Monday 14 July 2014

Ya Fattah, Ya 'Aliim, Ya Qoabidh, (019-021), Nama-Nama Allah Dan Fadhilatnya...^^..

Ya Fattah, Ya 'Aliim, Ya Qoabidh, (019-021), Nama-Nama Allah Dan
Fadhilatnya...^^..

*** Al Fattah. (019) ***
(Maha Pembuka)

Al Fattah, Maha Membukakan, Membuka khazanah rahmatNya untuk
seluruh hambaNya. Dia membuka jalan, membuat kejayaan dan
memberi kemenangan dengan mudah dengan rahmatNya.

+++ Menghindari Cinta Kepada Dunia
Orang yang membaca, (Ya Fattah) sebanyak 71 kali setiap selesai
mengerjakan fardu subuh, sedangkan tangannya diletakkan di atas
dadanya, insya Allah hatinya akan bersih bercahaya, dipermudahkan
segala urusannya dan keluar cinta dunia dari hatinya.

+++ Membuka Hati
Orang yang mewiridkan (Ya Fattah), insya Allah akan terbuka hatinya
bersama keyakinan, dan dia akan diberikan kemenangan oleh Allah.

+++ Berjaya Dalam Peperiksaan
Selepas solat fardhu Isyak, lakukan solat sunat hajat dua rakaat
dan kemudian baca (Ya Fattah) 489 kali. Insya Allah, saudara akan
berjaya dalam peperiksaan atau kes-kes mahkamah yang saudara
hadapi.

*** Al 'Aliim. (020) ***
(Maha Mengetahui)

Al 'Aliim, Maha Mengetahui. Mengetahui segala yang wujud dan tidak
ada sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuanNya. Semuanya
perkara jelas dalam pengetahuanNya.

+++ Dikurniakan Ilmu Ghaib
Sesiapa yang membaca (Ya 'Aliim) 100 kali selesai mengerjakan
solat fardu, insya Allah dia akan memperolehi, ilmu ma'rifat dan
kasyaf serta iman yang sempurna. Ilmu duniawinya juga akan
bertambah.

+++ Cahaya Di Dalam Hati
Orang yang selalu membaca zikir (Ya 'Aliim), insya Allah hatinya
akan disinari cahaya " Nur" keIslaman yang suci.

*** Al Qoabidh. (021) ***
(Maha Penyempit Hidup)

Al Qoabidh, Maha Penggenggam dan Maha Menyempitkan. Mengambil
nyawa atau menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya.

+++ Membuang Halangan Dan Menewaskan Musuh
Sesiapa yang membaca, (Ya Qoabidh) sebanyak 100 kali dengan niat
menghalang orang zalim menganiaya orang lain, insya Allah orang
zalim itu tidak sanggup berbuat zalim. Saudara juga tidak akan kalah
di tangan musuh jika dibaca tiga hari berturut-turut sebelum dan
selepas solat.

+++ Mendekatkan Diri Kepada Allah s.w.t.
Sesiapa yang membaca, (Ya Qoabidh) 100 kali setiap malam Jumaat,
insya Allah akan bertambah hampir dia kepada Allah s.w.t. Doa
saudara juga akan termakbul dan mendapat kebahagiaan hakiki.

+++ Terhindar Dari Kelaparan Dan Seksaan Kubur
Tuliskan (Ya Qoabidh) di atas atau pada makanan anda (roti, buah)
dan kemudian makan. Ulangi selama 40 hari berturut-turut,
insyaAllah saudara akan terhindar dari kelaparan. Jika diwiridkan
setiap masa, saudara akan selamat dari seksaan kubur.

+++ Haid Yang Tidak Putus
Wanita atau anak gadis yang masih mengalami pendarahan walaupun
tempoh haid telah tamat, hendaklah membaca (Ya Qoabidh) 151 kali
dan menghembus ke dalam gula dan makan. Insya Allah, darah akan
berhenti.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment