Sunday 16 March 2014

Nabi Sulaiman AS, Semut Bersama Buah Kurmanya...^^..

Nabi Sulaiman AS, Semut Bersama Buah Kurmanya...^^..

Suatu hari, Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat
seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma.
Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil
si semut dan menanyainya, " Hai semut kecil, untuk apa kurma yang
kau bawa itu ?"

Si semut menjawab, " Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan
kepada ku sebagai makananku selama satu tahun." Baginda Sulaiman
AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut,
" Wahai semut, kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku
telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu
sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang
lagi untuk melihat keadaanmu."

Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu.
Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat
kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang.
Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, " Hai semut,
mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu." " Wahai Nabi Allah,
aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa.

Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap
tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma.
Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana
engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Rozak)", jawab si semut.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

No comments:

Post a Comment