Monday 14 July 2014

Ya Muk'min, Ya Muhaimin, Ya 'Aziz, (007-009), Nama-Nama Allah Dan Fadhilatnya...^^..

Ya Muk'min, Ya Muhaimin, Ya 'Aziz, (007-009), Nama-Nama Allah
Dan Fadhilatnya...^^..

*** Al Muk'min. (007) ***
(Maha Pengaman)

Al Muk'min, menjaga keamanan dan penjaga Iman. Sesiapa di antara
makhlukNya yang melakukan kesalahan atau menganiaya makhluk lain
akan dibalas dengan adilnya manakala bagi mereka yang taat kepada
perintahNya akan dibalas dengan kebaikan seadilnya berdasarkan
janji-janji Allah. Dia benar-benar akan memenuhi janjiNya dengan
mengurniakan pahala yang baik.

+++ Perlindungan Diri Dan Harta. 
Sesiapa yang membaca: (Ya Muk'min) sebanyak 136 kali, bila-bila
masa, maka amanlah dirinya dan hartanya dari sebarang bahaya yang
menakutkan.

+++ Selamat Dari Bahaya.
Sesiapa yang sentiasa membaca (Ya Muk'min) akan selamat dari
segala jenis bahaya dan bencana. Dan jika diwiridkan 126 kali, harta
benda anda akan terpelihara.

+++ Menjadi Orang Yang Ikhlas
Sentiasa amalkan membaca (Ya Muk'min) 126 kali dan Nur Islam
akan memancar di wajah dan orang akan melihat saudara sebagai
seorang yang ikhlas dan berIman dengan Allah s.w.t. Syaitan juga
tidak akan menghampiri saudara, Insya Allah.

+++ KeTeguhan Iman.
Jika ( Ya Muk'min) di baca dalam kumpulan yang terdiri dari Muslim
yang taat, akan bertambah kekuatan Iman mereka, dan ini adalah
satu amalan yang baik untuk keteguhan Iman dan keyakinan dalam
Islam.

*** Al Muhaimin. (008) ***
( Maha Pelindung/Penjaga)

Al Muhaimin, Yang Maha Mengambil Berat, Menjaga dan Melindungi.
Ertinya Allah s.w.t. mentadbir dan menjaga segala sesuatu.

+++ Dibersihkan Zahir Dan Batin
Sesiapa yang membaca (Ya Muhaimin) 100 kali setelah mengerjakan
solat sunat dua rakkat (pada waktu/tengah malam), Insya Allah,
dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya. Jiwa
dan jasadnya akan dibersihkan.

+++ Kuat Ingatan
Baca (Ya Muhaimin) 145 kali selepas solat Isyak, insya Allah, saudara
akan memperolehi daya ingatan dan hafalan yang kuat. Mereka yang
lemah daya ingatan, di anjurkan membaca wirid ini pagi dan petang.

+++ Pelindung Diri.
Selepas berwuduk atau mandi sunat untuk solat Jumaat, kerjakan
solat sunat dua rakaat dan baca (Ya Muhaimin) 115 kali, insya Allah,
saudara akan dijauhi perasaan bimbang sehingga Jumaat yang
berikutnya.

+++ Keamanan.
Baca (Ya Muhaimin), 40 kali sehari untuk merasa aman dan tenteram.

+++ Mempelajari Rahsia Ilahi.
Allah s.w.t. mengajar rahsiaNya, jika kita membaca (Ya Muhaimin)
setiap waktu . Jika saudara membaca 101 kali, ketika saudara
inginkan sesuatu, insya Allah keinginan saudara akan tercapai.

*** Al 'Aziz. (009) ***
(Maha Mulia/Perkasa)

Al 'Aziz, ialah Penakluk Yang Maha Agung, Maha Mulia. Allah s.w.t.
membuat sesuatu mengikut apa yang disukaiNya. Bukankah salah satu
sifat Allah s.w.t. ialah bila Dia hendak melakukan sesuatu, cukup
bagiNya berfirman; "" Jadi !" Maka jadilah ia." Dia berkuasa dan
mampu untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya.

+++ Menjadi Terkenal Dan Mudah Berdikari
Sesiapa yang membaca (Ya 'Aziz) sebanyak 40 kali, setiap hari,
selama 40 hari, selepas solat Subuh, insya Allah, dia akan dikurniakan
kekayaan oleh Allah s.w.t. Dirinya akan dikenali ramai, disanjung
tinggi dan disegani orang kerana penuh kewibawaan. Wirid ini juga
menjadikan saudara tidak bergantung, tidak berhajat kepada sesiapa
dan kepada makhluk Allah yang lain.

+++ Rezeki Yang Tersembunyi.
Barangsiapa yang membaca (Ya Allah, Ya 'Aziz) 100 kali selepas solat
Subuh. Mereka akan mendapat rezeki (makanan, tidak lapar atau
lain-lainnya) secara tidak kelihatan, dan ia mestilah dibaca setiap hari.

+++ Meminta Hujan
Membaca nama Allah s.w.t. (Ya 'Aziz), akan menyelesaikan banyak
masalah. Jika terjadi kemarau, bacalah (Ya 'Aziz) 200 kali di waktu
pagi sebelum subuh.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment