Monday 14 July 2014

Enam (6) Wasiat Saidina 'Umar Bin al Khattab r.a...^^..

Enam (6) Wasiat Saidina 'Umar Bin al Khattab r.a...^^..

Berikut adalah wasiat-wasiat Saidina 'Umar kepada para sahabatnya,
semoga wasiat tersebut boleh memberi panduan dan menjadi bahan
renungan kita juga untuk menjadi orang yang lebih baik lagi.

~> Bila kamu menemukan 'aib yang ada dalam diri seseorang, maka
galilah 'aib yang ada dalam diri kamu sendiri, kerana 'aib kamu belum
tentu sedikit.

~> Bila kamu ingin memusuhi seseorang atau sesuatu, maka musuhilah
perut kamu, kerana tidak ada musuh yang lebih berbahaya bagi kamu
selain perut kamu sendiri.

~> Bila kamu ingin memuji, pujilah Allah S.W.T, kerana tidak ada
sesuatu yang lebih banyak memberi kepada kamu dan lebih santun
serta lembut kepada kamu selain Dia.

~> Bila ada yang ingin kamu tinggalkan, maka tinggalkanlah
kesenangan dunia, sebab justeru bila kamu tinggalkan kamu akan
menjadi terpuji.

~> Bila kamu ingin bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk
mati, sebab bila kamu tidak menyiapkan bekal untuk mati kamu akan
menderita, rugi dan penuh penyesalan.

~> Bila kamu ingin menuntut sesuatu maka tuntutlah akhirat kerana
kamu tidak akan mendapatkannya kecuali dengan mencarinya.

Itulah enam (6) wasiat dari Saidina 'Umar bin Khattab yang patut
kita renungkan dan wajar kita ikuti .. insyaa Allah ~

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment