Sunday, 9 March 2014

Sejenak Perbualan Rasulullah S.A.W Dengan Iblis...^^..

Sejenak Perbualan Rasulullah S.A.W Dengan Iblis...^^..

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang
kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan
yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang
kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih,
sedang ditangannya memegang tongkat.

Bertanya Rasulullah s.a.w, " Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu
menjawab, " Aku adalah iblis." " Apa maksud kamu datang berjumpa
aku ?" Orang tua itu menjawab, " Allah menyuruhku datang kepadamu
agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, " Hai iblis, berapa banyakkah
musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, " Lima belas."

1@ Engkau sendiri, wahai Muhammad.  2@ Imam dan pemimpin yang
Adil. 3@ Orang kaya yang meRendah Diri. 4@ Pedagang yang Jujur
dan Amanah. 5@ Orang alim yang mengerjakan Solat dengan Khusyuk.
6@ Orang Mukmin yang suka memberi Nasihat. 7@ Orang yang
Mukmin yang berkasih-Sayang. 8@ Orang yang tetap dan cepat suka 
berTaubat. 9@ Orang yang menjauhkan diri dari segala yang Haram.
10@ Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan Suci. 11@ Orang
Mukmin yang banyak berSedekah dan berDerma. 12@ Orang Mukmin
yang Baik budi dan Akhlaknya. 13@ Orang Mukmin yang berManfaat
kepada orang. 14@ Orang yang Hafal al-Qur'an serta selalu
membacanya. 15@ Orang yang berdiri melakukan Solat di Waktu
Malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, " Berapa banyakkah temanmu
di kalangan umatku ?" Jawab iblis, " Sepuluh golongan :-

1@ Hakim yang tidak adil. 2@ Orang kaya yang sombong. 3@ Pedagang
yang khianat. 4@ Orang pemabuk/peminum arak. 5@ Orang yang
memutuskan tali persaudaraan. 6@ Pemilik harta riba'. 7@ Pemakan
harta anak yatim. 8@ Orang yang berat dalam mengerjakan
solat/sering meninggalkan solat. 9@ Orang yang enggan memberikan
zakat/kedekut. 10@ Orang yang selalu berangan-angan dan khayal
dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." Itulah
di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa
sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu
hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan
iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi
musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh
iblis bererti menjadi kawan atau kekasih Allah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

No comments:

Post a Comment