Kerana Niat BerTaubat (Allah Tukarkan Arak Menjadi Madu)...^^..
Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-
lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau
terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu
menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan
di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat
keadaan itu, lantas bertanya, " Apa yang engkau bawa itu ?"
Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan
ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu
benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar.
Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya
ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal
dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh
agama itu.
Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab
tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.
Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, " Kendi
ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin
melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan
oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada
madu.
Begitulah dia berniat untuk berTaubat, dan Tuhan memberikan
hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan
dengan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan
pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.
Allah Taala berfirman, " Seteguk khamar(arak) diminum maka tidak
diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan
sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak
menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap
minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari
" Nahrul Khabal". Ketika ditanya, " Ya Rasulullah, apakah Nahrul
Khabal itu ?" Jawab Rasulullah, " Darah bercampur nanah orang
ahli neraka ! "
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..
No comments:
Post a Comment