Wednesday 2 July 2014

102. At-Takaathur 001-008, Terjemahan Al Quran...^^.. (Bermegah-Megah)

102. At-Takaathur 001-008, Terjemahan Al Quran...^^..
(Bermegah-Megah)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Perbuatan bermegah-megah dan berlumba-lumba (mendapat
dengan sebanyak-banyaknya harta benda, anak-pinak, pangkat dan
pengaruh) telah melalaikan kamu (daripada mengerjakan amal bakti),

2@ Sehingga kamu masuk ke dalam kubur.

3@ Jangan sekali-kali (bersikap demikian) ! Kamu akan mengetahui
kelak (akibat perbuatanmu itu semasa hendak mati) !

4@ Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian),
Kamu akan mengetahui (kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat) !

5@ Demi sesungguhnya ! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu
akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan
mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari
akhirat).

6@ (Ingatlah) demi sesungguhnya ! Kamu akan melihat neraka
Jahannam yang marak menjulang.

7@ Selepas itu demi sesungguhnya ! kamu (wahai orang-orang yang
derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (dengan
mata kepala sendiri, semasa kamu dilemparkan ke dalamnya) !

8@ Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala
nikmat (yang kamu telah menikmatinya di dunia) !

#### Kamu (hai manusia), telah lalai dan alpa kepada Allah kerana
kamu berlumba-lumba dalam hal harta-benda dan anak-anak padahal
kamu akhirnya meninggalkan dunia dan masuk ke alam kubur tanpa
membawa apa-apa selain daripada sehelai kain putih. Nanti kamu
bakal tahu dan melihat neraka, serta dilemparkan ke dalamnya.

Di sana kamu akan diperiksa mengenai nikmat Allah yang telah kamu
terima di atas dunia. Oleh sebab itu, hendaklah ingat kepada Allah,
dengan mengerjakan sembahyang 5 kali sehari semalam, sebagai
tanda terima kasih atas pemberianNya kepadamu. Di sini kita dapat
ketahui, bahawa mencari harta benda dan ramai anak itu tidak
dilarang, asalkan tidak lupa kepada Allah. ####

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment