Monday, 10 March 2014

Bidadari Untuk Umar r.a...^^..

Bidadari Untuk Umar r.a...^^..

Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak
ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan
yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf
di Kaa'bah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang
warok', ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a.
mempelajari surah Al-Baqoroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor
kepada Rasulullah SAW,

" Wahai Rasulullah SAW, apakah kehidupanku telah mencerminkan
surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan
ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, " Sudah ! ...".
Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur'an yang
diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya,
seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan
beberapa ayat Al-Qur'an lainnya. Rasulullah SAW seringkali
menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mikraj
menghadap Allah SWT.

Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan surga yang
dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika
Rasulullah SAW dimikrajkan menghadap Allah SWT malaikat, 
Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman surga.

Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang
bercengkerama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari
yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu.
Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, " Wahai Jibril AS,
bidadari siapakah itu ?". Malaikat Jibril AS menjawab, " Bidadari itu
adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.". Pernah suatu
hari ia membayangkan tentang Syurga yang engkau ceritakan
keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang
berbeza dari bidadari yang lainnya.

Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi,
bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya
berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana
sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu
juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan
apa yang dikehendaki hatinya".

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

No comments:

Post a Comment