Sunday, 9 March 2014

Riwayat Nabi Idris...^^..

Riwayat Nabi Idris...^^..

Tidak banyak keterangan yang didapati tentang kisah Nabi Idris
di dalam Al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-
kitab sejarah nabi-nabi. Di dalam Al-Quran hanya terdapat dua
ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57:
56@ " Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris
yang terdapat tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah
seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. 57@ Dan
Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi."
{ Surah Maryam : 56 - 57 }

Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam putera dari
Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan
adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi
setelah Adam dan Syith. Nabi Idris menurut sementara riwayat
bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama Allah
mengajarkan Tauhid dan berIbadat menyembah Allah serta
memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar
menyelamat diri dari seksaan di akhirat dan kehancuran serta
kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.

Nabi Idris merupakan bapa Nabi Nuh a.s. dan beliau tegas dalam
memerangi orang-orang yang derhaka kepada Allah s.w.t.

*** Gelaran Nabi Idris.***

" Idris " ini adalah nama gelaran kerana ia banyak mempelajari sahifah-
sahifah yang diturunkan kepada Nabi Adam a.s., Nabi Syith dan dirinya
sendiri iaitu, sebanyak 90 suhuf semuanya iaitu, Nabi Adam 10 Suhuf,
Nabi Syith 50 Suhuf dan Nabi Idris (sendiri) 30 Suhuf.

Beliau menimba pelbagai ilmu dan beliau diangkat menjadi Nabi dan Rasul.
Nama sebenarnya adalah: Akhnuh, keturunan yang ke tujuh daripada
Nabi Adam. Nabi Idris a.s. ditinggikan Allah darjatnya, kerana beliau
adalah orang yang soleh dan bersabar.

*** Kandungan Suhuf dan Amanat Nabi Idris.***

Beliau menurunkan 30 amanat yang berisi petunjuk daripada Allah
untuk di sampaikan kepada umatnya, iaitu untuk keturunan Qabil
yang derhaka kepada Allah s.w.t.

Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah: ~

1@ KeSabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.

2@ Orang yang bahagia ialah orang yang berWaspada/berhati-hati
dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.

3@ Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka
Ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.

4@ Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan
janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu
tidak menyekutui mereka dalam dosa.

5@ Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-
pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan
syukur dan puji kepada Allah.

6@ Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya,
kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan
nasibnya.

7@ Barang siapa melampaui keSederhanaan tidak sesuatu pun akan
memuaskannya.

8@ Tanpa membahagi-bagikan nikmat yang diperolehnya, seorang
itu seperti tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang
diperolehinya itu.

Dalam hubungan dengan firman Allah bahawa Nabi Idris diangkat
ke martabat tinggi. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan
bahawa Nabi Idris wafat tatkala berada di langit ke empat dibawa
oleh seorang Malaikat.

*** Exxxtra Info, Tambahan Maklumat...^^..

*** Nabi Idris A.S. Melawat Perkampungan Akhirat...^^..

Nabi Idris A.S. sentiasa beribadat kepada Allah SWT. Baginda mendapat
pujian daripada Malaikat Izrail. Malaikat Izrail meminta izin daripada
Allah SWT untuk melawat Nabi Idris A.S. Malaikat Izrail menyamar
sebagai seorang pemuda. Dia membawa makanan kepada Nabi Idris A.S.
yang berpuasa. Nabi Idris A.S. berbuka puasa dan beribadat sehingga
subuh. Malaikat Izrail menunggu baginda.

Malaikat Izrail dan Nabi Idris A.S. melihat-lihat keindahan alam.
Mereka melihat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Nabi Idris A.S. melihat
beberapa keanehan pada diri pemuda itu. Baginda tertanya-tanya akan
pemuda itu. Nabi Idris A.S. bertanya, " Siapakah kamu sebenarnya?"

Pemuda itu memberitahu bahawa dia Malaikat Izrail atau Malaikat Maut.
Nabi Idris A.S. mahu merasai kewafatan. Baginda memohon Malaikat
Izrail mengambil nyawa baginda. Allah SWT mengizinkan Malaikat Izrail
mengambil nyawa Nabi Idris A.S. Malaikat Izrail menangis melihat Nabi
Idris A.S. wafat. Ia memohon kepada Allah SWT supaya menghidupkan
baginda semula.

Nabi Idris A.S. ingin melihat Neraka. Malaikat Izrail membawa baginda
melihat Neraka. Nabi Idris A.S. melihat pelbagai seksaan Allah SWT
seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa dan lain-lain.

Nabi Idris A.S. memohon kepada Malaikat Izrail membawa baginda masuk
ke dalam Syurga. Nabi Idris A.S. melihat keindahan Syurga. Baginda
tidak mahu keluar dari Syurga. Allah SWT membenarkan baginda tinggal
di Syurga. Betapa hebat mukjizat Nabi Idris A.S. Baginda dapat merasai
wafat dan melawat perkampungan akhirat. Baginda juga tidak wafat dan
tinggal di dalam Syurga.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

No comments:

Post a Comment