Monday 14 July 2014

Ya Baari', Ya Musawwir, Ya Ghoffar, (013-015), Nama-Nama Allah Dan Fadhilatnya...^^..

Ya Baari', Ya Musawwir, Ya Ghoffar, (013-015), Nama-Nama Allah
Dan Fadhilatnya...^^..

*** Al Baari'. (013) ***
(Maha Perancang)

Al Baari', Yang Maha Perancang, Maha Pembuat. Mengadakan tiap
sesuatu yang bernyawa yang ada permulaannya. Ertinya tidak ada
kehidupan yang wujud atau bermula tanpa perintah Allah s.w.t.
Al Baari' adalah Pencipta segala sesuatu sesuai dengan sifatnya.

+++ Tenang Dari Seksaan Kubur
Sesiapa yang membaca (Ya Baari') 100 kali pada siang hari,
insyaAllah akan selamat dari kebinasaan dan tidak merasa takut
di dalam kubur. Merasa yakin dengan kebajikan dan amalan yang
dikerjakan, serta berusaha memperbaiki diri agar dikasihi Allah s.w.t.

+++ Sembuhkan Penyakit
Sesiapa yang membaca (Ya Baari') 100 kali setiap malam dan
diwiridkan selama tujuh malam berturut-turut, insyaAllah akan
disembuhkan segala penyakit di tangannya, begitu juga penyakit
yang dihidapinya.

+++ Memperoleh Anak
Bagi wanita yang tidak mendapat anak, hendaklah dia berpuasa selama
tujuh hari dan kemudian membaca Al Baari' Ul Musawwir beberapa
kali setiap hari selepas solat Asar ketika masih lagi duduk di tikar
sembahyang.

Sebelum berbuka puasa, hendaklah dia berdoa dan menghembus
ke dalam air yang diminumnya ketika berbuka nanti. InsyaAllah doanya
akan dimakbulkan.

*** Al Musawwir. (014) ***
(Maha Memberi Rupa Bentuk)

Al Musawwir, Maha Pembentuk. Memberikan gambaran atau bentuk
terhadap sesuatu yang berbeza dengan yang lainnya. Maksudnya
Al Kho'liq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asalnya
mulanya atau mentakdirkan adanya itu. Al Baari' ialah
mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya. Sedangkan Al
Musawwir ialah memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan,
kegunaannya dan keperluannya sama ada makhluk di dunia mahupun
di alam lain (alam ghaib, alam jin dan juga akhirat). 

+++ Pekerjaannya Bertambah Baik
Sesiapa yang membaca (Ya Musawwir) sebanyak 336 kali atau lebih,
insyaAllah segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya akan
menjadi baik dan mendapat hasil yang baik.

+++ Mendapat Anak Yang Soleh
Sesiapa yang membacanya (Ya Musawwir) 10 kali sebelum membuka
aurat isteri atau sebelum bersetubuh dengannya, insyaAllah dia akan
mendapat anak yang soleh.

+++ Memudahkan Perempuan Bersalin
Jika seorang perempuan yang bakal melahirkan anak ingin mengelak
kesusahan bersalin, hendaklah dia berpuasa 7 hari, dan setiap hari
ketika berbuka puasa ia membaca ketiga-tiga nama Allah (Ya Kho'liq,
Ya Baari', dan Ya Musawwir) sebanyak 21 kali, kemudian hendaklah
dia menghembuskan nafas ke dalam segelas air, kemudian dia
berbuka puasa dengan air tersebut. Dengan demikian Allah akan
memudahkan wanita itu bersalin.

+++ Memperoleh Anak Yang Cantik
Wanita yang ingin mendapatkan anak yang cantik hendaklah berpuasa
selama 7 hari berturut-turut dan membaca (Ya Musawwir) beberapa
kali selepas solat Asar ketika duduk di tikar sembahyang. Kemudian
baca surah Al Fatihah dan menghembus ke dalam gelas yang airnya
kemudian diminum ketika berbuka puasa.

*** Al Ghoffar. (015) ***
(Maha Pengampun)

Al Ghoffar, Maha Pengampun, Suka memaafkan dan mengampunkan
dosa-dosa hambaNya. Begitu juga menutupi dosa-dosa dan kesalahan
hambaNya yang dikehendakiNya. Tidakkah Allah s.w.t. menukarkan
niat burukmu kepada yang baik dan mengurniakan sepuluh kebaikan
ke atas niat kebajikanmu.

+++ Diampunkan Dosanya
Sesiapa yang selalu membaca (Ya Ghoffar) di waktu siang, akan
diampunkan segala kesalahan dan dosanya.

+++ Keampunan Dari Allah
Sesiapa yang membaca (Ya Ghoffar) 100 kali setelah selesai
mengerjakan solat Jumaat, insyaAllah ia akan mendapat keampunan
dari Allah s.w.t.

+++ Kekayaan Anak Dan Harta
Menurut ulama salaf, sesiapa yang ingin mempunyai banyak harta
dan anak, hendaklah dia membaca zikir di bawah ini 70 kali setiap
hari.

Zikirnya ( Astaq firullah Ha Innahu kana Ghaffara) { Aku memohon
keampunan dari Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun}

+++ Memperolehi Makanan
Apabila berada di dalam kesusahan dan tiada makanan di rumah atau
sebagainya, hendaklah memohon keampunan dari. Kemudian selepas
solat Isyak, baca (Ya Ghoffar, Ya Allah) 100 kali. Kemudian berdoa,
supaya kesukaran beransur-ansur hilang dan dikurniakan sedikit
rezeki yang mencukupi.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment