Nabi Isa Ibni Maryam Dengan Mukjizatnya...^^..
109@ (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan
Rasul-rasulNya lalu bertanya: “ Apakah penerimaan yang diberikan
kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan
seruan agama Allah) ?” Rasul-rasul itu menjawab: “ Tidak ada bagi
kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat
adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja
yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang Ghaib”
110@ (Ingatlah) ketika Allah berfirman: “ Wahai Isa ibni Maryam !
Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku
menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat
berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam
buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu
menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat
dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah
seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan
padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan
(ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak
dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-
orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi
Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada
mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu
orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: “ Bahawa ini
hanyalah sihir yang terang nyata”
111@ Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang
Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): “ Berimanlah kamu
kepadaku dan kepada RasulKu !” Mereka menjawab: “ Kami telah
beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang
Islam (yang menyerah diri kepada Allah)”
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..
No comments:
Post a Comment