Sunday 9 March 2014

Ku TinggalKan Kamu Dua Penasihat...^^..

Ku TinggalKan Kamu Dua Penasihat...^^..

Pada saat-saat Rasulullah S.A.W. sedang sakit tenat, sahabat berkata:
" Ya Rasulullah SAW, anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada
kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan
dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan
perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan
kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti ?." Kemudian Rasulullah
SAW berkata,

" Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan
yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada
kamu semua Dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan
yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai Bicara itu ialah Al-Quran
dan yang Diam itu ialah Maut.

Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka
hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadith-ku dan
sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan
mengambil pelajaran dari Mati."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

No comments:

Post a Comment