Sunday 20 July 2014

Bulan Bulan Dalam Kelendar Islam (Hijrah)...^^..

Bulan Bulan Dalam Kelendar Islam (Hijrah)...^^..




(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan,
dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi,
di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram,
Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu
menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah
kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi
kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya, Allah beserta orang-
orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah
dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah
diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a bahawa Rasulullah
SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:

" Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah
menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat
bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah,
Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Bulan dalam bahasa Arab disebut “ Al-Syahru” bermaksud bulan
yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang
dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama
adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah
sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah
diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya
oleh Saidina Umar al Khattab r.a adalah seperti berikut :

1@ Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang
termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

2@ Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong,
kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka
kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan
menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong. Perkataan Safar
juga bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna
pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin.

Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya
perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak
kehidupannya menjadi susah. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan
mendatangkan hasil.

3@ Rabiulawal dan 4@ Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu
ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal
dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke 3 dan ke 4.

5@ Jumadilawal dan 6@ Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal)  dan Jumadilakhir (jumada al-
Akhir), merupakan bulan ke 5 dan ke 6. Perkataan Jumada
bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau
yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada
Jamadilakhir. Jamadilakhir merupakan musim kemarau yang akan
berakhir keadaan bulan ini juga lebih sejuk daripada sebelumnya,
yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa
ketika itu.

7@ Rejab
Rejab adalah bulan ke 7 pula bermaksud mengagungkan dan
membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang
Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada
bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.

8@ Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada
zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan
ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada
bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan
makanan.

9@ Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke 9 dalam kalendar Islam. Ia bererti
terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca
sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam
menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

10@ Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta
kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal
dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau
berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal
merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa
latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa
Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari
Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan
hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke 10 dalam kalendar Hijrah.

11@ Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke 11, ia merujuk kepada kebiasaan
penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia
termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah
itu berasal dari ‘ Qa ‘ada’ yakni duduk.

12@ Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke 12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut
Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “ yang empunya haji”.
Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan
untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan
Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah
yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.


*** Untuk mengetahui usia dan umur, kita yang lebih tepat dan betul
berdasarkan ajaran dan agama Islam. Kita dianjurkan menggunakan
kelendar Hijriah agar kita tidak tersesat dan terpesong. Cuba try..***

" JanganLah kamu menyerupai sesuatu kaum. Sudahkah kamu
menDapat Perjanjian yang Pasti dari Allah s.w.t. bahawa kaum yang
bersama dengan kamu, akan terSelamat dari bahang dan seksaan
Api Neraka.

Rasanya bukan kaum Arab, bukan kaum Melayu, bukan orang Kafir,
yang akan dibawa masuk menghiasi Syurga tetapi kaum yang
berGelar Muslim dan Islam Sejati, baik dari golongan Manusia
mahupun Jin (Manusia dan Jin Islam (Ghaib) yang berUsaha
menSucikan diri dari berbuat Dosa dan suka berTaubat.) ...^^..

(Wed, 20 Safar, 1405 Hijrah.Record)
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment