Friday 11 July 2014

Rahsia Yang Manusia Tidak Mahu Ambil Tahu, Tak Kisah Pun...^^..

Rahsia Yang Manusia Tidak Mahu Ambil Tahu, Tak Kisah Pun...^^..

Apabila seseorang itu jiwanya tidak tergugat oleh harta, tidak tergugat
oleh derita, tidak tergugat oleh orang kata, dia termasuk manusia luar
biasa, kerana jiwanya dengan Tuhan saja

Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu rahsianya
di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi
mereka tidak tahu rahsianya ialah …

1@ Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha
menyakitkan nafsunya.

2@ Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah
penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga.
Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan
ke Neraka.

3@ Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh
merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin
boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan
dirosakkannya.

4@ Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk
kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan
kesalahan di dalam mengurusnya.

5@ Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal
mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit
sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.

6@ Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih
berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.

7@ Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang
tiada akal dan tidak bersekolah iaitu Duit dan Harta. Bahkan orang
yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya.

8@ Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai
manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini.
Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi
kerosakannya terlalu banyak.

9@ Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang. Orang
yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki
dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang
yang memiliki Tuhan.

10@ Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya
daripada orang yang membunuh orang lain.

11@ Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan
jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan
berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya
akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu,
ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi
memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu.
Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil
ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk
sayang atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa,
tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang.

12@ Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia
kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.

13@ Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan
keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu.
Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara
yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara
langsung mahupun tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim,
orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang
keamanan.

Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam. Bila
orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati. Risikonya dia
juga ikut sama menanggung. Bila seseorang itu sombong, orang benci.
Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan
ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita itulah
adakalanya mengundang bala atau kesusahan. Bolehlah kiaskan
dengan sikap-sikap yang lain.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment