Sunday 9 March 2014

Kesempurnaan Diri Seorang Muslim...^^..

Kesempurnaan Diri Seorang Muslim...^^..

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu’anhu telah
berkata: " Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W
yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
” Wahai Rasulullah ! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk
bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia
dan akhirat.”

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :
” Tanyalah apa yang engkau kehendaki “

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan
jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang Yakin pada diri maka
engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana
engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil
manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berGuna kepada
masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan Zikrullah nescaya engkau
akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan Akhlakmu nescaya imanmu
akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang
muhsinin (baik).
Baginda S.A.W menjawab : BerIbadatlah kepada Allah seolah-olah
engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya
engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau
akan termasuk golongan muhsinin.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala keWajipan yang
difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka
yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada
dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis Dosa
nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada
dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau
akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang
lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan berIstighfar nescaya akan
dihapuskan (kurangkan) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengeSyaki sesuatu perkara pada
orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menYerah urusan diri
( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah
manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan Bersih
( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang
dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang diSukai oleh
Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang
dicintai oleh mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada
hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain
nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan
rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan Haram nescaya segala
permohonanmu akan diterimaNya

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

No comments:

Post a Comment