Monday 14 July 2014

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, (001-003), Nama-Nama Allah Dan Fadhilatnya...^^..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, (001-003), Nama-Nama Allah Dan
Fadhilatnya...^^..

*** Allah. (001) ***
(Tidak Ada Yang Lain Melainkan Dia)

Nama Allah s.w.t. adalah nama yang teragung bagi Pencipta segala
makhluk dan Tuan alam semesta ini. Nama ini adalah nama umum
bagi Allah s.w.t. dan dengan nama inilah Allah s.w.t. memperkenalkan
diriNya kepada manusia.

Allah s.w.t telah memberi ilmu kepada manusia bahawa Dia adalah
Esa dan segala pujian hanya layak untukNya. Perkataan " Allah"
adalah keterangan secara kasar tentang zat Allah s.w.t. Roh
manusia (jiwa) dan jasad manusia semuanya adalah zat. Jiwa atau
roh mengembara dari bumi ke punca kejadian selepas matinya
anak Adam itu dalam bentuk zat atau " Tenaga". Dengan cara
yang sama perkataan Allah s.w.t. menerangkan kandungan zat
pencipta kita.

+++ Doa Di Makbulkan
Sesiapa yang membaca ( Ya Allah) 5000 kali setiap malam dengan
penuh khusyuk, insya Allah doanya dimakbulkan, kekayaan akan
datang mencurah-curah dari setiap penjuru. Saudara juga
mendapat kekuatan jiwa dan material. ( Ya Allah !) apabila
di zikirkan 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat
tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang
besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

+++ Menghapuskan Keraguan
Jika saudara membaca ( Ya Allah) 1000 kali setiap hari, insya
Allah segala keraguan yang ada di hatinya akan hilang. Ia juga
akan menguatkan semangat dan memberi kejayaan kepada jiwa
pengamalnya. Jika membaca ( Ya Allah Ya Hayyu) 1000 kali
setiap hari, insya Allah iman dan keyakinan terhadap Allah s.w.t. akan
sentiasa bertambah. Ia juga mempunyai kuasa untuk menghalang
niat jahat.

+++ Maruah Yang Baik
Membaca ( Ya Allah) 66 kali selepas tiap-tiap sembahyang fardhu
selama 66 hari, insya Allah orang itu akan dihormati dan di sukai
orang. Kehidupannya akan dipenuhi kebaikan yang banyak. Jika
di baca ( Ya Allah) 200 kali selepas Jumaat, insya Allah urusan
saudara akan di permudahkan.

+++ Sembuh Penyakit.
Bagi orang yang sakit dan tidak merasa ada kesembuhan, membaca
( Ya Allah) 1100 kali di antara  waktu Asar dan Maghrib sangat
mujarab. Selepas membacanya, pesakit hendaklah membaca surah
Al Fatihah dan menghembuskan ke dalam air dan kemudian minum.
Insya Allah, dia akan merasa lega.

*** Ar Rahman. (002) ***
(Maha Pemurah)

Ar Rahman, Yang Maha Pemurah. Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih
mengampunkan semua makhluknya dan Maha Kasih kepada mereka
di dunia. Pemberi bagi tiap-tiap sesuatu adalah Dia, bukan alam
semulajadi sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah budaya
yang lebih mempercayai keagungan alam semulajadi dari kewujudan
Allah s.w.t.

+++ Kuat Ingatan
Sesiapa yang membaca ( Ya Rahman) 100 kali setiap hari selepas solat
fardhu, insya Allah saudara tidak akan pelupa kerana saudara akan
sentiasa dapat memberi tumpuan. Membaca kalimah ini juga akan
menjadikan seseorang itu baik hati dan akan disukai masyarakat.
Hati kita akan menjadi terang, tenang dan sifat-sifat pelupa serta
gugup akan hilang dengan izin Allah.

+++ Anak Rajin Belajar
Jika anak-anak tidak mahu belajar di sekolah atau leka dengan
permainan, ibubapanya hendaklah membaca kalimah ( Ya Rahman) 5 kali
dan menghembuskan ke dalam air selepas setiap solat fardhu. Air tadi
di beri minum pada anak tadi. Insya Allah.

+++ Mendapat Rahmat Dan Selamat Dari Kezaliman
Baca ( Ya Rahman) 300 kali selepas sembahyang subuh, insya Allah
saudara akan di beri rahmat dari Allah s.w.t. Dan jika diamalkan
selepas tiap-tiap solat fardhu, saudara akan terhindar dari sebarang
jenis kezaliman atau ketidakadilan. Insya Allah.

+++ Sembuh Sakit Sawan
Sebut ( Ya Rahman) 40 kali dan hembus ke dalam telinga orang yang
sedang di serang sawan. Doa mesti dihembus dalam satu nafas
ke atasnya. Walaupun tidak ada catatan yang mengatakan ini telah
menyembuhkan sesiapa, tetapi ingatlah bahawa orang yang menyebut
nama-nama Allah s.w.t. ini mestilah yang mempunyai iman yang teguh.
Justeru, orang fasik atau munafik tentu tidak akan mencapai apa-apa
dengan nama ini tetapi bagi mereka yang keyakinannya kepada Allah
s.w.t. tidak berbelah bagi, insya Allah serangan itu akan reda dan
hilang.

*** Ar Rahim. (003) ***
(Maha Penyayang)

Ar Rahim , Yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang. Allah Yang
Maha Pengasih penuh dengan kasih sayang kepada makhlukNya.
Di akhirat kelak sifat Ar RahimNya akan dinikmati oleh orang-orang
mukmin dengan cara yang tidak dapat mereka gambarkan sekarang.

+++ Melembutkan Hati
Bacalah ( Ya Rahim) 100 kali sehari atau jika mampu, 100 kali
selepas setiap solat fardhu. Insya Allah, hati saudara akan menjadi
lembut dan saudara akan menyayangi orang lain. Jika di baca,
( Ya Rahim) 100 kali selepas subuh, saudara akan menjadi terkenal
dan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia
merasa senang, cinta dan kasih serta sayang terhadap kita.

+++ Menjauhi Bahaya
Sesiapa yang takut sesuatu yang buruk akan menimpanya, baca
( Ya Rahman Ya Rahim) 100 kali, insya Allah ia akan dilindungi dari
perkara yang tidak diingini atau ketidakpastian, matinya juga dalam
keadaan beriman. Saudara juga tidak akan berada dalam kesesatan.

+++ Memerlukan Pertolongan
Selepas solat Asar pada hari Jumaat, baca ( Ya Rahman Ya Rahim)
secara berterusan di tempat yang sama di mana saudara mengerjakan
solat Asar tadi. Bacaan hendaklah diteruskan sehingga 10 atau 5
minit sebelum masuk waktu Maghrib dan kemudian mintalah doa
untuk menyelesaikan kesusahan saudara kehendaki, insya Allah akan
dimakbulkan. Ketika ini tidak boleh berkomunikasi dan pandangan
saudara harus tertumpu pada tempat sujud sahaja.

+++ Sakit Yang Tidak Sembuh
Baca ( Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim) dari Asar ke Maghrib selama
41 hari, kemudian hembus kepada orang yang sakit atau diri sendiri,
insya Allah penyakit itu akan sembuh.

+++ Menjadi Kaya
Baca ( Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim) 500 kali sehari. Jika Allah
s.w.t. mengkehendaki, saudara akan menjadi sangat kaya dengan
peluang yang diberikan kepada saudara.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment