Wednesday 2 July 2014

107. Al-Ma’un 001-007, Terjemahan Al Quran...^^.. (Barangan Berguna)

107. Al-Ma’un 001-007, Terjemahan Al Quran...^^..
(Barangan Berguna)

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1@ Tahukah engkau, orang yang mendustakan agama (meliputi hari
pembalasan) ?

2@ Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak
yatim,

3@ Dan tidak menganjurkan untuk memberi makanan yang berhak
diterima kepada orang miskin.

4@ (Kalaulah orang sedemikian dikira dari kalangan orang-orang yang
mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang
yang solat (Ahli Sembahyang),

5@ (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan
sembahyangnya (yang solatnya tidak memberi kesan baginya);

6@ (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (selalu bangga diri
dalam ibadat dan bawaannya, tidak ikhlas ibadahnya),

7@ Dan orang-orang yang tidak (enggan) memberi sedikit pertolongan
berguna (kepada orang yang berhak mendapatnya).

#### Orang yang mengusir anak yatim dan tidak suka memberi
makan orang miskin adalah termasuk golongan orang yang mendustakan
hari pembalasan atau agama Allah; meskipun ia mengaku bahawa Dia
Muslim sejati, kerana tiada faedahnya perkataan itu, jika tidak
disertai amal kebajikan.

Allah menyediakan neraka Wailun untuk orang sembahyang, yang lalai
hatinya dari sembahyang (tidak menumpukan hatinya kepada Allah)
serta riak (supaya dikatakan kuat beriman, berpakaian dakwah serta
berkopiah), lagi enggan memberi zakat. ####

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment