Monday 10 March 2014

Bertani Di Syurga...^^..

Bertani Di Syurga...^^..

Pada suatu hari Rasulullah SAW berbicara dengan seorang lelaki dari
desa. Beliau SAW menceritakan bahawa ada seorang lelaki penghuni
Syurga meminta kepada Allah untuk bercucuk tanam, kemudian
Allah bertanya kepadanya bukankah Allah telah berikan semua
perkara yang dia perlukan ? Lelaki itu mengakui, tetapi dia suka
bercucuk tanam. Lalu dia menabur biji benih. Tanaman itu langsung
tumbuh.

Kesemuanya sama. Setelah itu dia menuainya. Hasilnya dapat setinggi
gunung. Allah berfirman kepadanya, " Wahai anak Adam, ia tidak
mengenyangkan perut kamu".

" Demi Allah, orang itu adalah orang Quraisy atau pun Anshar kerana
mereka dari golongan petani. Kami bukan dari golongan petani",
kata orang Badwi itu. Rasulullah SAW tertawa mendengar kata-kata
orang badwi itu.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

No comments:

Post a Comment