impian
saya. Perkataan yang cantik ? ALLAH, Lagu yang merdu ? AZAN,
Novel yang menarik ? AL QURAN, Senaman Yang Baik ? SOLAT,
Diet yang mujarab ? PUASA...

Keputusan UPSR: 5E ?, PMR: 8E ?, SPM: 9E ?, Tak Ada Kerja ?
Hidup Tak Berjaya ? Siapa Kata ?. Penentu Hidup Bukan A ? ALLAH
Penentu Hidup ? Jadi, Jangan SeSeKali Putus Asa, Jangan Mudah
meNyerah, sentiasaLah BerDoa kepadaNya, Moga diPerkenankan
Doa-doamu...^^..

Sunnah Nabi Kunci Agar Berjaya ( Jika Tidak Membebankan Diri,
Wajib)

1@ Menjaga Wudhu' setiap saat.
2@ Shalat Tahajjud dan Witir
3@ Shalat Berjama'ah
4@ Tadabbur Al Qur'an serta Memahami maksudnya/
       terjemahannya
5@ Shalat Dhuha'
6@ Puasa Sunnah Isnin - Khamis
7@ Sedeqah

" Orang mukmin pasti akan dicuba dalam kaitannya dengan harta,
jiwa, anak dan keluarganya. Orang mukmin akan diuji menurut kadar
agamanya. Jika agamanya kuat maka cubaan juga semakin berat."
[Ibnu Kathir]

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Di Balik Setiap Senyuman...^^..

Di Balik Setiap Senyuman...^^..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

~ Ada Air Mata di balik setiap Senyuman ~

Ada Air Mata di balik setiap Senyuman..
Ada Kasih Sayang, di balik Setiap Amarah...

Ada Pengorbanan, di balik setiap Ketidak Pedulian..
Ada Harapan, di balik setiap Kesakitan..

Ada Kekecewaan di balik setiap Derai Tawa..

INGAT , kita bukan satu-satunya MANUSIA dengan segudang
MASALAH..

Tersenyumlah karena SENYUM mampu MENYEMBUHKAN semua
RASA SAKIT..

Al-Imam Al-Habib Abdullah al-Aydrus al-Akbar ra berkata :

" Yang paling banyak Takut kepada Allah SWT adalah orang yang
paling banyak berSedih"

Hanya ALLAH tempat segala bermuara.
KepadaNYA kita berserah atas segala Pinta..

RAMAI LELAKI MEMBINA BADAN DENGAN 'ANGKAT BERAT'
NAMUN TAK RAMAI LELAKI MEMBINA ROHANI DENGAN
" ANGKAT TAKBIR"

Kata-kata MANIS dari bibir seseorang LELAKI tidak
MENGUNTUNGKAN wanita selagi ISLAM tidak menjadi PEGANGAN
UTAMANYA

" Lihatlah orang-orang yang dibawahmu dalam urusan harta dunia,
dan jangan sekali-kali melihat yang berada di atasmu, supaya kamu
tidak meremehkan karunia Allah yang diberikan kepadamu"
(Nabi MUHAMMAD SAW)

Semoga Hari ini lebih Baik dari hari Kemarin... InsyaAllah..

Aamiin Allahuma Aamiin

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Enam (6) Wasiat Saidina 'Umar Bin al Khattab r.a...^^..

Enam (6) Wasiat Saidina 'Umar Bin al Khattab r.a...^^..

Berikut adalah wasiat-wasiat Saidina 'Umar kepada para sahabatnya,
semoga wasiat tersebut boleh memberi panduan dan menjadi bahan
renungan kita juga untuk menjadi orang yang lebih baik lagi.

~> Bila kamu menemukan 'aib yang ada dalam diri seseorang, maka
galilah 'aib yang ada dalam diri kamu sendiri, kerana 'aib kamu belum
tentu sedikit.

~> Bila kamu ingin memusuhi seseorang atau sesuatu, maka musuhilah
perut kamu, kerana tidak ada musuh yang lebih berbahaya bagi kamu
selain perut kamu sendiri.

~> Bila kamu ingin memuji, pujilah Allah S.W.T, kerana tidak ada
sesuatu yang lebih banyak memberi kepada kamu dan lebih santun
serta lembut kepada kamu selain Dia.

~> Bila ada yang ingin kamu tinggalkan, maka tinggalkanlah
kesenangan dunia, sebab justeru bila kamu tinggalkan kamu akan
menjadi terpuji.

~> Bila kamu ingin bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk
mati, sebab bila kamu tidak menyiapkan bekal untuk mati kamu akan
menderita, rugi dan penuh penyesalan.

~> Bila kamu ingin menuntut sesuatu maka tuntutlah akhirat kerana
kamu tidak akan mendapatkannya kecuali dengan mencarinya.

Itulah enam (6) wasiat dari Saidina 'Umar bin Khattab yang patut
kita renungkan dan wajar kita ikuti .. insyaa Allah ~

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Fatimah Az Zahra, Puteri Rasul Allah...^^..

Fatimah Az Zahra, Puteri Rasul Allah...^^..

Nama              : Fathimah
Gelar              : Az-Zahra
Julukan           : Ummu al-Aimah, Sayyidatu Nisa’, al-‘Alamin, Ummu
                        Abiha
Ayah               : Muhammad Rasulullah saww
Ibu                 : Khadijah al-Kubra
Tempat/ Lahir : Makkah, Hari Jum’at, 20 Jumadi al-Tsani (Jamadil
                         Akhir)
Hari/ Wafat    : Selasa, 3 Jumadi al-Tsani Tahun 11 H (Umur : 18
                        Tahun)
Jumlah Anak    : 4 orang; 2 laki-laki dan 2 perempuan
Laki-laki           : Hasan dan Husein
Perempuan       : Zainab dan Ummu Kaltsum

*** Riwayat Hidup

Di antara anak wanita Rasulullah s.a.w, Fathimah Az-Zahra a.s,
merupakan wanita paling utama kedudukannya. Kemuliannya itu
diperoleh sejak menjelang kelahirannya, yang didampingi wanita suci
sebagaimana yang diucapkan oleh Khadijah:

" Pada waktu kelahiran Fatimah a.s, aku meminta bantuan wanita-
wanita Quraish tetanggaku, untuk menolong. Namun mereka menolak
mentah-mentah sambil mengatakan bahwa aku telah menghianati
mereka dengan mendukung Muhammad. Sejenak aku bingung dan
terkejut luar biasa ketika melihat empat orang tinggi besar yang
tak kukenal, dengan lingkaran cahaya disekitar mereka mendekati
aku.

Ketika mereka mendapati aku dalam kecemasan salah seorang dari
mereka menyapaku: " Wahai Khadijah ! Aku adalah Sarah, ibunda
Ishhaq dan tiga orang yang menyapaku adalah Maryam, Ibunda Isa,
Asiah, Putri Muzahim, dan Ummu Kultsum, Saudara perempuan Musa.
Kami semua diperintah oleh Allah untuk mengajarkan ilmu
keperawatan kami jika anda bersedia". Sambil mengatakan hal
tersebut, mereka semua duduk di sekelilingku dan memberikan
pelayanan kebidanan sampai putriku Fathimah a.s lahir."

Meningkat usia 5 tahun, beliau telah ditinggal pergi ibunya. Tidak
secara langsung beliau menggantikan tempat ibunya dalam melayani,
membantu dan membela Rasulullah s.a.w, sehingga beliau mendapat
gelar Ummu Abiha (ibu dari ayahnya). Dan dalam usia yang masih
kanak-kanak, beliau juga telah dihadapkan kepada berbagai macam
ujian dan cobaan. Beliau melihat dan meyaksikan perlakuan keji
kaum kafir Quraish kepada ayahandanya, sehingga seringkali pipi
beliau basah oleh linangan air mata kerana melihat penderitaan
yang dialami ayahnya.

Ketika Rasulullah pindah ke kota Madinah beliau ikut berhijrah
bersama ayahnya. Selang beberapa tahun setelah hijrah tepat pada
tanggal 1 Dzulhijjah, hari Jum’aat, tahun 2 Hijrah, beliau menikah
dengan Ali bin Abi Thalib.

Dari pernikahannya suci yang diberkati oleh Allah SWT, beliau
dikurniai dua orang putra; Hasan dan Husein serta dua orang putri,
Zainab dan Ummi Kaltsum, mereka semua terkenal sebagai orang
yang sholeh, baik dan pemurah hati.

Fathimah bukan hanya seorang anak yang paling berbakti pada
ayahnya, tapi sekaligus sebagai seorang isteri yang setia
mendampingi suaminya di segala keadaan serta sebagai pendidik
terbaik dan berhasil mendidik anak-anaknya.

Masa-masa indah bagi beliau adalah ketika hidup bersama Rasulullah
s.a.w. Beliau mempunyai tempat agung disisi Rasulullah sehingga
digambarkan di kitab Thabari Hal 40, Siti Aisyah berkata: “ Aku
tidak melihat orang yang pembicaraannya mirip dengan Rasulullah
s.a.w seperti Fathimah as. Apabila datang kepada ayahnya, beliau
berdiri, menciumnya, menyambut gembira dan mengiringnya lalu
didudukkan di tempat duduk beliau. Apabila Rasulullah datang
kepadanya, ia pun berdiri menyambut ayahandanya dan mencium
tangan beliau s.a.w".

Tidak hairan, jika setelah kepergian baginda Rasulullah, beliau
sangat sedih dan berduka cita, hatinya menangis dan menjerit
sepanjang waktu. Namun perlu diketahui bahwa kesedihan dan
tangisannya itu bukanlah semata-mata kehilangan Rasulullah s.a.w
tapi juga beliau melihat kelakuan umat sesudahnya yang sudah
banyak menyimpang dari ajaran ayahnya, dimana penyimpangan itu
akan membawa kesengsaraan bagi kehidupan mereka.

Sejarah mencatat bahwa Sayyidah Fathimah Az-Zahra a.s setelah
kepergian Rasulullah s.a.w tidak pernah terlihat senyum apalagi
tertawa. Sejarah juga mencatat bahwa antara beliau dengan
khalifah pertama dan kedua terjadi perselisihan tentang tanah
Fadak dan tentang masalah lainnya. Menurut Sayyidah Fathimah a.s
tanah itu adalah hadiah dari ayahnya untuk dirinya, namun khalifah
berkata: " Bahwa Nabi tidak meninggalkan sesuatu dari keluarganya,
sedangkan warisan nabi berubah statusnya menjadi sedekah yang
digunakan untuk kemaslahatan kaum muslimin".

M.H. Shakir berpendapat: " Wafat Rasulullah s.a.w sangat
mempengaruhinya, ia sangat sedih, berduka dan tangis hatinya
memekik sepanjang masa. Sayang sekali, setelah wafat nabi,
pemerintah mengambil alih tanah fadak dan menyerahkannya
sebagai milik negara".

Kehidupan Fathimah az-Zahra a.s, wanita agung sepanjang masa
adalah kehidupan yang diwarnai kesucian, kesederhanaan,
pengabdian, perjuangan dan pengorbanan bukan kehidupan yang
diwarnai kemewahan yang ramah dan lembut.

Fathimah hanya hidup tidak lebih dari 75 hari setelah kepergian
ayahnya. Pada tanggal 14 Jumadil Ula, tahun 11 Hijriyah wanita suci,
wanita agung dan mulia sepanjang masa, menutup mata dalam usia
yang relatif muda yaitu 18 tahun.

Fathimah Az-Zahra ," Putri bongsu Rasulullah sa.w, telah tiada.
Tidak ada ungkapan yang mampu menggambarkan keagungan
Fathimah Az-Zahra yang sebenarnya. DR. Ali Syariati memberikan
komentar tentang Fathimah: " Saya akan bangga dan hendak
mengatakan , " Fathimah a.s adalah putri Khadijah yang besar".
Saya rasa bukan Fathimah a.s. Saya hendak mengatakan,
" Fathimah a.s adalah putri Rasulullah s.a.w." Saya rasa itu bukan
juga Fathimah. Saya hendak mengatakan, " Fathimah a.s adalah
istri Ali." Saya rasa itu juga bukan Fathimah A.s. Saya hendak
mengatakan Fathimah a.s adalah ibunda Zainab. Saya masih merasa
itu bukan Fathimah a.s. Tidak, semua itu benar tetapi tak satupun
yang menggambarkan Fathimah a.s yang sesungguhnya.
" Fathimah a.s adalah Fathimah a.s."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Kalau ALLAH Itu Maha Baik, Kenapa Bikin Neraka ?...^^..

Kalau ALLAH Itu Maha Baik, Kenapa Bikin Neraka ?...^^..

" Semua Harap Baca, Agar Tidak Tersesat "

Ini kisah nyata seorang gadis melayu yang dangkal ilmu pengetahuan
Islamnya. Didaerah tersebut memberlakukan peraturan bagi pekerja
di tempat umum seperti pasar, toko-toko perniagaan dan lain-lain
bagi wanitanya diharuskan mengenakan jilbab dan menutup aurat
dengan benar. Kerap kali pemerintah mengadakan pemeriksaan
secara mendadak ditoko-toko dan pasar, bagi yang melanggar
maka dikenakan denda.

Selain kena denda mereka yang melanggar aturan diberi nasehat
dari sang ustadz yang bekerjasama dengan pemerintahan.

Suatu hari, seorang gadis tertangkap yang bekerja disebuah toko
karena tidak menutup auratnya. Maka diapun kena denda. Setelah
dia membayar denda, ustadz ini pun menasehati, " Setelah ini, saya
harap saudari bisa insaf dan mentaati peraturan. Peraturan ini bukan
semata dari aturan pemerintah melainkan menutup aurat juga
perintah Allah Swt. Ringkasnya kalau kita mentaati perintahNya
maka akan selamat dan berbalas surga. Sebaliknya jika durhaka
maka akan celaka dan balasan neraka."

Gadis tersebut yang awalnya mendiamkan diri, tiba-tiba membentak
ustadz

" Kalau Tuhan itu betul-betul baik, kenapa bikin neraka ? Kenapa
tidak sediakan surga saja ? Seperti itukah Tuhan penyayang ?".

Mungkin dari tadi gadis itu sudah panas telinganya dinasehati oleh
ustadz terlebih habis terkena denda.

Ustadz itu tertunduk dan berfikir,
" Bahaya anak ini kalau didiamkan akan rusak akhlaknya."

Setelah habis gadis itu mengomeL, ustadz pun menjawab,
" Saudariku, kalau Tuhan tidak bikin neraka, saya tidak akan jadi
ustadz. Berapa sen saja gaji seorang ustadz ? Lebih baik saya jadi
bandar judi yang gampang dapat uang, hidup senang, lepas matipun
tak risau sebab dijamin masuk surga. Mungkin kau juga bisa saya
culik dan dijual jadi pelacur. Kalau mau lari, saya bunuh saja.
Tak apa, sebab neraka tak ada. Nanti kita jumpa lagi disurga.
Kan Tuhan itu baik."

Gadis itu terkejut mendengar jawaban ustadz, bicara macam apa
itu ??

" Saudariku, perkara tadi akan terjadi seandainya surga saja yang
tersedia. Orang jahat, orang baik semua masuk surga. Maka, apa
gunanya berbuat baik ? Orang jahat lagi gampang, manusia tak lagi
diuji sebab semua orang akan lulus, percuma. Pembunuh akan
berjumpa lagi dengan yang dibunuh didalam surga, perampok
berjumpa Lagi dengan yang dirampok didalam surga. Tak ada yang
menerima hukuman. Apakah Tuhan yang seperti ini yang kamu mau ?

Kamu rasa adilkah ?" Tanya ustadz.

" Mana adil seperti itu. Orang jahat gak akan lepas begitu saja."
Rungut si gadis.

Ustadz tersenyum " Jika Tuhan tidak adil, bolehkah dianggap baik ?
Saudariku, saya kasih nasehat karena saya sayang sesama umat
Islam. Allah itu maha penyayang tapi Dia juga maha adil karena
itu Neraka perlu terwujud untuk menghukum hamba-hambanya
yang durhaka, yang menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Kita sedang diuji didunia ini. Jasad kita bahkan segala-galanya milik
Allah. Maka bukan hak kita untuk berbuat sesukanya. Apa yang
dipinjamkan olehNya pasti akan diambil kembali olehNya."

Wahai para wanita...tahukah anda bahwa

(1) Semakin banyak pandangan lelaki yang tergiur denganmu semakin
bertumpuk pula dosa-dosamu

(2) Semakin sang lelaki menghayalkanmu...semakin berhasrat
denganmu maka semakin bertumpuk pula dosa-dosamu

(3) Janganlah anda menyangka senyumanmu yang kau tebarkan
secara sembarangan tidak akan ada pertanggungjawabannya
kelak..!!!. Bisa jadi senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan
seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari-hari..,
apalagi keelokan tubuhmu....

(4) Bayangkanlah... betapa bertumpuk dosa-dosa para artis dan
penyanyi yang aurotnya diumbar di hadapan ribuan...bahkan jutaan
para lelaki ?

(5) Jika anda menjaga kecantikanmu dan kemolekan tubuhmu hanya
untuk suamimu...maka anda kelak akan semakin cantik dan semakin
molek di surga Allah...,

(6) Akan tetapi jika anda umbar kecantikanmu dan kemolekanmu
maka ingatlah itu semua akan sirna dan akan lebur di dalam liang
lahad menjadi santapan cacing dan ulat...dan di akhirat kelak...bisa
jadi berubah menjadi bahan bakar neraka jahannam !

Wallahu'alaam.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Kewajipan Seorang Wanita Muslim...^^..

Kewajipan Seorang Wanita Muslim...^^..

Kewajiban wanita untuk menetap di dalam rumah dan hanya boleh
keluar rumah jika ada kepentingan yang dibenarkan dalam agama.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

" Dan hendaklah kalian (wahai istri-istri Nabi) menetap di rumah-
rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj (sering keluar rumah
dengan berhias dan bertingkah laku) seperti (kebiasaan) wanita-
wanita Jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat
dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud
hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait (istri-istri Nabi)
dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." [Al-Ahzâb/33:33]

Dalam hadits yang shahîh, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda: " Sesungguhnya wanita adalah aurat, maka jika dia keluar
rumah, setan akan mengikutinya (menghiasainya agar menjadi fitnah
bagi laki-laki), dan keadaannya yang paling dekat dengan Rabbnya
adalah ketika dia berada di dalam rumahnya ".[HR Ibnu Khuzaimah
no. 1685, Ibnu Hibban no. 5599 dan at-Thabrâni dalam Al-Mu'jamul
Ausath no. 2890, dinyatakan shahîh oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu
Hibbân, al-Mundziri ]

ANTARA KEMULIAAN WANITA....

Tugas dan tanggung jawab kaum wanita iaitu mendidik dan
mengarahkan anak-anak di dalam rumah.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

" Ketahuilah, kalian semua adalah pemimpin dan kalian semua akan
dimintai pertanggungjawaban tentang apa yang dipimpinnya…seorang
wanita (istri) adalah pemimpin di rumah suaminya bagi anak-anaknya,
dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang (perbuatan)
mereka. " [ HR. Al-Bukhâri no. 2416 dan Muslim no. 1829]

Dunia adalah tempat persinggahan yang di dalamnya terdapat
berbagai tipu daya yang bisa membuat kita lupa akan tujuan yang
sesungguhnya”

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Seorang Isteri Yang Suka BerSyukur...^^..

Seorang Isteri Yang Suka BerSyukur...^^..

Empat tanda Isteri/Perempuan yang berkat :

1@ Perempuan yang cepat nikah (kahwin).
2@ Perempuan yang banyak anak.
3@ Perempuan yang rendah (murah) mas kahwinnya.
4@ Perempuan yang baik maruah (akhlak).

Ketika menelusuri sebuah jalan di kota Bashrah, Al Atabi melihat
seorang wanita yang sangat cantik sedang bersenda gurau dengan
seorang lelaki tua buruk rupa. Setiap kali wanita itu berbisik, laki-laki
tersebut pun tertawa.

Al Atabi yang penasaran kemudian memberanikan diri bertanya
kepada wanita itu. “ Siapa laki-laki tersebut ?”

“ Dia suamiku”

“ Kamu ini cantik dan menawan, bagaimana kamu dapat bersabar
dengan suami yang jelek seperti itu ? Sungguh, ini adalah sesuatu
yang mengherankan” Al Atabi meneruskan pertanyannya.

“ Barangkali karena mendapatkan wanita sepertiku, maka dia
bersyukur. Dan aku mendapatkan suami seperti dirinya, maka aku
bersabar. Bukankah orang yang sabar dan syukur adalah termasuk
penghuni surga ? Tidak pantaskah aku bersyukur kepada Allah atas
karunia ini ?”

Al Atabi kemudian meninggalkan wanita itu disertai kekaguman.
Ulama Al Azhar, Dr Mustafa Murad, juga kagum dengan wanita itu
sehingga memasukkan kisah ini dalam bukunya Qashashush Shaalihiin.
Kedua ulama tersebut tidaklah kagum kepada wanita itu karena
kecantikannya. Mereka kagum karena agamanya.

Dan benarlah pesan Rasulullah: “ Wanita itu dinikahi karena empat
hal; karena hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya.
Maka pilihlah karena agamanya, niscaya kamu akan beruntung.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Wanita yang baik agamanya, ketika dia kaya, dia tidak sombong.
Dia justru dermawan, suka berinfaq dan mendukung perjuangan
dakwah suami dengan hartanya.

Wanita yang baik agamanya, ketika dia memiliki kedudukan tinggi dan
nasab yang mulia, dia tidak menghina orang lain. Dia justru menjadi
wanita yang mulia dan menggunakan kedudukannya untuk membela
kebenaran.

Wanita yang baik agamanya, ketika dia cantik, dia tidak membuat
suaminya resah. Dia justru menjadi penghibur hati dan penyejuk
mata bagi suaminya tercinta. Wallahu a’lam bish.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Tuntutlah Ilmu Yang BerManFaat...^^..

Tuntutlah Ilmu Yang BerManFaat...^^..

Penuhkan dada-dada umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan Iman, Islam dan Ehsan, kerana ketiga-tiga ini akan
membuatkan umat Islam itu sentiasa mempunyai pedoman hidup.
Setiap apa yang dilakukan olehnya akan dinilai dahulu adakah
pekerjaan ini baik dan mendatangkan manfaat kepadanya. Jika
baik, maka teruskan membuatnya. Jika tidak, ia akan tinggalkannya.

Setiap inovasi yang dibuat olehnya adalah bertujuan mendatangkan
manfaat kepada seluruh umat manusia dan Islam. Tetapi bukan
inovasi yang direka olehnya untuk menjahanamkan manusia. Ini
semua berlaku apabila dia faham tentang Islam, jikalau tidak dia
akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam seperti
rasuah, ponteng kerja, curi tulang, cetak rompak dan sebagainya.

Contoh apabila seseorang itu memiliki ilmu agama dan akademik
menjalankan tugas sebagai pegawai bank. Beliau tidak akan
melakukan pecah amanah, kerana fikirannya akan ingat Allah marah,
perbuatan tersebut dosa, haram dan dimasukkan ke dalam neraka
Allah yang sangat pedih azabnya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Sepuluh (10) Wasiat Berharga Hasan al-Banna...^^..

Sepuluh (10) Wasiat Berharga Hasan al-Banna...^^..

1@ Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala
mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan
kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber
pertolongan Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah
ayat al-Quran.  ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya
Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang.
Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2@ Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya.
Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan
masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber
asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah
al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal
dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan
terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian.
Di sini ada kesalaman. Jadilah hamba yang sejahtera.

3@ Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa
al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya
anda telah lama bermula. Iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut
dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa
umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga
mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi ??????
Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4@ Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya !!!
Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah
pertengkaran. Kerana di sana ada unsur lain membisikkan ?
Syaitannnn namanya !!!

5@ Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam
ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum.
Beliau ketawa kena pada tempatnya. Tapi berpada-pada sahaja,
wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan...
Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh. Hanyalah
disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing ! Begitu
juga Aristotle berpendapat, supaya golongan belia ditegah
daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan
perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular 
keburukan dalam diri !!!

6@ Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan.
Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah
kehidupan. Kata seorang penyair : " Berikan kerehatan pada jiwamu
Yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau." Tapi, Kalau
mengubatinya dengan bergurau, Mestilah dalam batas. Seperti
kau masukkan garam ke dalam gulai.

7@ Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan
oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh.
Bahkan menyakit hati orang lain pula !!! Luqman El-Hakim juga
mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada
tempatnya. Itulah katanya suara keldai !!! Surah al-Isra'
memberi tip kepada kita... " Jangan keraskan suaramu dalam solat
Tapi jangan pula merendahkannya, Carilah jalan tengah di antara
keduanya."

8@ Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat, Usahlah merendah-
rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan.
Ayuh !!! Hindarilah... mengumpat ! Tidak sekali mencabuli jemaah-
jemaah lain !!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka !! Tapi sukakah
anda memakan daging kawan anda yang telah mati ?? Sekali-kali
tidak !!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika
anda mengumpat. Tapi mesti minta ampun terhadap orang
umpatanmu bersama !!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan
syarie.

* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9@ Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia.
Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian !!! Salam kasih
sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat.
Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan ...! Lihatlah pensyariatan
ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung !!! Pelbagai lapisan
datang berkunjung !!! Pelbagai darjat datang berkunjung !!!
Sama-sama menjunjung obor suci, Tidak mengenali tapi tak sepi.

10@ Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan
Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa
penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda ! Bersegeralah, kerana...
Sabda Nabi s. a. w bermaksud : " Bertindak segeralah melakukan
amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu !!!
Hormatilah waktu mereka !!! Usahlah berbicara meleret-leret...
Tanpa haluan dan noktahnya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Who Come Closer To You...^^..

Who Come Closer To You...^^..

Sometimes you feel alone and need someone to pull you out of
darkness. You failed to realise Allahs been waiting patiently with
you. " Always turn to Allah.. if you go to Allah walking, He Subhana
wata Ala will come towards you running.. SubhanAllah

He who comes closer to Me one span, I come closer to him a cubit;
and he who comes closer to Me a cubit, I come closer to him a
fathom; and if he comes to Me walking, I come to him running”.

[Al-Bukhari and Muslim].

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ” Jadikanlah dirimu orang
alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu
mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan
yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang
kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” [Riwayat
al-Bazzar]

Telah bersabda Nabi SAW, “ Sesungguhnya jampi-jampi (mantera)
dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat
Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “ Barang
siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan
diberiNya cubaan.” (H.R.Bukhari).

Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya: “ Di antara hamba Allah dan di antara kufur ialah
meninggalkan solat.” (Muslim dan at-Tirmidzi)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ” Ketahuilah bahawa
dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik
maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh
anggota, itulah hati.” [Bukhari dan Muslim]

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

110. An-Nasr 001-003, Terjemahan Al Quran...^^.. (Pertolongan)

110. An-Nasr 001-003, Terjemahan Al Quran...^^..
(Pertolongan)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa
engkau wahai Muhammad, berjaya menguasai negeri Makkah),

2@ Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah secara
beramai-ramai,

3@ Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah
ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Menerima Taubat.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

002. Surah Al Baqarah 001-025, Al Quran English Translation...^^.. (The Female Cow)

002. Surah Al Baqarah 001-025, Al Quran English Translation...^^..
(The Female Cow)

BismillahirRahmanirRahim
In the Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful

1@ Alif, Lam, Mim. [These letters are one of the miracles of the
Qur'an and none but Allah (Alone) knows their meanings].

2@ This is the Book (the Qur'an), whereof there is no doubt, a
guidance to those who are Al-Muttaqun [the pious and righteous
persons who fear Allah much (abstain from all kinds of sins and
evil deeds which He has forbidden) and love Allah much (perform
all kinds of good deeds which He has ordained)].

3@ Who believe in the Ghaib and perform As-Salat (Iqamat-as-
Salat), and spend out of what we have provided for them [i.e. give
Zakat, spend on themselves, their parents, their children, their wives,
etc., and also give charity to the poor and also in Allah's Cause -
Jihad, etc.].

4@ And who believe in (the Qur'an and the Sunnah) which has been
sent down (revealed) to you (Muhammad Peace be upon him ) and in
[the Taurat (Torah) and the Injeel (Gospel), etc.] which were sent
down before you and they believe with certainty in the Hereafter.
(Resurrection, recompense of their good and bad deeds, Paradise
and Hell, etc.).

5@ They are on (true) guidance from their Lord, and they are the
successful.

6@ Verily, those who disbelieve, it is the same to them whether you
(O Muhammad Peace be upon him ) warn them or do not warn them,
they will not believe.

7@ Allah has set a seal on their hearts and on their hearings, (i.e.
they are closed from accepting Allah's Guidance), and on their eyes
there is a covering. Theirs will be a great torment.

8@ And of mankind, there are some (hypocrites) who say: " We
believe in Allah and the Last Day" while in fact they believe not.

9@ They (think to) deceive Allah and those who believe, while they
only deceive themselves, and perceive (it) not !

10@ In their hearts, is a disease (of doubt and hypocrisy) and Allah
has increased their disease. A painful torment is theirs because they
used to tell lies.

11@ And when it is said to them: " Make not mischief on the earth,"
they say: " We are only peacemakers."

12@ Verily ! They are the ones who make mischief, but they perceive
not.

13@ And when it is said to them (hypocrites): " Believe as the people
(followers of Muhammad Peace be upon him, Al-Ansar and
Al-Muhajirun) have believed," they say: " Shall we believe as the fools
have believed ?" Verily, they are the fools, but they not know.

14@ And when they meet those who believe, they say: " We believe,"
but when they are alone with their Shayatin (leader, devils, polytheists,
hypocrites, etc.), they say: " Truly, we are with you; verily, we were
but mocking."

15@ Allah mocks at them and gives them increase in their wrong
doings to wander blindly.

16@ These are they who have purchased error for guidance, so their
commerce was profitless. And they were not guided.

17@ Their likeness is as the likeness of one who kindled a fire; then,
when it lighted all around him, Allah took away their light and left
them in darkness. (So) they could not see.

18@ They are deaf, dumb, and blind, so they will not be return (to
the Right Path).

19@ Or like a rainstorm from the sky, where in is darkness, thunder,
and lightning. They thrust their fingers in their ears to keep out the
stunning thunder clap for fear of death. But Allah ever encompasses
the disbelievers (i.e. Allah will gather them all together).

20@ The lightning almost snatches away their sight, whenever it
flashes for them, they walk the rain, and when darkness covers them,
they stand still. And if Allah willed, He could have taken away their
hearing and their sight. Certainly, Allah has power over all things.

21@ O mankind ! Worship your Lord (Allah), Who created you and
those who were before you so that you may become Al-Muttaqun
[the pious and righteous persons who fear Allah much (abstain from
all kinds of sins and evil deeds which He has forbidden) and love
Allah much (perform all kinds of good deeds which He has ordained)]..

22@ Who has made the earth a resting place for you, and the sky
as a canopy, and sent down water (rain) from the sky and brought
forth there with fruits as a provision for you. Then do not set up
rivals onto Allah (in worship) while you know (that He Alone has
the right to be worshipped).

23@ And if you (Arab pagans, Jews, and Christians) are in doubt
concerning that which We have sent down (i.e. the Qur'an) to Our
slave (Muhammad Peace be upon him ), then produce a Surah
(chapter) of the like there of and call your witnesses (supporters
and helpers) besides Allah, if you are truthful.

24@ But if you cannot do it, and you can never do it, then fear the
Fire (Hell) whose fuel is men and stones, prepared for the disbelievers.

25@ And give glad tidings to those who believe and do righteous good
deeds, that for them will be Gardens under which rivers flow
(Paradise). Every time they will be provided with a fruit there from,
they will say: "This is what we were provided with before," and they
will be given things in resemblance (i.e. in the same form but different
in taste) and they shall have therein Azwajun Mutahharatun
(purified mates or wives), (having no menses, stools, urine, etc.)
and they will abide there in forever.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Ya Fattah, Ya 'Aliim, Ya Qoabidh, (019-021), Nama-Nama Allah Dan Fadhilatnya...^^..

Ya Fattah, Ya 'Aliim, Ya Qoabidh, (019-021), Nama-Nama Allah Dan
Fadhilatnya...^^..

*** Al Fattah. (019) ***
(Maha Pembuka)

Al Fattah, Maha Membukakan, Membuka khazanah rahmatNya untuk
seluruh hambaNya. Dia membuka jalan, membuat kejayaan dan
memberi kemenangan dengan mudah dengan rahmatNya.

+++ Menghindari Cinta Kepada Dunia
Orang yang membaca, (Ya Fattah) sebanyak 71 kali setiap selesai
mengerjakan fardu subuh, sedangkan tangannya diletakkan di atas
dadanya, insya Allah hatinya akan bersih bercahaya, dipermudahkan
segala urusannya dan keluar cinta dunia dari hatinya.

+++ Membuka Hati
Orang yang mewiridkan (Ya Fattah), insya Allah akan terbuka hatinya
bersama keyakinan, dan dia akan diberikan kemenangan oleh Allah.

+++ Berjaya Dalam Peperiksaan
Selepas solat fardhu Isyak, lakukan solat sunat hajat dua rakaat
dan kemudian baca (Ya Fattah) 489 kali. Insya Allah, saudara akan
berjaya dalam peperiksaan atau kes-kes mahkamah yang saudara
hadapi.

*** Al 'Aliim. (020) ***
(Maha Mengetahui)

Al 'Aliim, Maha Mengetahui. Mengetahui segala yang wujud dan tidak
ada sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuanNya. Semuanya
perkara jelas dalam pengetahuanNya.

+++ Dikurniakan Ilmu Ghaib
Sesiapa yang membaca (Ya 'Aliim) 100 kali selesai mengerjakan
solat fardu, insya Allah dia akan memperolehi, ilmu ma'rifat dan
kasyaf serta iman yang sempurna. Ilmu duniawinya juga akan
bertambah.

+++ Cahaya Di Dalam Hati
Orang yang selalu membaca zikir (Ya 'Aliim), insya Allah hatinya
akan disinari cahaya " Nur" keIslaman yang suci.

*** Al Qoabidh. (021) ***
(Maha Penyempit Hidup)

Al Qoabidh, Maha Penggenggam dan Maha Menyempitkan. Mengambil
nyawa atau menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya.

+++ Membuang Halangan Dan Menewaskan Musuh
Sesiapa yang membaca, (Ya Qoabidh) sebanyak 100 kali dengan niat
menghalang orang zalim menganiaya orang lain, insya Allah orang
zalim itu tidak sanggup berbuat zalim. Saudara juga tidak akan kalah
di tangan musuh jika dibaca tiga hari berturut-turut sebelum dan
selepas solat.

+++ Mendekatkan Diri Kepada Allah s.w.t.
Sesiapa yang membaca, (Ya Qoabidh) 100 kali setiap malam Jumaat,
insya Allah akan bertambah hampir dia kepada Allah s.w.t. Doa
saudara juga akan termakbul dan mendapat kebahagiaan hakiki.

+++ Terhindar Dari Kelaparan Dan Seksaan Kubur
Tuliskan (Ya Qoabidh) di atas atau pada makanan anda (roti, buah)
dan kemudian makan. Ulangi selama 40 hari berturut-turut,
insyaAllah saudara akan terhindar dari kelaparan. Jika diwiridkan
setiap masa, saudara akan selamat dari seksaan kubur.

+++ Haid Yang Tidak Putus
Wanita atau anak gadis yang masih mengalami pendarahan walaupun
tempoh haid telah tamat, hendaklah membaca (Ya Qoabidh) 151 kali
dan menghembus ke dalam gula dan makan. Insya Allah, darah akan
berhenti.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Ya Qohhar, Ya Wahhab, Ya Rozzaq, (016-018), Nama-Nama Allah Dan Fadhilatnya...^^..

Ya Qohhar, Ya Wahhab, Ya Rozzaq, (016-018), Nama-Nama Allah
Dan Fadhilatnya...^^..

*** Al Qohhar. (016) ***
(Maha Memaksa)

Al Qohhar, Maha Mengetahui. Mengenggam segala sesuatu dalam
kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
Penguasa yang menguasai segala-galanya secara mutlak (termasuk
malaikat, golongan jin, gunung-ganang, haiwan dan tumbuh-tumbuhan).

+++ Bersifat Zuhud/Tidak Cintakan Dunia
Sesiapa yang  membaca (Ya Qohhar) sebanyak 306 kali sehari
semalam, insyaAllah akan terhapus dari hatinya perasaan cinta dunia
dan kehebatan setiap sesuatu selain Allah s.w.t dan Allah s.w.t akan
menolongnya dari menghadapi musuhnya.

+++ Ditunaikan Segala Hajatnya
Sesiapa yang mempunyai hajat, lalu membaca (Ya Qohhar) 100 kali ,
kemudian dia menadahkan kedua belah tangannya (berdoa) dan
mengangkat kepalanya, insya Allah dimakbulkan hajatnya.

+++ Terhindar Dari Melakukan Maksiat
Orang yang selalu membaca (Ya Qohhar) akan terhindar daripada
membuat kejahatan. Agar niat jahatnya dan amalan jahatnya akan
tergendala kerana membaca sifat Allah yang juga Maha Memaksa.

+++ Cinta Kepada Menunaikan Solat
Mereka yang selalu meremehkan solat fardhu, kerana ikatan kepada
urusan duniawi boleh mengamalkan membaca, (Ya Qohhar) 100 kali
setiap hari. Allah s.w.t. cuma memaksa dan meminta kita menunaikan
cuma 5 solat fardhu dalam sehari, kerana Dia tahu, hambanya
mempunyai banyak lagi urusan duniawi. Oleh itu, Dia memberi masa
yang cukup untuk semua hambaNya.

*** Al Wahhab. (017) ***
(Maha Pemberi)

Al Wahhab, Maha Pemberi, Terlalu banyak nikmat-nikmat pemberian
yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada makhluk-makhlukNya.

+++ Mendapat Kekayaan, Kehebatan Dan Kebesaran
Orang yang membaca (Ya Wahhab) sebanyak 300 kali atau lebih
setiap hari atau selepas selesai mengerjakan solat fardhu. Insya
Allah dia akan mendapatkan kekayaan, kehebatan dan kebesaran.
Juga boleh diamalkan semasa sujud terakhir Solat Sunat Dhuha.

+++ Dimakbulkan Permintaan
Sesiapa yang menyebut  7 kali semasa memohon sesuatu
daripada Allah s.w.t. Jika dibaca (Ya Wahhab) 100 kali dengan
menadah tangan ke langit, insyaAllah permohonan dan pertanyaan
anda akan terjawab.

+++ Mendapat Rezeki
Sesiapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin.
Hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan
membaca (Ya Wahhab) 70 kali. Insya Allah, dia akan mendapat
makanan atau tawaran tanpa disangka-sangka (dari kawan, jiran
atau seumpamanya). Saudara juga tidak merasa kelaparan (dapat
menahan lapar) jika, membaca (Ya Wahhab) 41 kali semasa sujud
akhir solat Zohor.

+++ Membebaskan Diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan saudara tidak mencukupi,
bacalah (Ya Wahhab) 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat
sunat nawafil dua rakaat di tengah malam. Insya Allah saudara akan
bebas dari situasi tersebut.

+++ Menjelaskan Hutang
Kerjakanlah solat sunat hajat atau nawafil dua rakaat selepas
tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak. Kemudian,
memalingkan wajah ke langit dan membaca (Ya Wahhab) 111 kali.
Kemudian hendaklah membaca Al Fatihah dan hendaklah dilakukan
tiga malam berturut-turut (tiga Khamis). Insya Allah, keperluan
saudara akan tersedia dan segala hutang piutang dapat segera
dilangsaikan.

*** Ar Rozzaq. (018) ***
(Maha Memberi Rezeki)

Ar Rozzaq, Maha Pemberi Rezeki, menentukan bekalan rezeki serta
menyediakan asbab-asbab (sumber-sumber), untuk setiap makhluk-
makhlukNya. 

+++ Dimurahkan Rezeki
Orang yang mengamalkan zikir ini insyaAllah akan lapang
penghidupannya dan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangkanya.
Kaifiatnya begini, selepas selesai mengerjakan solat subuh,
berdirilah disebelah kanan rumah dengan menghadap ke arah kiblat,
kemudian baca: (Ya Rozzaq) sebanyak  10 kali. Kemudian berdiri
di sebelah kiri rumah (menghadap Kiblat) dan membaca (Ya Rozzaq)
10 kali.

Setelah itu pindah ke sebelah hadapan rumah, berdiri menghadap
kiblat dan membaca zikir (Ya Rozzaq) 10 kali, Dan yang terakhir,
berdirilah dengan menghadap arah ke kiblat di belakang rumah dan
baca zikir (Ya Rozzaq) 10 kali, insyaAllah akan murah rezeki orang
yang mengamalkannya. Saudara juga akan terhindar dari penyakit
dan kemiskinan tidak akan menimpa keluarga saudara.

+++ Kefahaman Yang Mendalam Dalam Satu Ilmu Allah (Ghaib/Nyata)
Sesiapa yang membaca (Ya Rozzaq) 20 kali setiap hari, sebelum
sarapan dan diwiridkan selama 20 hari, insyaAllah, dia akan diberi
kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara.

+++ Usahanya Berjalan Lancar
Orang yang berulangkali membaca zikir (Ya Rozzaq), segala usahanya
dan keinginan saudara akan berjalan lancar, insyaAllah.

+++ Memajukan Perniagaan
Baca (Ya Rozzaq) 308 kali di empat penjuru kedai atau pejabat, 
dengan muka menghadap kiblat sebaik sahaja selesai solat Subuh.
InsyaAllah, perniagaan akan bertambah maju dan rezeki bertambah.

+++ Merendahkan Kemarahan Penguasa
Jika saudara mempunyai hajat dengan pemerintah atau kerajaan
di tempat saudara, baca (Ya Rozzaq) sebelum bertemu dengannya.
InsyaAllah, saudara akan mendapat keputusan yang memuaskan, dan
jika dia sedang marah, pasti keadaan akan menjadi tenang dan
kemarahannya segera hilang.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

Ya Baari', Ya Musawwir, Ya Ghoffar, (013-015), Nama-Nama Allah Dan Fadhilatnya...^^..

Ya Baari', Ya Musawwir, Ya Ghoffar, (013-015), Nama-Nama Allah
Dan Fadhilatnya...^^..

*** Al Baari'. (013) ***
(Maha Perancang)

Al Baari', Yang Maha Perancang, Maha Pembuat. Mengadakan tiap
sesuatu yang bernyawa yang ada permulaannya. Ertinya tidak ada
kehidupan yang wujud atau bermula tanpa perintah Allah s.w.t.
Al Baari' adalah Pencipta segala sesuatu sesuai dengan sifatnya.

+++ Tenang Dari Seksaan Kubur
Sesiapa yang membaca (Ya Baari') 100 kali pada siang hari,
insyaAllah akan selamat dari kebinasaan dan tidak merasa takut
di dalam kubur. Merasa yakin dengan kebajikan dan amalan yang
dikerjakan, serta berusaha memperbaiki diri agar dikasihi Allah s.w.t.

+++ Sembuhkan Penyakit
Sesiapa yang membaca (Ya Baari') 100 kali setiap malam dan
diwiridkan selama tujuh malam berturut-turut, insyaAllah akan
disembuhkan segala penyakit di tangannya, begitu juga penyakit
yang dihidapinya.

+++ Memperoleh Anak
Bagi wanita yang tidak mendapat anak, hendaklah dia berpuasa selama
tujuh hari dan kemudian membaca Al Baari' Ul Musawwir beberapa
kali setiap hari selepas solat Asar ketika masih lagi duduk di tikar
sembahyang.

Sebelum berbuka puasa, hendaklah dia berdoa dan menghembus
ke dalam air yang diminumnya ketika berbuka nanti. InsyaAllah doanya
akan dimakbulkan.

*** Al Musawwir. (014) ***
(Maha Memberi Rupa Bentuk)

Al Musawwir, Maha Pembentuk. Memberikan gambaran atau bentuk
terhadap sesuatu yang berbeza dengan yang lainnya. Maksudnya
Al Kho'liq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asalnya
mulanya atau mentakdirkan adanya itu. Al Baari' ialah
mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya. Sedangkan Al
Musawwir ialah memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan,
kegunaannya dan keperluannya sama ada makhluk di dunia mahupun
di alam lain (alam ghaib, alam jin dan juga akhirat). 

+++ Pekerjaannya Bertambah Baik
Sesiapa yang membaca (Ya Musawwir) sebanyak 336 kali atau lebih,
insyaAllah segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya akan
menjadi baik dan mendapat hasil yang baik.

+++ Mendapat Anak Yang Soleh
Sesiapa yang membacanya (Ya Musawwir) 10 kali sebelum membuka
aurat isteri atau sebelum bersetubuh dengannya, insyaAllah dia akan
mendapat anak yang soleh.

+++ Memudahkan Perempuan Bersalin
Jika seorang perempuan yang bakal melahirkan anak ingin mengelak
kesusahan bersalin, hendaklah dia berpuasa 7 hari, dan setiap hari
ketika berbuka puasa ia membaca ketiga-tiga nama Allah (Ya Kho'liq,
Ya Baari', dan Ya Musawwir) sebanyak 21 kali, kemudian hendaklah
dia menghembuskan nafas ke dalam segelas air, kemudian dia
berbuka puasa dengan air tersebut. Dengan demikian Allah akan
memudahkan wanita itu bersalin.

+++ Memperoleh Anak Yang Cantik
Wanita yang ingin mendapatkan anak yang cantik hendaklah berpuasa
selama 7 hari berturut-turut dan membaca (Ya Musawwir) beberapa
kali selepas solat Asar ketika duduk di tikar sembahyang. Kemudian
baca surah Al Fatihah dan menghembus ke dalam gelas yang airnya
kemudian diminum ketika berbuka puasa.

*** Al Ghoffar. (015) ***
(Maha Pengampun)

Al Ghoffar, Maha Pengampun, Suka memaafkan dan mengampunkan
dosa-dosa hambaNya. Begitu juga menutupi dosa-dosa dan kesalahan
hambaNya yang dikehendakiNya. Tidakkah Allah s.w.t. menukarkan
niat burukmu kepada yang baik dan mengurniakan sepuluh kebaikan
ke atas niat kebajikanmu.

+++ Diampunkan Dosanya
Sesiapa yang selalu membaca (Ya Ghoffar) di waktu siang, akan
diampunkan segala kesalahan dan dosanya.

+++ Keampunan Dari Allah
Sesiapa yang membaca (Ya Ghoffar) 100 kali setelah selesai
mengerjakan solat Jumaat, insyaAllah ia akan mendapat keampunan
dari Allah s.w.t.

+++ Kekayaan Anak Dan Harta
Menurut ulama salaf, sesiapa yang ingin mempunyai banyak harta
dan anak, hendaklah dia membaca zikir di bawah ini 70 kali setiap
hari.

Zikirnya ( Astaq firullah Ha Innahu kana Ghaffara) { Aku memohon
keampunan dari Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun}

+++ Memperolehi Makanan
Apabila berada di dalam kesusahan dan tiada makanan di rumah atau
sebagainya, hendaklah memohon keampunan dari. Kemudian selepas
solat Isyak, baca (Ya Ghoffar, Ya Allah) 100 kali. Kemudian berdoa,
supaya kesukaran beransur-ansur hilang dan dikurniakan sedikit
rezeki yang mencukupi.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..