Sunday 9 March 2014

Menahan Lapar Kerana Menghormati Tetamu...^^..

Menahan Lapar Kerana Menghormati Tetamu...^^..

Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan
kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan
pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun
pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada
orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat,
" Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini
sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku ?" Seorang dari
kaum Ansar telah menyahut, " Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggup
melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan
menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, " Lihatlah
bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya
dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang
ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita
tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu
isterinya menjawab,

" Demi Allah ! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang
makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk
makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, " Kalau begitu engkau tidurkanlah
mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada
mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini
di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai
makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak
membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui
bahawa saya tidak makan bersama-samanya."

Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga
tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar
semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa
kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah
berfirman yang bermaksud, " Dan mereka mengutamakan (orang-
orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada
dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

No comments:

Post a Comment