Friday 11 July 2014

Maksud Al Wasilah Dalam Al Quran, Al Hadith Dan Athar Para Sahabat...^^..

Maksud Al Wasilah Dalam Al Quran, Al Hadith Dan Athar Para Sahabat...^^..

Makna (wasilah) dalam Al-Qur’an Al-Karim dalam firman Allah s.w.t
surah Al-Maidah ayat 35:

Maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kepada
Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan
mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya."

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Isra’ ayat 57:
Maksudnya: " Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing
mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat
ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya."

Ulama mentafsirkan perkataan (wasilah) dalam kedua-dua ayat ini
sebagai jalan mencari keredhaan Allah s.w.t dan mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t dengan ketaqwaan.

Makna (wasilah) dalam hadith nabi s.a.w, sabda nabi s.a.w:

Maksudnya: Dari Abdillah bin ‘Amru bin Al-‘As, sesungguhnya dia
mendengar nabi s.a.w bersabda: " Sekiranya kamu mendengar seruan
azan, maka berkatalah seperti mana yang dikatannya kemudian
berselawatlah ke atasku, maka sesungguhnya barang siapa yang
selawat ke atasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat
ke atasnya dengan sepuluh selawat, kemudian mohonlah kepada Allah
ke atasku Al-Wasilah. Sesungguhnya ia adalah kedudukan di dalam
syurga, tidak memperolehi olehnya melainkan hamba dari hamba-
hamba Allah, dan aku berharapa agar akulah orangnya. Barang siapa
yang memohon ke atasku Al-Wasilah maka halallah (layaklah)
ke atasnya Al-Syafaat."

Maksud (wasilah) dalam hadith ini ialah satu kedudukan yang tinggi
dan terpuji dalam syurga Allah s.w.t. Sering dibaca dalam doa selepas
azan: " Ati saidina Muhammadanil wasilata wal fadhilah." yang
bermaksud: " berikanlah kedudukan yang tinggi, kelebihan pangkat
dan kehormatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad..."

Athar sahabat, Saidina Umar Al-Khattab yang meminta kepada bapa
saudar nabi s.a.w Al-Abbas r.a untuk mendoakan ke atasnya selepas
kewafatan nabi s.a.w. Ulama sepakat mengatakan harus meminta
kepada orang yang masih hidup untuk mendoakan ke atas diri kita
atau ke atas diri orang yang telah mati. Ini juga di kenali sebagai
(wasilah). Tetapi haram hukumnya meminta kepada orang yang telah
mati sebagai perantara (wasilah) dalam berdoa.

Ini kerana orang yang telah mati tidak memberi apa-apa manfaat
kepada orang hidup dan semua amalannya telah terputus melainkan
tiga perkara, seperti hadith nabi s.a.w:

Maksudnya: " Sekiranya mati anak Adam maka terputuslah amalannya
melainkan tiga: sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak
soleh yang mendoakannya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment