Thursday 20 March 2014

Wahyu Terakhir Dan Saat-Saat Rasulullah s.a.w Wafat...^^..

Wahyu Terakhir Dan Saat-Saat Rasulullah s.a.w Wafat...^^..

Di riwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada
sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada
musim haji penghabisan [Wada'].

Pada masa itu Rasulullah SAW berada di Arafah di atas unta. Ketika
ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk
mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut.
Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau
pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril AS dan
berkata:

" Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan
urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah
SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu
kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari
ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Setelah Malaikat Jibril AS pergi, maka Rasulullah SAW pun berangkat
ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah SAW
mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun
menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril AS.
Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka
pun gembira sambil berkata:

" Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna." Apabila
Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia
tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu
mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis
dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis
telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah
para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata:

" Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis
sehingga begini sekali keadaanmu ? Seharusnya kamu merasa gembira
sebab agama kita telah sempurna." Mendengarkan pertanyaan dari
para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, " Wahai para
sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa
kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah
sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya.

Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan
kita dengan Rasulullah SAW. Hassan dan Hussin menjadi yatim dan
para isteri nabi menjadi janda."

Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra., maka
sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka
menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar
oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu
Rasulullah SAW tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah
seorang dari para sahabat,

" Ya Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra.
dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat
di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan
dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan
bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra..

Setelah Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar ra. maka
Rasulullah SAW melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya,
" Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis ?."
Kemudian Ali ra. berkata, " Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar ra.
mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu
wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah ?."

Lalu Rasulullah SAW berkata: " Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar
ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan
kamu semua telah dekat".

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia
pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan. Sementara
'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah SAW, " Ya Rasulullah, waktu
itu, anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu
apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta
baginda."

Rasulullah SAW berkata: " Wahai 'Ukasyah, saya sengaja memukul
kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal ra., " Wahai
Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku
ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil
meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata,
" Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam
dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata:
" Siapakah di pintu ?." Lalu Bilal ra. berkata: " Saya Bilal, saya telah
diperintahkan oleh Rasulullah SAW unluk mengambil tongkat beliau."
Kemudian Fathimah ra. berkata: " Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta
tongkatnya."

Berkata Bilal ra.: " Wahai Fathimah, Rasulullah SAW telah menyediakan
dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: " Wahai Bilal,
siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah
SAW ?" Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra.,

Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun
membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah
SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun
menyerahkan kepada 'Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil
ke depan sambil berkata: " Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash
baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah
SAW mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan
segera beliau berkata: " Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu
berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk
kamu berdua."

Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, " Wahai 'Ukasyah ! Aku adalah
orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah SAW oleh itu kamu
pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW" Lalu
Rasultillah SAW berkata, " Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya
Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hassan dan Hussin bangun dengan berkata: " Wahai
'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu
Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu
menqishash Rasulullah SAW" Mendengar kata-kata cucunya
Rasulullah SAW pun berkata, " Wahai buah hatiku duduklah kamu
berdua."

Berkata Rasulullah SAW " Wahai 'Ukasyah, pukullah saya kalau kamu
hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: " Ya Rasulullah SAW,
anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka
Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka
baju maka menangislah semua yang hadir.

Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium
beliau dan berkata, " Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah
SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini
adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh
Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari
neraka dengan kehormatanmu."

Kemudian Rasulullah SAW berkata, " Dengarlah kamu sekalian,
sekiranya kamu hendak melihat ahli Syurga, inilah orangnya." Kemudian
semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka
terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah
pun berkata, " Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar
bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan
Rasulullah SAW di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat, maka beliau pun memanggil
para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata:
" Selamat datang kamu semua, semoga Allah SWT mengasihi kamu
semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa
kepada Allah SWT dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya
hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan
dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT dan
menempatkannya di Syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah
Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air
dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.

Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu
semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih.
Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku
di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu
semua keluarlah sebentar meninggalkan aku.

Pertama, yang akan mensolatkan aku ialah Allah SWT, kemudian yang
akan mensolat aku ialah Jibril AS, kemudian diikuti oleh malaikat
Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail
berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu
semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku."

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati
itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata,
" Ya Rasulullah SAW, anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada
kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan
dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan
perkara kami.

Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya
setiap persoalan yang timbul nanti ?." Kemudian Rasulullah SAW
berkata, " Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu
semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku
tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya
pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai Bicara
itu ialah Al-Quran dan yang Diam itu ialah Maut.

Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka
hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku dan
sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan
mengambil pelajaran dari Mati."

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah
SAW bermula. Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit selama 18
hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab
diterangkan bahawa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan
wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW
bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka
Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah SAW.

Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW, maka Bilal ra. pun
memberi salam. Lalu dijawab oleh Fathimah ra., " Rasulullah SAW
masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar
penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid
tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh
hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah
SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi.

Kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda
berkata, " Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin
berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat Subuh
berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata
Rasulullah SAW, maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil
meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu
Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah SAW katakan kepadanya.
Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar
kosong maka dengan suara yang keras, Abu Bakar ra. menangis
sehingga ia jatuh pengsan.

Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam
masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.;
" Wahai Fathimah, apakah yang telah berlaku ?." Maka Fathimah ra.
pun berkata: " Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi
ke masjid." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl
bin Abas ra., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka
dan terus pergi ke masjid.

Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bersolat
subuh bersama dengan para jemaah. Setelah selesai solat subuh maka
Rasulullah SAW pun berkata, " Wahai kaum muslimin, kamu semua
sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah
kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala
perintahnya.

Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan
hari ini adalah hari Pertama aku di Akhirat dan hari Terakhir aku
di Dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah SAW pun pulang
ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat
lzrail AS, " Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihKu dengan
sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka
hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali.

Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu,
kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan
kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali
padaku."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka
malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi.
Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka
ia pun memberi salam, " Assalaa mualaikum yaa ahla baitin
nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu ?" (Mudah-mudahan
keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah
nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk ?)

Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun
berkata; " Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab
sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi
seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar
oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah
ra.,

" Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun
berkata, " Ya Rasulullah, ada seorang Arab Badwi memanggil mu, dan
aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit,
sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa
menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah SAW berkata;

" Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu ?." Jawab
Fathimah, " Tidak ayah." " Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang
akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta
meramaikan kubur."

Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui
bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia
menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar
tangisan Fathimah ra. maka beliau pun berkata: " Janganlah kamu
menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam
keluargaku akan bertemu dengan aku."

Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk.
Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap,
" Assalamuaalaikum, ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW menjawab:
" Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku
atau untuk mencabut ruhku ?"

Maka berkata malaikat lzrail: " Kedatangan saya adalah untuk
menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan,
kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata
Rasulullah SAW, " Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril ?"

Berkata lzrail: " Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat
sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun
turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.

Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah
SAW pun berkata: " Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah
dekat" Berkata Jibril AS, " Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya
lagi, " Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang
menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS,

" Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun
rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka,
dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu."

Berkata Rasulullah SAW: " Alhamdulillah, sekarang kamu katakan
pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS,
" Allah SWT telah berfirman yang bermaksud;

" Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam
Syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang
semua umat memasuki Syurga sebelum umatmu memasuki Syurga."

Berkata Rasulullah SAW: " Sekarang aku telah puas hati dan telah
hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: " Wahai
lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu Malaikat lzrail pun
memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka
Rasulullah SAW pun berkata:

" Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan
pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu.
Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata:
" Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku ?"

Jibril AS berkata: " Wahai Kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup
melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut ?" Anas bin Malik
ra. berkata: " Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau
telah bersabda,

" Aku Wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga Solat dan
apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali ra. berkata:
" Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir,
telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya
meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata:

" Umatku, umatku."

Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa: " Malaikat Jibril AS telah
berkata kepadaku; " Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT
telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut
itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau
sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan
lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi
batu."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

No comments:

Post a Comment