Wednesday 2 July 2014

109. Al-Kafirun 001-006, Terjemahan Al Quran...^^.. (Golongan Kafir)

109. Al-Kafirun 001-006, Terjemahan Al Quran...^^..
(Golongan Kafir)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Wahai orang-orang kafir !"

2@ “ Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah."

3@ “ Dan kamu bukan penyembah Tuhan (Allah) yang aku sembah."

4@ “ Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu
sembah (beribadat secara kamu beribadat)."

5@ “ Dan kamu pula tidak pernah mahu menyembah Tuhan (Allah)
yang aku sembah (beribadat secara aku beribadat)."

6@ “ Bagi kamu agama kamu, dan untuk akulah agamaku”.

#### Sebahagian kaum Quraisy berkata: " Ya Muhammad, ikutilah
agama kami kelak kami akan ikut agama kamu. Kamu sembah Tuhan
kami setahun dan kami sembah Tuhan kamu setahun pula."
" Nauzubillah" kata Nabi. " Aku berlindung kepada Allah daripada
syirik itu." Kemudian turunlah surah Al Kafirun.

Katakanlah ya Muhammad, " Wahai orang kafir, aku tidak akan
menyembah berhala yang kamu sembah dari dari sekarang sampai
masa akan datang dan kamu tidak akan menyembah Tuhan yang aku
sembah. Aku tidak pernah sejak dahulu menyembah berhala yang
kamu sembah dan kamu tidak pernah menyembah Tuhan yang aku
sembah. Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku."

Menurut tafsir itu, Nabi s.a.w. tidak pernah menyembah berhala
sejak kecil sehingga dewasa dan menjadi nabi dan rasul. Nabi s.a.w.
adalah suci daripada sebarang bentuk kesyirikan sejak kecil lagi. ##

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment