Friday 11 July 2014

Universiti Oxford Mengamalkan Konsep Tradisi Dan Disiplin Ilmu Bersifat Ala Institusi Pondok...^^..

Universiti Oxford Mengamalkan Konsep Tradisi Dan Disiplin Ilmu
Bersifat Ala Institusi Pondok...^^..

Percayakah anda menara gading Inggeris tertua di dunia, Universiti
Oxford sebenarnya mengamalkan tradisi dan disiplin ilmu ala institusi
pondok ? Itulah rahsianya seperti yang didedahkan oleh anak Melayu
pertama yang menjadi pensyarah dan felo di Universiti Oxford,
Dato’ Dr Afifi Al-Akiti dalam Ijtimak Pondok Malaysia 2014 baru-
baru ini.

“ Moto Universiti Oxford, " Dominus Illuminatio Mea’ diambil daripada
ajaran Samawi iaitu kata-kata pembukaan dalam Mazmur 27 yang
bermaksud  " Tuhan ialah cahaya saya". Ia merupakan kitab Ibrani
atau Perjanjian Lama Kristian daripada Zabur ajaran Nabi Daud,”
terangnya yang mula berkhidmat di Pusat Pengajian Islam Oxford
(OCIS) pada usia 32 tahun.

Menurutnya ciri-ciri " pondok" dapat dilihat daripada tradisi ritual
seperti bacaan doa makan daripada Kitab Doa Bersama (Book of
Common Prayer) Anglikan yang diamalkan di Universiti Oxford dan
UniversitiCambridge.

“ Orang ateis sekali pun dalam jamuan makan perlu membaca doa
makan bersama-sama dalam Bahasa Latin. Ia lebih kurang dengan
amalan membaca Bismillah dan doa sebelum makan dalam Islam.”

Begitu juga dalam tradisi majlis konvokesyen di universiti dengan
persalinan jubah dan topi toga empat segi (mortar board) adalah
datang daripada tradisi agama Islam.

“ Topi toga asalnya adalah songkok yang diikat dengan Al-Quran
sebagai tanda amanah ilmu dan ijazah daripada guru. Jadi perbuatan
membaling topi tersebut ketika selepas majlis konvenkesyen adalah
tidak beradap dan tidak mewakili budaya ilmu,” jelasnya sambil
membuat demontrasi penganugerahan ijazah dengan menjadikan
rakan panelisnya Prof Emeritus Dr Surin Pitsuwan sebagai model guru.

Tambahnya lagi kecemerlangan akademik universiti terbaik dunia itu
juga bersumber daripada tradisi bertalaqi iaitu kaedah pengajaran
tutorial bersemuka dengan guru.

“ Pensyarah di Oxford berperanan seperti Jedi untuk membimbing
padawan dalam filem Star Wars. Kami semua berlumba-lumba untuk
menjadi Mahaguru Yoda, Qui-Gon Jinn dan Obi-Wan Kenobi,”
selorohnya bersahaja.

Beliau turut berkongsi rahsia kelangsungan dan keunggulan Universiri
Oxford selama lebih 900 tahun sejak 1096 dengan menggunakan dana
endownmen iaitu salah satu instrumen wakaf bagi menjamin autonomi
universiti dan kebebasan akademiknya. Mengikut rekod tahun 2012,
Universiti Oxford mempunyai endownmen sebanyak 3.8 bilion pound
sementara Universiti Cambridge sebanyak 4.5 bilion pound.

Hampir 20 peratus daripada 175,000 alumni menyumbang dengan
mengumpul 45 peratus dana baru pada tahun tersebut. Sumbangan
terbesar dalam rekod universiti Eropah diterima daripada bilionair,
Sir Michael Moritz yang mendermakan 75 juta pound kepada
Universiti Oxford untuk membiayai biasiswa pelajar miskin.

Dengan itu, tidaklah menghairankan apabila Universiti Oxford dilihat
sebegitu hebat dalam menghasilkan 47 penerima Hadiah Nobel,
25 orang Perdana Menteri Britain, lebih 30 orang perdana menteri
dan presiden pelbagai negara serta ratusan sasterawan dunia seperti
John Fowles, Evelyn Waugh, Lewis Caroll dan Plum Sykes.

Buktinya paling dekat ialah Dr Afifi sendiri yang diiktiraf sebagai
Cendekiawan Clarendon, Universiti Oxford dengan ijazah doktor
falsafah teologi Islam, falsafah dan sains pada 2008 disenaraikan
dalam senarai " 500 Umat Islam Paling Berpengaruh" pada 2010.

Sebelumnya beliau mendapat Sarjana Muda Kelas Pertama dalam
bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen
Belfast dan penguasaan tujuh bahasa utama ilmu iaitu Yunani, Latin,
Arab, Inggeris, Perancis dan Jerman selain Melayu.

Dr Afifi yang menyambut baik inisatif terbaru kerajaan untuk
memperkasakan sekolah pondok, turut menggesa agar sekolah
pondok kembali kepada tradisi dan dislipin ilmu dalam Islam
sebagaimana yang diamalkan Universiti Oxford sekarang.

“ Institusi pondok tidak seharusnya dilabel mewakili pondok tradisi
atau moden. Sebaliknya warga pondok perlu berbangga dengan
warisan tradisi silam daripada para salaf dan kemudian mampu
menawarkan nilai tambah disiplin ilmu mengikut keperluan dan
tuntutan semasa,” cadangnya agar sekolah pondok menjadi lebih
dinamik, komprehensif dan kompetitif.

Beliau yang pernah menuntut ilmu di sekolah pondok di Selangor,
Indonesia, Maghribi dan Syria mengharapkan lulusan pondok akan
menyambung pengajian sejauh mungkin malah mengikut jejak
langkahnya ke Universiti Oxford.

http://www.mysuara.net/index.php/berita/6530-universiti-oxford-
amal-tradisi-dan-disiplin-ala-pondok

Oleh: Faizal Riduan

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment